XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP

XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP
SEM1&3 AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

STPM MODULAR : BAB 2 : ALAT-ALAT KAWALAN KUALITI


Alat kawalan kualiti

1.      Kawalan proses secara staistik (Statistical Process Control)
·         

2.      Analisis nilai tambah
  1. ·         Merupakan penilaian komprehensif bagi semua aktiviti kerja, aliran bahan, dan kerja-kerja bertulis yang menentukan tambahan nilai kepada pelanggan.
  2. ·         Analisis ini merujuk kepada sesuatu produk atau perkhidmatan akan digugur atau dibuang ciri-ciri penting serta faedahnya yang tidak akan menjejaskan kualiti kepada pelanggan tetapi diubahsuai mengikut klasifikasi dan kehendak pelanggan.
  3. ·         Contohnya, sesuatu produk yang dihasilkan diubahsuai proses pengeluaran mengikut klasifikasi dan kehendak pelanggan di mana sebahagian proses pengeluaran yang tidak menjejaskan kualiti produk dihapuskan dan diganti atau diubahsuai mengikut kehendak pelanggan.

3.      Carta kawalan
  1. ·         Carta kawalan digunakan untuk memantau prestasi proses pengeluaran.
  2. ·         Carta kawalan dalam bentuk grafik digunakan untuk menentukan had kawalan statistik  bagi proses pengeluaran, isitu sama ada berada di dalam had kawalan atau di luar had kawalan.
  3. ·         Terdapat dua had iaitu had atas dan had bawah. Garisan tengah menunjukkan kualiti sebenar yang ingin dicapai.
  4. ·         Pemilihan carta kawalan adalah berdasarkan kepada faktor-faktor seperti jika keputusan pemeriksaan hanya dijalankan secara pemerhatian sifat, maka, carta kawalan  sifat p, np, c dan u adalah sesuai. Akan tetapi, jika keputusan pemeriksaan dijalankan  secara pengukuran dan penggunaan alatan seperti angkup vernier, contohnya, pengukuran panjang, maka, carta kawalan X-bar dan R adalah yang paling sesuai.


4.      Kajian kualiti dan kos
  1. ·         Kajian kualiti dan kos merupakan kaedah untuk meningkatkan kualiti produk dengan membuat penilaian tentang kualiti yang berkaitan dengan kos semasa bagi sebuah firma dan cuba mengenalpasti bahagian-bahagian yang berkeupayaan mengurangkan kos dengan banyak.
  2. ·         Kos kualiti ialah kos yang berkaitan dengan pencegahan, mengesan dan memperbaiki kerja yang defektif.
  3. ·         Kebanyakan kos ini boleh dikurangkan atau dielakkan sepenuhnya.
  4. ·         Terdapat  4 kategori kos yang berkaitan dengan pengurusan kualiti iaitu kos pencegahan, kos penilaian, kos kegagalan luaran dan kos kegagalan dalaman.

5.      Pasukan penambahbaikan kualiti\

  1. ·         Pasukan penambahbaikan kualiti melibatkan sekumpulan pekerja dai jabatan atau proses kerja yang sama bertemu secara berterusan untuk mengenalpasti masalah, menganalisis, menyelesaikan masalah, dan mengimplementasikan perubahan yang berkaitan dengan masalah kerja.
  2. ·         Pasukan ini penting untuk penambaikan berterusan dan melibatkan tanggungjawab yang berat dalam proses membuat keputusan bagi organisasi.

6.      Penanda aras (benchmarking)
  1. ·         Penanda aras merupakan satu proses yang dilakukan oleh sesebuah organisasi dengan cara memerhati dan mempelajari amalan-amalan terbaik yang dilakukan oleh organisasi yang lain.
  2. ·         Biasanya syarikat akan melakukan pengubahsuaian terhadap amalan yang terbaik yang dilakukan oleh organisasi yang dipelajari.
  3. ·         Penanda aras (benchmarking) juga melibatkan aktiviti membuat perbandingan antara prestasi syarikat sendiri dengan organisasi yang lebih baik agar dapat memperbaiki prestasi syarikat tersebut, ini bermakna organisasi yang menjadi perbandingan itu menjadi rujukan penanda aras kepada prestasi sesebuah syarikat.
  4. ·         Tujuan penanda aras ialah:
1.      Memperbaiki proses dan aktiviti pengeluaran dan perniagaan untuk meningkatkan produktiviti  dan kualiti organisasi.
2.      Memperbaiki pencapaian perniagaan dengan meningkatkan kedudukan kewangan syarikat.
3.      Mencapai kecekapan dan keberkesanan dalam operasi perniagaan
4.      Menambahkan kepuasan pengguna ke atas penggunaan keluaran atau perkhidmatan organisasi.

Pendekatan kawalan kualiti
1.      Kawalan Input
Kawalan terhadap input-input pengeluaran seperti bahan mentah,mesin,peralatan dan manusia, sebelum aktiviti pengeluaran dilakukan
Pengurus harus mengadakan hubungan yang baik dengan pembekal bagi memastikan kelancaran dalam proses pengeluaran
 
2.      Kawalan Proses
Kawalan semasa proses menambahnilai/tranformasi pengeluaran. Ianya melibatkan tindakan pemulihan, pembetulan dan pengubahsuaian.
Pengurus harus memastikan perjalanan operasi pengeluaran berada dalam keadaan yang baik. Kegagalan dalam proses ini akan menghasilkan output yang tidak diingini/rosak.

3.      Kawalan Output
Kawalan Selepas sesuatu proses tamat/kawalan terhadap output pengeluaran.
Pengurus hendaklah memastikan agar output disemak sebelum sampai ketangan pengguna.Kawalan selepas membolehkan tindakan pembetulan diambil terhadap proses pengawalan pada masa akan datang.

3 comments:

Unknown July 12, 2017 at 11:53 PM  

Apa perbezaan spc dn carta kawalan

Unknown October 27, 2017 at 1:20 AM  

mohon copy ye cikgu nota ini.

Unknown November 17, 2017 at 5:51 PM  

Thanks cikgu

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com