SOALAN ULANGKAJI:
Encik Sazali memulakan kerjayanya sebagai penyelia pengeluaran di sebuah syarikat membuat perabot di Shah Alam. Selepas lima tahun, beliau dinaikkan pangkat kepada pengurus jabatan pengeluaran. Selepas berkhidmat selama 10 tahun, beliau dilantik sebagai pengarah urusan syarikat.
Huraikan keperluan kemahiran bagi setiap peringkat kerjaya Encik Sazali. [12]
CADANGAN RANGKA JAWAPAN:
Kemahiran utama bagi setiap peringkat kerjaya Encik Sazali
Kemahiran | Penyelia | Pengurus Pengeluaran | Pengarah Urusan |
Teknik | - Memahami prosedur dan peraturan kerja - Aplikasi kaedah, prosedur dan teknik dalam semua bidang kerja | - Bertujuan memberi tunjuk ajar kepada pihak bawahan | |
Konsep | | - Peringkat jabatan | - Perancangan peringkat organisasi - Analisis SWOT |
Manusia | - Berhubung dengan pihak bawahan. | - Hubungan dengan pihak atas, rakan sejawat dan bawahan | - Berhubung dengan pihak luar. |
Masa | - Ikut/patuhi jadual untuk proses pengeluaran | - Merancang dan menyediakan jadual untuk jabatan. | |
Keputusan | | - Penggunaan sumber. | - Strategi - Dasar/ isu - Peluang perniagaan - Agihan sumber |
0 comments:
Post a Comment