XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP

XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP
SEM1&3 AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

SOALAN PERTENGAHAN TAHUN [OTI 1] PP2 : TERENGGANU

Jawab semua soalan.

SOALAN 1:

(a) Senaraikan tiga kriteria bagi seseorang setiausaha syarikat [3]
(b) Jelaskan fungsí nisbah hutang dan kecairan kepada pihak yang berkepentingan. [2]
(c) Nyatakan tiga kelebihan perniagaan baru berbanding perniagaan mengambil alih. [3](d) Jelaskan tiga prinsip yang perlu diamalkan oleh Persatuan Pengguna Negeri Terengganu. [3]
(e) Mengapakah syarikat memilih untuk mengeksport barangan berbanding kontrak pengeluaran? [2]
(f) Nyatakan dokumen-dokumen perniagaan antarabangsa. [2]
(g) Terangkan dua jenis penyalahgunaan aset syarikat. [2]
(h) Terangkan maksud warga korporat dan nyatakan perbezaan antara warga korporat dan penjawat awam. [3]
(i) Berikan tiga contoh bahasa badan dan nyatakan mesej yang hendak disampaikan. [3]
(j) Nyatakan dua keadaan yang sesuai menggunakan papan notis sebagai media komunikasi dalam organisasi perniagaan. [2]

SOALAN 2:

(a) Huraikan tiga pendekatan yang disarankan oleh pakar keusahawanan bagi memahami teori keusahawanan. [9]

En. Adnan bercadang untuk membuka sebuah perniagaan yang menghasilkan peralatan berkuda
Untuk golongan kanaka-kanak dan remaja. Dengan modal peribadi berjumlah RM50.000.00, beliau telah merangka satu rancangan perniagaan untuk memulakan perniagaannya.

(b) (i) Huraikan empat tujuan Encik Adnan menyediakan rancangan perniagaan. [8]
(ii) Huraikan empat pihak yang memerlukan rancangan perniagaan yang disediakan oleh Encik Adnan. [8]

 
Bahagian B [50 markah]

Jawab dua soalan sahaja.

3. Dalam sistem kawalan bukan kewangan, sistem pelaporan dan jawatankuasa pengurusan memainkan peranan penting.
(a) Huraikan jenis-jenis laporan pengurusan yang lazim diamalkan oleh pengurusan. [4]
(b) (i) Nyatakan empat peranan yang boleh dimainkan oleh jawatankuasa pengurusan.
(ii) Jelaskan empat kebaikan dan empat keburukan pewujudan jawatankuasa pengurusan dalam sesebuah organisasi. [12]
(c) Jawatankuasa Audit Dalaman merupakan jawatankuasa yang terdapat dalam pengurusan sesebuah syarikat. Jelaskan enam matlamat utama Jawatankuasa Audit Dalaman. [9]


4. (a) Jelaskan empat sumber idea yang boleh mencetuskan pembentukan perniagaan baru. [8]
(b) Huraikan empat kebaikan dan empat kelemahan perikatan strategik. [8]
(c) Bincangkan tiga bentuk bantuan yang boleh diperoleh oleh bakal usahawan daripada agensi kerajaan. [9]


5. (a) Jelaskan peranan Maktab Kerjasama Malaysia kepada koperasi dari segi latihan dan penyelidikan. [5]
(b) Jelaskan langkah dan syarat yang perlu dipatuhi untuk menubuhkan kelab kebajikan bagi pekerja TER-X Berhad. [12]
(c) Nyatakan empat kategori organisasi bukan bermotif untung dan jelaskan aktiviti utamanya. Berikan satu contoh bagi setiap kategori. [8]


6. (a) Jelaskan cara yang boleh dilakukan oleh kerajaan sesebuah negara untuk menggalakkan firma multinasional beroperasi di negara itu. [10]
(b) Huraikan bagaimana tindakan perlindungan perdagangan oleh kerajaan boleh:
(i) melindungi industri yang baru,
(ii) memberikan persaingan yang adil dan saksama,
(iii) membalas balik tindakan negara luar. [15]


7. (a) Usaha melindungi pengguna daripada tindakan tidak beretika peniaga merupakan satu perkara rumit. Jelaskan bagaimana sikap pengguna itu sendiri menjadi penghalang kepada usaha untuk melindungi pengguna. [9]
(b) En. Azlee, yang akan menghadapi peperiksaan awam telah mendaftar di salah sebuah pusat tuisyen berhampiran tempat tinggalnya. Jelaskan hak-hak En. Azlee sebagai pelajar di pusat tuisyen tersebut. [10]
(c) Jenayah kolar putih selalu dikaitkan dengan pihak pengurusan syarikat. Huraikan jenis-jenis jenayah kolar putih yang sering dikaitkan oleh para pengurus masa kini. [6]

8. (a) Jelaskan proses komunikasi antara pemilik pemaju perumahan dengan pelanggannya. [12]
(b) “Kemahiran berunding pihak pengurusan ialah faktor penting dalam menentukan keberterusan hayat firma.” Bincangkan. [10]
(c) Terangkan maksud komunikasi menegak dan berikan contoh yang sesuai. [3]



0 comments:

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com