XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP

XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP
SEM1&3 AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

KAJIAN KES MODULAR : KAEDAH MENJAWAB SOALAN



CONTOH SOALAN KAJIAN KES
Bahagian B
[50 markah]

2 (a)    Nestle' Group telah diasaskan oleh Hendri Nestle pada tahun 1866 di Switzeland merupakan syarikat   yang mengeluarkan produk makanan dan minuman.  Di Malaysia Nestle’ memulakan operasi di Malaysia sejak tahun 1912 dengan kilang pertamanya di Petaling Jaya, Selangor.  Kini terdapat 7 buah pusat pembuatan utama di Malaysia. Strategi pemasaran yang berkesan merupakan faktor  utama kejayaan  Nestle’  hingga ke hari ini.
Menggunakan hampir 5000 orang  tenaga kerja tempatan dalam semua aspek pengurusan dan operasi pengeluarannya. Nestle juga menggunkan khidmat petani secara kontrak sebagai pembekal bahan mentah kepada pengeluaranya. Pada tahun 2012 nestle’ telah memperuntukan sebanyak RM180 juta perbelanjaan modal untuk menaikl taraf kemudahan termasuklah mesin dan peralatan pengeluaran.
Produk pertama yang di keluarkan di Malaysia ialah Susu Pekat Manis Cap Junjung  di ikuti dengan Milo, Maggi Mee, cili sos, dan sos tomato, makanan bijirin  bayi . Selain itu Nestle juga mengeluarkan Koko Crunch, Honey Stars, Cookie Crisp, Koko Crunch Duo dan  Milo Breakfast. Pelbagai jenis aiskrim turut dihasilakan seperti Mat Kool, Nestle Drumstick, Le Cremaria di samping  coklat Kit Kat dan pelbagai jenis perisa yoghurt jenama Nestle’. Nestle’ sentiasa menekankan khasiat terhadap produk yang dihasilkan seperti mengurangkan kandungan garam, gula, dan lemak. Semua 300 produk keluaran Nestle’ di Malaysia bagi kegunaan domestik dan untuk tujuan eksport  adalah halal.
Nestle’ tidak menaikkan harga produk yang ditawarkan walaupun harga komoditi meningkat demi mengekalkan kesetiaan pelanggan. Nestle’ juga sentiasa melakukan kajian mencari penyelesaian baru untuk tidak menaikkan harga melalui Nestle’ Continuing Excellence Initiatives (NCEI). Nestle’ memperkenalkan “Good Food, Good Life” sebagai slogan untuk menarik minat pelanggan menggunakan produk yang ditawarkan. Di samping itu, Nestle’ memiliki 22 van milo yang digunakan sebagai  medium promosi ke seluruh negara terutamanya pada karnival ataupun kejohanan sukan di sekolah-sekolah. Kaedah promosi melalui media elektronik seperti laman web, blog, television, radio dan media cetak seperti akhbar, majalah dan risalah turut digunakan. Produk Nestle’ ini boleh didapati di pasar raya besar seperti Tesco dan Giant sehinggalah ke kedai-kedai runcit di seluruh Malaysia.
            OSK research meramalkan jumlah pendapatan  Nestle’ untuk tahun 2012 sebanyak RM 504.9 juta dan RM553.1 juta untuk tahun kewangan 2013.
[sumber : Star Biz 27/4/2012. Malaysia Budiness 16/3/2012. Utusan Malaysia 27/4/2012]

Berdasarkan kes di atas:

i. Berapakah usia syarikat Nestle’ di Malaysia pada tahun 2012. [2]
ii. Jelaskan faktor pengeluaran yang terlibat dalam syarikat Nestle’. [12]
iii. Huraikan strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh syarikat Nestle’ untuk meluaskan pasarannya. [16]
iv. Huraikan lini produk syarikat nestle daripada aspek kelebaran dan kedalaman produk. [8]


PANDUAN MENJAWAB:

SOALAN 1

i. Berapakah usia syarikat Nestle’ di Malaysia pada tahun 2012. [2]  

KENALPASTI BILAKAH NESTLE' KALI PERTAMA MEMASUKI NEGARA MALAYSIA
JAWAPAN : PERENGGAN 1 BARIS 2 [P1B3] 

CARA JAWAB:
 
•Penubuhan kilang pertama di Petaling Jaya pada tahun 1912.[1]
•Pada tahun 2012 Nestle genap 100 tahun penubuhannya di Malaysia. [1]


[Jumlah maksima 2m]



SOALAN 2

 ii. Jelaskan faktor pengeluaran yang terlibat dalam syarikat Nestle’. [12] 

CALON PERLU MENGENALPASTI/MENGINGATI BAHAWA TERDAPAT  5 FAKTOR PENGELUARAN YANG PERLU BAGI SESEBUAH PERNIAGAAN UNTUK BEROPERASI DENGAN LANCAR IAITU:
1. BAHAN MENTAH
2. MODAL INSAN
3. MODAL
4. KEUSAHAWANAN
5. TEKNOLOGI

JADI, BAGI SETIAP FAKTOR, CALON PERLU MENGENALPASTI APAKAH FAKTOR2 PENGELUARAN YANG WUJUD BAGI KAJIAN KES NESTLE TERSEBUT BAGI PEMBUKTIAN BAHAWA FAKTOR TERSEBUT TERDAPAT DALAM KES.

CARA JAWAB:

Faktor pengeluaran yang terlibat :

1. Bahan mentah [1]-sebagai input utama pengeluaran[1]
–Bahan untuk pengeluaran milo/kit kat/ Koko crunch-koko[1]
–Tanah/lokasi kilang di Malaysia-kilang pertama di lembah kelang[1], kini mempunyai 7 buah kilang di Malaysia[1]
–Peralatan dan mesin-sebagai peralatan untuk pengeluaran. [1]

[maksima 4m]


2. Modal insan [1]-tenaga kerja yang memberi sumbangan tenaga mental dan fizikal [1]
–5000 buruh/pekerja tempatan[1] – untuk semua aspek operasi pengeluaran dan pengurusan [1]
–Petani[1]- bekerja secara kontrak untuk membekal bahan mentah [1]

[maksima 4m]

3. Modal [1]-Sumber kekayaan dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan.[1]
–RM180 juta perbelanjaan modal untuk menaikl taraf kemudahan termasuklah mesin dan peralatan pengeluaran. [1]
–Peruntukan kewangan/modal yang besar untuk membayar 5000 gaji pekerja[1]
–Peruntukan kewangan/modal untuk membina kilang baharu/7 buah kilang sedia ada.[1]
–Peruntukan kewangan untuk lain-lain perbelanjaan modal seperti pembelian aset tetap perniagaan[1]
–Peruntukan kewangan/modal untuk perbelanjaan pemasaran. [1]

[maksima 4m]

4. Keusahawanan[1]-Ciri-ciri keusahawanan yang wujud dalam diri pegusaha. [1]
–Usahawan yang berani menanggung risiko dan mampu mengembleng semua faktor pengeluaran untuk menjadikan Nestle’ sebuah syarikat yang berjaya di Malaysia selama 100 tahun. [1]
–Usahawan juga mempunyai daya usaha dan inisiatif yang tinggi untuk memastikan produk Nestle’ terkenal ke seluruh Malaysia dengan stretagi pemasaran yang bijak dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sosial seperti MILO percuma untuk hari sukan dan tidak pernah menaikkan harga produk Nestle’ walaupun harga bahan mentah sentiasa meningkat.[1]

[maksima 4m]

 SOALAN 3:

iii. Huraikan strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh syarikat Nestle’ untuk meluaskan pasarannya. [16] 

CALON PERLU MENGETAHUI BAHAWA CAMPURAN PEMASARAN ADALAH TERDIRI DARIPADA 4P [PRODUCT, PRICE, PROMOTION DAN PLACE] DI MANA CALON PERLU MENGENALPASTI SEMUA STRATEGI2 YANG DIGUNAKAN OLEH NESTLE DALAM CAMPURAN PEMASARAN MEREKA.
 **SEMUA FAKTA TANPA PEMBUKTIAN HURAIAN KES = 0 MARKAH**

CARA JAWAB:
 
1.Produk[1]
–Berasaskan makanan dan minuman.[1]
–Makanan dan minuman untuk semua peringkat[1]
–Contoh: Milo untuk seisi keluarga, Susu dan sos untuk bahan masakan, Koko Crunch, Honey Stars, Cookie Crisp, Koko Crunch Duo untuk sarapan pagi kanak-kanak, bijirin untuk bayi, aiskrim untuk semua golongan.[1]
–Menekankan khasiat terhadap produk yang dihasilkan seperti mengurangkan kandungan garam, gula, dan lemak.[1]
–Semua produk keluaran Nestle adalah halal.[1]
–Produk dikeluarkan adalah untuk kegunaan domestik dan juga eksport.[1]

[maksima 4m]


2. Harga[1]
–Harga sentiasa rendah/tidak dinaikkan[1] bagi memastikan Nestle’ dapat menembusi dan menguasai syer pasaran domestik dan antarabangsa.[1]
–Nestle’ Continuing Excellence Initiatives (NCEI)[1] dilaksanakan bagi memastikan harga produk tidak dinaikkan walaupun harga komoditi/bahan mentah dinaikkan oleh pihak lain.[1]

[maksima 4m]

3. Promosi[1]
–Nestle’ memperkenalkan “Good Food, Good Life”[1] sebagai slogan untuk menarik minat pelanggan menggunakan produk yang ditawarkan.[1]
–Kaedah promosi melalui media elektronik seperti laman web, blog, television, radio dan media cetak seperti akhbar, majalah dan risalah.[1]
–Promosi produk minuman Milo ke seluruh negara terutamanya pada karnival ataupun kejohanan sukan di sekolah-sekolah.[1]

[maksima 4m]


4
. Pengedaran[1]
–Produk Nestle’ ini boleh didapati di pasar raya besar seperti Tesco dan Giant sehinggalah ke kedai-kedai runcit di seluruh Malaysia.[1]
–Nestle’ mempunyai 22 buah van milo sebagai pengangkutan untuk bergerak dan promosi ke seluruh negara.[1]
–Nestle diedarkan ke pasaran domestik dan antarabangsa. [1]

[maksima 4m]


SOALAN 4

iv. Huraikan lini produk syarikat nestle daripada aspek kelebaran dan kedalaman produk. [8]

CALON PERLU MENGENALPASTI APAKAH MAKSUD LINI PRODUK, KELEBARAN DAN KEDALAMAN PRODUK SEBELUM MEREKA MEMBERIKAN FAKTA/HURAIAN DALAM FAKTA KES YANG TERLIBAT..

 CARA JAWAB:

Definisi Lini Produk:
-Satu kumpulan produk yang mempunyai ciri-ciri, kegunaan dan pengguna yang sama dan diedarkan melalui kedai yang sama.

Kelebaran produk Nestle’

Bilangan barisan atau lini produk yang ditawarkan oleh Nestle kepada pengguna.[1]

Nestle’ menawarkan pelbagai jenis produk seperti:
1.Minuman[1]
2.Bijirin bayi[1]
3.Aiskrim[1]
4.Sos[1]
5.Makanan untuk sarapan[1]

Kedalaman(kepanjangan) produk Nestle’

Kepelbagaian atau bilangan item produk dalam satu lini/barisan produk.[1]

Contoh:
1.Aiskrim- Mat Kool, Nestle Drumstick, Le Cremaria[1
2.Sos-tiram, cili, tomato[1]
3.Makanan untuk sarapan- mengeluarkan Koko Crunch, Honey Stars, Cookie Crisp, Koko Crunch Duo.[1]
4.Minuman-Milo, susu[1]

[maksima 4m]


SELAMAT MENJAWAB
From Cg aZLy


2 comments:

Student September 12, 2016 at 2:59 PM  

Cikgu, saya ingin tanya semasa peperiksaaan betul, jawab secara ponit form ke?

Student September 12, 2016 at 3:00 PM  

Cikgu, saya ingin tanya semasa peperiksaaan betul, jawab secara ponit form ke?

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com