CARA PENYEDIAAN SLIDE PEMBENTANGAN MENGGUNAKAN PRINSIP 'CASPER'
DALAM POWER POINT
Ciri-ciri teknikal presentation yang baik yang perlu anda titik beratkan sewaktu persediaan pembentangan.
1. Pemilihan jenis huruf
Ini adalah sangat penting supaya semua orang yang berada dalam dewan
dapat melihat dengan jelas tulisan yang digunakan untuk menyampaikan
poin anda. Jika anda tidak tahu font mana untuk dipilih, pilih saja font
Arial yang biasa digunakan. Jangan gunakan font
2. Warna
Warna memainkan peranan yang sangat penting untuk pendengar anda
melihat dengan jelas perkataan, ayat dan poin yang anda bentangkan.
Kesalahan yang biasa dilakukan adalah apabila pembentang cuba
menggunakan warna-warna fancy yang kononnya ingin menjadikan
pembentangan mereka lain daripada yang lain. Namun kaedah ini hanya
menjadikan keadaan pembentangan anda lebih teruk . Contohnya, ada yang
menggunakan latar belakang hitam dengan tulisan merah. Ini menjadikan
pendengar sakit mata melihatnya.
Anda boleh menggunakan sedikit sebanyak warna lembut untuk latar
belakang, namun pastikan tulisan anda adalah jelas dan kontra dengan
warna latar belakang.
Tip mudah untuk memilih warna adalah menggunakan warna background
putih dengan tulisan hitam. Sentiasa ingat, anda tidak akan mendapat
markah lebih hanya kerana anda menggunakan warna yang fancy. Tidak ada
markah tambahan di sini, ambil saja jalan selamat.
3. Power point
Power point digelar power point adalah kerana ia untuk poin dan bukan
untuk meletakan karangan. Ramai pembentang membuat kesalahan dengan
meletakkan seluruh perenggan yang ada dalam modul atau kertas kerja
dalam power point. Ini adalah kesalahan yang besar.
Orang melihat kepada slides anda untuk melihat point dan mengharapkan
anda akan menghuraikan serta menerangkan setiap poin tersebut. Pilih
hanya poin yang terbaik untuk diletakkan di slides anda. Anda juga boleh
mengadakan poin-poin ini dalam bentuk diagram / mind map. Namun jika
anda tidak pandai melukis diagram, kekalkan dalam bentuk point biasa
dalam 5-7 patah perkataan bagi setiap poin. Hanya maksimum 5 poin sahaja
dalam satu-satu slides.
4. Penerangan
Setelah membuat point, anda perlu menerangkan setiap point ini dengan kaedah berikut
a. Baca point yang diletakkan di atas slides (satu poin pada satu masa)
b. Definisikan atau ulas maksud poin tersebut dalam satu ayat
c. Huraikan poin tersebut dengan 3-5 ayat.
d. Berikan satu contoh ringkas atau cerita menarik berkenaan poin itu.
5. Memberi Contoh dan Bercerita
Memberi contoh penting supaya pendengar dapat membayangkan dan
memahami point yang disampaikan. Satu lagi kaedah yang berkuasa adalah
bercerita.
Kita sebagai manusia sudah terlatih sejak dari kanak-kanak untuk
seronok mendengar cerita dan pengalaman orang lain. Jadi sewaktu berada
di langkah (d) seperti di atas, terangkan mengenai satu kisah menarik
mengenai poin tersebut. Anda boleh ceritakan sesuatu dari pengalaman
anda, pengalaman orang lain, kisah yang berlaku dalam masyarakat ataupun
kisah dongeng dan rekaan. Asalkan ia berkaitan dengan poin dan
memberikan pendengar satu bayangan yang jelas mengenai apa yang anda
terangkan.
6. Penggunaan Gambar, Video dan Diagram
Penggunaan gambar juga boleh memainkan peranan yang penting dalam
pembentangan. Namun gambar yang dipilih perlu menarik dan menyampai
mesej yang jelas kepada pendengar. Jangan gunakan gambar yang boleh
menganggu orang yang melihat pembentangan anda seperti gambar mayat,
gambar orang dibedah atau gambar wanita separuh bogel.
Penggunaan Video pula pastikan ia dari 2 minit dan maksimum 3 minit.
Video yang terlalu lama akan membuatkan pendengar bosan dan ini akan
mengakibatkan mereka mula memikirkan mengenai hal lain dan anda gagal
untuk meletakkan mereka dalam fokus yang anda mahukan. Pendengar di sini
untuk mendengar anda bercakap dan bukan di panggung wayang untuk
menonton video.
Penggunaan Diagram atau peta minda juga baik. Namun tak boleh ada
lebih dari 5 point dalam peta minda tersebut. Jika peta minda anda
mempunyai point yang lebih dari itu, ia menjadikan pendengar sukar untuk
mengingati dan memahami poin anda.
7. Persediaan Awal
Jika anda masih baru dalam bidang pembentangan, anda perlu buat
latihan beberapa kali sebelum pembentangan yang sebenar. Ini akan
memberikan beberapa kelebihan kepada anda antaranya
a. Anda tahu bahawa anda hanya menggunakan waktu yang diberikan untuk
pembentangan. Jika anda diberi 10 minit. Pastikan pembentangan anda
habis dalam tempoh waktu kurang dari itu. Jika lebih sekalipun, pastikan
tidak lebih dari 2-3 minit dari 10 minit yang diberikan.
b. Anda juga perlu tahu kederasan anda bercakap. Anda tidak perlu
bercakap terlalu cepat atau terlalu perlahan kederasannya. Ini akan
mempengaruhi masa yang diambil untuk menyampaikan pembentangan. Jadi
latihan dan kritikan dari orang lain penting sebelum anda membuat
pembentangan yang sebenar.
c. Kelancaran bercakap juga dapat dipertingkatkan kerana dengan
latihan yang mencukupi anda sudah boleh mengingati slides yang
seterusnya. Oleh itu sewaktu pembentangan nanti, anda akan lebih
bersedia dari segi mental untuk menerangkan poin yang seterusnya.
c. Selain itu, dengan persediaan yang awal, anda boleh membuang
poin-poin yang tidak perlu dan hanya kekalkan poin yang penting sahaja.
Anda tidak perlu merasa bersalah untuk membuang poin-poin tertentu
kerana poin yang terlalu banyak hanya akan menjadikan pendengar anda
keliru. Lebih baik sedikit tetapi padat. Yang penting anda dapat
mempengaruhi pendengar anda.
Pada hari pembentangan…
1. Berpakaian kemas dan sesuai
Pakaian adalah sangat penting lagi-lagi jika penonton anda bukan
orang yang anda kenali. Pastikan pakaian anda sesuai. Pakaian yang baik
menunjukkan bahawa anda menghormati penonton anda. Pakaian yang selekeh
memberi
signal bahawa anda tidak bersedia, tidak meyakinkan dan tidak menghormati penonton.
2. Berdiri Di Hadapan Tepi Kanan Screen
Anda perlu berdiri dengan berkeyakinan di hadapan sebelah kanan
screen. Dengan ini anda tidak menghalang penonton untuk melihat slides anda.
3. Gunakan penunjuk screen bukan jari
Gunakan penunjuk screen untuk menunjukkan poin yang anda ingin
terangkan. Jika tidak ada penunjuk screen, gunakan pensel atau pembaris.
Jangan sekali-kali gunakan jari anda. Jika semuanya tidak ada. Jangan
tunjuk pada screen langsung. Bercakap dengan penonton dengan tangan
terbuka.
4. Jangan menerangkan dengan melihat kepada slides
Anda boleh melihat kepada slides sewaktu membaca poin yang tertera di
slides, namun jangan menghuraikan dengan melihat kepada slides. Anda
perlu menerangkan atau menghuraikan dengan melihat kepada penonton anda.
5. Bercakap dengan sistematik
Seperti yang saya terangkan sebelum ini, anda perlu bercakap dengan
sistematik. Ikut langkah ini – Baca point, definisikan, huraikan dan
bercerita atau beri contoh.
6. Akhiri Pembentangan Dengan Saranan
Akhiri pembentangan anda dengan saranan atau apa yang perlu bertindak
oleh pendengar sekarang. Ia boleh jadi mereka perlu bertindak untuk
mendaftar, atau bertindak memahami sesuatu isu ataupun mereka perlu
sedar mengenai sesuatu yang perlu diubah.
Pembentangan yang baik akan bermula dengan pembentang mengalihkan
fokus pendengar daripada mana-mana bidang lain kepada bidang yang
diterangkan, kemudian pembentangan memainkan emosi dengan cerita supaya
pendengar faham secara tidak langsung bahawa apa yang sedang disampaikan
ini penting. Kemudian di akhir pembentangan disusuli dengan tindakan
yang perlu diambil dengan jelas.
GOOD LUCK
Cg aZLy