XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP

XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP
SEM1&3 AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

PECUTAN AKHIR PP2 PERCUBAAN 2011: RANCANGAN PERNIAGAAN (RP)

Soalan 19
Jelaskan isi kandungan yang mesti ditulis dalam rancangan perniagaan.       [15]
i.        Ringkasan eksekutif
-          nama syarikat, misi dan matlamat, ringkasan perniagaan, pasaran operasi, staf dan kewangan
-          ia merupakan tanggapan yang positif secara keseluruhan terhadap perniagaan yang dilakukan
ii.      Pengenalan
-          sejarah perniagaan, kedudukan sekarang, kekuatan syarikat, prosedur kawalan, telefon, alamat
-          maklumat asas perniagaan disertakan seperti nama syarikat, lokasi, jenis perniagaan serta produk yang dikeluarkan
iii.    Tujuan
-          matlamat jangka panjang dan pendek, membentuk misi dan hala tuju
-          tujuan menjelaskan matlamat jangka pendek dan jangka panjang dan cara atau langkah untuk mencapai matlamat
iv.    Latar belakang perniagaan
-          inflasi, kadar pengangguran, pendapatan penduduk, jenis perniagaan, dll.
-          menyatakan jenis milikan perniagaan serta menyenaraikan butir-butir latar belakang syarikat dan sejarah syarikat
v.      Latar belakang pemilik
-          nama pemilik atau rakan kongsi, biodata, dll
-          biodata serta nama setiap rakan kongsi mesti ditulis dalam latar belakang
-          lembaga pengarah dan pemegang saham majoriti juga perlu disenaraikan
vi.    Struktur organisasi
-          carta organisasi, tugas, gaji, latihan, dll
-          struktur organisasi menunjukkan pihak pengurusan dan struktur organisasi yang mantap dan berkesan untuk mencapai matlamat
-          ia menerangkan fungsi pengurusan pemasaran, pengeluaran, kewangan dan sumber manusia
-          carta organisasi yang dipaparkan dapat menunjukkan penyelarasan antara bahagian, autoriti arahan dan tanggungjawab
vii.  Latar belakang projek
-          strategi produk, harga, promosi, pelanggan, dll
-          latar belakang projek perlu menerangkan jenis, kos dan potensi di masa hadapan projek yang akan dijalankan
-          analisis aliran nilai kini bersih, kadar faedah dan pulangan di masa akan datang perlu dibuat secara terperinci
viii.Rancangan pemasaran
-          strategi pemasaran
-          perbandingan keluaran syarikat dengan keluaran pesaing, sasaran pasaran, pembungkusan, penjenamaan dan pelabelan, pengiklanan dan promosi, strategi peletakan harga serta saluran pengedaran
-          ramalan jualan – saiz pasaran dalam unit dan ringgit serta strategi peletakan harga
ix.    Rancangan pengeluaran/operasi
-          proses pengeluaran – menggaris dan memberikan komen terhadap tahap-tahap pembangunan dan pengeluaran produk atau perkhidmatan
-          sumber-sumber diperlukan – menganalisis sumber digunakan dalam proses pengeluaran
-          jaminan kualiti – membincangkan dimensi kualiti
-          jumlah keluaran mengikut harian, bulanan dan tahunan perlu disenaraikan
x.      Rancangan kewangan
-          penyata kewangan – ringkasan prestasi lepas dengan mengira nisbah kewangan dan ramalan penyata kewangan untuk 5 tahun
-          sumber kewangan – kos permulaan perniagaan
-          strategi kewangan – sumber dan kegunaan dana serta kawalan dalaman dan sistem pengawasan

0 comments:

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com