XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP

XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP
SEM1&3 AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

PECUTAN AKHIR PP2 PERCUBAAN 2011: PROSES KOMUNIKASI (SOALAN KES)

Soalan 20

Pengurus pemasaran mengadakan mesyuarat dengan stafnya bagi membincangkan strategi pemasaran produk baharu syarikat.
Jelaskan proses komunikasi yang berlaku daam mesyuarat tersebut.           [12]             

Cadangan jawapan yang baik:

Proses komunikasi lisan yang berlaku ialah:
  1. Penghantar
·         Proses komunikasi dalam mesyuarat tersebut bermula dengan adanya penghantar, iaitu orang yang mempunyai mesej untuk disampaikan.  Dalam kes ini penghantar merupakan pengurus pemasaran/staf yang mempunyai maklumat yang ingin disampaikan kepada staf/pengurus pemasaran.

  1. Enkod
·         Penghantar menterjemah maksud maklumat yang ingin dihantar kepada penerima.
·         Ia dinamakan enkod, iaitu maklumat, idea atau pandangan yang diterjemahkan dalam bentuk-bentuk yang difahami oleh orang lain, sama ada menggunakan perkataan, bahasa atau simbol.  
·         Dalam kes ini, maklumat atau idea diterjemahkan oleh pengurus pemasaran secara lisan dan bertulis melalui carta, grafik, dll

  1. Saluran/Media
·         Mesej disalurkan kepada penerima melalui sama ada saluran lisan atau percakapan atau melalui tulisan, visual atau pergerakan badan.  
·         Bagi kes di atas, saluran yang digunakan oleh pengurus pemasaran/staf ialah saluran lisan dan melalui komputer,  LCD dan sebagainya.

  1. Dekod
·         Seterusnya proses dekod berlaku iaitu mesej diterima dan diterjemahkan atau ditafsirkan oleh penerima untuk memberi makna.  
·         Pengurus pemasaran/staf cuba menterjemahkan maklumat ke dalam bentuk yang mudah difahami.

  1. Penerima
·         Penerima akan  yang menjadi sasaran mesej.
·         Dalam kes ini penerima mesej adalah staf/pengurus pemasaran.

  1. Maklumbalas
·         Seterusnya proses maklumbalas berlaku iaitu tindakbalas terhadap penerimaan dan pemahaman mesej oleh penerima.  
·         Ia boleh jadi berbentuk lisan atau bukan lisan.  
·         Dalam kes tersebut maklumbalas daripada pengurus pemasaran/staf berlaku apabila pengurus pemasaran/staf memberi cadangan, bantahan atau arahan.

0 comments:

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com