XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP

XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP
SEM1&3 AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

PECUTAN AKHIR P3 2013 : INGAT FAKTA KHUSUS BAB 1 & FAHAMI KONSEP



BUAT PETA MINDA

ULANGKAJI FAKTA KHUSUS PP PENGGAL 3

BAHAGIAN A

ARAS 1 : MENGINGAT FAKTA KHUSUS

BAB 1: KEUSAHAWANAN [4 SOALAN MAKSIMA=16M-24M]


1.     NYATAKAN CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

2.     NYATAKAN CIRI-CIRI ORANG YANG EFEKTIF BERDASARKAN STEPHEN COVEY.

3.     APAKAH FAKTOR YANG MENDORONG SESEORANG MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN

4.     SENARAIKAN SUMBER YANG BOLEH MEMBERI IDEA BARU DALAM PERNIAGAAN.

5.     SENARAIKAN PROSES MEREALISASIKAN IDEA PERNIAGAAN.

6.     APAKAH FAKTOR YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN OLEH SESEORANG USAHAWAN SEBELUM MEMULAKAN SESUATU PERNIAGAAN.

7.     SENARAIKAN KAEDAH YANG BOLEH DIAMBIL OLEH SESEORANG USAHAWAN UNTUK MEMULAKAN SESEBUAH PERNIAGAAN.

8.     APAKAH JENIS-JENIS PERNIAGAAN FRANCAIS YANG BOLEH DIMASUKI OLEH SESEORANG USAHAWAN?

9.     APAKAH KAEDAH ATAU CARA YANG BOLEH DIGUNAKAN SEMASA MENJALANKAN PERNIAGAAN SECARA PAKATAN STRATEGIK?

10.  SENARAIKAN ELEMEN DALAM MODAL KEWANGAN DAN MODAL BUKAN KEWANGAN.

11.  SENARAIKAN ELEMEN DALAM SUMBER MODAL FORMAL DAN SUMBER TIDAK FORMAL

12.  APAKAH LIMA PERKARA ATAU FAKTOR-FAKTOR YANG DINILAI OLEH BANK SEBELUM MELULUSKAN PINJAMAN?

13.  APAKAH BANTUAN DAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN KEPADA USAHAWAN?

14.  SENARAIKAN AGENSI-AGENSI YANG MEMBERIKAN BANTUAN KEWANGAN KEPADA USAHAWAN.




ARAS 2 : MEMAHAMI KONSEP

BAB 1: KEUSAHAWANAN

MEMBERI DEFINISI KONSEP



BIL
KONSEP
DEFINISI
1
USAHAWAN
Usahawan ialah seseorang yang memulakan sesuatu, pandai mencuba atau mencipta sesuatu yang baru.
2
KEUSAHAWANAN
Keusahawanan ialah pembentukan nilai menerusi keupayaan mengenal pasti peluang-peluang perniagaan, pengurusan risiko dan menerusi penggabungan usaha pengurusan kemahiran insan untuk menggerakkan sumber kemanusiaan, kewangan dan bahan untuk membolehkan sesuatu projek membuahkan hasil.
3
PENIAGA
Peniaga menceburi perniagaan untuk mendapatkan keuntungan tetapi tidak menunjukkan kemahuan untuk berkembang, bentuk dan saiz asal perniagaan dikekalkan.
4
PENGURUS
Pengurus ialah orang yang bertanggungjawab menjalankan fungsi pengurusan sesuatu perniagaan untuk mendapat imbuhan dalam bentuk gaji sebagai pulangan ke atas fungsi yang dilakukan di dalam aktiviti perniagaan.
5
PENDEKATAN EKONOMI
Pendekatan ini menerangkan bahawa seseorang itu melibatkan diri dalam keusahawanan kerana beliau inginkan keuntungan dan kekayaan. Usahawan akan sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan keuntungan
6
PENDEKATAN PSIKOLOGI
Pendekatan ini mengkaji usahawan dari sudut ciri-ciri personaliti yang dimiliki oleh seseorang usahawan. Ciri-ciri personaliti usahawan berbeza dengan bukan usahawan. Usahawan mempunyai ciri-ciri personaliti seperti sanggup menanggung risiko, kreatif dan inovatif, bekerja kuat dan mempunyai kawalan diri yang tinggi
7
PENDEKATAN SOSIOLOGI
Pendekatan ini menerangkan keadaan atau faktor sosial yang mempengaruhi seseorang itu melibatkan diri dalam keusahawanan. Ia mengambil kira factor-faktor sosial seperti budaya, galakan masyarakat, pengalaman dan pendidikan yang pernah diterimanya, role model dan sebagainya.
8
INISIATIF
Kecenderungan usahawan  untuk mengenal pasti dan menganalisis sesuatu situasi dan seterusnya mengambil tindakan secara proaktif.
9
BERANI MENGAMBIL RISIKO
Seseorang yang berani mengambil risiko akan menghadapi keadaan ketidak pastian pada masa hadapan dengan penuh keyakinan.  
10
SANGGUP BERKORBAN
Seseorang usahawan perlu menunjukkan komitmen dan keazaman yang tinggi untuk memajukan perniagaannya.  
11
KEAZAMAN
memiliki keazaman yang kuat untuk mengatasi masalah yang mungkin timbul pada peringkat permulaan perniagaan serta halangan-halangan yang timbul kemudiannya.
12
BERTANGGUNGJAWAB
bertanggungjawab keatas sebarang keputusan yang diambil serta mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi
13
KREATIF
Mampu untuk mencipta sesuatu yang baharu 
14
INOVATIF
mempunyai kebolehan untuk membuat perubahan serta boleh bertindak dengan cara yang fleksibel.
15
BERWAWASAN
dapat melihat persekitaran dan memandang jauh kehadapan dan  nampak dalam minda apa yang ingin dicapai pada masa hadapan
16
BERKEINGINAN UNTUK PENCAPAIAN
Seorang usahawan telah berjaya kerana beliau adalah seorang yang berorientasikan matlamat,  ingin mencapai sesuatu yang boleh memberikan kepuasan kepada diri mereka  
17
BERKEYAKINAN DIRI
Seorang usahawan perlu mempunyai keyakinan terhadap kebolehan, kemahiran dan ideanya.   Beliau merupakan manusia yang optimis, berkeupayaan, dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaan.  
18
BIJAK REBUT PELUANG
Usahawan yang berjaya dapat menganalisis persekitaran dan mengenalpasti peluang dengan cepat.   Mereka tidak membiarkan peluang terlepas, malah dengan segera merebut peluang berkenaan.  
19
BERDAYA SAING
Usahawan mempunyai darjah persaingan yang tinggi. Jika bersaing, mereka sentiasa ingin menang.   Persaingan memerlukan keinginan untuk mencapai sesuatu matlamat.   Mereka bersaing untuk ‘survival’ dan perkembangan perniagaan.  
20
KUAT BEKERJA
Usahawan yang berjaya mempunyai tenaga yang kuat. Oleh itu mereka bekerja kuat, terutama diperingkat awal pembentukan perniagaan mereka.
21
BERMOTIVASI TINGGI
Usahawan sentiasa bersemangat untuk mengejar impian menjadi usahawan berjaya
22
BERPANDANGAN JAUH
Usahawan berfikiran panjang. Mereka berfikir sebelum bertindak untuk ‘survival’ perniagaan mereka.   Mereka tidak mengambil risiko secara membuta tuli, tetapi membuat pengiraan dalam keputusan dan tindakan mereka.


23
BERSIKAP PROAKTIF
Bertindak tanpa diarah dan berinisiatif
24
MEMULAKAN SESUATU DENGAN MENGINGATI MATLAMAT
Menetapkan matlamat sebelum bertindak.
25
LAKUKAN PERKARA YANG UTAMA DAHULU
Melakukan sesuatu perkara yang penting dahulu
26
BERFIKIRAN MENANG-MENANG
Membuat sesuatu keputusan yang boleh memberi kebaikan atau manfaat kepada semua pihak.
27
CUBA UNTUK MEMAHAMI DAHULU, KEMUDIAN CUBA UNTUK DIFAHAMI
Berusaha untuk memahami sesuatu isu.
28
BERSINERGI
Mengambil kesempatan atas apa yang berlaku dan merebut peluang yang wujud.
29
TAJAMKAN GERGAJI
Sentiasa meningkatkan kemahiran dan adakan perubahan pada diri sendiri.


30
FAKTOR JASMANI
Berkaitan kesihatan tubuh badan, kecergasan dan kecerdasan
31
FAKTOR EMOSI
Berkaitan dengan perasaan seseorang
32
FAKTOR ROHANI
Berkaitan dengan kejiwaan dan kepercayaan
33
FAKTOR INTELEK
Berkaitan pengetahuan, kemahiran, pengalaman


34
PELANGGAN
Mendapat maklumat daripada pelanggan dengan bertanya atau pemerhatian
35
PENGGUNA
Idea yang dihasilkan menjurus kepada keperluan pengguna akhir
36
SYARIKAT SEDIA ADA
Sama ada syarikat atau perniagaan yang dimiliki oleh usahawan atau orang lain akan dapat memberi idea baru
37
PRODUK SEDIA ADA
Usahawan menawarkan produk yang telah ada di pasaran dengan membuat pembaharuan
38
SALURAN PENGEDARAN
Sumber daripada ahli-ahli saluran pengagihan adalah penting kerana mereka dekat dan sudah biasa dengan keperluan pasaran
39
PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN
R&D tidak semestinya dalam bentuk produk atau perkhidmatan tetapi juga dari segi kaedah seperti cara pemasaran, pembungkusan dsb.
40
DASAR-DASAR KERAJAAN
Merangkumi aspek peraturan dan undang-undang yang dilaksana oleh kerajaan atau perancangan kerajaan
41
PENGALAMAN
Pengalaman diperolehi melalui kerja dengan orang lain
42
KEMAHIRAN
kemahiran didapati melalui kursus yang diikuti
43
PATEN
Merujuk kepada hak untuk mengeluarkan sesuatu barangan yang dilindungi oleh undang-undang atau sesuatu ciptaan produk
44
GOLONGAN PROFESIONAL
Pihak yang akan membantu usahawan untuk mendapatkan sumber  idea baru  seperti perunding perniagaan, akauntan bertauliah, arkitek dan mereka yang pakar dalam bidang tertentu.
45
MEDIA MASSA
Media massa membekalkan banyak maklumat dari dalam dan luar negara untuk diteroka oleh usahawan
46
BAHAN BACAAN
Dengan banyak membaca dan menonton rancangan berinformasi, banyak idea baru boleh diperolehi

KAEDAH MENJANA DAN MENGEMBANGKAN IDEA
47
SOAL SELIDIK
Melalui kaedah soal selidik, usahawan dapat menjana pelbagai idea untuk memulakan sesebuah perniagaan atau mengembangkan lagi perniagaan.
48
SUMBANGSARAN
Teknik yang digunakan untuk mendapatkan idea perniagaan dengan menjana sebanyak mungkin idea. Dilaksanakan secara kumpulan.
49
PEMERHATIAN
Kaedah menjana idea dengan memantau persekitaran untuk menghasilkan idea baru bagi memenuhi perubahan persekitaran.  
50
KUMPULAN FOKUS
Kumpulan fokus merupakan sekumpulan individu yang menyumbang maklumat dalam format yang berstruktur.
Kaedah ini menggunakan sekumpulan individu yang mempunyai pelbagai latar belakang sosioekonomi bagi mempelbagaikan idea.

PROSES MEREALISASIKAN IDEA PERNIAGAAN
51
IDEA
Proses mencari seberapa banyak idea perniagaan yang boleh diperoleh dari sumber pelanggan, syarikat sedia ada, produk sedia ada, dasar kerajaan, pembekal dan sebagainya.
52
MENAPIS IDEA
Penilaian terhadap idea dibuat.
Hanya idea yang praktikal dan boleh dimaju sahaja dibincang dengan mendalam
53
MEMBINA KONSEP
Di peringkat ini idea yang telah disaring diuji bagi menentukan penerimaan pengguna tanpa melibatkan kos pengilangan produk secara fizikal.
54
MENGUJI KONSEP
Konsep yang telah dibina akan diuji dengan interaksi dengan bakal pengguna yang telah dikenalpasti melalui kaedah temu bual, soal selidik dan pemerhatian tanpa mengeluarkan produk sebenar
55
MEMBUAT RANCANGAN PERNIAGAAN
Sekiranya usahawan mendapati bahawa produk yang di bangunkan itu mendapat sambutan pasaran maka usahawan perlu membuat rancangan perniagaan.
56
MEMBINA FIZIKAL [PROTOTAIP]
Setelah menyediakan RP, usahawan bolehlah membangunkan produk sama ada secara berperingkat atau tahap tertentu.
57
MENGKOMERSIALKAN
Merupakan peringkat akhir dalam proses perancangan dan pembangunan produk di mana produk akan mula dipasarkan secara meluas melalui saluran pengedaran.

KAEDAH MEMULAKAN PERNIAGAAN
58
MENGAMBIL ALIH PERNIAGAAN SEDIA ADA
Membeli perniagaan yang sedia ada atau mewarisi dan meneruskan perniagaan keluarga.
59
PERNIAGAAN FRANCAIS
Satu kaedah pemasaran produk atau perkhidmatan di syarikat induk (francais) memberikan hak untuk memasarkan produk atau perkhidmatan tersebut kepada usahawan (francaisi) dan perlu membayar royalty atau yuran kepada syarikat induk
60
PEMEGANG FRANCAIS BERFORMAT
Dalam kaedah ini, francaisi mendapat lesen untuk membuat dan memasarkan barangan daripada francaisor
Francaisor pula menawarkan format perniagaan dalam pakej yang lengkap yang merangkumi hak penggunaan harta intelektual (logo, jenama, goodwill), strategi pemasaran, operasi, pengiklanan, perakaunan dan latihan.
61
FRANCAIS PENGILANGAN PRODUK
Usahawan mendapat lesen untuk mengilangkan produk mengikut formula, resipi atau rekabentuk yang disediakan oleh syarikat induk.
62
FRANCAIS LESSEN BERTANDA DAGANG
Usahawan mendapat lesen untuk menjual sesuatu produk dengan menggunakan jenama atau dagang dan menerima ganjaran dalam bentuk komisen.
63
FRANCAIS WAKIL PENGEDAR
Usahawan mendapat lesen untuk mengedar produk syarikat induk. Contoh: Proton Edar, EON, SHEEL, dan sebagainya
64
FRANCAIS PENGANJUR
Usahawan mendapat lesen untuk menganjurkan program milik syarikat induk.
Contoh: Who Want To Be A Millionair
65
PAKATAN STRATEGIK
dua entiti sama ada sebuah perniagaan atau seorang individu atau pihak bergabung untuk menjalankan sesuatu projek perniagaan bersama-sama. Usaha yang digabungkan ini boleh jadi dalam bentuk perkongsian modal, kemahiran, hasil produk, teknologi, pengetahuan.
66
USAHASAMA
Dua atau lebih syarikat tempatan membentuk satu usahasama untuk mengeksport ke antarabangsa atau untuk tempatan. Mereka berkongsi tanggungjawab, kos, kepakaran dan keuntungan dibahagi mengikut pelaburan masing-masing
67
PELESENAN
Sesebuah syarikat (penerima lesen) membuat satu perjanjian dengan pemegang lesen di negara asing yang ingin ditembusi pasarannya. Syarikat ini akan membayar royalti atau yuran tertentu bagi membolehkannya mendapat hak atau lesen untuk menggunakan proses pengeluaran, cap dagang, reka bentuk, dan sebagainya hak milik pemegang lesen.
68
KONTRAK PENGELUARAN
Satu syarikat tempatan berusaha sama dengan pelabur asing untuk mewujudkan satu perniagaan tempatan
Kedua-dua pihak ini akan berkongsi hak milik dan kawalan terhadap perniagaan yang ditubuhkan

PEMBIAYAAN DAN SUMBER MODAL
69
MODAL
Modal ialah sebarang kekayaan yang digunakan untuk menghasilkan lebih banyak kekayaan kepada perniagaan tersebut. Ia wujud dalam pelbagai bentuk seperti wang tunai, kemahiran dan pengetahuan, kilang, peralatan, mesin dan sebagainya.
70
MODAL TEROKA
Rakan kongsi atau syarikat-syarikat besar yang bertindak sebagai pelabur yang akan membuat pelaburan dalam usaha meneroka sesuatu perniagaan baru baginya
71
MODAL EKUITI
Modal yang dikeluarkan oleh pemilik itu sendiri untuk dilaburkan dalam perniagaan seperti simpanan sendiri. Bagi syarikat awam pula modal ekuiti diperolehi dengan menjual saham kepada orang awam (pelabur)
72
MODAL HUTANG
Modal yang diperolehi secara pinjaman dan ini memerlukan pembayaran balik pinjaman tersebut bersama faedah. Contoh: pinjaman daripada bank.
73
MODAL BUKAN KEWANGAN
Modal dalam bentuk kemahiran dan pengetahuan seperti kemahiran menguruskan perniagaan, pengetahuan dalam perakaunan, teknologi maklumat dan sebagainya. Ini membantu usahawan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
74
MODAL TETAP
Aset-aset tetap yang digunakan untuk mengeluarkan produk dan perkhidmatan seperti bangunan, tanah, komputer, mesin dan peralatan.
75
MODAL KERJA
Merupakan tabung sementara bagi perniagaan. Modal ini digunakan untuk membiayai kos jangka pendek seperti membeli inventori, membayar bil-bil dan untuk menghadapi sebarang kecemasan
76
MODAL TUMBUH
Modal ini diperlukan apabila perniagaan sedia ada berkembang seperti membuka cawangan baru
77
PEMBIAYAAN HUTANG
Sesebuah perniagaan mendapatkan sumber modal secara hutang seperti meminjam wang daripada bank, pembekal dan agensi-agensi kerajaan
78
PEMBIAYAAN EKUITI
Sejumlah modal yang dikeluarkan oleh pemilik itu sendiri untuk dilaburkan dalam perniagaannya. Bagi syarikat awam pula modal ekuiti diperolehi dengan menjual saham kepada orang awam (pelabur)

FAKTOR PENILAIAN BANK SEBELUM MELULUSKAN PINJAMAN
79
KARAKTER
peribadi peminjam yang dapat meyakinkan pihak bank seperti membayar pinjaman yang lepas tepat pada masanya.
80
KAPASITI
Kemampuan peminjam untuk membayar balik pinjaman
81
KAPITAL/MODAL
Jumlah modal yang telah peminjam laburkan dalam perniagaannya
82
SANDARAN
Harta atau aset yang boleh disandarkan atau dicagarkan kepada bank dan nilai mengikut jumlah pinjaman
83
KEDUDUKAN
Iaitu keadaan ekonomi dan semasa yang perlu pihak bank ambil kira seperti kemelesetan ekonomi dan sebagainya


Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com