JOM SERTAI Cg aZLy di
FACEBOOK PENGAJIAN PERNIAGAAN BAHARU [PELAJAR ] dan GROUP GURU PP 1 MALAYSIA untuk perkongsian Maklumat

CD MENUJU PUNCAK edisi 2014

CD MENUJU PUNCAK edisi 2014
SUDAH BOLEH DIMILIK..

RANCANGAN PENGAJARAN PP SEMESTER 1 SESI 2012

SALAM 1 MALAYSIA...

SEMUA GURU PP STPM BAHARU [PAHANG, JOHOR, MELAKA, N9, KL, PUTRAJAYA, PENANG, SELANGOR, PERAK, PERLIS, SABAH, SARAWAK DAN LABUAN] BOLEH MEMUAT TURUN SECARA PERCUMA 'RANCANGAN PENGAJARAN PP PENGGAL 1'
KLIK UNTUK MUAT TURUN

 


 &
 
 
 SEMUA GURU PP STPM BAHARU [TERENGGANU, KELANTAN DAN KEDAH] BOLEH MEMUAT TURUN SECARA PERCUMA 'RANCANGAN PENGAJARAN PP PENGGAL 1' PADA LINK DI BAWAH

KLIK UNTUK MUAT TURUN

MOGA BAHAN INI DAPAT DIMANFAATKAN SEBAIK MUNGKIN OLEH SEMUA GURU PP
'SELAMAT MAJU JAYA'



PP PENGGAL 1: PERSEDIAAN MINGGU 1: KULIAH 1&2

KULIAH 1
Mata Pelajaran
:
PENGAJIAN PERNIAGAAN  [PERNIAGAAN]








Tajuk 
:
1. Perniagaan dan Persekitarannya

Sub Tajuk
:
1.1 Pengenalan kepada perniagaan








Hasil Pengajaran dan Pembelajaran
Calon seharusnya dapat:
(a) mentakrifkan maksud perniagaan;  
(b) membandingkan organisasi yg bermotifkan untung dgn organisasi yg tidak bermotifkan untung;
(c) menjelaskan kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan;
(d) membincangkan peranan perniagaan terhadap pengguna, masyarakat, ekonomi, dan negara;


PANDUAN GURU/PELAJAR:


DEFINISI
PERNIAGAAN
·          Sediakan-barang & perkhidmtan
·          Untuk-memuaskan kehendak & keperluan pelanggan
·          Melalui-pertukaran nilai
·          Untuk dapatkan-keuntungan
BEZA PERNIAGAAN DAN BUKAN PERNIAGAAN
ASPEK
ORGANISASI PERNIAGAAN
ORGANISASI BUKAN PERNIAGAAN
Tujuan/
Matlamat Kewangan
Matlamat utama ialah keuntungan maksimum untuk kepentingan organisasi
Matlamat ialah meningkatkan kebajikan ahli/sosial/kepentingan bersama
Sumber Kewangan

Sumber kewangan dari modal sendiri  dan keuntungan perniagaan
Dari yuran ahli & sumbangan masyarakat/tajaan/derma/swasta
Aktiviti

Aktiviti utama ialah pengeluaran & penjualan barang & perkhidmatan
Aktiviti utama bercorak kemasyarakatan seperti kempen, kursus/ceramah dll
Akta

Penubuhan tertakluk kepada undang-undang perniagaan (Akta syarikat 1965, perkongsian 1974, Akta Koperasi 1993)
Tertakluk kepada Akta Pertubuhan 1966
Pendaftaran
Pendaftar Syarikat, Pendaftar Perniagaan, Jabatan Pembangunan Koperasi.
Pendaftar Pertubuhan
Bentuk
Syarikat, Perkongsian, Milikan Tunggal, Koperasi.
Badan Bukan kerajaan, parti politik, kelab dan persatuan.
Contoh organisasi
Contoh: Telekom, TNB, MAS, HICOM
Pemadam, Persatuan Pengguna, UMNO, FOMCA, MARA dll.



KEPENTINGAN KEUNTUNGAN KPD PERNIAGAAN
·          Ganjaran kpd pengusaha-sebab sanggup hadapi risiko
·          Sebagai sumber modal-utk pembesaran/penerusan perniagaan(survival)
·          Tahap Keuntungan Lambangkan imej/kecemerlangan sykt
·          Sebagai kayu ukur kejayaan/Petunjuk Prestasi sykt- terhdp matlamat dan hala tuju
·          Dorongan/keyakinan kpd pelabur- untuk mula/terus melabur
·          Meningkatkan Motivasi pekerja- bonus keuntungan meningkatkan semangat pekerja

KEPENTINGAN PERNIAGAAN KPD MASYARAKAT
·          Peluang pekerjaan kpd mykt
·          Penuhi kehendak  & keperluan mykt-brg dan perkhidmatan
·          Biayai projek pembangunan mykt-kemudahan awam
·          Menjalankan tanggungjawab sosial-pemuliharaan alam, jamin persekitaran bersih, derma, tajaan utk aktiviti kemasyarakatan
·          Menawarkan produk berkualiti dgn harga berpatutan
·          Meningkatkan taraf hidup masyarakat-memberi pendapatan yg stabil agar mykt dpt nikmati
kehidupan yg selesa.
KEPENTINGAN PERNIAGAAN KEPADA EKONOMI NEGARA
·          Tingkatkan pendapatan negara-cukai
·          Mewujudkan peluang pekerjaan-kurangkan pengangguran
·          Kurangkan inflasi-dgn hasilkan brg dan perkhidmatan yg cukup
·          Membangunkan industri hiliran & huluan /industri sampingan
·          Wujudkan penempatan baru/bandar-bandar baru-aktiviti perniagaan akan menarik ramai penduduk menetap di sesuatu tempat.
·          Penggunaan sumber bahan mentah negara dengan berkesan/optima
·          Menstabilkan ekonomi negara


KULIAH 2
Mata Pelajaran
:
PENGAJIAN PERNIAGAAN  [PERNIAGAAN]



Tajuk 
:
1. Perniagaan dan Persekitarannya
Sub Tajuk
:
1.1 Pengenalan kepada perniagaan


1.1.4 Faktor pengeluaran



Hasil Pengajaran dan Pembelajaran
Calon seharusnya dapat:
(e) menjelaskan faktor pengeluaran meliputi bahan mentah, modal, modal insan, teknologi, dan keusahawanan;

PANDUAN GURU/PELAJAR:

FAKTOR PENGELUARAN
Tanah
·          Sumber alam semulajadi-input bahan mentah spt hasil pertanian, hasil laut, petroleum, sumber hutan dsb
·          Lokasi  perniagaan-tempat menjalankan perniagaan
Buruh
·          Sumber manusia (fizikal/mental), mahir/tdk mahir
·          Utk tukar input kpd output
Modal
·          Apa sahaja bentuk input yang digunakan untuk proses ekonomi bagi menghasilkan keuntungan ekonomi dan daya pengeluaran .  Termasuk dalam modal ialah wang , peralatan, mesin dan lain-lain aset.
·          Sumber kekayaan utk hasilkan lebih kekayaan
·          Wang-utk beli aset, belanja operasi
Keusahawanan
·          Kebolehan/kemahiran gembleng faktor pengeluaran
·          Kreatif/inovatif hasilkan produk
·          Sanggup hadapi risiko perniagaan
Teknologi
·          Perubahan penggunaan sains yang membolehkan sesuatu yang baru dihasilkan dan prosedur kerja yang lebih baik dibentuk.

CD PP Cg aZLy PENGGAL 1: CONTOH SEBAHAGIAN RANCANGAN PENGAJARAN PP PENGGAL 1 [20 MINGGU P&P]

CONTOH SEBAHAGIAN RANCANGAN PENGAJARAN PP PENGGAL 1 DALAM CD PP Cg aZLy

CONTOH PANDUAN PENGAJARAN GURU DALAM CD PENGGAL 1







CONTOH RPH DALAM CD PP PENGGAL 1

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DLM CD PP PENGGAL 1 SEMUANYA 80 SET[20 MINGGU P&P]

SOALAN PERTENGAHAN TAHUN [OTI 1] PP2 : TERENGGANU

Jawab semua soalan.

SOALAN 1:

(a) Senaraikan tiga kriteria bagi seseorang setiausaha syarikat [3]
(b) Jelaskan fungsí nisbah hutang dan kecairan kepada pihak yang berkepentingan. [2]
(c) Nyatakan tiga kelebihan perniagaan baru berbanding perniagaan mengambil alih. [3](d) Jelaskan tiga prinsip yang perlu diamalkan oleh Persatuan Pengguna Negeri Terengganu. [3]
(e) Mengapakah syarikat memilih untuk mengeksport barangan berbanding kontrak pengeluaran? [2]
(f) Nyatakan dokumen-dokumen perniagaan antarabangsa. [2]
(g) Terangkan dua jenis penyalahgunaan aset syarikat. [2]
(h) Terangkan maksud warga korporat dan nyatakan perbezaan antara warga korporat dan penjawat awam. [3]
(i) Berikan tiga contoh bahasa badan dan nyatakan mesej yang hendak disampaikan. [3]
(j) Nyatakan dua keadaan yang sesuai menggunakan papan notis sebagai media komunikasi dalam organisasi perniagaan. [2]

SOALAN 2:

(a) Huraikan tiga pendekatan yang disarankan oleh pakar keusahawanan bagi memahami teori keusahawanan. [9]

En. Adnan bercadang untuk membuka sebuah perniagaan yang menghasilkan peralatan berkuda
Untuk golongan kanaka-kanak dan remaja. Dengan modal peribadi berjumlah RM50.000.00, beliau telah merangka satu rancangan perniagaan untuk memulakan perniagaannya.

(b) (i) Huraikan empat tujuan Encik Adnan menyediakan rancangan perniagaan. [8]
(ii) Huraikan empat pihak yang memerlukan rancangan perniagaan yang disediakan oleh Encik Adnan. [8]

 
Bahagian B [50 markah]

Jawab dua soalan sahaja.

3. Dalam sistem kawalan bukan kewangan, sistem pelaporan dan jawatankuasa pengurusan memainkan peranan penting.
(a) Huraikan jenis-jenis laporan pengurusan yang lazim diamalkan oleh pengurusan. [4]
(b) (i) Nyatakan empat peranan yang boleh dimainkan oleh jawatankuasa pengurusan.
(ii) Jelaskan empat kebaikan dan empat keburukan pewujudan jawatankuasa pengurusan dalam sesebuah organisasi. [12]
(c) Jawatankuasa Audit Dalaman merupakan jawatankuasa yang terdapat dalam pengurusan sesebuah syarikat. Jelaskan enam matlamat utama Jawatankuasa Audit Dalaman. [9]


4. (a) Jelaskan empat sumber idea yang boleh mencetuskan pembentukan perniagaan baru. [8]
(b) Huraikan empat kebaikan dan empat kelemahan perikatan strategik. [8]
(c) Bincangkan tiga bentuk bantuan yang boleh diperoleh oleh bakal usahawan daripada agensi kerajaan. [9]


5. (a) Jelaskan peranan Maktab Kerjasama Malaysia kepada koperasi dari segi latihan dan penyelidikan. [5]
(b) Jelaskan langkah dan syarat yang perlu dipatuhi untuk menubuhkan kelab kebajikan bagi pekerja TER-X Berhad. [12]
(c) Nyatakan empat kategori organisasi bukan bermotif untung dan jelaskan aktiviti utamanya. Berikan satu contoh bagi setiap kategori. [8]


6. (a) Jelaskan cara yang boleh dilakukan oleh kerajaan sesebuah negara untuk menggalakkan firma multinasional beroperasi di negara itu. [10]
(b) Huraikan bagaimana tindakan perlindungan perdagangan oleh kerajaan boleh:
(i) melindungi industri yang baru,
(ii) memberikan persaingan yang adil dan saksama,
(iii) membalas balik tindakan negara luar. [15]


7. (a) Usaha melindungi pengguna daripada tindakan tidak beretika peniaga merupakan satu perkara rumit. Jelaskan bagaimana sikap pengguna itu sendiri menjadi penghalang kepada usaha untuk melindungi pengguna. [9]
(b) En. Azlee, yang akan menghadapi peperiksaan awam telah mendaftar di salah sebuah pusat tuisyen berhampiran tempat tinggalnya. Jelaskan hak-hak En. Azlee sebagai pelajar di pusat tuisyen tersebut. [10]
(c) Jenayah kolar putih selalu dikaitkan dengan pihak pengurusan syarikat. Huraikan jenis-jenis jenayah kolar putih yang sering dikaitkan oleh para pengurus masa kini. [6]

8. (a) Jelaskan proses komunikasi antara pemilik pemaju perumahan dengan pelanggannya. [12]
(b) “Kemahiran berunding pihak pengurusan ialah faktor penting dalam menentukan keberterusan hayat firma.” Bincangkan. [10]
(c) Terangkan maksud komunikasi menegak dan berikan contoh yang sesuai. [3]



Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 010-929 0902
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com