XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP

XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP
SEM1&3 AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

FOKUS AKHIR TAJUK BAB 1 PENGGAL 2: BUAT PETA MINDA


BAB 1 PENGURUSAN : 1.1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN
´  4 FUNGSI UTAMA PENGURUSAN
´  KEBERKESANAN & KECEKAPAN
´  3 PERANAN PENGURUS YANG UTAMA [MINTZBERG]
´  PENGURUS SEBAGAI – KOMUNIKATOR, PENDORONG, PENYELESAI MASALAH & USAHAWAN
´  PENDEKATAN PENGURUSAN
´  TAYLOR, HENRY FAYOL, MAX WEBER
´  PENDEKATAN TINGKAH LAKU
´  MASLOW, MCGREGOR,
´  PENDEKATAN HUBUNGAN MANUSIA
´  ELTON MAYO, FOLLET

BAB 1 PENGURUSAN : 1.2 KEMAHIRAN PENGURUSAN
´  ADA BERAPA PERINGKAT PENGURUSAN, JAWATAN BAGI SETIAP PERINGKAT
´  ADA BERAPA JENIS KEMAHIRAN YANG PERLU BAGI PENGURUS
´  APAKAH KEMAHIRAN YANG PERLU ADA BAGI SETIAP PENGURUS PADA SETIAP PERINGKAT PENGURUSAN
´  KEDALAMAN : ARAS APLIKASI - KENAPA PENGURUS PERLU ADA KEMAHIRAN YANG DINYATAKAN
´  CONTOH 1 – KENAPA PENGURUS RESTORAN PERLU ADA KEMAHIRAN PENGURUSAN MASA DAN KEMANUSIAAN
´  CONTOH 2 – KENAPA PENGURUS ATASAN PERLU KEPADA KEMAHIRAN KONSEPTUAL
´  CONTOH 3 – APAKAH KEMAHIRAN-KEMAHIRAN TEKNIKAL YANG PERLU ADA PADA SESEORANG PENGURUS OPERASI

BAB 1 PENGURUSAN : 1.3 PERANCANGAN
´  KENAPA PERANCANGAN PENTING KEPADA SESEBUAH ORGANISASI
´  ADA BERAPA JENIS PERANCANGAN YANG WUJUD
´  SETIAP JENIS PERANCANGAN YANG WUJUD DILAKSANAKAN OLEH PERINGKAT PENGURUSAN YANG MANA
´  KENA INGAT 5 LANGKAH DALAM PROSES PERANCANGAN
´  ALAT PERANCANGAN ADA BERAPA? APA KEGUNAANNYA?
1.      ANALISIS PULANG MODAL-TITIK PULANG MODAL-GRAF
2.      CARTA GANNT – DIBERI JADUAL, DIMINTA BINA CARTA GANTT
3.      BAJET – JUST KENA TAHU KEGUNAANNYA DALAM PERANCANGAN
4.      CPM – DIBERI JADUAL, DIMINTA LAKAR & HITUNG CPM
´  PERANCANGAN STRATEGIK – VMO, STRATEGI, TAKTIK, DASAR, PROSEDUR, STANDARD, & ANALISIS SWOT.

BAB 1 PENGURUSAN : 1.4 PENGORGANISASIAN
´  ADA BERAPA JENIS PENJABATAN ?
´  FUNGSIAN, DIVISYEN [PRODUK/PASARAN/GEOGRAFI], PELANGGAN, & MATRIKS
´   KENA TAHU LUKIS CARTA, KEBAIKAN & KEBURUKAN SETIAP PENJABATAN
´  KENA TAHU FUNGSI BENTUK STRUKTUR ORGANISASI YANG LAIN:
´  PASUKAN, PROJEK, ORGANISASI TANPA SEMPADAN, RANGKAIAN, & MODULAR
´  KENA INGAT SEMUA LANGKAH DALAM PROSES PENGORGANISASIAN TERMASUK HURAIAN MENGIKUT SENARIO YANG DIBERIKAN.
´  KENA TAHU PENJELASAN TENTANG – CARTA ORGANISASI, MANUAL ORGANISASI, FAIL MEJA, MANUAL PROSEDUR KERJA, & PROSEDUR KUALITI.
´  PERLU MEMAHAMI KONSEP – AUTORITI, TANGGUNGJAWAB, AKAUNTABILITI, PEMUSATAN & PEMENCARAN AUTORITI, PENUGASAN, EMPOWERMEN, AUTORITI LINI & STAF, JANGKAUAN KAWALAN SEMPIT & LUAS, RANTAIAN ARAHAN.

BAB 1 PENGURUSAN : 1.5 KEPIMPINAN
´  CIRI2 PEMIMPIN YANG EFEKTIF [10 CIRI] – BERCITA2, JUJUR, YAKIN DIRI….
´  APA PERANAN SEORANG PEMIMPIN ?
´  URULATIH, PEMBIMBING, PENDORONG, SAHABAT & KETUA.
´  APA ITU KUASA? JENIS2 DAN SUMBER KUASA? BERIKAN CONTOH..
´  KUASA SAH, KUASA PAKAR, KUASA DESAKAN, KUASA RUJUKAN
´  KENA MEMAHAMI JENIS2 KEPIMPINAN..
´  TRANSACTIONAL, TRANSFORMATIONAL, KARISMATIK, & BERWAWASAN [VISIONARY]
´  ADA BERAPA JENIS GAYA KEPIMPINAN? APAKAH CIRI-CIRINYA?
´  AUTOKRATIK, DEMOKRATIK, LAISSEZ FAIRE [BEBAS], KONTINGENSI, BIRIKRATIK.
´  APAKAH BERBEZAAN PEMIMPIN DENGAN PENGURUS? PERLU DIMENSI
´  APAKAH PULA PERBEZAAN PEMIMPIN FORMAL DENGAN TIDAK FORMAL?
´  MOTIVASI-TEORI MASLOW, HERZBERG, MCGREGOR, & McCLELLAND.
´  PROSES PEMBINAAN PASUKAN & KEPENTINGANNYA
´  PENGURUSAN STRES – TANDA, PUNCA, KESAN, KAEDAH ATASI STRES

BAB 1 PENGURUSAN : 1.5 PENGAWALAN
´  KENAPA PENGAWALAN PENTING KEPADA SESEBUAH ORGANISASI PERNIAGAAN
´  APAKAH PRINSIP KAWALAN YANG BERKESAN?
´  FLEKSIBAL, TEPAT, MASA, BERFOKUS, DITERIMA SEMUA AHLI.
´  APAKAH JENIS KAWALAN DALAMAN DAN LUARAN?
´  APAKAH MAKSUD DASAR ORGANISASI & PROSEDUR KERJA?
´  PENJELASAN SETIAP LANGKAH DALAM PROSES KAWALAN
´  ADA BERAPA JENIS KAEDAH KAWALAN? HURAIKAN.
´  AWALAN, SEMASA & SELEPAS
´  KEGUNAAN ALAT2 KAWALAN
´  ANALISIS TPM, BAJET, CARTA GANTT, & ANALISIS PERT/CPM.

Q&A BAB 1 PP PENGGAL 2 : PENGURUSAN

BAB 1 : PENGURUSAN
PERSEDIAAN AWAL MELALUI Q&A 


1
Senaraikan empat fungsi pengurusan dan jelaskan kepentingan pengurusan bagi sesebuah organisasi perniagaan

FUNGSI PENGURUSAN
1.      Perancangan
2.      Pengorganisasian
3.      Kepimpinan
4.      Pengawalan

KEPENTINGAN PENGURUSAN:

1.      Memastikan matlamat organisasi tercapai
2.      Memastikan kelancaran perjalanan keseluruhan sesebuah organisasi
3.      Memastikan segala sumber iaitu semua faktor pengeluaran di dalam organisasi digunakan secara berkesan
4.      Memastikan semua sumber [faktor pengeluaran] di dalam organisasi dapat diselaras dan diagihkan dengan baik dan teratur.
5.      Memastikan tiada pembaziran sumber [faktor pengeluaran] dalam organisasi.

2
Jelaskan peranan pengurus sebagai komunikator.

  1. Pemantau : memantau , memerhati maklumat berkaitan organisasi dan persekitaran luar organisasi. Dapatkan maklumbalas berkaitan keputusan organisasi.
  2. Penyampai : Menyebarkan maklumat dari dalam dan luar organisasi kepada pihak dalaman dan pihak berkepentingan tentang rancangan organisasi, sasaran pekerja dan arahan yang tepat dan jelas melalui memo, ucapan, bulletin dll.
  3. Jurucakap : Menyampaiakan maklumat kepada pihak diluar organisasi atau pihak berkepentingan. Maklumat berkaitan rancangan organisasi, polsi, tindakan dan keputusan yang diambil melalui rundingan, mesyuarat, laporan tahunan dll.

3
Huraikan tindakan pengurus sebagai seorang usahawan seperti yang disarankan oleh Mintzberg.

  1. Sentiasa berusaha untuk meningkatkan perniagaan melalui idea-idea baru secara kreatif dan inovatif.
  2. Sentiasa peka terhadap persekitaran dalaman dan luaran yang memberikan peluang dan ancaman dan bagaimana mengatasinya.
  3. Sentiasa memperbaiki prestasi unit/organisasi dalam semua aspekk terutama dalam mengembeleng factor pengeluaran dalam organisasi untuk melaksanakan aktiviti dengan cekap dan berkesan.

4
Senaraikan empat prinsip yang disarankan oleh Federick W.Taylor untuk meningkatkan kecekapan pekerja yang boleh meningkatkan produktiviti.

Empat prinsip untuk meningkatkan kecekapan pekerja seterusnya meningkatkan produktiviti:

                 i.          Kaedah terbaik dikenalpasti untuk setiap tugas
               ii.          Memilih dan melatih pekerja yang sesuai
              iii.          Kerjasama pekerja dan pengurus
              iv.          Pembahagian tugas yang adil antara pekerja dan   pengurus

5
Jelaskan sikap pekerja berdasarkan Teori X yang perlu diberi perhatian oleh pengurus di dalam organisasi seperti yang dinyatakan oleh Douglas McGregor.

1.      Tidak suka bekerja
2.      Tiada motivasi dan kurang bercita-cita
3.      Mengamalkan sikap tidak mengambil tahu perihal organisasi dan mementingkan diri sendiri.
4.      Sentiasa mengelka daripada memikul tanggungjawab
5.      Perlu dikawal, diancam dan disuruh kerja
6
Jelaskan kepentingan kemahiran konseptual kepada seorang pengurus pertengahan.

·        Menyelesaikan masalah jangka panjang untuk peringkat jabatan
·        Memahami persekitaran dan perubahan persekitaran untuk peringkat jabatan / berfikiran secara abstrak
·        Membuat perancangan strategik/jangka panjang untuk peringkat jabatan
·        Melihat peluang masa depan dan menjangka ancaman di peringkat jabatan
·        Berkebolehan menganalisis persekitaran peringkat jabatan (faktor dalaman dan luaran)
·        Menterjemah visi dan misi organisasi kepada pengurus bawahan

    7
Huraikan kepentingan kemahiran pengursan bagi setiap pengurus dalam sesebuah organisasi.

Kepentingan Kemahiran Pengurusan

1.      Membolehkan pengurus mengurus dengan berkesan
2.      Membolehkan pengurus menyelaras kerja di dalam organisasi secara lebih baik dan berkesan
3.      Membolehkan pengurus membuat keputusan yang tepat bagi sesuatu situasi yang penting.
4.      Membolehkan pengurus mengurus masa secara cekap dan berkesan.
5.      Membolehkan pengurus berhubung dengan semua pihak secara berkesan
6.      Membolehkan pengurus mengetahui dan menyelesaikan semua masalah secara cekap dan berkesan.
7.      Membolehkan pengurus mengenalpasti dan mengambil peluag yang wujud sama ada dari dalam dan luar organisasi.
8.      Membolehkan pengurus mengkoordinasikan semua semua secara cekap dan berkesan.

8
Jelaskan ciri-ciri perancangan strategik yang biasa diwujudkan dalam sesebuah organisasi.


Ciri-ciri perancangan strategik

1.      Kandungan perancangan melibatkan visi, misi serta hala tuju organisasi
2.      Tempoh masa perancangan adalah untuk jangka masa pangjang dan biasanya melebihi tiga tahun.
3.      Perancangan dilakukan oleh pengurus peringkat atasan
4.      Perancangan melibatkan risiko yang tinggi kerana melibatkan perancangan keseluruhan.
5.      Skop perancangan melibatkan matlamat organisasi secara menyeluruh.


9
Huraikan langkah pengurus dalam menganalisis persekitaran perniagaan semasa proses perancagan bagi sesebuah organisasi perniagaa.


1.      Pengurus perlu faham persekitaran dalaman dan luaran organisasi
2.      Melihat dan meramal apa yang akan berlaku di dalam/ diluar organisasi
3.      Membuat premis perancangan berdasarkan maklumat persekitaran dalaman/ luaran
4.      Analisis persekitaran dalaman seperti sumber manusia, kewangan dll
5.      Analisis persekitaran luaran seperti undang-undang, ekonomi/ politik dll

10
Jelaskan fungsi alat perancangan carta gantt dalam proses perancangan.

1.      Satu kaedah untuk mengagihkan masa penggunaan mesin dan masa penggunaan manusia.
2.      Merancang kemajuan sesuatu program dengan mudah..
3.      Aktiviti diatur mengikut turutan jadual masa dengan menetapkan masa permulaan dan masa akhir setiap aktiviti.
4.      Menunjukkan tahap pencapaian /kemajuan bagi setiap projek berdasarkan tarikh penyempurnaan yang telah ditetapkan.

11
Jelaskan pernyataan misi bagi sesebuah organisasi perniagaan.

·        Tujuan utama sesebuah organisasi ditubuhkan.
·        Biasanya misi dinyatakan dalam bentuk yang umum, luas dan memperlihatkan nilai-nilai kepercayaan dan falsafah pengurusan.
·        Membentuk identiti dan imej organisasi.
·        Misi penting sebagai panduan dan motivasi ahli organisasi – hala tuju yang dikongsi bersama – dapat memfokus usaha.
·        Kepada pengurus, ia menjadi ukuran bagi menilai kejayaan organisasi – sejauh mana pengurus berjaya memenuhi misi tersebut melalui usaha pekerja bawahannya.

12
Jelaskan elemen yang perlu diberi perhatian semasa membuat analisis kekuatan dalaman bagi analisis SWOT yag dijalankan di dalam sesebuah organisasi.

Elemen dalam kekuatan

1.      Kelebihan syarikat dari pesaing
·        Apakan kelebihan yang ada?
2.      Bidang yang menjadi kekuatan syarikat
·        Apakah bidang  atau ruang  terbaik dapat dilakukan?
3.      Kekuatan dalam pasaran produk berbanding pesaing.
·        Apakah Kekuatan organisasi dalam pasaran?
4.      Kekuatan dalam halatuju dan strategi syarikat.
·        Adakah organisasi  mempunyai  halatuju strategi yang jelas?
5.      Kekuatan aspek pekerja
·        Adakah organisasi  mempunyai suasana kerja yang positif?

13
Jelaskan empat kepentingan pengorganisasian bagi sesebuah organisasi.

1.      Menghasilkan satu susunan tenaga kerja yang sistematik bagi mencapai matlamat organisasi.
2.      Memastikan pengagihan sumber di antara jabatan dapat dilakukan dengan saksama.
3.      Mengawal tingkah laku pekerja melalui prosedur dan sistem yang telah ditetapkan.
4.      Supaya organisasi dapat berjalan dan diuruskan dengan lincin dan teratur.
5.      Agar aktiviti kerja dapat dilakukan dengan cekap dan berkesan.
6.      Dapat mengurangkan konflik tugas antara pekerja.
7.      Membangunkan sumber manusia melalui latihan dan pembangunan.
8.      Membantu merancang guna tenaga dengan lebih cekap dan berkesan.
9.      Dapat menjalankan peranan, tanggungjawab dan hubungan dengan unit kerja.  
10.   Dapat mengagihkan penggunaan sumber organisasi dengan cekap.
11.   Untuk menyelaras pelaksanaan perancngan dan mencapai matlamat organisasi

14
Huraikan ciri-ciri-penjabatan organisasi mengikut fungsi.

·        Penjabatanan mengikut fungsi merujuk kepada pengkelompokkan aktiviti kerja yang saling berkait dan spesifik dalam satu jabatan. 
·        Struktur yang diagihkan menurut tugas dan fungsi.
·        Merupakan penjabatan yang paling asas dan lazimnya digunakan oleh organisasi kecil yang mempunyai produk yang terhad.
·        Pengkhususan dapat dilakukan berdasarkan kemahiran pekerja.
·        Kawalan dan penyeliaan mudah dilakukan.
·        Contoh: Pengurus operasi, kewangan atau pemasaran
·        Contohnya, aktiviti penjualan, promosi, khidmat pelanggan, tempahan dan lain-lain aktiviti yang berkaitan digabungkan di dalam jabatan pemasaran.

15
Jelaskan kelemahan penjabatan organisasi mengikut pelanggan.

Kelemahan:
1.      Pertindihan usaha dalam menguruskan operasi kerana penekanan kepada pengguna dan bukannya tugas.
2.      Melibatkan kos yang tinggi untuk mengupah, melatih dan membangunkan ramai pengurus untuk setiap jenis pengguna.
3.      Menyukarkan penyelarasan antara jabatan yang mengendalikan permintaan pelanggan yang bersaing
4.      Pengurus dan pekerja perlu melengkapkan diri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pelanggan
5.      Kumpulan pelanggan mungkin tidak dapat dibezakan secara jelas dan nyata
6.      Melibatkan kos pengurusan yang tinggi 

16
Jelaskan kelebihan apabila pengurus melaksanakan struktur organisasi berdasarkan projek apabila melaksanakan seseuatu projek.

Kebaikan:
1.      Bidang kuasa pengurus projek adalah meluas
2.      Semua unit / jabatan bertanggungjawab terus kepada pengurus projek
3.      Integrasi antara kepakaran adalah lebih efektif
4.      Penyelarasan lebih mudah
5.      Kesemua sumber menumpu perhatian kepada projek
6.      Tindakan boleh diambil dgn segera jika berlaku masalah

17
Nyatakan ciri-ciri organisasi berbentuk maya.

  1. Organisasi maya adalah bersifat global
  2. Perkongsian sumber dan kemahiran
  3. Penggunaan ICT dalam sebarang urusniaga
  4. Pakatan untuk mencapai matlamat bersama
  5. Integrasi Menegak

18
Jelaskan konsep fail meja dalam sesebuah organisasi.

·        Panduan terperinci mengenai semua tugas yang dijalankan oleh seseorang individu setiap hari yang meliputi:
1.      Senarai tugas dan tanggungjawab seseorang individu dalam jabatan/pejabat
2.      Rangkaian prosedur dan senarai semak (checklist)
3.      Peruntukan kuasa dan undang-undang yang terlibat dengan tanggungjawab seseorang individu
4.      Objektif Jabatan, Bahagian dan Unit individu
5.      Carta yang menunjukkan kedudukan individu dalam Bahagian atau Unit masing-masing
·        Dokumen rujukan untuk setiap pegawai dalam menjalankan tugasnya
·        Fail Meja hendaklah diletakkan di atas meja pegawai

19
Senaraikan lapan skop prosedur kualiti yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi.

·        Skop Prosedur Kualiti
1.      Kawalan Dokumen
2.      Pengurusan Rekod Kualiti
3.      Latihan Staf
4.      Prosedur Kualiti Proses
5.      Aduan Pelanggan
6.      Pengurusan Perolehan
7.      Penilaian Pembekal
8.      Identifikasi dan Kemudahkesanan
9.      Hasil Audit Dalaman
10.   Kawalan Perkhidmatan Yang Tidak Akur (Seksyen 8.3)
11.   Pengurusan Maklumbalas Pelanggan
12.   Tindakan Pembetulan
13.   Tindakan Pencegahan
14.   Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

20
Jelaskan tiga kelebihan pemusatan autoriti yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan sesebuah organisasi.

Kelebihan Pemusatan Autoriti

1.      Pengurusan atasan bertindak sebagai satu pasukan
·        Semua perlu mengikut arahan
·        Tiada persaingan jabatan

2.      Ketua mengetahui segala yang berlaku
·        Segala persetujuan perlu diperolehi dari seorang
·        Tindakan dapat memenuhi kehendak ketua

3.      Pembuat keputusan mengkordinasi sesuatu perkara yang perlu dilaksanakan.
·        Staf lain boleh bekerjasama
·        Bekerja dalam satu matlamat yang jelas.

4.      Memudahkan pembuat keputusan melakukan kawalan
·        Semua staf perlu melakukan tugas mengikut arahan
·        Pembuat keputusan mengetahui kerja-kerja yang perlu dilaksanakan dan standard yang perlu dicapai.

5.      Cepat membuat keputusan
·        Tidak melibatkan banyak pihak
·        Menjimatkan masa

21
Nyatakan lapan ciri pemimpin yang efektif.

1.      Bercita-cita, Keinginan Dan Semangat Untuk Memimpin
2.      Jujur Dan Integriti
3.      Keyakinan Diri
4.      Berpengetahuan, Kemahiran Dan Kebolehan Dalam Kerjaya
5.      Bertimbangrasa Dan Bertolak Ansur
6.      Sedia Menerima Teguran
7.      Mengakui Kesilapan Dan Memperbetulkan Kesilapan
8.      Tidak Mendahulukan Kepentingan Diri
9.      Tidak Memandang Rendah Orang Lain
10.   Tekun
11.   Sabar

22
Dengan memberikan satu contoh, jelaskan apa yang anda faham tentang kuasa sah.

Contoh kuasa sah:
1.      Jurulatih bolasepak berhak memilih dan menggugurkan mana-mana pemain berdasarkan kedudukannya.
2.      Bendahari berhak keatas sumber kewangan persatuan kerana kedudukannya.

Definisi:
·        Kuasa sah ialah kuasa rasmi yang diperolehi daripada autoriti pihak atasan melalui penyerahan kuasa yang memberikan ia sesuatu kedudukan dalam organisasi.
·        Berasaskan autoriti / kedudukan

23
Jelaskan keadaan organisasi yang sesuai mengamalkan gaya kepimpinan autokratik.

Gaya ini sesuai bagi organisasi yang:
1.      Menghadapi krisis
2.      Mempunyai pekerja baru
3.      Mempunyai pekerja yang tidak bermotivasi
4.      Mempunyai pekerja yang kurang kemahiran
5.      Mempunyai pekerja yang tiada pengalaman
6.      Mempunyai ramai pekerja bawahan

24
Jelaskan model kepimpinan yang disarankan oleh Fiedler di dalam gaya kepimpinan kontingensi.

·        Model kepimpinan kontingensi yang diketengahkan oleh Fiedler menyarankan bahawa prestasi sesuatu kumpulan adalah tertakluk kepada sistem motivasi pemimpin itu sendiri dan setakat mana pemimpin tersebut boleh mengawal dan mempengaruhi situasi.
·        Keberkesanan sesuatu corak kepimpinan bergantung kepada interaksi antara perlakuan pemimpin dengan tiga pembolehubah situasi, iaitu struktur tugas, perhubungan pemimpin dan pengikut, dan kedudukan serta kuasa pemimpin.

25
Jelaskan kenapa seseorang pemimpin juga boleh dikatakan sebagai  seorang pengurus.

Pemimpin adalah seorang pengurus kerana:

·        Kebolehan berinteraksi dengan orang lain khususnya pekerja untuk tujuan mempengaruhi mereka.
·        Boleh menangani perubahan dengan membentuk visi tertentu
·        Aktif dari aspek kemanusiaan berfungsi untuk mempengaruhi ahli atau diikuti oleh orang lain
·        Mempunyai motivasi yang tinggi
·        Berupaya memberi arahan dan subordinat akur dengannya
·        Mempunyai ciri-ciri istimewa tertentu yang tiada pada orang lain dari segi keupayaan  mempengaruhi orang lain

26
Jelaskan kepentingan faktor motivasi bagi sesebuah organisasi.

KEPENTINGAN MOTIVASI:

  1. Menyatukan usaha ahli organisasi ke satu arah, yakni bagi mencapai matlamat organisasi
  2. Mengekal pekerja,terutama pekerja mahir dalam organissi
  3. Mengurangkan kadar ponteng kerja
  4. Mengurangkan kadar lantik henti pekerja dalam organisasi
  5. Meningkatkan usaha dan prestasi pekerja
  6. Meningkatkan moral pekerja
  7. Meningkatkan kerjasama di kalangan ahli-ahli organisasi.

27
Jelaskan kepentingan pembentukan pasukan yang baik kepada sesebuah organisasi.

KEPENTINGAN PEMBENTUKAN PASUKAN

1.                Memberi motivasi kpd ahli
2.                Meringankan beban tugas pengurus
3.                Melibatkan penggabungan tenaga pakar
4.                Menjamin mutu/hasil kerja yg lebih baik
5.                Dapat mewujudkan konsep kerjasama di antara ahli 
6.                Mencapai matlamat kerja secara berkesan
7.                Boleh melahirkan pemimpin yang berkesan dikalangan ahli  dalam kumpulan yang terlibat.
8.                Mengurangkan persaingan antara pekerja.
9.                Dapat sumbangan idea yang yang bernas dari ahli 

28
Jelaskan maksud stres.

·        Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran
·        Gangguan fungsi kehidupan
·        Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan hidup
·        Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif
·        Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada individu
·        Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh

29
Jelaskan bagaimana rutin harian yang dilakukan pekerja boleh menyebabkan stres.

Rutin harian          
·        Melakukan perkara yg sama setiap hari & ianya membosankan
·        Terpaksa lakukan dalam tempoh yang singkat
·        Sekiranya individu tersebut menganggap rutin atau kerja harian yang dilaksanakan oleh mereka adalah membosankan dan tidak boleh meningkatkan prestasi kerja mereka, keadaan ini akan menyebabkan mereka mudah mendapat stres.
·        Tetapi bagi individu yang menganggap kerja dan rutin harian yang terpaksa dilaksanakan adalah satu kewajipan yang perlu dilaksanakan dan sebagi punca rezeki mereka, mereka akan berasa bermotivasi dan bersemangat untuk melaksanakan rutin tersebut.

30
Jelaskan faktor interpersonal yang boleh menyebabkan stres di kalangan pekerja.

FAKTOR INTERPERSONAL
1.      Konflik dengan rakan, pekerjaan dan lain-lain
2.      Hubungan tidak baik, tidak dapat sokongan, kepercayaan dan kerjasama.
3.      Konflik dengan pihak atasan
4.      Kekurangan Sokongan Sosial
·        Tiada sokongan rakan, orang bawahan dan atasan
·        Sering diperlekehkan/ di kutuk dll
5.      Gangguan Seksual
·        Berhadapan gangguan sama ada komunikasi / fizikal yg berbentuk seksual tanpa kerelaan

31
Jelaskan fungsi adudit kewangan bagi sesebuah organisasi perniagaan.

Audit Kewangan melibatkan urusan menyemak, meneliti dan menilai perkara-perkara berikut :
1.      Kesempurnaan, keutuhan dan kebergunaan kawalan perakaunan dan kewangan.
2.      Keberkesanan ekonominya kawalan tersebut.
3.      Kesempurnaan, keutuhan, ketulusan dan kewajaran rekod-rekod dan data perakaunan dan kewangan.
4.      Pengawalan harta-harta organisasi dimasukkira dan dilindungi dari kehilangan dan kerosakan.
5.      Keutuhan polisi rancangan, tatacara, peraturan dan perundangan.

32
Huraikan empat aspek yang ditekankan di dalam kawalan pentadbiran sesebuah organisasi.

Kawalan pentadbiran merangkumi 4 aspek :
1.      Perancangan organisasi iaitu melalui carta organisasi yang menunjukkan tanggungjawab dan bidang kuasa setiap individu dalam organisasi tersebut.
2.      Pembahagian kerja atau tugas iaitu setiap tugas perlu diasingkan dari segi pemberian kuasa, perlaksanaan dan penjagaan aset. Bagi organisasi yang menggunakan sistem komputer, pihak pembangunan sistem dan pihak operasi harian hendaklah diuruskan oleh individu yang berbeza.
3.      Pemilihan kakitangan yang dilaksanakan dengan mengambilkira kelayakan, latihan, perwatakan dan ketulusan untuk memastikan operasi berjalan dengan licin.
4.      Pengawasan dan pemantauan iaitu dengan membuat pemantauan yang berterusan secara keseluruhan.

33
Jelaskan kaedah menetapkan standard yang biasa dilakukan semasa proses kawalan di dalam organisasi.

Terdapat beberapa cara untuk menetapkan piawaian :-
1.           Berdasarkan pengalaman yang lepas.
2.           Atas budi bicara pengurus
3.           Berdasarkan rekod-rekod dari organisasi yang lain
4.           Berdasarkan kepada kelengkapan
5.           Berdasarkan  kepada belanjawan[bajet].

34
Jelaskan tujuan kawalan semasa bagi kaedah kawalan yang dilaksanakan dalam sesebiah organisasi.

Tujuan Kawalan Semasa:
1.      Mempastikan semua proses kerja dilaksanakan menepati piawaian untuk meminimumkan kos kerosakan atau pengubahsuaian produk
2.      Dapat mengenalpasti dengan tepat bahagian atau proses yang perlu dibaiki dan tindakan pembetulan dapat dilaksanakan dengan segera
3.      Memantau prestasi pekerja dalam melaksanakan tugasnya. 

35
Jelaskan tujuan bajet sebagai alat kawalan di dalam organisasi.

Tujuan Bajet:
1.      Membantu menyediakan perancangan aktiviti dengan lebih efektif.
2.      Membantu mengagihkan sumber dengan berkesan.
3.      Membantu dalam mengawal dan memantau penggunaan sumber semasa dalam tempoh bajet.
4.      Memastikan setiap sumber kewangan yg diperoleh dapat membiayai kos aktiviti yg dirancang.
5.      Memastikan setiap peruntukan perbelanjaan digunakan secara berkesan bagi mengelakkan pembaziran.
6.      Memudahkan pihak pengurusan membuat perbandingan memandangkan bajet disediakan berdasarkan data berangka.

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com