Soalan kerja kursus.
Calon diminta membuat kajian ke
atas sebuah organisasi awam atau swasta. Calon boleh memilih organisasi yang terlibat dalam aktiviti berasaskan produk atau berasaskan perkhidmatan.
Calon dikehendaki
mengumpul, menyusun, menganalisis, menjelaskan,
dan
menuliskan laporan lengkap berkaitan perkara-perkara yang berikut:
(a) Reka bentuk organisasi
(b) Proses pengorganisasian
(c)
Konsep pengorganisasian
(d) Gaya kepimpinan pemimpin tertinggi organisasi tersebut
Nota: Laporan kajian mestilah berpandukan Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) STPM baharu.
9 Tanggungjawab calon
- Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan
wajib melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan
- Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan
kerja kursus dari
awal penggal 3 sehingga tamat penggal tersebut
- Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam
pemilihan tajuk dan
pelaksanaan kajian
- Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) bagi mencari dan mengumpul fakta
- Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan
hasil kajian mestilah disediakan secara individu
- Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri.
Calon perlu menyatakan sumber-sumber rujukan
bagi setiap fakta
dan juga maklumat
yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan
- Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan
alat bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint
- Bagi calon persendirian,
calon bebas untuk
memilih mana-mana
pembimbing atas tanggungan
sendiri
- Untuk mendapat taklimat berkaitan dengan kerja kursus, calon
persendirian hendaklah menyemak portal MPM untuk mendapat maklumat tentang tarikh,
tempat, dan waktu
Format Penulisan
1. Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari maklumat tambahan
Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format berikut:
(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten
2. Panjang penulisan sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran
3. Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan.
4. Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti berikut:
(a) Kulit hadapan kerja kursus calon (Lampiran 1)
(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
(d) Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)
(e) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan
5. Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid
Struktur Penulisan
Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan tetapi laporan kerja kursus hendaklah disediakan secara individu. Oleh itu, satu laporan kerja kursus yang lengkap perlu dibuat. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
(a) Pengenalan/Tajuk dan Abstrak
Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji.
(b) Objektif kajian
Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah ditentukan.
(c) Latar belakang/Lokasi kajian
Huraian ringkas tentang keluasan, kedudukan, letakan serta ciri alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang ada di kawasan kajian yang dijalankan.
(d) Kaedah kajian
Huraian tentang cara kajian dilakukan, seperti pengukuran, pencerapan, soal-selidik, temu temubual, dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta.
(e) Dapatan kajian dan perbincangan
Pembentangan dan perbincangan tentang dapatan kajian yang telah dianalisis, merangkumi punca, proses, dan impak serta membandingkan, membezakan, dan menilai fakta dan maklumat. Hasil kajian hendaklah dalam bentuk penulisan kajian dan boleh disokong dalam bentuk jadual, rajah, dan graf.
(f) Penutup
Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan
(g) Senarai rujukan
(h) Lampiran
JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
MASA
|
PERANCANGAN DAN
PERLAKSANAAN AKTIVITI
|
TINDAKAN PELAJAR/CALON
|
29 Mei hingga
9 Jun 2013
|
Tugasan kerja kursus diterima
|
· Memahami skop tugasan kerja kursus
· Merancang jadual kerja
|
10 Jun hingga
28 Jun 2013
|
Persiapan awal sebelum ke lapangan
|
Membuat persiapan awal:
· Keperluan kewangan
· Pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga
· Perancangan kerja
· Penyediaan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik
· Mengenal pasti sumber rujukan, seperti
sumber sekunder,sumber Internet, dan
sumber-sumber lain.
|
10 Jun hingga
28 Jun 2013
|
Pelaksanaan tugasan lapangan
|
· Mengumpul data dan maklumat melalui
pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual dan kaji selidik
· Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder
|
1 Julai hingga
31 Julai 2013
|
Penyediaan
dan penulisan
laporan kerja kursus untuk sesi penilaian
|
· Menyusun dapatan (data dan maklumat)
mengikut keutamaan dan struktur tugasan
· Memproses, mentafsir, menganalisis, dan
merumus data dan maklumat
· Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk yang sesuai, seperti peta lokasi, jadual, graf, carta dan lain-lain
· Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubung kait dengan prinsip dan teori yang
dipelajari
· Berlatih membuat pembentangan mengikut
format yang sesuai
|
1 Ogos
hingga
20 September
2013
|
Sesi pembentangan dan penilaian
|
· Hantar laporan bertulis
· Sesi pembentangan
(10 minit hingga 15 minit sahaja untuk
setiap calon)
|
PANDUAN PENYEDIAAN KERJA KURSUS
Powered by Cg aZLy
LANGKAH PERTAMA CALON
- FAMAHAMI KEHENDAK SOALAN DAHULU IAITU SOALAN MEMINTA CALON MENCARI 1 ORGANISASI SAMA ADA BERBENTUK ORGANISASI AWAM ATAU SWASTA
** ORGANISASI SEKOLAH KERAJAAN ADALAH TIDAK TERMASUK DALAM ORGANISASI YANG DIBENARKAN OLEH PIHAK MPM. HARAP MAKLUM
CONTOH ORGANISASI AWAM
Senarai Organisasi Kerajaan, Persatuan Dan Badan Perniagaan/Usahawan
Berikut adalah senarai organisasi yang mempunyai peranan masing-masing dalam memenuhi keperluan para usahawan dan perniagaan.
- SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Perkhidmatan pendaftaran perniagaan dan syarikat. - www.ssm.com.my
- LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri). Mengurus hal ehwal cukai perniagaan. - www.hasil.gov.my
- PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) - www.perkeso.gov.my
- KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) - www.kwsp.gov.my
- PPZ (Pusat Pungutan Zakat) - www.zakat.com.my
- DPIM (Biro Usahawan Muda Dewan Perdagangan Islam Malaysia) – FB Page DPIM
- DUID (Dewan Usahawan Industri Desa Malaysia) – FB Page DUID
- SME Corp. (Small and Medium Enterprise Corporation Malaysia). Dahulunya dikenali sebagai SMIDEC, dan kemudian ditukar kepada SME Corp., iaitu menjadi pusat maklumat setempat untuk perniagaan dan usahawan Malaysia. - www.smecorp.gov.my
- DPMM Pusat (Dewan Perniagaan Melayu Malaysia) - www.malaychamber.com
- PUIM (Persatuan Usahawan Internet Malaysia). Satu-satunya persatuan yang aktif menganjurkan aktiviti berkaitan perniagaan online, serta saluran hal ehwal bidang perniagaan internet di Malaysia. - www.puim.my
- PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad). Menyediakan aktiviti seperti kursus, seminar dan peluang pinjaman kepada usahawan dan perniagaan. - www.punb.com.my
- MARA (Majlis Amanah Rakyat) - www.mara.gov.my
- SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia) - www.skm.gov.my
- INSKEN (Institut Keusahawanan Negara) – www.insken.gov.my
- Portal Rakyat Malaysia - www.malaysia.gov.my (Untuk pendaftaran perniagaan SSM secara Online, perlu melalui portal ini).
- TERAJU (Peneraju Bumiputera) – www.teraju.gov.my
- MKM (Maktab Koperasi Malaysia) - www.mkm.edu.my
- PNS (Perbadanan Nasional Berhad). Untuk bisnes francais. - www.pns.com.my
- MyIPO (Intellectual Property Corporation of Malaysia / Perbadanan Harta Intelek Malaysia) - www.myipo.gov.my
- KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) - www.kpdnkk.gov.my
- MDeC (Multimedia Development Corporation) - www.mdec.my
- SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) - www.skmm.gov.my
- MIDF (Malaysian Industrial Development Finance Berhad) - www.midf.com.my
- MATRADE (Malaysia External Trade Development Corporation / Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia). Untuk perniagaan eksport produk ke luar negara. - www.matrade.gov.my
- The RIGHTS. Ini adalah sebuah syarikat awam. Mereka banyak menganjurkan aktiviti dan program keusahawanan. – www.rights.com.my
- MPC (Malaysia Productivity Corporation) - www.mpc.gov.my
- SME-INFO. Pusat maklumat setempat mengenai perniagaan kecil dan sederhana. - www.smeinfo.com.my
- Halal Malaysia – Permohonan sijil halal. - www.halal.gov.my
- MOSTI (Ministry of Science, Technology and Innovation) - www.mosti.gov.my
- Penyedia nama domain dot my ( .my ) - www.domainregistry.my
- SIRIM Malaysia - www.sirim.my
- HDC Global (Halal Industry Development Corporation). Memajukan industri halal di Malaysia. - www.hdcglobal.com
Banyak juga organisasi yang memainkan peranan masing-masing. Semoga senarai di atas memberi kemudahan untuk para usahawan membuat pilihan pihak yang terlibat.
Senarai Badan Kerajaan
BIL
|
NAMA ORGANISASI
|
ALAMAT WEB
|
1
|
Agensi Anti Dadah Kebangsaan
|
|
2
|
Bahagian
Hal Ehwal Undang-Undang
|
|
3
|
Biro Bantuan Guaman
|
|
4
|
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia
|
|
5
|
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
|
|
6
|
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
|
|
7
|
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM)
|
|
8
|
Jabatan Peguam Negara
|
|
9
|
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
|
|
10
|
Jabatan Penjara Malaysia
|
|
11
|
Jabatan Perkhidmatan Awam
|
|
12
|
Jabatan Tenaga Malaysia
|
|
13
|
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
|
|
14
|
Jabatan Agama Islam Selangor
|
|
15
|
Majlis Agama Islam Negeri Selangor
|
|
16
|
Jabatan Agama Islam Melaka
|
|
17
|
Majlis Agama Islam Melaka
|
|
18
|
Jabatan Agama Islam Wilayah
|
|
19
|
Jabatan Agama Islam Pulau Pinang
|
|
20
|
Majlis Agama Islam Negeri Pulau
Pinang
|
|
21
|
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Sabah
|
|
22
|
Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan Labuan
|
|
23
|
Jabatan Hal Ehawal Agama Islam Negeri
Kelantan
|
|
24
|
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat
Melayu Kelantan
|
|
20
|
Majlis Agama Islam Negeri Pulau
Pinang
|
|
25
|
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
|
|
26
|
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu
Terengganu
|
|
27
|
Jabatan Agama Islam Perak
|
|
28
|
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu
Perak Darul Ridzuan
|
|
29
|
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
|
|
30
|
Jabatan Agama Islam Sarawak
|
|
31
|
Jabatan Agama Johor
|
|
32
|
Majlis Agama Islam Johor
|
|
33
|
Majlis Agama Islam Negeri Kedah
|
|
34
|
Jabatan Agama Negeri Sembilan
|
|
35
|
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
|
|
36
|
Jabatan Agama Islam Pahang
|
|
37
|
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu
Pahang
|
|
*SEMUA HOSPITAL KERAJAAN
*SEMUA KLINIK KERAJAAN
*SEMUA PPD/JPN
Senarai Badan Berkanun [ORGANISASI AWAM]
1. KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MALAYSIA
2. KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
d. LEMBAGA PELABUHAN KEMAMAN
3. KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
c. KOMPLKES SUKAN NEGARA
4. KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
5. KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
6. KEMENTERIAN PERUSAHAAN DAN PERLADANGAN KOMODITI
7. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
8. KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
9. KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
10. KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
11. KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
12. KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
c. PERBADANAN PERWIRA HARTA MALAYSIA (PPHM)
13. KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
14. KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
15. KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA
16. KEMENTERIAN PERTANIAN DAM INDUSTRI ASAS TANI
17. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
c. MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
18. KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
19. KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
20. KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
CONTOH ORGANISASI SWASTA
Astro
Karangkraf Sdn Bhd
Petronas Gas Sdn Bhd
Kuala Lumpur Convention Centre
Hewlet Packard
Ritz Carlton KL
Malaysian Petronas Club
Sony Malaysia
Sunway Resort Hotel Malaysia
Glaxo Smith Kline
The Raintree of Kuala Lumpur
Texas Instrument MalaysiaIstana Budaya Malaysia
Allianz Life Insurance
Greast Eastern Life Insurance
Telekom Malaysia Berhad
Tenaga Nasional berhad
Murphy Sarawak Oil and Gas
Maxis
digi
celcom
LAIN2 ORGANISASI SWASTA
*SEMUA HOSPITAL SWASTA
*SEMUA SEKOLAH SWASTA
*SEMUA IPTS
*SEMUA SYARIKAT SDN BHD
*SEMUA SYARIKAT BHD
*SEMUA HOTEL SWASTA
*SEMUA BANK SWASTA
*SEMUA SYARIKAT INSURANS SWASTA
*SYARIKAT PERKHIDMATAN BAS AWAM/BAS EKSPRESS
*SYARIKAT COURIER/PENGHANTARAN BARANG
*SUPERMARKET2
*MYDIN
*GIANT
*TESCO
*JUSCO
*ISETAN
*PARKSON
*CARREFOUR
*AGENSI PELANCONGAN
*PANGGUNG2 WAYANG GCS, TGV CINEPLEX
*SYARIKAT KEDAI TAYAR
2. CALON DIKEHENDAKI CUBA MENDAPATKAN MAKLUMAT/INFO BERKAITAN ORGANISASI YANG HENDAK DIKAJI, BOLEH CUBA DAPATKAN INDIVIDU YANG BOLEH DIHUBUNGI UNTUK MENDAPATKAN PERSEUJUAN LISAN DAHULU BAGI MENJADIKAN PENGURUSAN ORGANISASI TERSEBUT SEBAGAI SUBJEK YANG HENDAK DIKAJI
LANGKAH KE-2 CALON
BINA/JANA TAJUK YANG SESUAI
1. TAJUK MESTI MENGGAMBARKAN TENTANG PERKARA YANG HENDAK DIKAJI DAN MAKSUD TAJUK MERANGKUMI :
(a) Reka bentuk organisasi
(b) Proses pengorganisasian
(c) Konsep pengorganisasian
(d) Gaya kepimpinan pemimpin tertinggi organisasi tersebut
2. CONTOH TAJUK :
"KAJIAN TENTANG PENGURUSAN ORGANISASI CELCOM CAWANGAN KUANTAN"
"JUSCO: KAJIAN TENTANG PENGORGANISASIAN DAN KEPIMPINAN TERTINGGI"
"PROSES PENJABATAN DAN GAYA KEPIMPINAN YANG DIAMALKAN OLEH Majlis Agama Islam Negeri Selangor"
"PROSES PENGORGANISASIAN, REKA BENTUK DAN GAYA KEPIMPINAN PENGURUSAN Agensi Anti Dadah Kebangsaan"
"KAJIAN TENTANG BENTUK PENJABATAN DAN PROSES PENJABATAN YANG DIAMALKAN SERTA GAYA KEPIMPINAN PEMIMPIN TERTINGGI RISDA CAWANGAN KOTA BHARU"
"GAYA KEPIMPINAN PENGURUSAN DAN PROSES PEMBENTUKAN CAWANGAN SYARIKAT TRANSNATIONAL CAWANGAN ALOR SETAR"
"KAJIAN GAYA KEPIMPINAN DAN PROSES REKA BENTUK JABATAN YANG DIAMALKAN OLEH KUALA TERENGGANU SPECIALIST CENTRE"
SELAMAT MELAKSANAKAN KERJA KURSUS
NEXT POSTING:
LANGKAH 3 : PENULISAN ABSTRAK DAN PENGENALAN