XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP

XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP
SEM1&3 AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

SOALAN PERTENGAHAN TAHUN [OTI 1] PP1: TERENGGANU

Bahagian A [50 markah]
Jawab semua soalan.

1
(a)
Jelaskan memuaskan keperluan dan kehendak pengguna sebagai salah satu elemen dalam perniagaan.

[3]

(b)
Huraikan maksud  tahap perniagaan  huluan dan hiliran.
[2]

(c)
Nyatakankan empat ciri perlakuan manusia mengikut 'teori Y' yang dianjurkan oleh Douglas McGregor.

[2]

(d)
Terangkan bentuk jangkauan kawalan berikut dalam sesebuah organisasi:
i.                    Jangkauan kawalan sempit
ii.                  Jangkauan kawalan lebar


[2]

(e)
Terangkan tiga gaya kepimpinan yang sering digunakan oleh pihak pengurusan atasan.       
[3]

(f)
Bagaimana faktor sikap dan kelas sosial dapat mempengaruhi ibu bapa dalam membuat keputusan pembelian pakaian sekolah ketika musim persekolahan bermula.

[3]

(g)
Terangkan tiga bahagian produk mudah beli.
[3]

(h)
Jelaskan kitaran hayat produk semasa peringkat kemerosotan.
[3]

(i)
Berikan empat prinsip inovasi dalam proses pembuatan keputusan 
 [2]

(j)
Mengapakah analisis tulang ikan dikenali sebagai analisis sebab dan kesan.
[2]


2
(a)
Huraikan faktor objektif pemasaran  yang mempengaruhi keputusan penentuan harga.
[8]

(b)
Jelaskan kaedah penentuan harga produk baru.
[7]

(c)
Dalam menjalankan aktiviti perniagaan, biasanya pemasar akan melakukan tindakan sendiri yang mengenepikan kepentingan bersama dan boleh menyebabkan perselisihan dan konflik. Ia dikenali sebagai konflik saluran. Jelaskan konflik-konflik yang mungkin berlaku semasa proses pengagihan produk kepada pengguna bagi perniagaan Mydin Wholesale Hypermarket Kuala Terengganu dan  konflik dengan pesaing terdekatnya iaitu Giant Hypermarket Kuala Terengganu dan berikan cadangan-cadangan yang sesuai dilakukan oleh Pengurus Mydin Wholesale Hypermarket Kuala Terengganu untuk mengatasi konflik-konflik tersebut.







[6]

(d)
Jelaskan maksud sasaran pasaran dan peletakan pasaran.
[4]



 
Bahagian B [50 markah]
Jawab dua soalan sahaja.

3
(a)

Bagaimanakah persekitaran ekonomi sesebuah negara boleh mempengaruhi perkembangan sesebuah perniagaan?                       

 [6]

(b)
Syarikat Salim Aziz Sdn. Bhd. telah memulakan perusahaan tekstil yang mengeluarkan pelbagai jenis pakaian. Pada peringkat awal, produknya hanya dipasarkan di sekitar selatan tanah air.  Selepas lima tahun, syarikat tersebut telah memasarkan produknya ke seluruh negara di Asia Tenggara.
  1. Huraikan proses perniagaan yang terlibat di dalam perusahaan ini.
      ii.            Berikan alasan mengapa syarikat tersebut menceburi bidang perniagaan antarabangsa.




[10]

[4]

(c)

Jelaskan kepentingan perniagaan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia.
[5]
4
(a)
Jelaskan maksud perancangan dan huraikan kepentingan perancangan bagi tujuan mencapai matlamat sesebuah organisasi.            

[10]

(b)
Puan Rozita telah merancang untuk memulakan perniagaan borong dan bercadang mengambil beberapa orang pembantu dan juga jurujual. Beliau memikirkan bagaimana kerja-kerja dalam pemesanan, memecah pukal, melayan pelanggan, merekod,  menyemak stok, penghantaran barang dan sebagainya dapat dilaksanakan.

Terangkan proses pengorganisasian yang perlu diambil oleh Puan Rozita untuk menguruskan perniagaan borongnya dengan lebih berkesan.






[15]
5
(a)
Huraikan kawalan dalaman dan kawalan luaran dalam sesebuah organisasi.
[8]

(b)
Terangkan perkaitan kaedah kawalan dengan proses pengeluaran.  
 [9]

(c)
Huraikan langkah-langkah dalam proses pengawalan.
[8]
6
(a)
Murni Batik adalah sebuah syarikat pengeluar batik kraftangan khususnya sarung dan batik sutera di Terengganu. Puan Murni, pemiliknya merancang untuk meluaskan pasarannya ke seluruh negara. Untuk tujuan ini, beliau merancang untuk menjalankan promosi dan membuat strategi pengagihan yang baik.

  1. Terangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan oleh Puan Murni dalam menentukan belanjawan promosinya.







[6]


  1. Dalam memasarkan produknya yang terdiri daripada kain sarung, batik sutera lukis dan sutera ekslusif ke seluruh negara, Puan Murni akan mengedarkannya terus kepada peruncit-peruncit yang pelbagai. Terangkan tiga tahap liputan pasaran yang terdapat dalam pasaran dan cadangkan tahap liputan yang paling sesuai untuk dipilih oleh beliau mengikut jenis keluaran yang dihasilkan.                 





[6]


  1. Puan Murni perlu menguruskan saluran agihan yang dipilih dengan baik bagi memastikan ianya mampu mencapai matlamat pemasarannya. Huraikan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam menguruskan saluran agihannya dengan baik.



[6]

(b)
Jelaskan kepentingan pemetakan pasaran sebagai suatu strategi pemasaran oleh pemasar.                                  

[7]
7
(a)
Permintaan terhadap nanas batu semakin meningkat di negara ini setelah orang ramai mendapat maklumat tentang khasiatnya yang boleh mengubati penyakit batu karang dan buasir. Encik Helmi, Pengurus Ladang Nanas Batu ditugaskan untuk menambah kawasan penanaman baharu seluas 40 ekar.
Jelaskan langkah-langkah dalam membuat keputusan yang perlu diambil oleh Encik Helmi untuk membuka ladang tersebut.                                                   





[10]


(b)





Kim Jaya Enterprise merupakan sebuah perniagaan kimpalan serta kejuruteraan dan mesin. Perniagaan ini telah beroperasi selama lebih lima tahun. Jumlah permintaan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Akibatnya pekerja terpaksa melakukan banyak kerja. Pekerja yang hendak keluar memasarkan barang perlu meminta kebenaran dari pengurus. Pekerja juga dikehendaki melakukan tugas-tugas di luar kemahiran. Kenderaan juga tidak disediakan oleh pihak pengurusan untuk pekerja memasarkan barang.
Keadaan ini menyebabkan motivasi pekerja semakin menurun dan kadar tekanan kerja semakin meningkat. Ada pekerja yang sudah mula kerap mengambil cuti kerana tidak tahan dengan keadaan kerja. Ada juga yang telah berhenti kerja. Luahan perasaan pekerja jarang diambil berat oleh pengurus Kim Jaya Enterprise.  Akhirnya banyak pesanan terpaksa dibatalkan kerana kekurangan tenaga pekerja.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut:
  1. Terangkan punca ketegangan pekerja dalam syarikat ini.
  2. Jelaskan bagaimana pengurus syarikat dapat menguruskan ketegangan yang dialami oleh pekerja syarikat.
  3. Nyatakan kesan ketegangan pekerja kepada perniagaan Kim Jaya Enterprise.
















[6]

[6]
[3]
8
(a)
Bincangkan kenapa seseorang usahawan perlu bersikap proaktif dan bersinergi untuk berjaya dalam bidang perniagaan.


[10]

(b)
ABX Computer Sdn. Bhd. bercadang untuk menambahkan cawangan. Faktor kejayaan utamanya pada masa hadapan ialah keadaan ekonomi. Kebarangkalian untuk ekonomi meningkat pada masa hadapan ialah 30%, ekonomi kekal 50% dan ekonomi merosot ialah 20%.
Syarikat mempunyai rancangan untuk menambahkan cawangan sebanyak 5 cawangan , 2 cawangan atau tidak membuat apa-apa. Syarikat  menjangkakan  pulangan yang akan diterima pada masa hadapan apabila membuka 5 cawangan adalah RM240 000 semasa ekonomi meningkat, RM60 000 jika ekonomi kekal dan kerugian RM180 000 jika ekonomi merosot. Jangkaan pulangan syarikat apabila membuka 2 cawangan pada masa hadapan ialah RM 138 000 jika ekonomi meningkat, RM 31 000 jika ekonomi kekal dan kerugian RM 70 000 jika ekonomi merosot. Syarikat mengjangkakan pulangan syarikat jika tidak membuat apa-apa pada masa hadapan ialah RM 50 000 jika ekonomi meningkat, RM 0 jika ekonomi kekal dan kerugian RM 5000 jika ekonomi merosot.
Kos untuk membuka 5 cawangan ialah RM20 000 dan kos untuk membuka 2 cawangan ialah RM8 000. Berdasarkan situasi di atas:

        i.            Bina pokok keputusan untuk menyelesaikan masalah di atas.
      ii.            Hitung nilai pulangan jangkaan bagi setiap rancangan dan pilih rancangan terbaik yang harus syarikat pilih.

















[5]

[10]

0 comments:

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com