XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP

XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP
SEM1&3 AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

PECUT SUT PENGGAL 2 : Q&A WAJIB INGAT BAB 4

BIL
SOALAN BAB 4
JAWAPAN
1
Huraikan tiga ciri-ciri pemikiran kreatif
Ciri-ciri pemikiran kreatif  ialah:

1.      Menghasilkan idea baru [1]
§  Kemukakan idea baru yang belum pernah diperkenalkan oleh mana-mana individu / idea yang belum digunakan pada masa tersebut [1]
§  Contoh – penggunaan buku elektronik menggantikan buku teks

2.      Melihat dari pelbagai sudut
§  Meluaskan penggunaan sesuatu produk / satu produk mempunyai pelbagai fungsi
§  Contoh – kad pintar yang boleh digunakan sebagai kad pengenalan, lesen memandu & kad pengeluaran wang di bank

3.      Menghasilkan konsep baru
§  Gambaran & pemahaman yang baru terhadap sesuatu produk mengikut keadaan semasa
§  Boleh mengubah pemahaman masyarakat terhadap sesuatu produk yg dikenali sebelum ini.
§  Contoh – stesen minyak yang kini turut menenpatkan kedai mudah beli, mesin pengeluaran & restoren makanan segera

4.      Boleh mencabar apa-apa yang dianggap betul dan mencabar pada masa kini
§  Idea boleh mencabar sesuatu perkara atau idea yang sedia ada yang dianggap terbaik pada masa kini
§  Contoh – kerja-kerja yang dilakukan oleh robot

5.      Menghasilkan kaedah baru
§  Menghasilkan kaedah baru /cara baru yang lebih baik daripada cara sedia ada yang dapat melaksanakan kerja sesuatu pekerjaan dengan lebih cepat & berkesan
§  Contoh – penyimpanan wang tunai menggunakan mesin yang lebih berkesan berbanding menggunakan juruwang

6.      Berfikiran futuristik / berwawasan
§  Kemampuan meramalkan apa yang akan berlaku pada masa akan datang
§  berdasarkan kepada pengetahun, pengalaman & analisis

2
Jelaskan empat kelemahan pembuatan keputusan secara kumpulan.
Empat kelemahan pembuatan keputusan secara kumpulan ialah:

1.      Ambil masa lama untuk mencapai persetujuan/keputusan
2.      Wujud ahli yang akan menguasai sesi perbincangan & keputusan cenderung kepada kumpulan ini
3.      Wujud sikap tolak ansur dikalangan sebilangan ahli menyebabkan keputusan kurang baik diterima.
4.      Mewujudkan ahli yang tidak dapat terima keputusan  menyebabkan rasa tidak puas hati & tidak komited melaksanakannya .
5.      Akauntabiliti terhadap perlaksanaan & kesannya adalah kurang kerana ianya keputusan kumpulan.

3
Jelaskan keputusan rutin dan tak rutin dalam pembuatan keputusan oleh seseorang pengurus.
Keputusan rutin

·        Keputusan rutin ialah keputusan yang bergantung kepada polisi/peraturan/ prosedur dalam organisasi
·        Digunakan untuk masalah berstruktur seperti pesanan inventori ketika paras inventori jatuh
·        Dianggar 90% keputusan dalam organisasi bersifat rutin dan berlaku di peringkat bawah organisasi.
Keputusan tak rutin

·        Keputusan tak rutin pula melibatkan perantaraan antara keputusan yang dirancang dan tidak dirancang.
·        Keputusan yang diambil mestilah diberi pertimbangan tentang kepentingan dan kesesuaiannya.
·        Merujuk kepada penemuan/pengenalpastian/penentuan masalah yang tidak berstruktur

4
Dengan memberikan contoh, huraikan maksud pembuatan keputusan secara kualitatif dan pembuatan keputusan secara kuantitatif.
Pembuatan keputusan secara kualitatif :
·        Contoh : kajian kes, rajah tulang ikan, pemerhatian, cerapan.
·        Pembuatan keputusan secara kualitatif memerlukan
1.      kebijaksanaan,
2.      pengalaman,
3.      budi bicara,
4.      gerak hati
5.      kreativiti dan inovasi.

Pembuatan keputusan secara kuantitatif :
·        Contoh : Guna pengukuran statistik dan grafik, kaedah nilai kini, PERT/CPM
·        Pembuatan keputusan secara kuantitatif memerlukan pengetahuan pembuat keputusan dalam menginterpretasikan angka-angka ( data ) yang diperolehi dan graf dipersembahkan.

5
Jelaskan tiga maklumat relevan untuk membuat keputusan dalam pembelian sebuah van untuk kegunaan pengangkutan bagi sesuatu perniagaan pemborongan.
1.      Saiz muatan van  – bergantung kepada saiz barang-barang  perniagaan.
2.      Harga/kaedah pembayaran– harga berpatutan mengikut keupayaan perniagaan/ syarikat tersebut;
3.      Penjimatan penggunaan bahan bakar  – kurangkan bebanan/kos petrol bagi syarikat.
4.      Keselamatan  – Van yang mempunyai ciri-ciri keselamatan asas .
5.      Aksesori van  – kereta yang mempunyai pelbagai peralatan tambahan seperti tempat letak barang-barang/kargo
6.      khidmat lepas jualan/ waranti  – mengurangkan kos penyenggaraan/memudahkan khidmat penyenggaraan/tempat servis yang selesa.

6
Senaraikan empat peraturan semasa sesi sumbang saran diadakan.
Peraturan sesi sumbang saran

1.      Menyatakan masalah dalam perkataan yang paling asas dan menulis isi-isi penting supaya mudah dirujuk dan dikenal pasti.
2.      Jangan mencari silap atau berhenti untuk membincang idea orang lain pada masa proses sumbangsaran.  Ini termasuklah mengkritik idea orang lain.
3.      Setiap ahli hendaklah menerima idea dan pandangan ahli lain walaupun berasa bahawa idea itu tidak relevan pada ketika itu bagi menggalakkan setiap ahli memberikan idea
4.      Memberi sokongan atau galakan sangat perlu supaya ahli-ahli tidak mempunyai sikap mengasingkan diri.  Ini bermakna setiap ahli tidak mempunyai sikap merendah diri.

7
Jelaskan pertimbangan yang perlu dibuat oleh pembuat keputusan dalam membuat pemilihan sesuatu alternatif.
Dalam pemilihan sesuatu alternatif, kita perlu pertimbangkan kriteria berikut:

1.      Kawalan: Adakah pelaksanaan alternatif ini dalam kawalan anda/kita?
2.      Kesesuaian: Adakah alternatif ini menyelesaikan masalah tersebut?
3.      Keperluan Sumber: Mampukah kita melaksanakannya (manusia, wang, peralatan, dsb)?
4.      Faedah: Adakah ia berfaedah?
5.      Masa: Berapa lama sebelum kita dapat lihat hasilnya?
6.      Kebolehterimaan: Adakah ahli dalam organisasi akan menerimanya?

8
Senaraikan lima asas utama teknik delphi seperti yang diperkenalkan oleh Linstone dan Turoff.
Lima utama Teknik Delphi seperti yang diperkenalkan oleh Linstone dan Turoff:

1.      Sampel dipilih secara individu dan setiap sampel tidak mengetahui jawapan sampel lain dalam panel pakar;
2.      Sampel hanya mengetahui jawapan sampel lain pada pusingan kedua apabila penyelidik melakukan analisis data dan menghantar dapatan tersebut kepada setiap ahli panel;
3.      Sampel tidak menerima sebarang tekanan dari mana-mana pihak mahupun sampel lain dalam menentukan jawapan soal-selidik mereka;
4.      Data dianalisis secara statistik;
5.      Data yang diberi oleh sampel adalah tiada pilih kasih (tidak bias) dan dengan demikian panel memainkan peranan untuk mencari penyelesaian atau mencapai konsensus.

9
Jelaskan maksud min, median, mod, julat dan sisihan piawai di dalam pengiraan statistik deskriptif.
·        Min-Purata semua nombor dalam sampel
·        Median-Titik tengah nombor setelah disusun menaik
·        Mod-Nombor yang paling kerap berulang
·        Julat-Perbezaan nilai terbesar dengan nilai terkecil
·        Sisihan piawai-Purata jarak/ sisihan setiap nombor dari min

10
Senaraikan data dan maklumat luaran organisasi yang biasa dikutip semasa proses pembuatan keputusan.
Antara data dan maklumat luaran yang biasa dikutip semasa proses pembuatan keputusan ialah:

1.      Data pelanggan produk syarikat
2.      Data keadaan ekonomi
3.      Data pesaing syarikat
4.      Data keadaan politik dan perundangan
5.      Data pembekal syarikat
6.      Data permintaan pasaran
7.      Data berkaitan prasarana
8.      Data berkaitan globalisasi pasaran

11
Jelaskan maksud pembuatan keputusan yang rasional dan senaraikan langkah-langkah dalam proses membuat keputusan yang rasional tersebut.
Maksud pembuatan keputusan yang rasional:
·        Pembuatan keputusan yang rasional  bermakna keputusan yang diambil haruslah berasaskan fakta, hujah-hujah dan sebab munasabah.
·        Oleh itu penilaian yang sistematik harus dibuat dalam keseluruhan proses membuat keputusan.
Langkah-langkah dalam membuat keputusan yang rasional ialah:
1.      Mengenal pasti masalah,
2.      Mengutip data,
3.      Menganalisis data,
4.      Menjana alternatif,
5.      Menilai alternatif, dan
6.      Memilih alternatif.

12
Dengan memberikan satu contoh, jelaskan pembuatan keputusan dalam keadaan kepastian.
Contoh:

Seorang pengurus di dalam sebuah syarikat ingin melaburkan sejumlah wang milik syarikat ke dalam sebuah bank.  Pengurus tersebut sudah tentu telah mengetahui jumlah pulangan dan keuntungan yang bakal diterima oleh syarikatnya dalam jangka masa tertentu.  Ini kerana beliau telah dimaklumkan dengan jelas oleh pihak pengurusan bank mengenai kadar faedah dan polisi yang telah ditawar dan ditetapkan oleh pihak bank.

Penjelasan:
·        Dalam persekitaran pembuatan keputusan dalam keadaan kepastian ini, maklumat adalah mencukupi untuk setiap alternatif
·        Ini bermaksud maklumat tersebut adalah lengkap dan boleh dipercayai
·        Pengurus mengetahui kepentingan setiap alternatif serta memahami dan menjangka hasil terakhir setiap alternatif. 
·        Keadaan ini adalah ideal  dalam menyelesaikan masalah dengan cabaran utama pengurusan adalah mengkaji setiap alternatif dan memilih penyelesaian terbaik. 
·        Walaupun beberapa masalah akan timbul, ia boleh dihadapi dan ditangani agar ketidaktentuan dapat dikurangkan.
·        Seseorang pengurus perlu berfikiran rasional dalam pembuatan keputusan dengan mengambil kira fakta, hujah-hujah dan sebab-sebab yang munasabah, praktikal dan sistematik dalam memilih alternatif yang terbaik.

13
Nyatakan data dan maklumat dalam organisasi yang terlibat dalam proses pembuatan keputusan yang rasional.
Antara data dan maklumat dalaman organisasi yang terlibat dalam proses pembuatan keputusan ialah:

1.      Data berkaitan masalah utama atau peluang yang wujud
2.      Data berkaitan produk dan perkhidmatan
3.      Data berkaitan kos yang terlibat
4.      Data berkaitan pekerja yang terlibat
5.      Data berkaitan peralatan dan mesin yang digunakan
6.      Data berkaitan bahan mentah yang digunakan
7.      Data berkaitan kaedah yang diguna pakai.
8.      Data berkaitan pelaporan kewangan

14
Jelaskan dua faktor kecekapan pembuat keputusan dalam mempengaruhi pembuatan keputusan secara keseluruhan.
PENGARUH FAKTOR KECEKAPAN PEMBUAT KEPUTUSAN

1.   Pengalaman Pembuat Keputusan
§  Pembuat keputusan yang mempunyai pengalaman dalam penyelesaian masalah  yang berstruktur dan yang bersifat rutin tidak akan menghadapi masalah terhadap keputusan yang bakal dibuat.

2.   Pengetahuan Pembuat keputusan dalam bidang masalah
§  Pembuat keputusan yang mempunyai pengetahuan dan ilmu yang cukup berkaitan permasalahan yang wujud akan memudahkan pembuat keputusan tersebut untuk membuat keputusan secara cekap.

3.   Kreativiti Pembuat Keputusan
§  Tahap kreativiti pembuat keputusan juga mempengaruhi keputusan yang dihasilkan di mana pembuat keputusan yang kreatif akan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

4.   Personaliti Pembuat Keputusan
§  Jenis personaliti pembuat keputusan juga mempengaruhi kecekapan mereka dalam proses membuat keputusan.
§  Sekiranya pembuatan keputusan tersebut adalah daripada personaliti jenis A, mereka akan membuat keputusan mengikut acuan mereka sendiri, di mana mereka lebih suka membuat keputusan dengan cepat, teliti dan lebih berhati-hati.

5.   Kemahiran Pembuat keputusan dalam penggunaan alat kuantitatif
§  Pembuat keputusan yang memiliki kemahiran mengaplikasikan semua jenis alat membuat keputusan kuantitatif akan lebih cekap dalam proses membuat keputusan terutama  keputusan yang bersifat objektif.

0 comments:

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com