Segmentasi
pasaran
1.
Segmentasi
Menggunakan Asas Geografi.
Membahagikan pasaran kepada
unit-unit atau kumpulan geografi yang berbeza berdasarkan lokasi seperti
mengikut wilayah, negeri, mukim, bandar, daerah ataupun taman perumahan.
2.
Segmentasi
Menggunakan Asas Demografi.
Asas demografi boleh membahagikan
pasaran mengikut individu seperti, jantina, umur, saiz keluarga dan
kitaran hayat keluarga, pendapatan, pendidikan, pekerjaan dan agama.
3.
Segmentasi
Menggunakan Asas Psikografi.
Membahagikan pasaran kepada
kumpulan-kumpulan berdasarkan kelas sosial iaitu, kedudukan seseorang
dalam masyarakat, gaya hidup dan ciri-ciri personaliti seseorang. Terdapat beberapa pembolehubah yang boleh digunakan pemasar untuk mensegmenkan pasaran menggunakan asas psikografi, iaitu:
i.
Kelas sosial
ii.
Gaya atau Corak hidup
iii.
Personaliti
4.
Segmentasi
Menggunakan Asas Gelagat.
Melalui asas gelagat ini ia boleh
membahagikan pasaran kepada kumpulan berdasarkan pengetahuan, sikap,
penggunaan dan tindakbalas pembeli terhadap sesuatu produk. Pemasar selalunya menggunakan pembolehubah dalam asas ini seperti: situasi penggunaan, faedah yang dicari, kadar pengguna, status pengguna, kesetiaan, kesediaan membeli dan sikap
Sasaran pasaran
1. Pemasaran Tidak Dibezakan
· Dalam penggunaan strategi pemasaran tidak dibezakan, firma mungkin membuat
keputusan untuk mengabaikan perbezaan segmen pasaran dan mensasar keseluruhan
pasaran dengan satu tawaran.
2. Pemasaran Dibezakan
·
Melalui strategi ini, firma menentukan untuk mensasar kepada beberapa
segmen pasaran sahaja dan merekabentuk tawaran yang berasingan untuk setiap
satunya.
3. Pemasaran Tertumpu
·
Strategi ini sesuai untuk syarikat yang mempunyai sumber-sumber terhad di
mana mereka akan cuba mendapatkan syer yang besar dari satu atau beberapa
subpasaran.
4. Pemasaran Mikro
·
Pemasaran
mikro adalah satu amalan yang menyesuaikan produk dengan program pemasaran
untuk memenuhi citarasa individu atau lokasi pengguna yang spesifik.
·
Pemasaran
mikro termasuklah:
A. Pemasaran Tempatan
o Pemasaran tempatan melibatkan jenama dan
promosi untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan tempatan, contohnya
bandaraya, kawasan perumahan dan kedai-kedai.
B. Pemasaran Individu.
o Ia juga dikenali dengan beberapa nama iaitu
sebagai pemasaran pasaran-untuk–satu, pemasaran ikut tempahan dan pemasaran satu ke
satu.
Proses
Peletakan Pasaran
Peletakan pasaran bermula dengan produk dan produk ini merangkumi perkhidmatan, syarikat dan mungkin seorang insan.
Peletakan pasaran dilakukan selepas aktiviti pemetakan pasaran dan sasaran pasaran
Peletakan ialah apa yang syarikat atau pemasar beritahu dan sematkan dalam minda pengguna.
Antara cara yang pemasar boleh lakukan ialah dengan dan mengkomunikasikan ciri-ciri produk ke dalam pasaran iaitu:
- Mendefinisikan produk kepada pengguna
- menonjolkan ciri-ciri produk sesuai dengan persepsi pengguna
- Membantu pengguna mengingati produk dengan ciri-ciri yang relevan
- Produk dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.
- Pengguna dapat membezakan produk syarikat dengan pesaing lain.
Strategi
peletakan pasaran
1. Atribut
Produk-
Sesuatu
yang melengkapi manfaat utama produk sehingga mampu lebih memuaskan
pengguna. Atribut produk meliputi jenama, pembungkusan (packaging), label, jaminan (warranty) dan produk tambahan (service).
2. Manfaat
Merujuk
kepada kelebihan atau faedah yang bakal diperolehi apabila pengguna
menggunakan produk
3. Kekerapan
Penggunaan
Tahap
penggunaan oleh pengguna.
4. Pengguna
Fokus
peletakan kepada pengguna tertentu bagi seseuatu produk
5. Klasifikasi
Produk
Mengklasifikasi
produk kepada kategori-kategori tertentu seperti produk istimewa dan
sebagainya.
Perbezaan
segmentasi, sasaran, peletakan pasaran
ASPEK
|
SEGMENTASI
PASARAN
|
SASARAN
PASARAN
|
PELETAKAN
PASARAN
|
Maksud Konsep
|
·
Segmentasi
pasaran merujuk kepada pembahagian pasaran yang besar kepada
kumpulan-kumpuln pasaran yang lebih kecil dan homogenus
|
·
Sasaran
pasaran pula merujuk kepada strategi untuk menembusi
pasaran-pasaran kecil yang homogenus yang telah dikenalpasti dalam segmentasi
pasaran.
|
·
Peletakan
pasaran pula dilakukan selepas segmentasi pasaran dan strategi
sasaran pasaran di mana pemasar akan cuba meletakkan produk pada satu
kedudukan pasaran yang distintif dalam minda pengguna dan pengguna boleh
mentakrifkan dan membezakan produk pemasar berbanding dengan produk pesaing.
|
Proses Pelaksanaan
|
1.
Mengenal pasti asas segmentasi
2.
Membangunkan setiap segmen pasaran yang dikenal pasti
|
1.
Mengenal pasti kumpulan pengguna yang mempunyai keperluan dan kehendak yang serupa,
2.
Mengenal pasti
kumpulan pengguna yang mempunyai minat terhadap produk yang serupa
3.
Mengenal pasti pasaran yang ingin ditumpu perhatian oleh
syarikat yang mengeluarkan sesuatu produk
|
1.
Menonjolkan
ciri-ciri produk sesuai dengan persepsi/tanggapan pengguna terhadap kehendak
dan keperluan mereka.
2.
Memastikan pengguna
dapat membezakan produk syarikat dengan produk pesaing lain.
|
Asas & Strategi Pelaksanaan
|
Segmentasi berasaskan:
1.
Geografi
2.
Demografi
3.
Psikografi
4.
Gelagat[Manfaat]
|
Strategi sasaran berasakan:
1.
Pemsaran tidak dibezakan
2.
Pemasaran dibezakan
3.
Pemsaran tertumpu
4.
Pemsaran mikro
|
Strategi peletakan pasaran:
1.
Atribut produk
2.
Manfaat
3.
Kekerapan penggunaan
4.
Pengguna
5.
Klasifikasi produk
|
Kepentingan
|
1.
Membolehkan
pemasar membentuk campuran pemasaran yang sesuai.
2.
Menumpukan
kepada segmen/bahagian yang dikenalpasti.
3.
Merancang
dan membaharui produk mengikut keperluan asas pemetakan
4.
Merancang
strategi pemasaran yang sesuai.
5.
Mengenalpasti
peluang pasaran bagi produk sedia ada
|
1.
Dapat memasarkan produk dan
perkhidmatan dengan lebih efisyen.
2.
Menghadapi persaingan yang
sedikit jika pesaing tidak memfokuskan kepada segmen tertentu sahaja.
3.
Firma yang memilih satu jenis pasaran dan pasaran sasaran
biasanya mendapat lebih banyak peluang untuk
menjadi pakar dalam industri tersebut.
|
1.
Kedudukan sesebuah firma boleh difahami dengan melihat
ciri-ciri industri dan perkhidmatannya.
2.
Mendefinisikan
produk kpada pengguna
3.
Membantu
pengguna mengingati produk
4.
Menyampaikan
ciri-ciri produk yang relevan kpada pengguna
5.
Untuk
mencapai tujuan tersebut, pengiklanan digunakan sebagai saluran komunikasi
bagi membentuk & mengekalkan peletakan pasaran di minda pengguna
|
5 comments:
sangat membantu... terima kasih cikgu :)
Cikgu, boleh terangkan tentang strategi pemasaran?
Cikgu, boleh terangkan tentang strategi pemasaran?
tq ... dapat dijadikan rujukan untuk saya menyiapkan assignment sy
ok
Post a Comment