KUNCI PP PENGGAL 2 Cg azLy |
TAMAT SUDAH PEPERIKSAAN GENTING PP PENGGAL 1 DAN PP1&PP2 TERMINAL. SEKARANG TIBA MASA UNTUK SAYA MENYEDIAKAN BAHAN2 UNTUK PdP PENGGAL 2 PULA.CABARANNYA SANGAT BESAR KERANA DALAM MASA YANG SAMA SAYA PERLU JUGA FOKUS UNTUK PENYEDIAAN BAHAN PENULISAN BUKU RUJUKAN & KERTAS MODEL PENGGAL 2 BERSAMA PENERBIT YANG BARU.. CABARAN JUGA DALAM PENYEDIAAN BAHAN UNTUK KAJIAN KES PENGGAL KE-2 INI ADALAH DALAM BAB 1 DAN 2 YANG MERUPAKAN INTI KEPADA PEMBELAJARAN PENGGAL KE-2 INI.
ANTARA BAHAN PENULISAN KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy
YANG SEDANG DALAM PROSES:
1. RANCANGAN MENGAJAR PENGGAL 2
2. FOLIO RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 20 MINGGU
3. NOTA UNTUK PANDUAN GURU BAGI SETIAP SUB-TOPIK DLAAM PENGGAL 2
4. SOALAN-SOALAN STRUKTUR DAN KONSEP BAGI SETIAP SUB-TOPIKAL
5. KAJIAN-KAJIAN KES YANG RELEVAN
6. DAN LAIN2 BAHAN YANG SESUAI.
CONTOH BAHAN BERBENTUK NOTA PANDUAN GURU
1. Pengurusan [42 WAKTU]
1.1 Pengenalan kepada pengurusan [MINGGU 1 : 4 WAKTU]
1.1.1 Fungsi
pengurusan
(a)
Mentakrifkan maksud pengurusan dan menjelaskan
kepentingannya;
ORGANISASI :
DEFINISI 1:
-Organisasi didefinasikan sebagai
gabungan dua atau lebih individu yang bergabung tenaga secara sistematik untuk
mencapai matlamat atau objektif khusus yang telah ditetapkan
-Organisasi terdiri daripada sumber
manusia dan bukan manusia seperti kewangan,bahan mentah, mesin dan peralatan
pejabat
-Semua organisasi perlu diurus dan orang yang mengurus organisasi dikenali
sebagai pengurus
-Aktiviti pengurus organisasi pula
dikenali sebagai pengurusan
-Oleh itu,pengurus adalah seseorang yang
melakukan aktiviti pengurusan
DEFINISI 2:
-Organisasi
dapat didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang
bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai
matlamat individu, kumpulan, dan organisasi.
-Definisi
di atas menjelaskan unsur-unsur yang perlu ada di dalam sesebuah organisasi:
organisasi sebagai satu unit sosial, penyatuan usaha, dan hubungan antara
seorang individu dengan individu yang lain.
PENGURUSAN:
DEFINISI 1: C.Certo
Sebagai proses mencapai matlamat
organisasi melalui penggunaan tenaga kerja dan sumber-sumber organisasi (
C.Certo)
Sebagai usa merancang, mengorganisasi,
memimpin dan mengawal segala sumber serta aktiviti bagi memastikan
matlamat-matlamat yang telah ditetapkan dapat dicapai
DEFINISI 2:
Satu proses
merancang,mengorganisasi,memimpin dan mengawal semua ahli organisasi dan menggunakan sumber organisasi utk mencapai
objektif yg telah ditetapkan dgn cekap dan berkesan.
DEFINISI 3:
Melaksanakan sesuatu kerja melalui
sumber-sumber organisasi, iaitu manusia, kewangan, bahan mentah dan juga modal
ke arah mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan secara cekap dan berkesan.
DEFINISI 4: Mary Parker Follet
Pengurusan
ialah “ Seni untuk mendapatkan sesuatu perkara yang dilakukan melalui orang
lain”
DEFINISI 5: Plunkett dan Attner
“Proses
menetapkan dan mencapai matlamat melalui pelaksanaan lima fungsi asa pengurusan
yang menggunakan sumber manusia, kewangan dan bahan..”
DEFINISI 6: Mescon, et al.
Pengurusan merujuk kepada “ proses
merancang, mengatur, memimpin dan mengawal usaha anggota organisasi dan
menggunakan segala sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi yang
dinyatakan”..
DEFINISI 7 : James A.F Stoner & Charles Wienkel
James A.F Stoner & Charles Wienkel
menyatakan bahawa ‘pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasi ,
memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan menggunakan
sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang
ditetapkan’.
DEFINISI 8 : Wikipedia
Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas
Wikipedia, ‘pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah
kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan
menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu
matlamat. Ia seringya merangkumi sumber – sumber manusia, kewangan, teknologi
serta juga sumber semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang
atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan’.
KESIMPULAN: DEFINISI ‘PENGURUSAN’
1. Pengurusan
sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan usaha
ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat
organisasi.
2. Pengurusan
sebagai proses pengarahan, penyelarasan, dan pengaruh ke atas operasi
organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya.
3. Definisi
di atas, walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari segi bilangan dan jenis
fungsi pengurusan, tetapi kedua-dua definisi itu mengandungi perkataan
"proses" dan "matlamat". Ini bermakna, dua aspek penting di
dalam pengurusan ialah:
a. Pengurusan
sebagai proses: Menjalankan kerja secara sistematik serta memerlukan hubungan
tertentu antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang lain.
b. Mencapai
matlamat organisasi: Apabila aktiviti organisasi itu berjalan dengan teratur
dan berhubung atau membantu antara satu dengan lain, maka matlamat organisasi
itu dapat dicapai. Matlamat organisasi dapat berbentuk kualitatif (subjektif)
atau kuantitatif (objektif).
KEPENTINGAN PENGURUSAN:
1. Memastikan
matlamat organisasi tercapai
2. Memastikan
kelancaran perjalanan keseluruhan sesebuah organisasi
3. Memastikan
segala sumber iaitu semua faktor pengeluaran di dalam organisasi digunakan
secara berkesan
4. Memastikan
semua sumber [faktor pengeluaran] di dalam organisasi dapat diselaras dan
diagihkan dengan baik dan teratur.
5. Memastikan
tiada pembaziran sumber [faktor pengeluaran] dalam organisasi.
0 comments:
Post a Comment