Kepentingan pengorganisasian:
1. Menghasilkan satu susunan
tenaga kerja yang sistematik bagi mencapai matlamat organisasi.
2. Memastikan pengagihan sumber
di antara jabatan dapat dilakukan dengan saksama.
3. Mengawal tingkah laku pekerja
melalui prosedur dan sistem yang telah ditetapkan.
4.
Supaya organisasi dapat berjalan dan
diuruskan dengan lincin dan teratur.
5.
Agar aktiviti kerja dapat dilakukan
dengan cekap dan berkesan.
6.
Dapat mengurangkan konflik tugas antara
pekerja.
7.
Membangunkan sumber manusia melalui
latihan dan pembangunan.
8.
Membantu merancang guna tenaga dengan
lebih cekap dan berkesan.
9.
Dapat menjalankan peranan, tanggungjawab
dan hubungan dengan unit kerja.
10.
Dapat mengagihkan penggunaan sumber organisasi
dengan cekap.
11. Untuk
menyelaras pelaksanaan perancngan dan mencapai matlamat organisasi
STRUKTUR ORGANISASI BERDASARKAN PASUKAN
Satu struktur yang berasaskan pasukan dengan gabungan pakar-pakar dari pelbagai jabatan yang membentuk satu pasukan sementara
STRUKTUR ORGANISASI BERDASARKAN PROJEK
Ciri-ciri yang ada pada organisasi ini, kuasa diterajui oleh pengurus projek. Integrasi di antara kepakaran yang ada dalam organisasi lebih efektif dan kuasa pengurusan projek ke atas semua unit/bahagian/jabatan diberikan kepada pengurus projek.
Kebaikan:
1.
Bidang kuasa pengurus
projek adalah meluas
2.
Semua unit / jabatan
bertanggungjawab terus kepada pengurus projek
3.
Integrasi antara
kepakaran adalah lebih efektif
4.
Penyelarasan lebih
mudah
5.
Kesemua sumber menumpu
perhatian kepada projek
6.
Tindakan boleh diambil
dgn segera jika berlaku masalah
Kelemahan:
1.
Pengunaan sumber yang
tidak efektif
2.
Tidak ada kareer jangka
masa panjang.
3.
Pembahagian tugas tidak
seimbang
4.
Individu perlu
menunjukan kepentingannya jika berlaku pertukaran pengurus.
UNIT PERNIAGAAN STRATEGIK (SBU)
Unit perniagaan strategik adalah amat penting bagi organisasi produk pelbagai.
Unit-unit perniagaan pada dasarnya dikenali sebagai pusat keuntungan.
Mereka tertumpu ke arah satu set produk dan bertanggungjawab untuk setiap keputusan atau strategi yang perlu diambil untuk set produk yang tertentu.
Contoh unit perniagaan strategik - Contoh terbaik unit perniagaan strategik seperti HUL, P & G atau LG . Perniagaan-perniagaan ini telah membentuk pelbagai kategori dan pelbagai barisan produk. Sebagai contoh, HUL mungkin mempunyai barisan produk dalam kategori syampu, Begitu juga LG mungkin mempunyai barisan produk dalam kategori televisyen.
Didefinisikan sebagai sebuah organisasi yang membuang sekatan bagi mamaksimakan aliran maklumat merentasi organisasi.
Ciri-ciri Organisasi tanpa sempadan:
1. Menghapuskan rantaian arahan
2. Jangkauan kawalan lebih terbatas
3. Kuasa lebih kepada pasukan berbanding kuasa jabatan.
4. Tiada sempadan untuk berurusan dengan organisasi dari luar.
0 comments:
Post a Comment