XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP

XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP
SEM1&3 AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

STPM MODULAR : BAB 2 : PROSES DAN KAEDAH KAWALAN KUALITI


Maksud  kawalan kualiti:
·         Proses pemeriksaan produk yang dihasilkan bagi memastikan produk menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan.

Kepentingan kawalan kualiti:
·         Mengurangkan kos pengeluaran.
·         Mengelakkan liabiliti produk terhadap pengguna.
·         Meningkatkan keyakinan dan kepuasan pelanggan.
·         Membentuk imej perniagaan yang baik.

Objektif kawalan kualiti:
·         Menghasilkan produk berkualiti tinggi dan dapat memuaskan kehendak dan keperluan pengguna.
·         Mengelakkan kecacatan pada produk.
·         Mengelakkan kesilapan semasa proses pengeluaran.
·         Mengurangkan kos dan perbelanjaan organisasi.
·         Meningkatkan daya saing perniagaan.

Proses kawalan kualiti:


Proses Kawalan Kualiti
1.        Rancang (Plan) - Memperkukuhkan objektif dan proses-proses yang perlu untuk  hasil selaras dengan keperluan pelanggan dan polisi organisasi.
2.        Buat (Do) -  Melaksanakan proses-proses
3.        Semak (Check)  - Memantau dan mengukur proses-proses dan produk yang bertentangan polisi, objektif-objektif dan keperluan untuk semua produk dan laporkan hasilnya.
4.        Tindakan (Act) - Mengambil tindakan untuk penambahbaikan berterusan terhadap prestasi
KAEDAH PEMERIKSAAN

Pemeriksaan menyeluruh
·         Pengawalan kualiti terhadap semua produk yang dikeluarkan.
·         Setiap produk melalui proses pemeriksaan.
·         Sesuai untuk produk yang dihasilkan dalam kuantiti yang kecil.
·         Tidak sesuai untuk pengeluaran secara besar-besaran kerana masa yang panjang, penggunaan sumber yang banyak.

Pelan persampelan
·         Beberapa sampel produk diambil secara rawak bagi mewakili satu kumpulan atau satu lot produk.
·         Sekiranya sampel yang diperiksa mematuhi piawai yang ditetapkan, lot produk tersebut akan diterima.
·         Jika didapati sampel mempunyai kecacatan , lot produk akan ditolak.

Kebaikan dan keburukan persampelan berbanding pemeriksaan menyeluruh:
Kebaikanlebih jimat, kurang kerosakan pada barangan, kurang operator pemeriksaan, kerja pemeriksaan daripada “butir-demi-butir” kepada “lot-demi-lot” lebih mudah dan mencabar.
Keburukanrisiko menerima barangan yang buruk dan risiko meolak barangan yang baik, memakan masa, maklumat ttg barangan kurang.

2 comments:

jim October 5, 2021 at 3:21 PM  

terbaik!

misha November 16, 2022 at 8:53 AM  

salam cgu..persampelan atau pensampelan?

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com