XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP

XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP
SEM1&3 AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

Kajian Kes Penggal 2 : PENGURUSAN


KAJIAN KES : [PENGORGANISASIAN & KEPIMPINAN]

Syarikat AGROJAYA  Sdn Bhd menjalankan perniagaan memproses dan memasarkan hasil pertanian di Kuala Terengganu. Jabatan Pengeluaran syarikat tersebut diketuai oleh Ir. Zulkifli Zamri sebagai Pengurus Besar. Beliau dibantu oleh dua orang pengurus yang masing-masing bertanggungjawab terhadap pembelian dan pengeluaran. Pengurus Besar Jabatan Pemasaran pula diketuai oleh Encik Soddiqin bin Abdullah  yang baru ditukarkan dari ibu pejabat syarikat di Kuala Lumpur. Pada minggu pertama, beliau telah membuat rombakan besar-besaran kumpulan jurujual bagi meningkatkan syer pasaran dan keuntungan syarikat. Walaupun pada awalnya mendapat bantahan dalam kalangan jurujual, namun dengan kesungguhan dan semangat kerja yang ditunjukkan oleh Encik Soddiqin dan kebolehan  berkomunikasi ,beliau akhirnya berjaya mewujudkan kumpulan kerja yang berjaya mencapai sasaran. Beliau dibantu oleh dua orang pengurus dalam unit jualan dan khidmat pelanggan. Jabatan pemasaran mempunyai sepuluh orang jurujual yang diselia oleh penyelia yang bertanggungjawab kepada pengurus jualan.
Di Jabatan Pentadbiran am, Encik Khairil  bertindak sebagai pengurus yang bertanggungjawab terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Datuk  Fauzi Sukor . Semua pekerja bawahannya amat menghormati dan menurut semua  arahan yang diberi tanpa mempersoalkannya.  Ini adalah kerana En Khairil adalah seorang ketua yang tidak beragak-agak dalam mengenakan tindakan dan memberi ganjaran kepada pekerja yang layak.  Contohnya semasa penilaian prestasi tahun lepas, beliau tidak  meluluskan pemberian bonus kepada seorang pekerja yang sering ponteng kerja tanpa sebab.   
 Ketua Pegawai Eksekutif dibantu oleh seorang setiausaha peribadi, iaitu Puan Maizatul. Walaupun berusia, namun  Datuk Fauzi Sukor  seorang yang popular dalam kalangan  ahli di semua peringkat  organisasi. Setiap ucapan beliau sama ada untuk menyampaikan visi, misi atau motivasi amat dinanti-nanti dan dihayati oleh semua warga organisasi.  Dengan kewibawaan dan personaliti yang menarik, beliau menjadi idola dan role model bagi seluruh organisasi.  Tidak dinafikan, pekerja di bawah kepimpinannya mempunyai banyak tugasan  namun mereka tidak merasa  tertekan  kerana visi, misi yang ditetapkan oleh Datuk Fauzi Sukor jelas dan difahami oleh semua ahli.  Jabatan pentadbiran am mempunyai unit sistem maklumat, unit sumber manusia, dan unit akaun yang masing-masing diketuai oleh seorang Penolong Pengurus.
            a)         Lakar carta organisasi bagi Syarikat AGROJAYA Sdn Bhd.  [8]
b)      Jelaskan lima maklumat pengurusan yang boleh diperoleh daripada carta organisasi  Syarikat AGROJAYA Sdn Bhd.     [15]
            c)         Jelaskan  tiga jenis kepimpinan yang diamalkan oleh pihak-pihak pengurusan
                        Syarikat AGROJAYA Sdn Bhd.    [15]

CADANGAN JAWAPAN:

 (a)    Lakaran Carta Organisasi Syarikat AGROJAYA Sdn. Bhd.



(b)   Maklumat pengurusan yang boleh diperoleh
1.      Peringkat pengurusan  
-       menunjukkan kedudukan jawatan dalam organisasi. Terdapat 3 peringkat
      pengurusan dan 4 lapisan jawatan dalam organisasi  
-       Kaitan kes :
Pengurusan atasan – Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar Jabatan Pengeluaran dan Pengurus Besar Jabatan Pemasaran
Pengurusan Pertengahan – Pengurus Pembelian, Pengurus Pengeluaran, Pengurus Pentadbiran, Pengurus Jualan dan Pengurus Khidmat Pelanggan.
Pengurusan Bawahan – Pen. Pengurus Unit Sistem Maklumat, Pen. Pengurus Unit Sumber Manusia, Pen. Pengurus Unit Akaun dan Penyelia Jualan.  
2.      Pembahagian tugas
-       Dibuat mengikut fungsian yang ditunjukkan oleh kotak penjabatan/jawatan
-       Kaitan kes: Jabatan Pengeluaran – fungsinya pengeluaran dan Jabatan Pemasaran terlibat dengan aktiviti pemasaran.
3.      Hubungan Ketua / Subordinat
-       Hirarki, Ketua diletak diatas subordinat.
-       Kaitan kes: Mana-mana ketua dengan subordinatnya.
4.      Rantaian autoriti
-       Ketua mempunyai autoriti dalam jabatan dia sahaja. Ketua ada autoriti ke atas subordinat bawahannya sahaja.
-       Kaitan kes: KPE mempunyai autoriti keatas semua fungsi dan mana-mana ketua jabatan ada autoriti atas subordinatnya sahaja.

5.      Jenis autoriti
-       Sama ada autoriti lini (hak untuk memberi arahan) atau autoriti staf (hak untuk memberi pandangan/idea/nasihat)
-       Kaitan kes: Autoriti staf – Setiausaha iaitu Puan Maizatul, Antara Pengurus-pengurus  besar
-       manakala Autoriti lini yang dimiliki mana-mana ketua yang sesuai ke atas subordinatnya/ KPE ada hak untuk mengarah pengurus besar yang seterusnya berhak untuk mengarah pengurus dan penolong pengurus.
6.      Saluran Komunikasi formal
-       Semua  arahan dan laporan disalurkan secara formal iaitu daripada superior kepada subordinat dan sebaliknya.


(c)        Tiga jenis kepimpinan
1.      Kepimpinan Transformational  
-       Ditonjolkan oleh Encik Soddiqin Abdullan (Pengurus Besar Pemasaran)  
-       Pemimpin yang berkebolehan mempengaruhi pekerjanya dalam melakukan perubahan dalam organisasi / luar dari kebiasaan.
-       Kaitan :  Pada minggu pertama, beliau telah membuat rombakan besar-besaran kumpulan jurujual bagi meningkatkan syer pasaran dan keuntungan syarikat. Walaupun pada awalnya mendapat bantahan dan akhirnya ,beliau  berjaya mewujudkan kumpulan kerja yang berjaya mencapai sasaran.  
-       Kesannya : Dapat meransang pekerja berfikir lebih jauh dan mampu menyelesaikan masalah/ buat keputusan..  

2.      Kepimpinan Transactional
-       Ditonjolkan oleh Encik Khairil (Pengurus Pentadbiran Am)
-       Pemimpin yang menawarkan beberapa insentif  yang setimpal ntuk menggalakkan pekerja mematuhi arahan dan bekerja untuk mencapai matlamat organisasi.
-       Kaitan : Encik Khairil  tidak beragak-agak dalam mengenakan tindakan dan memberi ganjaran kepada pekerja yang layak.  Contohnya semasa penilaian prestasi tahun lepas, beliau tidak  meluluskan pemberian bonus kepada seorang pekerja yang sering ponteng kerja tanpa sebab.   
-       Kesannya – Pekerja akan bekerja keras untuk mendapatkan ganjaran dan mencapai matlamat organisasi.

3.      Kepimpinan Karismatik
-       Ditonjolkan oleh Datuk Fauzi sukor iaitu KPE
-       Pemimpin yang mempunyai sifat peribadi istimewa, ada keyakinan tinggi, pengikut selesa dan berupaya mempengaruhi orang bawahannya supaya setia dan mematuhi arahannya.
-       Kaitan : KPE seorang yang popular , berwibawa dan berpersonaliti menarik , menjadi role model dan idola serta mempunyai wawasan, misi dan visi yang jelas.
-       Setiap ucapan beliau sama ada untuk menyampaikan visi, misi atau motivasi amat dinanti-nanti dan dihayati oleh semua warga organisasi. 
-       Kesannya – Subordinat selesa bekerja tanpa merasa tertekan dan menyanjungi beliau dan berusaha mencapai matlamat organisasi.




0 comments:

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com