XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP

XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP
SEM1&3 AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

PECUT SUT PENGGAL 2 : Q&A WAJIB INGAT BAB 2

BIL
SOALAN BAB 2
JAWAPAN
1
Huraikan tiga elemen penting tawaran di dalam Akta Kontrak.
Tiga elemen penting tawaran ialah:

1.      Tawaran mestilah jelas, lengkap dan muktamad [1]
·        Tawaran mestilah jelas tentang terma-termanya dan kepada siapa tawaran itu ditujukan. [1]
·        Tawaran yang kabur dan tergantung maksudnya tidak akan menjadikan  tawaran itu mengikat di sisi undang-undang. @[1]

2.      Penerima tawaran harus ditentukan
·        Tawaran yang dibuat kepada orang tertentu merupakan satu tawaran kepada individu yang dipilih oleh pembuat tawaran.
·        Orang selain dari mereka tidak boleh menerima tawaran tersebut. Sekiranya pihak lain menerimanya, maka penerimaan tersebut adalah tidak sah.
·        Sementara itu, tawaran kepada sekumpulan orang adalah satu tawaran yang berbentuk umum. Ini bermakna penerimaan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja yang mengetahui tentang tawaran tersebut.

3.      Tawaran adalah berbeza daripada pelawaan tawaran
·        Pelawaan tawaran pula merupakan langkah pertama dalam rundingan yang mungkin akan berakhir dengan tawaran sesuatu pihak.
·        Ia merupakan satu pernyataan bahawa seseorang itu berkehendak untuk melakukan perundingan tetapi tidak berkehendak untuk terikat di sisi undang-undang.

                                
2
Terangkan dua pengecualian bagi seseorang yang berumur 18 ke bawah untuk memasuki sesuatu kontrak.
Pengecualian bagi seseorang yang berumur 18 ke bawah memasuki sesuatu kontrak ialah:

1.      Kontrak untuk keperluan hidup [1]
·        Contoh kontrak untuk keperluan hidup seperti  makanan, minuman, pelajaran dan lain-lain  yang perlu dan munasabah kepada kesenangan remaja.[1]
2.      Kontrak biasiswa
·        Kontrak biasiswa ialah kontrak yang melibatkan kontrak biasiswa kanak-kanak dengan badan kerajaan sahaja.
3.      Kontrak insurans
·        Kontrak insurans dikecualikan dengan syarat mendapat kebenaran bertulis bapa atau penjaga.
4.      Kontrak perkahwinan
·        Kontrak perkahwinan merupakan satu pengecualian kepada kaedah umum bahawa kanak-kanak tidak boleh membuat kontrak.
·        Ini bermakna kanak-kanak di bawah umur dewasa boleh membuat kontrak untuk berkahwin, dan kontrak itu sah dan dapat dikuatkuasakan di mahkamah.

3
Jelaskan keadaan yang yang membolehkan pelawaan tawaran berlaku menurut Akta Kontrak 1950.
Pelawaan tawaran boleh berlaku dalam keadaan berikut:

1.      Pameran barang di kedai layan diri
        Pekedai yang memperagakan barangan di dalam kedai hanya membuat pelawaan. Sesiapa yang mengambil barang tersebut dan membawa ke kaunter untuk membayar adalah pihak yang membuat tawaran untuk membeli.
2.      Lelongan
        Pelelong adalah pihak yang membuat pelawaan. Mana-mana orang yang hadir di majlis lelongan, meletak harga untuk membeli barang lelongan adalah orang yang membuat tawaran.
3.      Pengiklanan
        Iklan juga merupakan pelawaan. Contohnya, iklan jawatan kosong dalam akhbar, mana-mana orang yang memohon untuk mengisi jawatan tersebut ialah orang yang membuat tawaran dan terpulanglah kepada syarikat yang ingin mengambil pekerja untuk membuat penerimaan.

4
Berikan definisi barang-barang menurut Akta Jualan Barang-Barang 1957.
Barang  ialah setiap jenis harta alih selain daripada tuntutan dan wang dan termasuk stok dan saham, tanaman, rumput dan barang yang tercantum kepada tanah atau menjadi sebahagiannya yang dipersetujui akan dipisahkan sebelum dijual atau dipisahkan di bawah kontrak jualan.

5
Nyatakan enam elemen yang terdapat dalam balasan menurut Akta Kontrak 1950.
Terdapat beberapa elemen penting balasan iaitu:
1.      Balasan mesti mempunyai unsur timbal balik
2.      Balasan tidak semestinya datang daripada penerima janji
3.      Balasan lampau adalah sah di sisi undang-undang
4.      Sesuatu balasan itu tidak semestinya berpadanan
5.      Balasan mestilah sesuatu yang sah di sisi undang-undang
6.      Perjanjian tanpa balasan

6
Jelaskan barang sedia ada dan barang masa hadapan menurut Akta Jualan Barang-Barang 1957.
1.      Barang sedia ada
·        Barang yang sudahpun dimiliki berbentuk ‘barang tertentu’ atau ‘barang yang belum ditentukan’.
·        Barang tertentu’, setelah barang telah dikenal pasti dan dipersetujui semasa kontrak jualan dibuat
·        Barang yang belum ditentukan’, barang yang belum ditentukan dan disetujui pada masa kontrak jualan itu dibuat.

2.      Barang masa hadapan
·        Ialah barang yang dibuat atau diperolehi oleh penjual selepas kontrak jualan dibuat.
·        Bermaksud, semasa kontrak jualan dibuat, penjual belum lagi memiliki barang jualan itu.
7
Jelaskan perbezaan antara kontrak sah dengan kontrak tidak sah menurut Akta Kontrak 1950.
·        Kontrak sah merujuk kepada perjanjian yang boleh diteruskan dan dikuatkuasakan di sisi undang-undang setelah tidak terdapat perkara yang menyebabkan ia batal. Kontrak sah akan mengikat kedua-dua pihak sehingga kontrak ini dilepaskan.
·        Manakala suatu kontrak dikatakan tidah sah apabila sesuatu kontrak yang dijalankan itu tidak mematuhi elemen-elemen kontrak iaitu tidak wujudnya tawaran, penerimaan, balasan, niat, ketentuan dan keupayaan.
8
Takrifkan dua jenis terma kontrak jualan barangan, iaitu syarat dan waranti.
Takrif syarat:
Syarat-syarat kontrak adalah perkara-perkara yang dipersetujui pihak-pihak yang terlibat dalam kontrak. Ia merupakan satu stipulasi utama kontrak. Perlanggaran syarat-syarat tersebut akan menjadikan kontrak itu terbatal sebab pihak kontrak itu.tidak bersalah berhak menolak.

Takrif waranti:
Satu stipulasi sampingan, Perlanggarannya akan memberi hak kepada yang tidak bersalah untuk menuntut ganti rugi shj tetapi tidak boleh menolak kontrak tersebut. (pihak yang tidak bersalah boleh menganggap perlanggaran syarat sebagai perlanggaran waranti dan hanya menuntut ganti rugi shj.)
Stipulasi merujuk kepada -kenyataan yang jelas tentang apa yang perlu dilakukan dan bagaimana ia dlakukan.

9
Nyatakan empat perkara yang menyebabkan seseuatu kontrak boleh batal
Perkara yang menyebabkan seseuatu kontrak boleh batal ialah:

1.      Paksaan
2.      Pengaruh tak wajar
3.      Fraud
4.      Salah Nyataan
5.      Khilaf

10
Berikan  dua keadaan jualan secara perihalan boleh berlaku menurut Akta Jualan Barang 1957.
Jualan Perihal berlaku  apabila pembeli:

1.      Bersetuju membeli berdasarkan perihal barangan yang diberikan oleh penjual.
2.      Tidak melihat barangan yang hendak dibeli.
3.      Melihat barangan yang hendak dibeli.

11
Nyatakan empat perbuatan seseorang yang boleh diklasifikasikan sebagai perbuatan fraud menurut Akta Kontrak 1950 bagi memperdayakan pihak lain untuk membuat kontrak dengannya.
Perbuatan-perbuatan fraud bagi memperdayakan pihak lain untuk membuat kontrak ialah :
·        Menyarankan sesuatu fakta,
·        Menyembunyikan sesuatu fakta yang tidak benar,
·        Membuat janji tanpa niat menepati janji,
·        Melakukan mana-mana perbuatan untuk memperdaya,
·        Mana-mana perbuatan atau penyembunyian yang ditetapkan oleh undang-undang sebagai penipuan.

12
Nyatakan empat syarat tersirat bagi sesuatu jualan melalui sampel menurut Akta Jualan Barang-Barang 1957.
Jika pembeli telah bersetuju untuk membeli barangan berdasarkan sampel yang ditunjuk, maka wujud syarat termaklum[tersirat] bahawa:

1.      Barangan yang dibekalkan mesti menepati sampel dari segi kualiti.
2.      Pembeli berhak membandingkan barangan yang dibekalkan dengan sampel.
3.      Barangan perlu bebas daripada kecacatan yang menyebabkannya tiada kualiti boleh dagang.
4.      Kecacatan tidak ketara semasa penelitian munasabah ke atas barangan.
5.      Penelitian barangan tidak perlu rapi, asalkan munasabah sudah memadai.
6.      Implikasi: Penjual harus bertanggungan atas kecacatan tersebut sebab kecacatan pasti jadi ketara jika pembeli membuat penelitian rapi.
13
Jelaskan  dua bentuk perjanjian baru yang membolehkan pelepasan kontrak berlaku menurut Akta Kontrak 1950.
Perjanjian-perjanjian baru boleh jadi dalam bentuk :
1.      Novasi
·        Pengambilalihan tanggungan/obligasi oleh pihak lain.
2.      Pembatalan
·        Pihak-pihak berkontrak membatalkan kontrak tersebut atas persetujuan pihak-pihak yang terlibat sebelum sesuatu pelaksanaan dalam sesuatu kontrak disempurnakan.
3.      Penggubahan
·        Perjanjian dibuat untuk mengubah atau meminda terma-terma kontrak.
4.      Remitan
·        Perjanjian untuk mengurangkan atau meringankan atau melepaskan samada keseluruhan atau sebahagian dari perjanjian asal.

14
Jelaskan maksud waranti tersurat dan waranti tersirat menurut Akta Jualan Barang-barang 1957.
·        Waranti tersurat adalah waranti yang dinyatakan seperti tempoh waranti, waranti untuk memberi servis/membaiki/menggantikan secara percuma dalam sesuatu tempoh yang tertentu dll.
·        Waranti tersirat adalah waranti yang tidak dinyatakan tetapi ia adalah perlu seperti milikan aman/bebas dari gangguan dan bebas daripada bebanan

15
Jelaskan tiga jenis remedi menurut Akta Kontrak 1950.
Jenis Remedi/pemulihan:

1.      Gantirugi [Pampasan]
·        Tujuan utama memberi gantirugi kepada pihak yang tidak bersalah bukanlah untuk menghukum pihak yang mungkir. Gantirugi yang diberikan biasanya dalam dua bentuk iaitu bagi jumlah yang telah ditentukan di dalam kontrak dan juga gantirugi bagi jumlah yang tidak tertentu.

2.      Quantum meruit
·        Quantum meruit bermaksud sebanyak yang patut diterimanya. Ia merupakan tuntutan untuk mendapatkan sejumlah wang atau bayaran atau gantirugi untuk satu jumlah yang munasabah sebanyak mana yang ia patut terima hasil dari perkhidmatan yang diberikan.

3.      Pelaksanaan spesifik
·        Satu perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah mengarahkan defendan melaksanakan perjanjiannya menurut syarat-syarat yang dinyatakan dalam kontrak. Perintah ini hanya diberi seandainya pembayaran jumlah wang tidak merupakan remedi yang mencukupi atau kontrak tersebut merupakan satu tugasan amanah yang perlu dilaksanakan dan ia bergantung kepada budi bicara mahkamah.

4.      Injuksi
·        Injunksi merupakan arahan mahkamah supaya membetulkan salah lakunya yang menjadi punca kemungkiran kontrak, ia boleh dikategorikan sebagai injunksi prohibitari dan mandatori. Injuksi prohibitari melarang sesuatu tindakan daripada dilakukan.
5.      Menamatkan kontrak
·        Apabila satu pihak memungkiri kontrak, pihak yg satu lagi tdk perlu melaksanakan tanggunjawab selanjutnya.

16
Jelaskan elemen bebas daripada kesulitan dalam kontrak jualan.
Bebas daripada kesulitan bermaksud setiap barangan yang hendak dijual oleh penjual, menurut Akta jualan barang 1957 hendaklah :
1.      Bebas dari gangguan di mana pembeli boleh menggunakan barangan tersebut secara aman tanpa gangguan daripad apenjual, ejen, wakil ataupun pihak ketiga.
2.      Bebas daripada sebarang gadaian atau bebanan dari mana-mana pihak ketiga seperti saman, cukai, atau keberhutangan.

5 comments:

pavi March 24, 2015 at 9:53 PM  

very useful

Haris August 24, 2015 at 8:51 PM  

terima kasih:)

Anonymous June 13, 2016 at 5:57 PM  

VERY USEFUL FOR DOING SHORT REVISION
TQ!
#UMS

Unknown March 1, 2020 at 5:28 PM  

The good revision!

Anonymous March 23, 2020 at 5:58 PM  

Help me a lot.....thanks��

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com