XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP

XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP
SEM1&3 AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

PECUTAN AKHIR P3 2013 : SPOT TAJUK BAB 2 [RANCANGAN PERNIAGAAN]



FOKUS : BAB 2 - RANCANGAN PERNIAGAAN
 DEFINISI RP:
 
DOKUMEN BERTULIS SECARA TERPERINCI TENTANG PERNIAGAAN YANG AKAN DIJALANKAN. DOKUMEN INI MENGANDUNGI MAKLUMAT TENTANG ORGANISASI, KEWANGAN, RANCANGAN PEMASARAN, SUMBER MODAL, PRODUK DAN SEBAGINYA






FORMAT RP YANG TEPAT:
FORMAT YANG TEPAT:
(i) Rumusan Eksekutif
(ii) Pengenalan
(iii) Objektif
(iv) Latar Belakang Syarikat
(v) Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi
(vi) Latar Belakang Projek
(vii) Rancangan Organisasi
(viii) Rancangan Pemasaran
(ix) Rancangan Pengeluaran/Operasi
(x) Rancangan Kewangan
(xi) Kesimpulan
(xii) Lampiran


SOALAN SPOT 1

NYATAKAN TUJUAN SESUATU RP DISEDIAKAN? UNTUK APA??
BIL
TUJUAN
HURAIAN RINGKAS

Garis panduan untuk menguruskan perniagaan
·        RP memberi panduan kepada pengurus bagi menjalankan perniagaan. Ia merupakan perancangan yang jelas tentang misi, matlamat, ramalan kewangan, perancangan pemasaran, pengeluaran dan sebaganya

Mengurangkan kesilapan
·        RP dapat mengurangkan kesilapan sama ada dilakukan oleh pihak pengurusan atau pekerja. Ini kerana RP akan memandu semua pihak untuk mencapai metlamat yang sama dan ini dapat meminimumkan kesilapan dan penyelewengan dapat dielak dari awal lagi

Kemudahan kawalan
·        Dengan adanya RP pihak pengurus melaksanakan apa yang telah dirancang. Ini memudahkan kawalan kerana sekiranya matlamat tidak dicapai maka penilaian akan dibuat untuk mencari puncanya.

Meyakinkan pihak-pihak berkentingan
·        RP yang baik dpat meyakinkan pihak-pihak berkepentingan seperti bank untuk memberi pinjaman, pembekal membekalkan bahan mentah secra kredit dan pelabur untuk melabur dalam perniagaan

Menilai prestasi dan kemajuan syarikat
·        Dengan adanya RP, penilaian boleh dibuat dari masa ke semasa untuk memastikan apa yang dirancang sama dengan apa yang dilaksanakan. Sekiranya syarikat tidak mencapai apa yang dirancang maka penilaian akan dibuat mencari puncanya.

Menggunakan sumber-sumber organisasi dan meningkatkan produktiviti
·        Dengan adanya RP sumber-sumber organisasi seperti bahan mentah, buruk, modal yang ada dapat digunakan dengan sepenuhnya dan ini dapat meningkatkan produktiviti dan mengelakkan pembaziran

Menuju sasaran yang sama
·        RP menjadi garis panduan kepada setiap pekerja daripada pihak atasan hingga bawahan tentang sasaran yang perlu dicapai dalam usaha mencapai matlamat yang sama.
SOALAN SPOT 2:

SIAPAKAH SASARAN ATAU KUMPULAN YG MEMERLUKAN RP??
BIL
PIHAK YG PERLUKAN RP
UNTUK APA?

Usahawan
·        Untuk memahami matlamat perniagaannya
·        Untuk membantu mengendalikan perniagaan dengan mengetahui hala tuju perniagaannya

Pembiaya
·        RP yang baik dapat menggambarkan maklumat kewangan perniagaan. Ini akan meyakinkan pembiaya seperti bank untuk memberi pinjaman. RP digunakan oleh bank untuk menilai sama ada usahawan mampu membayar balik pinjaman atau sebaliknya

Pembekal
·        RP yang baik dan berpotensi akan meyakinkan pembekal untuk membekalkan bahan mentah atau produk secara jualan kredit atau hutang

Pelanggan
·        Melalui RP pelanggan dapat mengetahui sama ada produk yang dikeluarkan memenuhi kehendaknya atau tidak. Pelanggan juga rasa lebih selamat dan selesa kerana yakin produk yang digunakan selamat dan bersih.

Rakan kongsi
·        RP yang baik dapat menarik rakan kongsi untuk melabur dalam perniagaan itu, ini kerana rakan kongsi dapat mengetahui kedudukannya atau prestasi syarikat itu sama ada  kukuh atau tidak

Pekerja
·        Pekerja dapat memahami tugasnya dengan jelas. Matlamat yang dikongsi bersama, tahu hala tujunya, harapan syarikat kepadanya dan apakah sumbangan yang perlu diberi bagi mencapai matlamat syarikat

Pelabur
·        Untuk mengetahui secara terperinci perniagaan dan menilai sama ada perniagaan itu boleh maju, bersaing atau tdak. Ini perlu untuk pelabur membuat keputusan melabur dalam perniagaan itu.

Kerajaan
·        Kerajaan dapat mengetahui sama ada perniagaan yang dijalankan sah atau tidak dan dapat mengukur pencapaian perniagaan dan menilai jumlah cukai yang perlu dibayar oleh perniagaan itu.

Pengurus
·        Pengurus dapat meneliti matlamat syarikat dan menjadikannya RP sebagai garis panduan aktiviti dan memantau aktiviti tersebut. Aktiviti yang tidak mengikut garis penduan yang ditetapkan akan dibetulkan.
SOALAN SPOT 3 :

APAKAH MAKSUD RUMUSAN EKSEKUTIF, DAN BERIKAN 6 ELEMEN YG PERLU DINYATAKAN DLM RUMUSAN EKSEKUTIF...
DEF RUMUSAN EKSEKUTIF
·        Merupakan ringkasan atau rumusan keseluruhan rancangan perniagaan.
·        Merupakan bahagian awal yang dibaca dan perlu disediakan sebaik mungkin bagi meyakinkan pihak-pihak yang berkepentingan.
·        Ia mengandungi maklumat seperti jenis perniagaan, latar belakang syarikat, jenis produk, modal, ramalan kewangan dan sebagainya.
BIL
ELEMEN RUMUSAN EKSEKUTIF

1.      Penerangan mengenai perniagaan – bentuk perniagaan, ringkasan syarikat, sejarah syarikat.
2.      Penerangan pasaran sasaran – pelanggan, jenis produk/keunikan, tujuan disediakan perkhidmatan/produk
3.      Persaingan – persaingan bakal dihadapi oleh syarikat
4.      Deskripsi ahli-ahli syarikat – menyatakan individu yang terlibat mengurus perniagaan tersebut
5.      Pelunjuran kewangan – maklumat ringkas tentang kos, jangkaan hasil (harian atau tahunan) dan keuntungan (untung bersih harian atau tahunan)
6.      Sumber pembiayaan – menyatakan sumber dana dan amaunnya berdasarkan maklumat modal yang diperlukan (seperti hutang, simpanan peribadi dan sebagainya)





SOALAN SPOT 4:

APAKAH ISI KANDUNGAN PENGENALAN BAGI SESEBUAH RP..
DEF PENGENALAN
·        Bahagian pengenalan memberi gambaran ringkas dan spesifik berkenaan aktiviti utama perniagaan dan mengandungi maklumat seperti jenis perniagaan, nama dan lokasi atau alamat perniagaan,jenis produk, modal, ramalan kewangan dan sebagainya.
BIL
ELEMEN PENGENALAN

1.      Secara ringkas akan menerangkan tentang latar belakang ataupun gambaran keseluruhan berkenaan RP
2.      Perkara utama yang diketengahkan: idea perniagaan – supaya pembaca RP dapat memahami apakah bentuk perniagaan atau projek yang dicadangkan
3.      Latar belakang cetusan idea juga boleh dinyatakan tetapi tidak menerangkan secara terperinci tentang perniagaan atau projek sepertimana yanng diterangkan dalam ringkasan eksekutif    
4.      Melibatkan beberapa perkara seperti:
               (i)          Perkara-perkara asas seperti yang menjawab 5W 1H (what, where, when, who, which dan how) – bagi memastikan tiada maklumat yang akan tercicir semasa menyediakan bahagian ini
             (ii)          Samada RP tersebut adalah RP yang pertama kali disediakan /  RP yang ditambah baik daripada RP yang lepas
           (iii)          Kajian-kajian yang dilakukan berkaitan perniagaan atau projek (jika ada) – dan dapatan perlu dinyatakan secara ringkas sebagai fakta tarikan yang menyokong isi kandungan RP
            (iv)          Strategi-strategi utama yang mampan dan berkesan
             (v)          Jika RP lebih menumpukan kepada aspek kewangan, pengenalan haruslah menyatakan fakta-fakta atau analisis kewangan yang terlibat.



SOALAN SPOT 5:

HURAIKAN MAKSUD OBJEKTIF BAGI SUATU RP YANG DISEDIAKAN DAN HURAIKAN 5 OBJEKTIF PENYEDIAAN RP...

DEF OBJEKTIF RP
Rancangan Perniagaan perlu menjelaskan matlamat jangka pendek dan jangka panjang dan bagaimana matlamat tersebut boleh dicapai. Sebagai contoh tujuan rancangan perniagaan ingin mendapat sumber kewangan seperti mendapat pinjaman kewangan daripada pihak bank atau mendapat sambutan pelabur untuk melaburkan modal mereka di dalam perniagaan tersebut
BIL
OBJEKTIF RP

Tujuan Penyediaan RP
Terdapat byk tujuan RP disediakan. Antaranya ialah:
        Mendapatkan pembiayaan kewangan yg meliputi perkara-perkara spt: tujuan kegunaan pembiayaan; jumlah keseluruhan yg diperlukan; kos-kos yg terlibat bg satu tempoh masa; dan anggaran/pengiraan bayaran balik pd asas bulanan dan tahunan
        Pelaksanaan projek baru yg mana ia melibatkan beberapa objektif yg lebih khusus, meliputi keseluruhan aspek SWOT  juga beberapa perkara lain spt:  tujuan projek/perniagaan secara jelas dan terperinci; pihak-pihak yg terlibat dan sokongan; dan fakta-fakta yg menyokong pelaksanaan projek
        Garis panduan menjalankan perniagaan yg bertujuan bg menjana strategi-strategi dan melaksanakannya dgn lebih berkesan; sumber rujukan bg mendapatkan maklumat atau fakta; kaedah bg mencapai koordinasi dikalangan para pekerja dan aktiviti sykt; dan sbg sbhgn drp elemen dlm sistem kawalan (ukuran pencapaian ataupun piawaian prestasi yg dpt dinilai secara lebih objektif)
        Pembentukan strategi sykt di mana RP yg baik boleh membantu sykt kenalpasti kedudukan di pasaran dan seterusnya menjana strategi jangka panjang atau jangka pendek dan juga memberi kekuatan kepada sykt utk menghadapi persaingan yg wujud dlm persekitaran
        Peruntukan dan penggunaan sumber-sumber yg dapat dibuat berdasarkan strategi-strategi yg dihasilkan oleh sykt berdasarkan kedudukan dan kapasiti yg sedia ada dan juga ramalan bg keperluan semasa dan akan datang




SOALAN SPOT 6:

APAKAH PERKARA YG PERLU DINYATAKAN DI DALAM LATAR BELAKANG SYARIKAT?

DEF LATAR BELAKANG SYARIKAT
·        Antara maklumat yang dimasukkan dalam bahagian ini ialah alamat, bentuk perniagaan, no. pendaftaran perniagaan, modal perniagaan dan sebagainya.
ELEMEN LATAR BELAKANG SYARIKAT/PERNIAGAAN
Latar Belakang Perniagaan
1.   Nama syarikat
2.   Nombor pendaftaran syarikat
3.   Alamat syarikat
4.   Alamat surat-menyurat (jika berlainan daripada alamat syarikat)
5.   Nombor telefon
6.   Alamat e-mel
7.   Alamat laman web
8.   Bentuk perniagaan
9.   Bentuk pemilikan syarikat
10.   Kegiatan utama
11.   Tarikh pendaftaran (jika perniagaan sudah dimulakan)
12.   Modal permulaan atau sumber pembiayaan
13.   Nama dan alamat pemegang saham
14.   Nama bank
15.   Jenis akaun perniagaan


SOALAN SPOT 7:
SENARAIKAN ELEMEN YG PERLU DINYATAKAN DI DALAM LATAR BELAKANG PEMILIK/AHLI KONGSI BAGI SESEBUAH RP YG DISEDIAKAN...

DEF LATAR BELAKANG PEMILIK
·        Bahagian ini mengandungi malkumat atau butir-butir peribadi pemilik perniagaan dan rakan kongsi jika ada, seperti nama penuh, kad pengenalan, tarikh lahir, umur, jantina, alamat, telefon, taraf perkahwinan, kelulusan akademik dan sebagainya.

ELEMEN LATAR BELAKANG PEMILIK/RAKAN KONGSI
Secara terperinci, ia mengandungi nama penuh, no. k/p, tarikh lahir, umur, jantina, alamat tetap, no. Telefon, taraf perkahwinan, latar belakang akademik, pengalaman kerja yg berkaitan, kemahiran atau kebolehan yg dimiliki, kursus yg pernah dihadiri, pekerjaan sekarang, dan perniagaan yg pernah diceburi

SOALAN SPOT 8:

APAKAH YG PERLU DIHURAIKAN OLEH USAHAWAN APABILA MENYEDIAKAN RP BAHAGIAN LATAR BELAKANG PROJEK....
DEF LATAR BELAKANG PROJEK
·        Latar belakang projek perlu menerangkan jenis, kos dan potensi di masa hadapan projek yang akan dijalankan
BIL
ELEMEN L/BELAKANG PROJEK

Pembangunan Produk
    1. Deskripsi Produk
    2. Polisi Produk
    3. Klasifikasi Produk
    4. Peletakan Produk
    5. Inovasi Produk



SOALAN SPOT 9:

RANCANGAN ORGANISASI MERUPAKAN ELEMEN YG PENTING YG PERLU DIMASUKKAN DI DALAM PENYEDIAAN SESEBUAH RP UTK MEMOHON PINJAMAN BANK. JELASKAN.

DEF RANCANGAN ORGANISASI
dilukis dan dijelaskan secara ringkas carta organisasi perniagaan yang dirancangkan.Maklumat seperti nama jawatan dan fungsi utama setiap jabatan diterangkan seperti Jabatan Pentadbiran, pemasaran, pengeluaran, kewangan dan sebagainya
BIL
ELEMEN RANCANGAN ORGANISASI

Strategi organisasi dan pengurusan – meliputi isi kandungan berikut:

1.      Matlamat dan strategi organisasi
  • Dinyatakan matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi dan strategi-strategi yang di bentuk untuk mencapai matlamat tersebut
2.      Sturktur organisasi
  • Sediakan satu cara organisasi yang sesuai berdasarkan matlumat dan strategiorganisasi
3.      Senarai kakitangan pengurusan
  • Senaraikan jawatan-jawatan pengurusan-bilangan kakitangan dan gaji
4.      Senarai butir-butir lengkap jawatan
  • Nyatakan nama jawatan, kelayakan akademik minimum dan kemahiran
5.      Imbuhan dan insentif
  • Sebutkan imbuhan dan skim insentif kepada tenaga kerja
6.      Perancangan keperluan dan susun atur pejabat
  • Senaraikan alat-alat kelengkapan yang diperlukan serta kos bagi setiap alat dan kelengkapan tersebut. Lakarkan pelan susun atur pejabat
7.      Belanjaan pentadbiran
  • Sediakan satu belanjawan pentadbiran yang melobatkan gaji dan upah, kos ubahsuai pejabat, bekalan pejabat, belanja pos, telefon, telegraf, keraian, peralatan dan kelengkapan-kelengkapan yang lain.



SOALAN SPOT 10:

RANCANGAN PEMASARAN DLM RP MENERANGKAN STRATEGI PEMASARAN YG AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT PEMASARAN PERNIAGAAN. JELASKAN.

DEF RANCANGAN PEMASARAN
·        Bahagian ini menerangkan strategi pemasaran yang akan digunakan untuk mencapai metlamat pemasaran perniagaan. Antara maklumat yang dimasukkan ialah produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
BIL
ELEMEN RANCANGAN PEMASARAN


1.                Sasaran pasaran
·        Siapakah pelanggan utama
·        Golongan remaja
·        Mahasiswa, pelajar sekolah, kanak-kanak dan lain-lain
·        Tahap pendapatan pelanggan
·        Tahap pendidikan pelanggan

2.                Persaingan
·        Senarai pesaing
·        Syarikat baru atau syarikat sedia ada
·        Peratusan sumbangan dalam pasaran di kawasan setempat
3.                Dan kaitkan kedua-duanya ke dalam 4 campuran pasaran (4p)
·        Produk (product)
·        Barangan atau perkhidmatan yang diberikan, nilai tambah produk
·        Ciri-ciri perkhidmatan yang unik berbanding dengan pesaing
·        Ciri-ciri lain yang mendapat kelebihan bersaing

4.                Harga (price)
·        Perlu realistik, berpatutan, kompetitif dan menjana keuntungan
·        Perlu juga diambil kira:
·        Selaras dengan kemudahan / perkhidmatan yang disediakan
·        Permintaan pengguna
·        Harga pesaing
·        Sensitiviti pengguna terhadap perubahan harga
·        Kos

5.                Promosi (promotion)
·        Pilihan media / publisiti yang ingin digunakan
·        Belanjawan
·        Keupayaan untuk promosi melalui ict – e-dagang

6.                Tempat (place)
·        Sesuai atau tidak dengan sasaran pasaran
·        Kelebihan lokasi
·        Berhampiran dengan kawasan tumpuan remaja – universiti, kilang, asrama
·        Masuk dalam kawasan msc sesuai dengan perniagaan yang dijalankan dari segi kemudahan dan prasarana
·        Di kawasan celik it – terdapat tahap pendidikan dan pendedahan terhadap it merupakan satu kelebihan




SOALAN SPOT 11:

HURAIKAN PERKARA YG PERLU DIGAMBARKAN OLEH USAHAWAN BAGI RANCANGAN PENGELUARAN/OPERASI BAGI RP YG DISEDIAKAN BAGI MEMPENGARUHI PIHAK PEMBIAYA UNTUK MEMBERI PINJAMAN.
DEF RANCANGAN PENGELUARAN/ OPERASI
-PERANCANGAN TENTANG PROSES PENGELUARAN

BIL
ELEMEN RANCANGAN PENGELUARAN

1.      Produk yang dikeluarkan – produk yang dikeluarkan, kuantiti keluaran sehari/sebulan dll
2.      Proses pengeluaran – cara proses pengeluaran dan kaedah pemprosesan . Tahap-tahap dalam pembangunan dan pengeluaran produk, masa dan wang yang diagihkan dalam setiap tahap, mesin dan peralatan  dan jumlah serta kemahiran pekerja yang terlibat.
3.      Kapasiti pengeluaran – keupayaan pengeluaran/jualan barang dan tawaran servis untuk sebulan. Nyatakan keupayaan mesin dan peralatan, pekerja, pasaran, kemampuan syarikat dll
4.      Rancangan pengeluaran – jumlah peneluaran yang dirancang sebulan/tahunan dan bagaimana ditentukan. Mengambil kira permintaan pelanggan, kapasiti maksimum kilang dll
5.      Mesin dan peralatan – senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan – jenis, spesifikasi, model, harga seunit, kegunaan, keupayaan dan pembekal mesin.
6.      Bahan mentah/ sumber – sumber pengeluaran – analisis setiap sumber yang digunakan dalam proses pengeluaran. Jumlah kuantiti, harga- kos seunit, pembekal, teknologi dll
7.      Tenaga kerja – senarai pekerja-pekerja yang terlibat dalam pengeluaran- jawatan, bilangan, kadar bayaran, gaji bulanan. Senarai jawatan, tanggungjawab, kemahiran, pengalaman dan huraian tugasan masing-masing. Pekerja tak langsung spt. Penjaga stor, pengangkut bahan mentah, pencuci dll





SOALAN SPOT 12:

BIASANYA USAHAWAN AKAN MEMBUAT RAMALAN TENTANG SASARAN KEBERUNTUNGAN BAGI OPERASI SYKT DI DALAM RANCANGAN KEWANGAN, HURAIKAN ELEMEN YG PERLU DIMASUKKAN DALAM RANCANGAN KEWANGAN SEBELUM RP DITUNJUKKAN KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN...
DEF RANCANGAN KEWANGAN
·        mengandungi perancangan untuk mencari sumber pembiayaan atau modal jangka pendek dan jangka panjang serta ramalan keuntungan.
·        Antara maklumat yang dimasukan ialah, kos perlaksanaan projek (mesin, tanah, buruh dan sebagainya)
BIL
ELEMEN RANCANGAN KEWANGAN

·        Elemen yang perlu dalam rancangan kewangan:
  1. Kos Perniagaan / Kos Perlaksanaan Projek
  2. Struktur Pembiayaan
  3. Tujuan Pembiayaan
  4. Penyediaan Unjuran Penyata-penyata Kewangan
  5. Kegunaan Unjuran Penyata-penyata Kewangan
  6. Penyata Perdagangan
  7. Penyata Pendapatan / Untung Rugi : Hasil dan Perbelanjaan
  8. Kunci Kira-kira: Aset, Liabiliti, dan ekuiti Pemilik
  9. Penyata Aliran Tunai: Perolehan dan Penggunaan Wang Tunai
  10. Analisis Prestasi Kewangan




5 comments:

Unknown June 2, 2014 at 4:26 PM  

Cikgu boleh saya tanya 1 soalan? 1. Apa kepentingan perniagaan kepada pihak yang berkepentingan?

Siti Aryati September 9, 2016 at 10:39 PM  

Saya dan suami saya, mahu menggunakan media ini untuk memberi keterangan tentang kerja yang baik Ibu Jennifer Brown Pinjaman Syarikat.
Kami tidak fikir kita akan berada dalam kehidupan untuk bertemu dengan seseorang seperti Puan Jennifer, dia adalah permata yang jarang berlaku dan Tuhan menghantar.

Saya Siti mengambil masa saya untuk memberi keterangan mengenai Jennifer Brown, kerana dia akhirnya menawarkan apa yang tidak ada orang lain boleh menawarkan dalam beberapa jam.
Suami saya dan saya pergi ke dalam hutang besar-besaran dengan penghutang dan bank, dan kita akan mendapat pinjaman daripada dua syarikat pinjaman yang berbeza, tetapi semua datang ke apa-apa, sebaliknya mereka membawa kami ke dalam hutang yang lebih dan akhirnya meninggalkan kita sehingga saya datang dalam hubungan dengan Puan . Jennifer, dia menawarkan pinjaman walaupun pada mulanya saya takut ia akan berakhir seperti syarikat-syarikat lain yang saya telah memohon, dia itu tidak seperti orang-orang lain syarikat pinjaman penipuan. Sekarang kita telah akhirnya dibayar hutang kami dan kami telah memulakan perniagaan baru dengan wang yang ditinggalkan daripada pinjaman.
Hubungi Puan Jennifer melalui e-mel berikut:
jenniferbrownloancompany atau anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya untuk maklumat lanjut sitiaryati075@gmail.com

nuraisyahauni July 4, 2019 at 9:45 AM  

Hye

nuraisyahauni July 4, 2019 at 9:46 AM  

Hye

Unknown December 7, 2020 at 11:13 PM  

apakah elemen rancangan perniagaan

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com