JOM SERTAI Cg aZLy di
FACEBOOK PENGAJIAN PERNIAGAAN BAHARU [PELAJAR ] dan GROUP GURU PP 1 MALAYSIA untuk perkongsian Maklumat

CD PANDUAN KERJA KURSUS 2014

CD PANDUAN KERJA KURSUS 2014
SUDAH BOLEH DIMILIK..

PP Kertas 2: FOKUS AKHIR: BAB KOMUNIKASI

1.Definisi & Proses:Konsep, jenis saluran, proses komunikasi
2.Bentuk komunikasi : 3 Bentuk, sehala dan dua hala
3.Komuniasi Lisan dan Bukan lisan: Kebaikan dan keburukan komunikasi lisan dan bukan lisan, Jenis komunikasi lisan dan jenis komunikasi bertulis
4.Media Komunikasi: Media persendirian
5.Komunikasi berkesan:Kemahiran mendengar yang baik
6.kemahiran berunding: prinsip berunding
7.Halangan komunikasi: semantik, fizikal, sosiologi, psikologi

Halangan Komunikasi

a. Psikologi
i. pengurus cawangan mungkin mempunyai tanggapan berbeza dengan Encik Roslan atas sesuatu mesej yang disampaikan.
ii. Keemosian– gangguan yang disebabkan oleh emosi, perasaan marah, sayang, benci dan sebagainya yang mengganggu keberkesanan mesej yang diterima.
iii. Kurang minat – penerima atau penghantar mesej mungkin kurang minat dengan mesej yang diperbincangkan.
b. Semantik
i. perbezaan istilah antara Encik Roslan dengan pengurus cawangan kerana istilah yang digunakan membawa makna yang berbeza.
c. Fizikal
i. kebisingan mengganggu pendengaran penerima maklumat dan menjejaskan ketepatan taksiran maklumat yang diterima.
ii. pencemaran, bunyi bising, suhu dan bau busuk boleh menjejaskan keberkesanan penerimaan maklumat.

d. Sosiologi
i. perbezaan demografi umur, ras, jantina, taraf pendidikan, taraf hidup dan latar belakang kehidupan.
ii. perbezaan budaya, adat resam, negara, bahasa dalam organisasi.

Saluran Komunikasi Media Elektronik

• E-mail – merupakan mesej atau surat yang dihantar menerusi kaedah elektronik menggunakan talian telefon atau internet.
• Faksimili – penghantaran gambar, dokumen bertulis atau teks dari satu lokasi ke lokasi lain menggunakan talian telefon.
• Mel suara – gabungan telefon dan komputer di mana dua pihak boleh berhubung antara satu sama lain. Penghantaran mesej adalah dalam bentuk suara.
• Telesidang – kaedah elektronik yang membolehkan seorang atau lebih individu berhubung secara bersemuka dengan pihak lain ditempat yang jauh. Ia boleh terdiri daripada kaedah video sidang, komputer sidang atau audio sidang.
• Telefon – perbualan lisan menerusi gagang telefon atau telefon bimbit atau huraian yang bersesuaian.

Prinsip kemahiran berunding

Jelaskan tiga prinsip perundingan secara berkesan. [3]
Jawapan :

Prinsip perundingan:
 Responsif - memberikan tindak balas yang rasional - memerlukan kejujuran dan keikhlasan
 Bersopan - mematuhi adab, prosedur dan tatacara yang sepatutnya
 Saling membantu - saling memahami dan bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah
 Mempunyai objektif yang jelas terhadap item yang dirundingkan
 Merujuk kepada jawatankuasa apabila timbul kesangsian
 Bersiap sedia dengan data-data organisasi
 Memberi perhatian penuh terhadap apa yang dirundingkan
 Mengenalpasti motivasi atau kehendak pihak lain
 Menghormati kepentingan dan menjaga maruah pihak lain
 Mengawal emosi

Mendengar dengan baik dan berkesan

Terangkan kaedah kemahiran mendengar yang baik dan berkesan. [10]

Jawapan:

Amalan mendengar yang baik dan berkesan
1. Menumpukan perhatian semasa mendengar
- Penerima mesej perlu menumpukan perhatian kepada pemberi mesej dan tidak sibuk dengan aktiviti lain seperti bercakap,menulis
2. Bersifat sabar semasa mendengar
- Penerima mesej perlu bersabar untuk menerima mesej yang panjang lebar, putar belit atau padat
- Pendengar seharusnya tidak menyampuk percakapan pemberi mesej
3. Tidak prejudis atau tanggapan awal
- Pendengar perlu menerima mesej dengan perasaan terbuka tanpa prejudis atau tanggapan awal yang buruk terhadap pemberi mesej
4. Cuba memahami mesej
- Pendengar perlu memahami mesej yang disampaikan
5. Mengenal pasti isi kandungan penting
- Kenalpasti maklumat atau hujah penting yang ingin disampaikan
6. Memberi maklum balas/respon
- Boleh diberi dalam bentuk soalan, penegasan atau pengesahan
- Penerima boleh mengolah semula apa yang didengar dalam bahasa sendiri mengikut apa yang difahami

Komunikasi berkesan & efektif

Huraikan secara ringkas enam elemen supaya komunikasi dalam sesebuah organisasi lebih efektif. [6]

Jawapan :

Elemen-elemen yang perlu dipatuhi supaya komunikasi lebih efektif

i. Elakkan diri daripada beremosi semasa berkomunikasi
ii. Berfikiran terbuka/ kikis persepsi negatif
iii. Saling percaya antara penghantar dan penerima
iv. Perjelaskan idea sebelum berkomunikasi
v. Perjelaskan idea semasa berkomunikasi
vi. Adanya keseragaman dalam penyampaian dan penerimaan maklumat
vii. Menentukan tujuan sebenar mengapa komunikasi itu diadakan
viii. Mengambil tindakan susulan selepas menghantar maklumat
ix. Pastikan tindakan seiring dengan apa yang dikomunikasikan
x. Adakan perundingan terlebih dahulu sebelum mengadakan komunikasi sebenar
xi. Pastikan tempat proses komunikasi itu berlaku dan sesuaikan dengan cara/ kaedah berkomunikasi
xii. Memudahkan bahasa dan aliran maklumat yang digunakan
xiii. Mendengar secara aktif dengan berkomunikasi

Teknologi maklumat dalam komunikasi

Terangkan lima kegunaan teknologi maklumat di dalam meningkatkan keberkesanan komunikasi bagi sebuah organisasi. [10]

Jawapan:

Lima kegunaan teknologi di dalam meningkatkan keberkesanan komunikasi :

i. Penyediaan laporan
- menyampaikan perkembangan syarikat kepada ketua yang bertanggungjawab
- contoh : kewangan, belanjawan dan anggaran perkembangan

ii. Pengurusan inventori
- dapat minimakan kos inventori
- bekalan sentiasa mencukupi sepanjang proses pengeluaran

iii. Sistem kawalan kewangan
- cekap dan efisien
- mengetahui kedudukan kewangan terkini

iv. Penyediaan data
- data yang diperolehi cukup dan terkini
- digunakan untuk membuat keputusan yang lebih tepat dan berkesan

v. Ramalan
- menjangka dengan tepat tentang masa depan
- meramal jualan, keperluan bahan

Kebaikan e-mail

Pada masa kini, e-mail merupakan satu bentuk komunikasi bertulis yang sangat popular. Berikan lima kebaikan menggunakan e-mail. [5]

Jawapan:

Kebaikan e-mail
- Menawarkan maklum balas yang cepat
- Proses komunikasi berlaku dengan cepat sekiranya penghantar dan penerima berada dalam sistem computer
- Boleh membetulkan kesilapan dengan cepat setelah menerima maklum balas dalam tempoh yang singkat
- Boleh dihantar kepada banyak penerima
- Boleh menggantikan mesyuarat dan memendekkan proses mendapat keputusan
- Boleh mengesahkan mesej dengan menjawab e-mail
- Boleh menambahkan maklumat jika didapati perlu berbuat demikian setelah menghantar mesej
- Boleh menbuat salinan di atas kertas cetak
- Mesej boleh disimpan dalam disket atau computer
- Meningkatkan produktiviti dalam sesuatu pemprosesan
- Memudahkan perbincangan berkumpulan dari jarak jauh
- Mempertingkatkan proses komunikasi tanpa batas status, pangkat dan darjat seseorang dalam sesebuah organisasi

Media Persendirian

Berikan tiga jenis media persendirian, dan terangkan bagaimana penggunaan media-media tersebut sebagai media komunikasi dalaman boleh ditingkatkan keberkesanannya. [9]
Jawapan:

Tiga jenis media persendirian dan cara penggunaan media-media tersebut sebagai media komunikasi dalaman boleh ditingkatkan keberkesanannya:

1) Memo
• Dilakukan secara formal dan khusus kepada penerima
• Mesej disampaikan kepada individu tertentu
• Penerima mesej perlu ambil tindakan segera terhadap perkara yang terkandung dan tertulis dalam memo tersebut.

2) Telefon
• Dilakukan secara peribadi dan rasmi
• Segera dan mudah dihubungi
• Mendapat liputan yang luas

3) Pengumuman
• Ditujukan kepada sesiapa sahaja
• Dilakukan dengan komunikasi lisan
• Pengunaan suara dan bahasa yang mudah difahami

4) Papan Kenyataan
• Ditujukan kepada sesiapa sahaja
• Dilakukan dengan komunikasi bertulis
• Pengunaan tulisan dan bahasa yang senang difahami

Kebaikan dan Keburukan Komunikasi Lisan

Terangkan kebaikan dan keburukan komunikasi lisan. [6]

Jawapan:

Kebaikan dan keburukan komunikasi lisan

Kebaikan Komunikasi Lisan
1. Mesej cepat sampai
2. Gambaran lebih jelas dengan menggunakan audio visual
3. Maklum balas boleh diperoleh dengan cepat.
4. Kejujuran penghantar boleh dirasakan melalui komunikasi lisan tidak formal
5. Lebih murah
6. Lebih menyakinkan.

Keburukan Komunikasi Lisan

1. Penghantar yang tidak mahir berkomunikasi mungkin tidak dapat menyampaikan mesej dengan baik
2. Tiada rekod simpanan
3. Mesej tidak kekal
4. Mahal/kos tinggi.
5. Tiada tumpuan
6. Ambil masa lama

Garis panduan Komunikasi Bertulis Berkesan

Huraikan garis panduan yang perlu diberi perhatian bagi menghasilkan komunikasi bertulis yang berkesan. [6]

Jawapan :

Garis panduan komunikasi bertulis yang berkesan
1. Gunakan perkataan dan frasa yang mudah. Elakkan dari menggunakan istilah/jargon.
2. Gunakan perkataan yang pendek dan biasa.
3. Berikan gambaran dan contoh. Contoh: carta/jadual
4. Gunakan ayat katif
5. Gunakan ayat dan perenggan yang pendek, ringkas dan mudah difahami.
6. Elakkan perkataan yang tidak perlu.
7. Gunakan alat tulis yang sesuai dan tidak mudah sensitif dengan perubahan udara.

Jenis Komunikasi Lisan

Terangkan lima jenis komunikasi lisan yang boleh digunakan oleh sesebuah organisasi.
[10]
Jawapan :

Lima jenis komunikasi lisan
1. Perbincangan
– mencari penyelesaian masalah dan membincangikan sesuatu aktiviti atau projek

2. Pembentangan
- penggunaan alat-alat seperti slaid, video, grafik dll untuk menerangkan laporan atau hasil kajian sesuatu aktiviti.

3. Ucapan
- cara penyampaian maklumat secara lisan melalui pidato, ceramah atau pembacaan laporan bertulis kepada sekumpulan pendengar


4. Mesyuarat
- pertemuan dua atau lebih orang untuk membuat perancangan/berkongsi idea dan membuat keputusan sesuatu aktiviti yang dijalankan.

5. Perbualan telefon
- alat komunikasi lisan yang digunakan untuk menyampaikan maklumat dengan cepat dan menghubungi tempat yang jauh.

Komunikasi Lisan

Huraikan tiga kebaikan komunikasi lisan dalam sesuatu mesyuarat. [3]
Jawapan :

Tiga kebaikan komunikasi lisan dalam sesuatu mesyuarat
1. Mesej boleh dihantar dengan cepat contohnya melalui media elektronik
2. Gabungan penggunaan peralatan audio dan visual membolehkab mesej disampaikan dengan lebih berkesan.
3. Maklumbalas boleh diterima dengan cepat.
4. Boleh mendapatkan penerangan lebih lanjut dari penghantar sekiranya mesej kurang difahami

Bahasa Badan

Berikan tiga contoh bahasa badan dan nyatakan mesej yang hendak disampaikan. [3]

Jawapan :

. Dua jenis dan maksud bahasa badan
1. Perubahan air muka – tidak menyenangkan/ tidak dapat memahami sesuatu.
2. Pergerakan mata – memerhati dan berasa curiga
3. Mengangguk kepala – tanda setuju
4. Mengeleng kepala - tanda tidak setuju
5. Mengenggam erat tangan – akrab/mesra
6. Lain-lain yang bersesuaian

Komunikasi sehala

Komunikasi sehala boleh berlaku dari atas ke bawah atau sebaliknya. Jelaskan. [6]

Jawapan :

Atas ke bawah – majikan kepada pekerja
 Mendelegasikan – visi, misi, dan objektif.
 Memberi maklum balas – hasil kerja.
 Menilai – prestasi pekerja.
 Rasional – mengapa sesuatu dilakukan.
 Penerangan – polisi, prosedur, arahan, peraturan, dan amalan.
 Alasan - Mengenai sesuatu kerja dari pengurusan kepada pelaksanaan.
 Teguran / nasihat / bimbingan/latihan/ motivasi

Bawah ke atas – pekerja kepada majikan
 Cadangan
 Bantahan
 Rayuan
 Ketidakpuasan hati
- Memberi maklum balas – laporan kerja

Bentuk Komunikasi

Jelaskan tiga bentuk komunikasi yang diamalkan dalam sesebuah organisasi. [9]

Jawapan :

Menegak
 Pertukaran maklumat antara peringkat-peringkat dalam hierarki organisasi.
 Contoh: Pengurus besar dengan pengurus sumber manusia.
 Boleh dibahagikan kepada dua – menegak ke atas dan ke bawah.
 Perlukan ulangan dan penggunaan beberapa media supaya tidak terdapat kesalahan maklumat.
 Sering digunakan dengan dua objektif utama – menggalakkan penglibatan dan memperoleh maklumat daripada pekerja.
 Rajah yang bersesuaian.

Mendatar
 Pengaliran idea dan maklumat antara staf sama setaraf. Contoh: Rakan sekerja atau Naib Presiden Pengeluaran dengan Naib Presiden Pemasaran.
 Membawa beberapa kebaikan – mencari pendekatan terbaik menyelesaikan masalah.
 Tujuan: Menyelaras kerja / berkongsi maklumat / menyelesaikan masalah.
 Rajah yang sesuai.

Melintang
 Biasanya tidak rasmi / tidak formal.
 Berfaedah sekiranya komunikasi saluran rasmi tidak berkesan.
 Rajah yang sesuai.

Saluran Dalam Proses Komunikasi

Terangkan tiga jenis saluran yang boleh digunakan di dalam proses komunikasi . [3]

Jawapan :

Tiga jenis saluran yang digunakan di dalam proses komunikasi :
i. Bertulis – melibatkan tindakan pengirim menulis esei dan akan dibaca oleh penerima
ii. Visual – pengirim akan melakukan sesuatu aksi dan pihak penerima akan menerima dengan melakukan pemerhatian.
iii. Audio – menggunakan pertuturan untuk menyampaikan mesej dan pihak penerima akan menerima mesej secara pendengaran.

Komunikasi:Defini & Proses

Definisi
- Satu proses di mana makna dalam bentuk idea atau maklumat dipindahkan dari individu kepada individu yang lain
- Pemindahan maklumat daripada seseorang, kumpulan dan organisasi (penghantar) kepada seseorang, kumpulan dan organisasi (penerima ) yang lain melalui media tertentu.

Proses
- Tujuh komponen iaitu
i. penghantar – orang yang mula mencetuskan idea
ii. enkod – penghantar cuba menterjemah dan memahami maksud maklumat yang dihantar
iii. mesej – maklumat dalam beeentuk lisan dan bukan lisan
iv. penerima – orang yang menerima maklumat
v. dekod – proses mentafsir atau menterjemah maklumat yang diterima kepada konsep atau maklumat yang boleh difahami oleh penerima.
vi. maklumbalas – tindak balas atau mesej yang dihantar oleh penerima kepada penghantar setelah mentafsirkannya.
vii. gangguan – perkara-perkara yang mengganggu proses komunikasi sama ada diperngkat penghantar, enkod, mesej, penerima atau dekod.

Ciri2 OBBU

Huraikan empat ciri-ciri organisasi bukan bermotifkan untung. [4]

Jawapan

Empat ciri-ciri organisasi bukan bermotifkan untung:

i. Sumber kewangan daripada yuran ahli, sumbangan derma, peruntukan kerajaan atau bantuan pertubuhan tertentu di peringkat antarabangsa.
ii. Kebiasaannya, organisasi bukan bermotif untung adalh organisasi perkhidmatan yang berintensif buruh dan kurang intensif modal
iii. Matlamat dan strategi terhad iaitu memberi perkhidmatan seperti yang diarah oleh agensi luar daripada pihak pengurusannya sendiri, misalnya oleh mereka yang menyediakan sumber kewangan
iv. Jawatankuasa terdiri daripada ahli masyarakat yang berminat dengan pertubuhan tersebut
v. Boleh jadi pertubuhan politik atau pertubuhan sosial bukan politik. Kedua-duanya digolong sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
vi. Dikecualikan daripada cukai. Amaun yang didermakan oleh individu atau pertubuhan juga mendapat pelepasan cukai dengan syarat OBBU berkenaan sudah mendapat kebenaran Lembaga Hasil Dalam Negeri

Langklah Penubuhan Kelab

Galur dan terangkan langkah penubuhan Kelab Teater di daerah anda.
Jawapan

Galur dan langkah penubuhan Kelab Teater Daerah ..;

1. Mesyuarat Penubuhan
- Keahlian minimum 7 orang –mesti penduduk daerah
- Tujuan mesyuarat:
i. Persetujuan penubuhan
ii. Nama dan alamat pertubuhan
iii. Lantik Ahli Jawatankuasa
iv. Menyediakan dan meluluskan undang-undang kecil
2. Pendaftaran
- Daftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di daerah @ negeri
- Dokumen pendaftaran perlu ditandatangani oleh dua orang pemegang jawatan utama
- Yuran pendaftaran perlu dijelaskan kepada Pendaftaran Pertubuhan
- Dokumen diperlukan:
a. Borang permohonan
b. Senarai jawtankuasa penaja
c. Undang-undang kecil
d. Minit Mesyuarat Penubuhan
3. Pertubuhan tidak akan menjalankan sebarang aktiviti sehinggalah permohonan penubuhan diluluskan.
4. Sijil perakuan pendaftaran akan dikeluarkan oleh Pendaftaran Pertubuhan sebagai pengesahan pendaftaran.

Prinsip Persatuan

Jelaskan empat prinsip Persatuan Pemandu Teksi Kuala Terengganu. [8]

Jawapan

Empat prinsip Persatuan Pemandu Teksi Kuala Terengganu:
i. Mengutamakan faedah ahli dan kepentingan umum
- ditubuhkan bukan bermatlamatkan keuntungan
- tetapi untuk memberi faedah kepada ahli dari segi kebajikan dan pengiktirafan
- Ini tidak bermakna persatuan tidak boleh mencari hasil dalam bentuk kewangan
- apa-apa hasil yang diperolehi dimasukkan ke dalam tabung bagi kegunaan/faedah ahli
- memperjuangkan kepentingan pemandu teksi yang menjadi ahli untuk faedah bersama
- Seseorang itu mungkin tidak berupaya untuk bersuara tetapi melalui keahlian pertubuhan yang sah, hak bersuara individu mendapat pengiktirafan
ii. Keanggotaan secara sukarela
- keahlian pemandu teksi secara sukarela tanpa tekanan dan paksaan
- tidak boleh menghalang seseorang pemandu teksi yang berminat untuk menjadi ahli
- ahli mestilah seorang pemandu teksi
iii. Tidak mempunyai pemilik
- persatuan tidak mempunyai pemilik
- tidak memberi manfaat kepada individu-individu sebagai pemilik tetapi untuk kebajikan dan kebaikan masyarakat.
- Dengan kata lain, misi asas persatuan adalah untuk memberi kebajikan kepada pemandu teksi secara umum dengan cara yang bukan perniagaan.
iv. Pengurusan secara demokrasi

Faedah Menjadi ahli koperasi

Jelaskan lima faedah yang dinikmati oleh individu yang menjadi ahli koperasi. [10]

Jawapan

Lima faedah yang dinikmati oleh ahli koperasi ialah:
i. Mendapat pulangan dalam bentuk dividen
- 6% bagi koperasi kredit, 10% bagi koperasi biasa
ii. Memasarkan barang ahli
- ahli menjual barang pada harga yang berpatutan / elak penglibatan orang tengah
iii. Mudah mendapat barangan keperluan
- ahli membeli barangan keperluan pada harga yang berpatutan
iv. Mendapat pendidikan
- latihan / kemahiran anjuran koperasi
v. Mendapat pinjaman
- Pembiayaan perumahan / kenderaan / peribadi / pelajaran / dll
vi. Mendapat rebat belian
- pulangan dalam bentuk wang kepada ahli yang membeli barangan koperasi setelah mencapai tahap yang ditetapkan.
vii. Lain-lain bentuk kebajikan
- tabung khairat kematian / biasiswa / hadiah pencapaian / dll

peranan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad

Terangkan empat peranan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad. [2]

Jawapan

Empat peranan ANGKASA
i. Menyatukan semua koperasi di Malaysia
ii. Menekankan aktiviti koperasi bersabit hal ehwal pendidikan melalui kursus, seminar, dll.
iii. Mentadbir kumpulan wang am dan wang khas
iv. Mengawas dan menjaga kepentingan ahli dan menyelesaikan masalah ahli
v. Menjadi pusat tumpuan fikiran berkaitan aktiviti dan gerakan koperasi
vi. Mencetak dan menerbitkan bahan bercetak seperti majalah, buletin – PELANCAR
vii. Menerapkan budaya koperasi ke dalam kehidupan masyarakat melalui publisiti
viii. Membantu koperasi meningkatkan kecekapan pengurusan koperasi dengan memberi panduan
ix. Bekerjasama dengan pihak swasta dan memainkan peranan aktif dalam bidang perindustrian

Peranan Badan Berkaitan Koperasi

i. Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK)
- mendaftar dan membatalkan pendaftaran.
- Memberi bantuan subsidi, geran pembangunan dan pinjaman pada kadar faedah rendah.
- Latihan dan pendidikan
- Bekerjasama dengan agensi atau badan berkaitan.
- Menasihati menteri yang berkaitan dengan koperasi.
- Meneliti dan meluluskan projek yang dirancang oleh koperasi.

ii. Maktab Kerjasama Malaysia (MKM)
- mengadakan kursus dalam bidang pengajian koperasi.
- Menyebar maklumat dan kegiatan mengenai koperasi.
- Mengedar bahan-bahan bercetak.
- Menjalankan penyelidikan mengenai koperasi.

iii. Angkatan Koperasi Kebangsaan Msia Berhad (ANGKASA)
- wakil bagi pihak koperasi yang menjadi ahli untuk memperjuangkan kepentingan koperasi.
- Penyediaan pendidikan koperasi untuk ahli.
- Mentadbir kumpulan wang khas dan wang am untuk membiayai aktiviti koperasi.
- Mengawasi dan memelihara kepentingan serta menyelesaikan masalah ahli.
- Menyumbang idea untuk aktiviti koperasi.

Proses Penubuhan Koperasi

PROSES PENUBUHAN

a) membuat permohonan kepada Jabatan Pembangunan Koperasi melalui JPK Wilayah atau negeri.

b) membentuk jawatan kuasa penaja.

- setelah mendapat kelulusan dari JPK, satu jawatankuasa penaja yang terdiri daripada 10 orang dibentuk untuk melakukan tugas-tugas awalan seperti berikut:

i. menentukan jenis koperasi yang hendak ditubuhkan.
ii. Menyediakan aturan kegiatan utama dan kegiatan lain serta menentukan objektif penubuhan koperasi tersebut.
iii. Menggubal undang-undang kecil dengan berpandukan undang-undang kecil seragam yang disediakan oleh JPK.
iv. Mendaftar bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan butiran peribadi ahli. Jawatankuasa penaja perlu memastikan tidak kurang daripada 100 orang ahli yang berdaftar sebelum mesyuarat agung penubuhan dijalankan.

c) mengadakan Mesyuarat Agung penubuhan untuk :
i. mendapatkan ketetapan dari bakal ahli untuk menubuhkan koperasi.
ii. Menerima undang-undang kecil.
iii. Memilih anggota Lembaga Pengarah Koperasi.

Seorang pegawai dari JPK akan hadir untuk memberi penerangan mengenai hak dan tanggungjawab ahli serta aktiviti koperasi secara am.

d) menyerahkan dokumen pendaftaran kepada Ketua Pendaftar Koperasi tidak lewat dari 7 hari selepas mesyuarat dan dokumen-dokumen yang perlu diserahkan:
i. borang permohonan pendaftaran yang telah ditandatangani oleh 10 orang AJK penaja.
ii. 3 naskah undang-undang kecil koperasi.
iii. Minit mesyuarat agung permulaan yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya 50 orang ahli yang hadir.

e) menerima sijil perakuan pengiktirafan pendaftaran, setelah pendaftaran diluluskan. Dikeluarkan oleh JPK, pengiktirafan bukti sah pendaftaran.

Syarat penubuhan koperasi ;
i. bilangan ahli – tidak kurang 100 orang
ii. syarat ahli – warganegara
- 18 tahun ke atas bagi koperasi biasa dan 12 tahun ke atas bagi koperasi sekolah.
- bermastautin
iii. koperasi sedia ada biasanya tidak boleh sama jenis atau sama fungsi dengan koperasi sedia

Tugas2 Jawatankuasa

Tugas jawatankuasa penaja:
i) menentukan jenis koperasi yang hendak ditubuhkan (1)
ii) menyediakan aturan-aturan kegiatan utama dan kegiatan-kegiatan lain yang termasuk dalam objektif penubuhan koperasi berkenaan (1½)
iii) menggubal undang-undang kecil dengan berpandukan undang-undang kecil seragam JPK (1½)
iv) mendaftar bakal anggota dalam satu daftar dengan memasukkan butiran peribadi (1). Perlu pastikan tidak kurang 100 orang yang berdaftar sebelum mesyuarat agung permulaan diadakan (1)

Tugas Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK)
i) memastikan permohonan pendaftaran dan pendaftaran koperasi berdasarkan akta (1)
ii) memberikan penerangan yang jelas tentang hak dan tanggungjawab ahli serta aktiviti koperasi secara am (1)
iii) mengeluarkan sijil perakuan pendaftaran (1)

Ciri Utama Koperasi..

i. Keuntungan koperasi tidak dikenakan cukai
Koperasi merupakan satu entiti perniagaan yang tidak dikenakan cukai terhadap keuntungan yang diperolehi. Ahli lembaga pengarah boleh menggunakan keuntungan yang diperoleh untuk membangunkan koperasi atau menyediakan faedah kebajikan tambahan untuk ahli koperasi. Misalnya, keuntungan koperasi yang tidak dikenakan cukai boleh dijadikan sumber modal untuk membesarkan perniagaan koperasi yang sedia ada atau membiayai kos pemberian pendidikan kepada ahli koperasi

ii. Koperasi mementingkan kebajikan ahli
Salah satu ciri istimewa koperasi yang paling penting ialah koperasi mengutamakan kepentingan dan kebajikan setiap ahli tanpa sebarang unsur diskriminasi. Dalam usaha menjaga kebajikan ahli, sesetengah koperasi telah mewujudkan tabung kebajikan dan tabung biasiswa. Kutipan daripada tabung ini akan digunakan untuk menyalurkan bantuan kepada ahli sama ada dalam bentuk khairat kematian, pinjaman tanpa faedah, bantuan kewangan kecemasan atau biasiswa untuk tanggungan ahli

iii. Hak mengundi yang sama rata tanpa mengira jumlah pegangan saham
Setiap ahli mempunyai hak mengundi yang sama rata, iaitu satu undi untuk satu ahli tanpa mengira jumlah pegangan saham ahli koperasi. Selain itu, setiap koperasi tidak dibenarkan memegang saham melebihi satu per lima daripada jumlah saham berdaftar. Keadaan ini membolehkan setiap ahli mempunyai hak sama rata dalam membuat keputusan yang berkeitan dengan kepentingan koperasi. Ahli lembaga pengarah koperasi pula dipilih oleh ahli semasa mesyuarat agung tahunan melalui cara demokrasi

iv. Peranan ahli sebagai pemilik dan pengguna koperasi
Setiap individu yang menjadi ahli koperasi secara tidak langsung memainkan dua peranan penting, iaitu sebagai pemilik dan pengguna koperasi. Ahli koperasi yang membeli saham koperasi merupakan penyumbang modal terhadap perniagaan koperasi. Sebagai pengguna pula, ahli koperasi dapat menikmati keistimewaan tertentu berbanding dengan bukan ahli. Ahli koperasi boleh menikmati barangan yang ditawarkan oleh koperasi pada kadar yang istimewa, misalnya melalui koperasi kewangan, ahli boleh mendapatkan bantuan pinjaman pada kadar yang lebih rendah

v. Pemberhentian ahli koperasi perlu melalui proses permohonan
Sekiranya seseorang individu ingin berhenti daripada menjadi ahli koperasi yang berdaftar, individu berkenaan perlu membuat permohonan kepada pihak pengurusan koperasi berkenaan. Selepas mesyuarat diadakan untuk meluluskan permohonan tersebut, segala pulangan dan dividen semasa atau dividen tertunggak yang masih terhutang kepada ahli akan dijelaskan. Pemberhentian seseorang individu sebagai ahli koperasi tidak dilakukan dengan serta merta sebagaimana yang berlaku dalam syarikat. Dalam sesebuah syarikat, seorang pemegang saham akan berhenti menjadi ahli syarikat sebaik sahaja ia menjual semua sahamnya dalam syarikat tersebut.

Usahawan dan Pelancongan

Bagaimanakah seseorang usahawan desa dapat menyumbang kepada industri pelancongan negara?
i. Homestay – bed and breakfast
ii. Industri kraf – batik, anyaman
iii. Makanan tradisional
iv. Satu kampung satu produk
v. Agro pelancongan – kolam memancing, dusun, ladang bunga dan sayur-sayuran

Sumbangan Usahawan dari sudut Makro

Jelaskan empat sumbangan usahawan dari sudut makro
i. Peluang pekerjaan
Usahawan mempelawa masyarakat tempatan untuk bekerja dan mewujudkan pekerjaan di rumah atau tempat kerja
ii. Penggunaan sumber tempatan
Perniagaan membeli sebahagian sumber seperti bahan mentah di persekitaran ia beroperasi. Ini meningkatkan pendapatan penduduk
iii. Penggerak ekonomi yang sihat
Memastikan kewujudan produk dan perkhidmatan baru kepada masyarakat. Jika bukan keluaran baru, ia berperanan mengekal atau mengubahsuai untuk memperbaiki keluaran sedia ada
iv. Menjadi sumber inspirasi / model kepada masyarakat
Memberi pendidikan, galakan dan motivasi kepada usahawan baru
v. Membangunkan industri sokongan
Mempercepatkan pertumbuhan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera melalui pembabitan bumiputera dalam perdagangan
vi. Beri sumbangan sebahagian dari pendapatan kepada masyarakat sebagai tanggungjawab sosial
Seperti derma kebajikan, sosial, pembinaan prasarana
vii. Meningkatkan taraf hidup masyarakat
Melalui pelaksanaan dasar kerajaan seperti DEB, DPN yang bermatlamat penyusunan semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Keselesaan hidup.

Pendekatan Keusahawanan

1. Huraikan tiga pendekatan yang disarankan oleh pakar keusahawanan bagi memahami teori keusahawanan.
i. Pendekatan Psikologi
a. Pendekatan ini mengkaji usahawan dari sudut ciri-ciri personaliti yang dimiliki oleh usahawan
b. Ciri-ciri usahawan berbeza dengan orang yang bukan usahawan seperti ciri pencapaian, kawalan dalaman, risiko, dll. Usahawan mempunyai ciri yang tinggi seperti lebih berani mengambil risiko, mempunyai kawalan diri yang tinggi, bekerja kuat, dll.
atau
a. Model Baka – lahir dari identitinya tersendiri
b. Teori kehendak kepada pencapaian McClelland
- mempunyai kehendak pencapaian yang tinggi dan berani pikul tanggungjawab
c. Model Psikodinamik – individu semasa kecil tertekan dan tidak mendapat kemudahan tertentu

ii. Pendekatan Sosiologi
a. Pendekatan ini menerangkan keadaan atau situasi sosial yang mempengaruhi usahawan tersebut
b. Ia mengambil kira faktor-faktor sosial seperti budaya, role modellakan masyarakat, pengalaman dan pendidikan, dan sebagainya dapat mempengaruhi proses keusahawanan
atau
a. Max Weber – memasukkan unsur keagamaan sebagai asas kejayaan
b. Everett Hagen – lahir dari kumpulan bawahan yang tidak berpuashati dengan kepincangan masyarakat
c. Model Pembangunan Sosial – usahawan lahir dari proses sosialisasi masyarakat

iii. Pendekatan Ekonomi
a. Pendekatan ini menekankan kepada keuntungan dan kekayaan menyebabkan seseorang itu melibatkan diri dengan keusahawanan
b. Usahawan itu cuba mencari dan mendapatkan peluang untuk mendapat keuntungan
atau
a. Joseph Schumpeter – inovasi sebagai inti keusahawanan
b. Alfred Marshall – usahawan melalui proses masa iaitu berkembang dari kecil ke perniagaan besar
c. Israel Kirzner – usahawan sebagai orang tengah dan mengaut keuntungan

Tujuan RP

Penyediaan rancangan perniagaan merupakan satu perkara yang amat penting kepada seseorang usahawan kerana beberapa tujuan. Terangkan lima tujuan tersebut.
iv. Mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang terhad secara optimum dan tanpa pembaziran
v. Menilai idea perniagaan dengan teliti, objektif, kritikal supaya lebih tersusun dan praktikal
vi. Menyakinkan pihak-pihak tertentu – pembiaya, pembekal, pelabur dan pelanggan
vii. Sebagai alat kawalan – mengelakkan kesilapan
viii. Sebagai garis panduan dalam menjalanakan perniagaan
ix. Memberi gambaran sama ada projek perniagaan berdaya maju atau tidak, menguntungkan / tidak
x. Menuju sasaran yang sama – antara pengurusan dan pekerja untuk mencapai matlamat yang sama

RP..

Huraikan isi kandungan rancangan perniagaan yang mencakupi:
i. Rancangan Kewangan
Menggambarkan keperluan sumber-sumber kewangan termasuklah unjuran hasil, kos dan keuntungan.
Sumber kewangan termasuk termasuklah kos projek, sumber pembiayaan, pinjaman, sewa beli dan sewa pajak, jadual susut nilai aset, penyata kewangan pro forma
Unjuran kewangan mestilah realistik dan mampu dicapai merangkumi penyata aliran tunai, penyata pendapatan, kunci kira-kira dan analisis titik pulangan modal
ii. Rancangan Pengeluaran dan Operasi
Merangkumi proses pengeluaran, bahan mentah digunakan, teknologi, anggaran pengeluaran. Perkara-perkara yang diketengahkan ialah produk yang dikeluarkan, proses pengeluaran, kapasiti pengeluaran, rancangan pengelauaran, mesin dan peralatan, perabot dan alat kelengkapan, lokasi, susun atur dan tenaga kerja
iii. Rancangan Organisasi dan Pengurusan
Meliputi perkara-perkara seperti matlamat dan strategi organisasi, struktur organisasi, senarai kakitangan pengurusan, senarai butir-butir lengkap jawatan, imbuhan dan insentif, perancangan keperluan dan susun atur pejabat dan belanjawan pentadbiran

Modal Asas Perniagaan

2. Huraikan tiga jenis modal asas sesebuah perniagaan.
i. Modal Tetap
- diperlukan untuk membeli aset tetap perniagaan
- digunakan dalam proses pengeluaran barangan atau perkhidmatan
- mempunyai tahap kecairan yang rendah
- contohnya, bangunan dan mesin
ii. Modal Kerja
- merupakan tabungan sementara perniagaan
- membiayaai operasi perniagaan dalam jangka pendek
- mudah cair / mudah ditukar dalam bentuk lain
- contoh, inventori, bayar sewa, bayar gaji
iii. Modal Pertumbuhan
- tidak bergantung kepada turun naik perniagaan
- digunakan untuk membangun dan membesarkan bangunan
- juga untuk menukar arah tuju perniagaan atau membuka cawangan
- contoh, membeli tanah untuk membesarkan kilang

Modal Ekuiti & Modal Hutang

3. Jelaskan pembiayaan modal ekuiti dengan modal hutang
Modal Ekuiti
- sumbangan pelabur yang membeli saham sesebuah perniagaan
- disebut sebagai modal berisiko kerana kemungkinan kehilangan pelaburan jika perniagaan tidak berjaya
- tidak perlu bayar balik
- hak mengundi/bersuara dalam operasi
- tidak perlukan sandaran
- milikan menjadi cair / diserahkan kepada pelabur
- hak kawalan jatuh / bertukar tangan
Modal Hutang
- diperolehi daripada pihak luar – individu / institusi
- perlu dibayar balik
- dikenakan faedah
- mempunyai jangka matang – jangka pendek dan jangka panjang
- memerlukan sandaran – aset
- tidak menjejaskan pemilikan

Program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangnan Usawahan

3. Bagi meningkatkan pengalaman dan pengetahuan para usahawan, berbagai program telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUn). Terangkan tiga daripada program tersebut.
i. Program Pembangunan Vendor
- bertujuan membangunkan IKS dan meningkatkan jumlah usahawan bumiputra
- syarikat induk menyediakan pasaran dan institusi kewangan akan memberi bantuan pembiayaan
- diberikan khusus untuk sektor automotif, elektrik dan elektronik, plastik, getah, mesin, kejuruteraan dan perkayuan
- jenis bantuan kewangan yang diberi – pinjaman mudah, pinjaman komersial, modal teroka, kemudahan kredit jaminan ansuran
- bantuan lain – pengurusan teknikal, kewangan, sistem teknologi maklumat, latihan pengurusan dan infrastruktur
ii. Program Mentor-Mentee
- syarikat besar memberi latihan bimbingan dan pendedahan kepada bakal usahawan kecil dan sederhana
- tempoh biasanya 3-5 tahun
- bimbingan yang diberi ialah latihan teknikal dan bukan teknikal, khidmat nasihat, bantuan kewangan
iii. Program Pembangunan Francais
- syarikat induk membenarkan francaisi menggunakan sistem francais dan memasarkan barang keluaran mengikut syarat-syarat tertentu
- francaisi – syarikat yang dibenarkan memasarkan barangan keluaran francaisor. Francaisor menyediakan modal, bahan mentah, kepakaran pengurusan dan pemasaran
- francaisi perlu membayar royalti
iv. Program Usahawan TULEN
- bertujuan menggalakkan usahawan tulen antara individu/syarikat bumiputera
- melalui Dewan Perniagaan Melayu dan gabungan Dewan Perniagaan Cina
- bentuk usahasama yang dijalankan – individu bumiputra bergabung dengan individu bukan bumiputra. Individu bukan bumiputera menyertai syarikat bumiputera melalui pembelian ekuiti atau sebaliknya, dll.

Rancangan Perniagaan: Perincian maklumat dalam Rancangan Pemasaran

Soalan: Seorang usahawan bercadang membuka sebuah kafe siber di sebuah kawasan perumahan yang baru dibuka. Beliau telah meminta bantuan anda untuk menyediakan rancangan perniagaan bagi perniagaan itu. Bagi membantu usahawan tersebut, anda telah membuat tinjauan mengenai aspek pemasaran perniagaan kafe siber. Sediakan rancangan perniagaan mengenai aspek pemasaran perniagaan tersebut.[15]

i. Sasaran Pasaran
- siapakah pelanggan utama
- golongan remaja
- mahasiswa, pelajar sekolah, kanak-kanak dan lain-lain
- tahap pendapatan pelanggan
- tahap pendidikan pelanggan

ii. Persaingan
- senarai pesaing
- syarikat baru atau syarikat sedia ada
- peratusan sumbangan dalam pasaran di kawasan setempat

iii. Dan kaitkan kedua-duanya ke dalam 4 campuran pasaran (4P)
- Produk (Product)
- barangan atau perkhidmatan yang diberikan, nilai tambah produk
- ciri-ciri perkhidmatan yang unik berbanding dengan pesaing
- ciri-ciri lain yang mendapat kelebihan bersaing

- Harga (Price)
- perlu realistik, berpatutan, kompetitif dan menjana keuntungan
- perlu juga diambil kira:
- selaras dengan kemudahan / perkhidmatan yang disediakan
- permintaan pengguna
- harga pesaing
- sensitiviti pengguna terhadap perubahan harga
- kos

- Promosi (Promotion)
- pilihan media / publisiti yang ingin digunakan
- belanjawan
- keupayaan untuk promosi melalui ICT – e-dagang

- Tempat (Place)
- sesuai atau tidak dengan sasaran pasaran
- kelebihan lokasi
- berhampiran dengan kawasan tumpuan remaja – universiti, kilang, asrama
- masuk dalam kawasan MSC sesuai dengan perniagaan yang dijalankan dari segi kemudahan dan prasarana
- di kawasan celik IT – terdapat tahap pendidikan dan pendedahan terhadap IT merupakan satu kelebihan

Langkah Merealisaskikan Idea: Soalan & Cadangan Jawapan..

1. Encik Sulaiman merupakan bakal usahawan dan telah menerima beberapa idea
bagi mengusahakan sebuah perniagaan. Bincangkan langkah-langkah yang perlu
beliau ambil bagi memastikan idea yang diperolehi itu dapat direalisasikan. [15]

i. Peringkat Idea
- penilaian terhadap idea-idea dibuat dan hanya idea yang praktikal dan boleh dimajukan sahaja dibincangkan dengan mendalam
- satu kaedah penilaian yang berkesan ialah senarai semakan penilaian pasaran sistematik di mana setiap idea produk baru dinyatakan dalam bentuk nilai utamanya, merit dan faedah

ii. Peringkat Konsep
- idea perlu dibangunkan dan disaring melalui interaksi dengan pengguna
- idea yang disaring diuji bagi menentukan penerimaan pengguna tanpa melibatkan kos pengilangan produk secara fizikal
- respons atau reaksi awal diterima daripada bakal pengguna atau ahli saluran pengedaran
- salah satu cara ialah temuduga dengan responden yang dipilih
- dengan menganalisis maklum balas daripada responden, ciri-ciri yang disukai pengguna dapat dimasukkan ke dalam idea produk baru

iii. Peringkat Pembangunan Produk
- reaksi pengguna terhadap produk fizikal ditentukan
- salah satu kaedah ialah menggunakan panel pelanggan, di mana sekumpulan bakal pengguna diberikan sampel produk untuk dicuba
- pengguna yang dipilih akan menyimpan rekod penggunaan dan memberi komen kelebihan dan kekurangan produk

iv. Peringkat Ujian Pemasaran
- dijalankan bagi meningkatkan lagi keyakinan terhadap kejayaan pada peringkat pengkomersialan
- langkah akhir dalam proses penilaian di peringkat ini akan memberikan hasil sebenar jualan, di mana ia akan menunjukkan tahap penerimaan pengguna
- hasil keputusan yang positif menunjukkan darjah kebarangkalian kejayaan produk yang dilancarkan dan pembentukan syarikat

v. Peringkat Pengkomersialan
- merupakan peringkat akhir dalam proses perancangan dan pembangunan produk yang melibatkan kitaran hayat produk
- syarikat perlu memastikan bagaimana untuk mengkomersialkan produk baru ini supaya tahap penurunan dalam kitaran hayat produk boleh dielakkan atau dikurangkan

SOALAN SUKA SUKA PP2-Try Buat

1 (a) Keadaan ekonomi yang tidak menentu menjadikan kehidupan semakin sukar. Kerajaan mempunyai peranan untuk memastikan keadaan adalah terkawal dan stabil. Jelaskan peranan usahawan untuk membantu kerajaan ke arah hasrat tersebut. [8]
(b) Terangkan kaedah menjana idea berikut:
(i) Kumpulan fokus
(ii) Sumbang saran [8]
(c) Usahawan akan melalui proses merealisasikan idea sebelum ia dapat dilaksanakan. Jelaskan langkah-langkah proses merealisasikan idea. [9]

2 (a) Encik Thalha yang akan bersara tidak lama lagi sedang menimbangkan untuk menceburi bidang keusahawanan sama ada melalui sistem francais atau perikatan strategik. Bandingkan kedua-dua strategi untuk membantu Encik Thalha membuat pilihan. [12]
(b) Huraikan tiga tujuan rancangan perniagaan disediakan. [6]
(c) Jelaskan empat golongan yang memerlukan rancangan perniagaan. [7]

3 (a) Terangkan empat faedah yang boleh dinikmati oleh ahli koperasi. [4]
(b) Beberapa orang pemancing ingin menubuhkan Kelab Joran Kuala Terengganu bagi menyelaras aktiviti mereka. Huraikan penubuhan kelab tersebut. [13]
(c) Huraikan empat perbezaan antara pertubuhan dengan koperasi. [8]

4 (a) Terangkan prinsip etika dalam aspek hubungan manusia dengan manusia menurut pendekatan timur. [6]
(b) (i) Jelaskan lima hak yang dimiliki oleh pengguna di Malaysia. [10]
(ii) Terangkan tiga punca hak pengguna tidak diendahkan. [3]
(c) Nyatakan pihak yang dikategorikan sebagai warga korporat dan terangkan tiga peranan warga korporat kepada masyarakat. [6]

5 (a) Jelaskan tiga bentuk komunikasi. [6]
(b) Terangkan kebaikan dan keburukan mengadakan perbincangan dengan rakan sekerja. [6]
(c) Terangkan prinsip komunikasi berkesan dalam sesebuah organisasi perniagaan. [8]
(d) Huraikan prinsip perundingan yang perlu ada pada pihak yang berunding untuk sesuatu projek.
[5]

Tips Bab 1 PP1 STPM 2010

FAKTOR PENGELUARAN(KES),
KEPENTINGAN PERNIAGAAN KPD EKONOMI/MYKT,
PERSEKITARAN UMUM(FOKUS FIZIKAL-PELANCONGAN),
PERSEKITARAN TUGAS,
BEZA(TUNGGAL VS KONGSI/KONGSI VS SYKT/SDN BHD VS BHD/SYKT VS KOPERASI),
PERANAN SEKTOR(SWASTA/KANUN/AWAM),
AKTIVITI PERNIAGAAN(PENGELUARAN/PERKHIDMATAN)
DAN TAHAP2 PERNIAGAAN(HULUAN-HILIRAN/DOMESTIK VS ANTARABANGSA)...
LIHAT JUGA PROSES PERNIAGAAN...
GOOD LUCK

Tips Bab 3 PP1 STPM 2010

PEMASARAN-GELAGAT PENGGUNA, PORTFOLIO BOSTON, PENYELIDIKAN PEMASARAN, MODEL KOTAK HITAM, PELETAKAN HARGA(FAKTOR/HARGA PRODUK BARU), PENGEDARAN(KONFLIK/SALURAN/STRATEGI/MENGURUS SALURAN/PERUNCITAN)

PENGELUARAN- KAWALAN KUALITI
KEWANGAN- HUBUNGAN KEWANGAN DGN JABATAN LAIN, BELANJAWAN, PERANAN PENGURUS KWGAN.

PENG.SUMBER MANUSIA-PERANCANGAN PSM, CABARAN PSM, ANALISIS KERJA(SUMBER MANUSIA/REKRUT/PEMILIHAN/INDUKSI), LATIHAN(TUJUAN/KPTGN/AKTIVITI), GANJARAN & HUKUMAN, KESATUAN KERJA(FUNGSI)

Tips Bab 4 PP1 STPM 2010

KEMAHIRAN PENGURUSAN: FOKUS KEPADA KEMUNGKINAN SOALAN KES( PELAJAR PERLU TAHU (FAKTA/DEFINISI/HURAIAN/APLIKASI SETIAP KEMAHIRAN PD TIAP PERINGKAT PENGURUSAN)

PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN: INGAT FAKTA/LANGKAH/DEFINSI/KAITKAN DGN KES

FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBUATAN KEPUTUSAN: LAMA TAK KELUAR-INGAT FAKTA/HURAIAN

ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN: FOKUS UTAMA KEPADA TULANG IKAN/POKOK KEPUTUSAN(HATI2 DGN TANDA NEGATIF), LIHAT JUGA STATISTIK DAN BAGAIMANA PENGURUS MENGGUNAKAN KREATIF & INOVATIF DLM MEMBUAT KEPUTSAN/MENANGANI MASALAH STRESS..

Tips STPM 2010: KETEGANGAN

1.INGAT TANDA STRESS(FISIO/PSIKO/GELAGAT/KOGNITIF) BERSERTA CONTOHNYA. MAYBE SOALAN KES-DIBERI CONTOH DAN DIMINTA CALON SEBUT JENIS TANDA TERSBUT.

2.PASTIKAN CALON INGAT 3 PUNCA UTAMA STRES IAITU:

-FAKTOR PEKERJAAN/ORGANISASI( ADA 3 SKOP) YG PERLU ANDA TAHU:

i. SKOP KERJA(BEBAN TUGAS-SIKIT BYK/KEKABURAN PERANAN/KONFLIK

PERANAN)

ii. SKOP HUBUNGAN(GANGGUAN SEKSUAL/KURANG SOKONGAN SOSIAL/

STRUKTUR ORGANISASI/KEPIMPINAN ORGANISASI)

iii. SKOP SEKITARAN(KEADAAN PRSKTRN/KEMUDAHAN KERJA)

-FAKTOR INDIVIDU(PERSONALITI/TANGGAPAN/KEJADIAN MENGEJUTKAN/RUTIN)

-FAKTOR LUAR/PRSKTRN-(KTDKTENTUAN EKONOMI/POLITIL/TEKNOLOGI/SOSIAL

BUDAYA/KELUARGA)

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 010-929 0902
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com