XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP

XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP
SEM1&3 AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

RANCANGAN PENGAJARAN PP PENGGAL 2 2013

KLIK TO DOWNLOAD

KLIK TO DOWNLOAD

KUNCI PP PENGGAL 2 : Cg aZLy mula menulis Bab 1 Pengenalan Kepada Pengurusan



 


KUNCI PP PENGGAL 2 Cg azLy
SALAM 1 MALAYSIA..

TAMAT SUDAH PEPERIKSAAN GENTING PP PENGGAL 1 DAN PP1&PP2 TERMINAL. SEKARANG TIBA MASA UNTUK SAYA MENYEDIAKAN BAHAN2 UNTUK PdP PENGGAL 2 PULA.CABARANNYA SANGAT BESAR KERANA DALAM MASA YANG SAMA SAYA PERLU JUGA FOKUS UNTUK PENYEDIAAN BAHAN PENULISAN BUKU RUJUKAN & KERTAS MODEL PENGGAL 2 BERSAMA PENERBIT YANG BARU.. CABARAN JUGA DALAM PENYEDIAAN BAHAN UNTUK KAJIAN KES PENGGAL KE-2  INI ADALAH DALAM BAB 1 DAN 2 YANG MERUPAKAN INTI KEPADA PEMBELAJARAN  PENGGAL KE-2 INI.

ANTARA BAHAN PENULISAN KUNCI PP PENGGAL 2 Cg aZLy
YANG SEDANG DALAM PROSES:

1. RANCANGAN MENGAJAR PENGGAL 2
2. FOLIO RANCANGAN MENGAJAR HARIAN 20 MINGGU
3. NOTA UNTUK PANDUAN GURU BAGI SETIAP SUB-TOPIK DLAAM PENGGAL 2
4. SOALAN-SOALAN STRUKTUR DAN KONSEP BAGI SETIAP SUB-TOPIKAL
5. KAJIAN-KAJIAN KES YANG RELEVAN
6. DAN LAIN2 BAHAN YANG SESUAI.


CONTOH BAHAN BERBENTUK NOTA PANDUAN GURU

1.      Pengurusan [42 WAKTU]

1.1 Pengenalan kepada pengurusan [MINGGU 1 : 4 WAKTU]

1.1.1  Fungsi pengurusan

(a)          Mentakrifkan maksud pengurusan dan menjelaskan kepentingannya;

ORGANISASI :

DEFINISI 1:

-Organisasi didefinasikan sebagai gabungan dua atau lebih individu yang bergabung tenaga secara sistematik untuk mencapai matlamat atau objektif khusus yang telah ditetapkan
-Organisasi terdiri daripada sumber manusia dan bukan manusia seperti kewangan,bahan mentah, mesin dan peralatan pejabat
-Semua organisasi perlu diurus  dan orang yang mengurus organisasi dikenali sebagai pengurus
-Aktiviti pengurus organisasi pula dikenali sebagai pengurusan
-Oleh itu,pengurus adalah seseorang yang melakukan aktiviti pengurusan

DEFINISI 2:

-Organisasi dapat didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan, dan organisasi.
-Definisi di atas menjelaskan unsur-unsur yang perlu ada di dalam sesebuah organisasi: organisasi sebagai satu unit sosial, penyatuan usaha, dan hubungan antara seorang individu dengan individu yang lain.

PENGURUSAN:

DEFINISI 1: C.Certo
Sebagai proses mencapai matlamat organisasi melalui penggunaan tenaga kerja dan sumber-sumber organisasi ( C.Certo)

Sebagai usa merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal segala sumber serta aktiviti bagi memastikan matlamat-matlamat yang telah ditetapkan dapat dicapai

DEFINISI 2:
Satu proses merancang,mengorganisasi,memimpin dan mengawal semua ahli organisasi dan  menggunakan sumber organisasi utk mencapai objektif yg telah ditetapkan dgn cekap dan berkesan.

DEFINISI 3:
Melaksanakan sesuatu kerja melalui sumber-sumber organisasi, iaitu manusia, kewangan, bahan mentah dan juga modal ke arah mencapai matlamat dan objektif yang telah  ditetapkan secara cekap dan berkesan.


DEFINISI 4: Mary Parker Follet
Pengurusan ialah “ Seni untuk mendapatkan sesuatu perkara yang dilakukan melalui orang lain”

DEFINISI 5: Plunkett dan Attner
“Proses menetapkan dan mencapai matlamat melalui pelaksanaan lima fungsi asa pengurusan yang menggunakan sumber manusia, kewangan dan bahan..”

DEFINISI 6: Mescon, et al.
Pengurusan merujuk kepada “ proses merancang, mengatur, memimpin dan mengawal usaha anggota organisasi dan menggunakan segala sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi yang dinyatakan”..

DEFINISI 7 :  James A.F Stoner & Charles Wienkel
James A.F Stoner & Charles Wienkel menyatakan bahawa ‘pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan’.

DEFINISI 8 : Wikipedia
Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, ‘pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringya merangkumi sumber – sumber manusia, kewangan, teknologi serta juga sumber semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan’.

KESIMPULAN: DEFINISI ‘PENGURUSAN’

1.      Pengurusan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.
2.      Pengurusan sebagai proses pengarahan, penyelarasan, dan pengaruh ke atas operasi organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya.
3.      Definisi di atas, walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari segi bilangan dan jenis fungsi pengurusan, tetapi kedua-dua definisi itu mengandungi perkataan "proses" dan "matlamat". Ini bermakna, dua aspek penting di dalam pengurusan ialah:
a.       Pengurusan sebagai proses: Menjalankan kerja secara sistematik serta memerlukan hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang lain.
b.      Mencapai matlamat organisasi: Apabila aktiviti organisasi itu berjalan dengan teratur dan berhubung atau membantu antara satu dengan lain, maka matlamat organisasi itu dapat dicapai. Matlamat organisasi dapat berbentuk kualitatif (subjektif) atau kuantitatif (objektif).


KEPENTINGAN PENGURUSAN:

1.      Memastikan matlamat organisasi tercapai
2.      Memastikan kelancaran perjalanan keseluruhan sesebuah organisasi
3.      Memastikan segala sumber iaitu semua faktor pengeluaran di dalam organisasi digunakan secara berkesan
4.      Memastikan semua sumber [faktor pengeluaran] di dalam organisasi dapat diselaras dan diagihkan dengan baik dan teratur.
5.      Memastikan tiada pembaziran sumber [faktor pengeluaran] dalam organisasi.


KES MODULAR : LATIHAN & PEMBANGUNAN

Sekolah Rendah Ibnu Qayyum, sebuah sekolah rendah swasta yang terkenal di Terengganu. Bagi memastikan kecemerlangan berterusan dan permintaan tinggi dari  pelanggan, pihak pengurusan sekolah sentiasa memberi penekanan kepada kemahiran tenaga pengajarnya. Berbagai latihan khusus mengenai kaedah pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan dengan menjemput fasilitator berpengalaman. Puan Norma, seorang guru berpengalaman telah diminta memberi bimbingan kepada  Cik Salina, seorang guru yang baru dilantik dalam berbagai aspek tanggungjawab sebagai  tenaga pengajar. Setiap tahun pengurusan sekolah menganjurkan kursus motivasi kepada semua guru  manakala  guru-guru  senior dan cemerlang dihantar  mendapatkan latihan kepimpinan dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki.  Di samping itu, sepanjang perkhidmatan, setiap guru diberi tugas-tugas khas yang berbeza  selaku  ketua panitia mata pelajaran, setiausaha peperiksaan, guru koperasi dan sebagainya. Ini mematangkan setiap guru dan meningkatkan keyakinan mereka dalam menjalankan tugas seharian.

Berdasarkan kes di atas,
         i.            Huraikan 3 jenis latihan yang dilaksanakan pengurusan sekolah Ibnu Qayyum.[9]
       ii.            Bincangkan  perbezaan antara  latihan dan pembangunan yang dilaksanakan. [10]

CADANGAN JAWAPAN:
 

(i) 3 jenis latihan

1. Latihan sambil bekerja [1]
Belajar sambil bekerja [1]
Cth : Pihak sekolah membuat pusingan kerja dengan memberikan tugas-tugas khas yang berbeza kepada guru-gurunya. [1]


2. Latihan perantisan [1]
Pekerja baru akan bekerja di bawah pekerja mahir untuk melihat bagaimana mereka bekerja. [1]
Cik Salina telah diletakkan di bawah bimbingan guru yang lebih berpengalaman iaitu Puan Norma. [1]


3. Latihan di luar waktu kerja [1]
Pekerja menjalani latihan formal di luar waktu kerja [1]
Cth: Pihak sekolah sering mengadakan kursus khas seperti kaedah PDP/, motivasi / kursus kepimpinan kepada tenaga pengajarnya. [1] [F=1m, H=1m, Kaitan Kes=1m]


(ii)   Perbezaan latihan dan pembangunan

Aspek
Latihan [1m]
Pembangunan[1m]
Fokus
Kemahiran untuk kegunaan kerja
Sekarang/semasa
Untuk pekerjaan sekarang & masa hadapan
Skop
Peningkatan kemahiran Individu
Sekumpulan pekerja
Jangka masa
Memenuhi  keperluan j/pendek
Keperluan  j/panjang
Matlamat
Tingkatkan Kecekapan/Baiki
kelemahan/ubah sikap semasa
Persediaan Pengembangan kerjaya &
kemahiran untuk akan datang.
Cth
Latihan khusus PDP,
kursus motivasi,
Bimbingan guru berpengalaman iaitu puan Norma kepada Cik Salina
Latihan kepimpinan kepada guru senior dan cemerlang,
Pusingan kerja / tugasan berbeza

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com