XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP

XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP
SEM1&3 AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

PECUTAN AKHIR PP2 PERCUBAAN 2011: PROSES PENUBUHAN OBBU

SOALAN:

Jelaskan langkah-langkah yang perlu dipatuhi oleh pelajar UMP untuk menubuhkan Majlis Perwakilan Pelajar UMP. [10]

CADANGAN SKEMA/PANDUAN PEMERIKSA:

Langkah-langkah yang perlu dipatuhi oleh pelajar UMP untuk menubuhkan Majlis Perwakilan Pelajar UMP:


1.Mesyuarat penubuhan (1m)
Keahlian minimum 7 orang – mesti pelajar UMP. (½ m)
Tujuan mesyuarat :
(a) Persetujuan penubuhan (½ m)
(b) Nama dan alamat pertubuhan (½ m)
(c) Lantik Ahli Jawatankuasa (½ m)
(d) Menyediakan dan meluluskan undang-undang kecil (½ m)


2. Pendaftaran (1m)
Daftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri (½ m)
Dokumen pendaftaran perlu ditandatangani oleh 2 orang pemegang jawatan utama (½ m)
Yuran pendaftaran perlu dijelaskan kepada Pendaftar Pertubuhan. (½ m)
Dokumen diperlukan:
(a) Borang permohonan (½ m)
(b) Senarai jawatankuasa penaja (½ m)
(c) Undang-undang kecil (½ m)
(d) Minit mesyuarat penubuhan (½ m)


Pertubuhan tidak akan menjalankan sebarang aktiviti sehinggalah permohonan penubuhan pertubuhan diluluskan (1m).
Sijil perakuan pendaftaran akan dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan sebagai pengesahan pendaftaran (1m). [10]

*Nota:
1.SETIAP Huraian perlu dikaitkan dengan pertubuhan Majlis Perwakilan Pelajar UMP
walaupun sekali, jika tidak 0 markah
2.Langkah mesti mengikut turutan, jika tidak 0 markah

CONTOH SKRIP JAWAPAN CALON YANG BAIK & SISTEMATIK:


Bagi menubuhkan Majlis Perwakilan Pelajar UMP, pelajar UMP perlu mematuhi beberapa langkah yang terlibat.


1. Sebagai permulaan, pelajar UMP perlu mengadakan satu mesyuarat penubuhan.



-Mesyuarat penubuhan ini perlu dihadiri sekurang-kurangnya 7 orang ahli yang terdiri daripada pelajar UMP itu sendiri.
-Mesyuarat ini dilaksanakan bertujuan:

          1. Untuk mendapatkan persetujuan dari semua ahli 
              mesyuarat   untuk menubuhkan Majlis Perwakilan 
              Pelajar UMP.
          2. Untuk menentukan nama dan alamat pertubuhan 
              iaitu Majlis Perwakilan Pelajar UMP, beralamat di  
              UMP.
          3. Untuk melantik Ahli Jawatankuasa di kalangan ahli
              Majlis Perwakilan Pelajar UMP.
          4. Untuk menyediakan serta meluluskan undang-
              undang kecil   Majlis Perwakilan Pelajar UMP.

2. Langkah seterusnya, pendaftaran pertubuhan Majlis 
    Perwakilan Pelajar UMP perlu dibuat oleh wakil 
    pertubuhan.


    -Pendaftaran Majlis Perwakilan Pelajar UMP perlu 
   dibuat di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri.
   -Dokumen pendaftaran yang dibawa perlu  
    ditandatangani oleh 2 orang pemegang jawatan utama 
    Majlis Perwakilan Pelajar UMP.
   -Yuran pendaftaran pertubuhan perlu dijelaskan kepada     
   Pendaftar Pertubuhan.
   -Antara dokumen yang perlu dibawa semasa proses   
   pendaftaran ialah:
      1. Borang permohonan Majlis Perwakilan Pelajar UMP.
      2. Senarai jawatankuasa penaja Majlis Perwakilan 
         Pelajar UMP
      3. Undang-undang kecil pertubuhan yang telah 
        diluluskan
      4. Minit mesyuarat penubuhan.


3. Pengesahan pendaftaran


    -Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UMP tidak akan     
     menjalankan  sebarang  aktiviti sehinggalah permohonan 
     penubuhan Majlis Perwakilan Pelajar UMP diluluskan.                                                               
   -Pendaftar Pertubuhan akan mengeluarkan Sijil Perakuan 
    pendaftaran kepada Majlis Perwakilan Pelajar UMP 
    sebagai pengesahan pendaftaran.



0 comments:

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com