XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP

XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP
SEM1&3 AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

PBS PP : CARA MENULIS "CITATION" DAN RUJUKAN



MENULIS CITATION

SALAM MERDEKA & SALAM 1 MALAYSIA

PESAN Cg aZLy ...

KEPADA SEMUA CALON 946/4 PENGAJIAN PERNIAGAAN, 

PASTIKAN SETIAP "DEFINISI KONSEP, MAKSUD SUATU ISTILAH DAN JUGA PENGERTIAN SUATU PERKARA" PERLU DIBERI RUJUKAN/CITATION DI MANA CALON ITU MENGAMBIL DEFINISI/MAKSUD TERSEBUT BAGI MENGELAKKAN CALON DIANGGAP PLAGIAT

CARA MENULIS CITATION

Tip 1:
CALON Boleh merge 2 atau lebih citation menjadi satu iaitu dari (Kasim Selamat, 2013) (Othman Talib, 2013) menjadi (Kasim Selamat, 2013; Othman Talib, 2013) dengan highlight kedua-dua citation dan icon Mendeley akan bertukar menjadi icon merge.... klik saja icon ni, kesemua citation anda merged !!



Perhatikan anak panah, icon merge menggantikan icon Mendeley muncul selepas highlight kedua2 citation. Aku tak bagi contoh nama Mat Salleh sebab Mendeley tiada masalah dengan nama yang ada surname. Klik sahaja icon Merge Citations tersebut dan inilah hasilnya....

Tip 2:

Bagaimana nak tulis nama tanpa surnama supaya Othman Talib tidak menjadi (Talib, 2013) tetapi mengikut gaya UKM (Othman Talib 2013) spt contoh di atas......

Anda boleh dilakukan supaya nama yang tiada surname spt nama Melayu dan India dgn menaip bahagian authors dengan nama "Othman Talib" dan klik (Institution / Organisastion) seperti rajah berikut:



 
Inilah hasil yang akan anda perolehi:




Tip 3:
Timbul satu lagi masalah.... Gaya UKM menidakkan tanda koma "," antara nama dan tahun. Maka anda boleh gunakan fungsi Find and Replace dengan Find "," dan biarkan ruangan Replace tu kosong jer seperti berikut...

 dan hasilnya semua "," dah hilang....



Tip 4:

Dibahagian rujukan pula akan terhasil seperti berikut. :




Dengan menggunakan fungsi Find and Replace, anda boleh taip Find "(" dan kosongkan ruangan Replace. Pastikan anda letakkan cursur pada Biblography supaya hanya ruangan ini sahaja yang diproses. Gunakan juga fungsi "Find Next" supaya anda boleh membuang "(" secara selektif. Ulangi dengan ")" pula..... Inilah hasilnya...dah tiada (    ) lagi....








MENULIS RUJUKAN



 CARA MENULIS RUJUKAN "GAYA UKM"



Apabila menghasilkan penulisan berbentuk ilmiah seperti kertas kerja, laporan penyelidikan, proposal dan sebagainya, tulisan berkenaan tidak lengkap tanpa menulis rujukan. Berikut adalah cara menulis rujukan lengkap bagi bahan rujukan berbentuk buku mengikut Gaya UKM.

 
CARA MENULIS RUJUKAN YANG LENGKAP UNTUK BUKU


Caranya:

Nama pengarang diikuti noktah (semua nama pengarang hendaklah disenaraikan) Tahun penerbitan diikuti noktah. Judul buku (condong) diikuti noktah.  Penyunting, penyusun, penterjemah (jika ada) diikuti noktah. Nama siri buku dan jilid atau bilangan dalam siri (jika ada) diikuti noktah.  Edisi selain dari edisi pertama ditaip sebagi Ed. ke ... dan diikuti noktah.  Bilangan jilid diikuti noktah.  Tempat terbit (bandar) diikuti titik bertindih (jika terdapat lebih dari satu tempat terbit digunakan tempat yang pertama.  Contoh: Kuala Lumpur, Shah Alam, Klang hendaklah ditulis Kuala Lumpur sahaja.  Penerbit diikuti noktah. 
Baris ke-2 bagi setiap rujukan dan seterusnya hendaklah ditulis satu langkau dengan ensotan 12.5 mm. Walau bagaimanapun, ensotan berkenaan tidak dapat saya paparkan dalam blog ini kerana masalah teknikal.

Contoh:

a. Pengarang tunggal (termasuk nama samaran)


Arena Wati. 1991. Memoir Arena Wati: enda gulingku. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Brown, R. 1988. Topology: a geometric account of general topology, homotopy types and the fundamental groupoid. Chichester: Ellis Horwood Limited.

Ibn Hazm, Abu Muhammad cAli ibn Ahmad ibn Sacid. 1403H/1983. Jamharat ansab al carab. Beirut: Dar al Kutub al cIlmiyyah.

Miller, R.K. 1989. The informed argument. San Diego: Harcourt Brace Javonich Publishers.

Nik Anuar Nik Mahmud. 2000. Konfrontasi Malaysia Indonesia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.


b. Pengarang bersama

Abdul Samad Hadi, Shaharudin Idrus, Ahmad Fariz Mohamed & Abdul Hadi Harman Shah. 2006. Perubahan persekitaran dan kemudahterancaman Lembangan Langat. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ahmad Kamal Ariffin & Shahrir Abdullah. 2000. Pengiraan berangka kejuruteraan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Corcoran, K. & Fischer, J. 1987. Measures for clinical practice: a source book. New York: The Free Press.

Smith, M., Beck, J., Cooper, C.L., Cow, C., Ottaway, D. & Talbot, R. 1982. Introducing organizational behaviour. London: MacMillan.



Edisi Baru Dan Cetak Ulang [Ed. = Edisi]



Buckley, C.B. 1965. An anecdotal history of old times in Singapore. Cetak ulang. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Cohen, J. 1977. Statistical power analysis for the behavioral sciences. Ed. semak. New York: Academic Press.

Shaharir Mohamad Zain. 1990. Beberapa masalah permulaan dalam sains hayat dan perubatan. Ed. ke 2. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.


Karya Yang Dikenali Menurut Judul

Al Quran.

Cumulative bibliography of Asian studies, 1941 1945: subject bibliography. 1972. 4 jil. Boston: G.K. Hall.

The encyclopaedia of Islam. 1960. Ed. ke 2. Leiden: E.J. Brill.

Kamus Dewan. 1991. Ed. baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Oxford regional economic atlas: the Middle East and North Africa. 1960. London: Oxford University Press.




Rujukan Kepada Hadith Ditulis Menurut Pengumpul Hadith


al Tabrani, Sulayman ibn Ahmad. 1311H/1894. Al Mucjam al saghir. Delhi: Al Matbacah al Ansari.

Karya Susunan [pnys. = penyusun]
Farid M. Onn (pnys.). 1982. Dinamisme dalam pengajaran, penyelidikan dan pentadbiran universiti. Kumpulan Kertas Kerja 2. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hamzah Hamdani (pnys.). 1980. Esei sastera Baharuddin Zainal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhamad Hasan Tok Kerani Mohd Arshad. 1968. Al tarikh salasilah negeri Kedah. Susunan semula Mohd Zahid Shah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Karya Suntingan [pnyt. = penyunting]

Jamaluddin Md. Jahi (pnyt.). 2000. Pengurusan persekitaran di Malaysia: isu dan cabaran. Bangi, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jamaluddin Md. Jahi, Kamaruzzaman Sopian, Mohd Jailani Mohd Nor & Abdul Hadi Harman Shah (pnyt.). 2001. Environmental management 2000. Bangi: Centre for Graduate Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Laily B. Din, Muhammad Yahya, A. Norhayati, M.S. Nizam, Waidi Sinun & A. Latiff (pnyt.). 2005. Danum Valley conservation area: physical, biological & social environments. Kota Kinabalu & Bangi: Yayasan Sabah & Universiti Kebangsaan Malaysia.



Selenggaraan [pngr. = penyelenggara]

Othman Ismail (pngr.). 1990. Peristilahan dan penulisan sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sharifah Barlian Aidid (pngr.). 1990. Siri bacaan pelajar Utusan: epidemik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.

Sulaiman Masri & Zainal Abidin Bakar (pngr.). 1989. Kertas kerja seminar penggunaan istilah sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Berbilang Jilid [Jil. = Jilid yang dirujuk]

Abu Osman Md. Tap. 1987. Matematik pertama. Jil. 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Osman Md. Tap. 1988. Matematik pertama. Jil. 2 & 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.




Terjemahan [Terj. = Terjemahan]

Battle, J.A. & Shannon, R.L. 1978. Gagasan baru ilmu pendidikan. Terj. Jakarta: Penerbit Mutiara.

Fraleigh, J.B. 1988. Kursus pertama aljabar niskala. Terj. Abu Osman Md. Tap & Abdul Razak Salleh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Nama Samaran


Arena Wati. 1991. Memoir Arena Wati: enda gulingku. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Keris Mas. 1979. Tiga puluh tahun sekitar sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Monograf

Harriet Wong, Hazita Azman & Lee Siew Chin. 1990. English language proficiency. Monograf 3, Pusat Bahasa, UKM. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Smail, J.R.W. 1964. Bandung in the early revolution 1945 1946: a study in the social history of the revolution. Modern Indonesian Project Monograph Series. Ithaca: Cornell University Press.


Bab Dalam Buku [Dlm. = Dalam]

Abdul Latiff Mohamad. 2000. Kesan pembangunan sosio-ekonomi ke atas kepelbagaian biologi khususnya spesies tumbuhan endemik di Malaysia. Dlm. Jamaluddin Md. Jahi (pnyt.). Pengurusan persekitaran di Malaysia: isu dan cabaran, hlm. 72-103. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fleishman, I.A. 1973. Twenty years of consideration and structure. Dlm. Fleishman, I.A. & Hunt. J.G. (pnyt.). Current development in the study of leadership: selected readings, hlm. 1 37. Carbondale: Southern Illinois University Press.

Shamsuddin Suhor. 2004. Celik alam sekitar: pengurusan di peringkat isi rumah. Dlm. Jamaluddin Md. Jahi, Mohd Jailani Mohd Nor, Kadir Arifin & Azahan Awang (pnyt.). Alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat Malaysia, hlm. 196-211. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zainal Abidin Abdul Wahid. 1964. Malaysia, South East Asia and world politics. Dlm. Wang Gungwu (pnyt.). Malaysia: a survey, hlm. 356 374. New York: Frederick A. Praeger.



Karya Tanpa Tarikh (t.th.)/Tanpa Tempat (t.tp.) /Tanpa Penerbit (t.pt.) 

al Fakhiri, Muhammad ibn cUmar. t.th. Al akhbar al-najdiyah. Suntingan cAbd Allah ibn Yusuf al Shibl. al Riyad: Matabic Jamicat al Imam Muhammad ibn Sucud al Islamiyyah.

Ibn Qayyim al Jawziyyah, Abu Abd Allah Muhammad ibn Bakr al Zarci al Dimisyqiyy. t.th. Aclam al Muwaqi cin rabb al calamin. 4 jil. Suntingan Muhammad Muhyi al Din cAbd al Hamid. Mesir: t.pt.

al Shafici, Muhammad ibn Idris. t.th. Al Umm. 7 jil. t.tp.: t.pt.

al Tabari, Abu Jacfar Muhammad ibn Jarir. t.th. Ikhtilaf al fuqaha'. Beirut: Dar al Kutub al cIlmiyyah.


Tesis Atau Latihan Ilmiah

Alfitra Salam. 1999. Kerjasama dan potensi konflik dalam hubungan Indonesia-Malaysia 1966-1991. Tesis Dr. Falsafah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Howie, J. 1977. Topics in the theory of groupoids. Tesis Ph.D. University of London.

Kadir Arifin. 2004. Integrasi sistem pengurusan kualiti (ISO 9001:2000), sistem pengurusan persekitaran (ISO 14001:1996) dan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OHSAS 18001:1999): Ke arah pelaksanaan dan pembentukannya di Malaysia. Tesis Dr. Falsafah, Program Pengurusan Persekitaran, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mann, A.E. 1968. The palaeodemography of Australopithecus. Disertasi Ph.D. University of California, Berkeley.

Perhatian: Baris kedua dan seterusnya dalam rujukan perlu dianjak sebanyak lima ketukan ke bahagian dalam tulisan.



Manuskrip Asal

Hamzah Fansuri. t.th. Sharab al c Ashiqin. MSS. Cod. Or. 7291(11), Perpustakaan University Leiden.


Kertas Kerja, Abstrak Persidangan Dan Sebagainya

Kadaruddin Aiyub & Kadir Arifin. 2001. Globalisasi, perniagaan dan alam sekitar: cabaran untuk industri kecil dan sederhana di Malaysia. Kertas kerja Persidangan Kebangsaan Pertama Keusahawanan dan Perniagaan Kecil. Anjuran Sekolah Pengurusan, Institut Pembangunan Keusahawanan, Universiti Utara Malaysia. Langkawi, 8-9 September.

Kadir Arifin, Jamaluddin Md. Jahi, Ismail Bahari & Abd Rahim Md. Nor. 2004. Sistem pengurusan bersepadu: ke arah kesedaran alam sekitar organisasi di Malaysia. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar 2004. Anjuran Program Geografi, Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjong Malim, Perak, 3-4 Julai.


Laporan Teknik

Che Husna Azhari & Wan Mohtar Wan Yusoff. 1990. Penghidrogenan selanjar minyak olein sawi mangkin emas dan platinum. Laporan akhir projek penyelidikan UKM 69/85.

Mohd. Kidin Shaharan. 1991. Kegunaan submartingale dalam masalah storan. Laporan Teknik 5. Pusat Pengajian Kuantitatif, Universiti Kebangsaan Malaysia.



Mesyuarat: Kertas Kerja, Laporan Dan Minit Mesyuarat

Bahagian Pendidikan Guru. 1989. Pendekatan baru tugas dan tanggungjawab pensyarah maktab maktab perguruan Malaysia. Kertas kerja Mesyuarat Pengetua Pengetua Maktab Perguruan Malaysia Kali Kedua. Lumut, Perak D.R., 7 9 Ogos.

Laporan Unit Pengurusan dan Pentadbiran (URT). 1988. Mesyuarat Pengetua Pengetua Maktab Perguruan Malaysia Kali Kedua. Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur, 15 16 September.

Minit Mesyuarat Pengetua Pengetua Maktab Perguruan Malaysia Kali Kedua. 1989. Lumut, Perak D.R., 7 9 Ogos.



Temu Bual


Individu yang ditemu bual hendaklah tokoh yang berwibawa dalam bidang berkenaan.

Contoh:

Abdullah Hj. Mohd. Salleh. 1999. Sejarah penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur. Temu bual, 12 Mei.

Perhatian: Baris kedua dan seterusnya dalam rujukan perlu dianjak sebanyak lima ketukan ke bahagian dalam tulisan.



BAHAN RUJUKAN ELEKTRONIK

Bahan rujukan elektronik seperti CD-ROM, laman sesawang, pangkalan data sesawang, jurnal-elektronik dan mel-elektronik hendaklah mempunyai maklumat berikut:

Nama pengarang diikuti noktah
Tahun diikuti noktah
Tajuk makalah diikuti noktah
Nama jurnal/buku (condong)
Nombor jilid (tebal)
Nombor keluaran (dalam tanda kurung)
Halaman seluruh makalah diikuti noktah
Jenis media (dalam tanda kurung)
Tapak /jejak /fail/alamat sesawang (tanpa garis bawah)
Tarikh capaian [dalam tanda kurung] diikuti noktah
Pengubahsuaian boleh dilakukan mengikut keperluan tanpa menjejaskan kesahihan sumber bahan yang dirujuk.

Contoh:

Clark, J.K. 1999. Humidity sensor. Journal of Physics 2(2): 9-13 http://www.cit.edu/phys/sensor.html [20 Julai 1999].

Crane, N. 1997. Electronic sources: MLA style of citation. http://www.uvm.edu/~ncrane/estyle/mla.html [31 Julai 2000].

Kawasaki, J.L. 1996. Computer administered surveys in extension. Journal of Extension 33(3): 204-210. http://www.apa.org/journals/webref.html [18 November 1999].

Medical Information Group. 1998. Arsenic contamination of drinking water. http://www.angelfire.com/ak/medinet/arsenic.html [4 Julai 2000].

Pritzer, T.J. t.th. An early fragment from central Nepal. http://www.ingres.com/~astanart/pritzker/pritzker.html [5 Jun 2000].

Howell, V. & Carlton, B. 1993. Growing up tough: New generation fights for its life: Inner city youths live by rule of vengeance. Birmingham News (CD-ROM) 1A. 1994 SIRS/SIRS 1993 Youth/Jil. 4/Makalah 56A [20 Julai 2000].

Clark, J.K. 1993. Complication in academia: sexual harassment and the law. Siecus Report 21(6): 6-10. (CD-ROM). 1994 SIRS/SIRS 1993 School/Jil. 4/ Makalah 93A [13 Jun 1995].





Sumber:

 
GOOD LUCK KEPADA SEMUA CALON, BUAT YANG TERBAIK UNTUK MENDAPATKAN MARKAH TERBAIK

TARIKH AKHIR SEBELUM MARKAH DIMASUKKAN 20/9/2013


Cg aZLy

SELAMAT HARI MERDEKA





Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com