XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP

XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP
SEM1&3 AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

MENUJU PUNCAK STPM P3 2014 : TARGET BAB 1 [HOTS]

SOALAN RAMALAN 1 [BAB 1  + BAB 2]



Anda ditugaskan oleh Kelab Bimbingan Rakan Sebaya sekolah anda untuk memberikan penerangan kepada ahli kelab yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang bukan dari kelas pengajian perniagaan. Anda merancang untuk melaksanakan tugas tersebut menerusi  satu siri kuliah.

Sediakan perincian kuliah anda yang mencakupi topik strategi memulakan perniagaan, sumber pembiayaan perniagaan, kemudahan dan bantuan perniagaan, kepentingan rancangan perniagaan disediakan dan pihak yang memerlukan rancangan perniagaan.     

CADANGAN JAWAPAN:


1.          Strategi Memulakan Perniagaan
i.             Memulakan sendiri
ii.            Mengambilalih Perniagaan sedia ada
iii.           Francais
iv.            Perikatan Strategik/Penggabungan/usahasama/penyatuan

2.         Pembiayaan Kewangan
i.             Modal Kewangan – Sumber Formal  – Bank
                                                                  - Syk.Kewangan/pemfaktoran        
                                                                  -  Kerajaan
                                                                  -  Vendors
                                    - Sumber tidak Formal (STF)   -  Simpanan Peribad
                                                                                     -  Rakan 
                                                                                              -  Keluarga
                                                                                
ii.            Modal Bukan Kewangan – Teknikal , Pengetahuan, Latihan , Pengalaman, Kemahiran , Teknologi dan Khidmat nasihat.
                  
3.         Kemudahan dan Bantuan
-        Bantuan Kewangan
-        Tapak kilang/ Prasarana
-        Khidmat nasihat dan perundingan
-        Pembangunan Usahawan – latihan ,teknikal
-        Pemasaran


4.         Kepentingan Rancangan Perniagaan
i.             Dapat memberi panduan perjalanan sesebuah perniagaan dalam mecapai matlamat
ii.            Memahami perniagaan yang diceburi oleh seseorang secara menyeluruh
iii.           Dapat memahami dengan terperincci keadaan ekonomi, persaingan, peraturan kerajaan dan factor-faktor persekitaran
iv.            Memahami Strategi Pemasaran, pengeluaran ,pentadbiran , kewangan dll
v.             Memahami kedudukan kewangan dan menyusun strategi kewangan pada tahun yang akan datang
vi.            Satu alat pengukur kemajuan / penilaian prestasi
vii.           Sebagai alat kawalan
viii.          Alat untuk meyakinkan pihak=pihak yang berkepentingan/ Alat komunikasi
ix.           Memaksimumkan penggunaan sumber-sumber organisasi.

5.         Kumpulan yang memerlukan Rancangan Perniagaan
i.             Bank/pembiaya
ii.            Pelabur/ pemegang saham
iii.           Pelanggan
iv.            Rakan Kongsi                                          
v.             Pembekal                                             
vi.            Pekerja
vii.           Pihak pengurusan/usahawan



SOALAN RAMALAN 2 [BAB 1]

Puan Aminah berkebolehan untuk mereka bentuk dan memotong baju dengan baik. Setelah bersara dari jawatan kerajaan, beliau memulakan perniagaan dengan membeli sebuah mesin jahit yang berharga RM60,000. mesin jahit yang dibeli oleh Puan Aminah mempunyai jangka hayat 10 tahun walaupun diguna dengan lasak. Puan Aminah menerima pencen bulanan dan beliau merasakan mampu menampung kehidupannya jika beliau dapat memperoleh RM1,000 sebulan daripada perniagaan jahitannya.

Puan Aminah membuat sepasang baju hasil reka bentuk terbarunya sebagai contoh dan membawanya ke Butik Anggerik untuk dijual. Puan Anis, pemilik Butik Anggerik merasakan jahitan Puan Aminah berkualiti dan reka bentuknya menarik dan unik. Beliau mahu Puan Aminah menghasilkan baju tersebut dalam kuantiti yang banyak untuk dijual di butiknya. Puan Anis bertanyakan tentang harga baju tersebut tetapi Puan Aminah belum membuat keputusan tentang harga baju itu. Puan Aminah memberitahu Puan Anis yang beliau akan datang semula keesokan hari untuk memaklumkan harga baju tersebut.

Setelah pulang ke rumah, Puan Aminah cuba menentukan harga baju tersebut. Beliau telah berbelanja sebanyak RM425 untuk membeli kain dan bahan-bahan lain seperti butang, zip, benang dan kain lapis. Bahan-bahan ini boleh menghasilkan 50 pasang baju. Beliau juga telah membelanjakan RM42 untuk membeli jarum, kapur dan minyak pelincir untuk mesin jahitnya. Kegunaan barang-barang ini adalah untuk tempoh 6 bulan dan oleh sebab beliau bekerja di rumah, beliau tidak menanggung perbelanjaan lain.

Puan Aminah merasakan beliau akan mudah menyelesaikan masalah untuk menentukan harga apabila beliau menghasilkan sehelai baju. Puan Aminah bekerja selama 8 jam sehari dan 25 hari sebulan. Beliau dapat menyiapkan sehelai baju dalam masa 4 jam tetapi beliau tidak tahu berapakah harga yang sesuai bagi sehelai bajunya.

(a) Berapakah kos sepasang baju yang dijahit oleh Puan Aminah? [7]
(b) Cadangkan empat cara bagaimana Puan Aminah boleh mengurangkan kosnya. [8]
(c) Berikan lima cara bagaimana Puan Aminah boleh menambah nilai baju-baju yang
dihasilkannya. [5]
(d) Sekiranya Puan Aminah ingin mengembangkan perniagaannya, cadangkan lima
sumber kewangan yang boleh beliau peroleh. [5] 


CADANGAN JAWAPAN



(a):           1.Kos bahan langsung = 425 = Rm 8.50                                                
                2.Kos tenaga buruh = gaji =1000 = Rm 20.00   
                                                         50      50

                3.Bahan separa langsung = Kos 6 bulan            =   42    = Rm 0.14  
                                                            6 bulan x 50         6 x 50
                 4.Susut nilai =            KT            =        6000      = Rm 1.00
                                            tahun x 12 x 50      10 x 12 x 50
                 Jumlah kos bagi sehelai baju  = 1 + 2 + 3 + 4
                                                                      = 8.50 + 20.00 + 0.14 + 1.00
                                                                      = Rm 29.64
(b) :        Cara-cara termasuklah :  
1.      Menggunakan bahan-bahan mentah dengan lebih ekonomik.
2.      Merekabentuk semula baju-baju untuk mengurangkan penggunaan kain.
3.      Membeli bahan-bahan dari pembekal-pembekal yang mengenakan harga yang lebih murah.
4.      Membeli dalam kuantiti yang banyak untuk mendapat diskaun harga.
5.      Menghasilkan aaatau menjual lebih dari 50 helai baju sebulan pada gaji yang sama.
6.      Menjimatkan masa → mengadakan pembahagian kerja semasa menjahit.
7.      Mengagihkan sebahagian tugas kepada orang lain (out serving).


(c):          Cara menambahkan nilai baju
1.      Memperbaiki reka bentuk baju.
2.      Menawarkan lebih banyak saiz dan warna baju yang dihasilkan.
3.      Menjenamakan baju-baju dan ini membentuk kuantiti ‘imej’.
4.      Menawarkan pembungkusan perlindungan yang menarik.
5.      Menggunakan pelbagai jenis kain untuk baju-baju yang dihasilkan (cth : kain kapas, linen, sutera, nylon dll).


(d):         Sumber kewangan
1.      Pinjaman dari institusi kewangan / bank.
2.      Skim bantuan kerajaan (kemas) / MARA.
3.      Simpanan keuntungan.
4.      Pinjaman tidak formal / ceti / kaum keluarga / kawan / dll.
5.      Belian ansuran / kredit pembekal.
6.      Pinjaman mikrokredit / YPEIM.
7.      Pinjaman dari NGO.
8.      Tubuhkan perkongsian




SOALAN RAMALAN 3 [BAB 1]

(a) Huraikan empat peranan Kementerian Pembangunan Usahawan dalam usaha membangun dan memajukan keusahawanan di Malaysia. [4]

(b) Terangkan tiga bentuk francais dan berikan contoh bagi setiap bentuk francais tersebut. [6]

(c) Seorang usahawan bercadang membuka sebuah kafe siber di sebuah kawasan perumahan yang baru dibuka. Beliau telah meminta bantuan anda untuk menyediakan rancangan perniagaan bagi perniagaan itu. Bagi membantu usahawan tersebut, anda telah membuat tinjauan mengenai aspek pemasaran perniagaan kafe siber.
Sediakan rancangan perniagaan mengenai aspek pemasaran perniagaan tersebut.[15]


CADANGAN JAWAPAN


a)        4 peranan Kementerian Pembangunan Usahawan
1.                Melahir dan membangunkan lebih ramai usahawan bumiputra yang berkemahiran, berkualiti, berdaya saing dan berdaya tahan
2.                Mewujudkan kerjasama antara usahawan bumiputra dan bukan buiputra yang melibatkan perniagaan dalam dan luar Negara.
3.                Membentuk sikap, nilai, etika dan budaya keusahawanan supaya mampu berdikari dan tidak mengharapkan sepenuhnya batuab kerajaan /khidmat nasihat
4.                Meingkatkab bilangan usahawan yang berkualiti dengan menggunakan sumber dana yang diberikan oleh agensi dan kementerian/ bantuan kewangan
5.                Membantu usahawan  di peringkat rendah dan pertengahan
6.                Menyelaraskan dasar dan aktiviti agensi di bawah kementerian bagi memastikan pengurusan yang cekap


b)       Terdapat tiga betuk francais yang utama.
            1.         Pemegang Francais Berformat
                        Francaisi mendapat lesen untuk membuat dan memasarkan barangan daripada francaisor yang menawarkan format peniagaan secara pakej yang meliputi hak penggunaan harta intelektual. Cth : logo, jenama, goodwill, strategi pemasaran, operasi, pengiklanan, perakaunan ddan latihan,KFC. McDonald dll
            2.         Francais pengilangan produk
                        Francaisi menerima lesen untuk mengeluarkn barangan mengikut formuls, resepi atau rekabentuk francais. Cth: Pembotolan Pepsi Cola, dll
            3.         Francais Wakil Pengedar
                        Francaisi dimestikan memasarkan barangan secara eksklusif mengikut peraturan dan kaedah yang ditentukan oleh francaisor. Cth: Shell, BP, Mobil
            4.         Penganjur
                        Francaisi bertindak sebagai penganjur kepada francaisor Cth : Pernas Edar(G-Mart)dll
            5.         Lesen Bertanda Dagang/jenama – Barangan yang dibuat oleh francaisor yang berlesen. Francaisi diberi lessen untuk menjual barangan francaisor dan diberi ganjaran dalam bentuk komisen. Cth : Walt Disney, Garfield dll.
                                                                                                                                   
c)  Jawapan perlu mengaitkan perniagaan kafe siber dengan fakta-fakta yang pentin diambilkira di dalam rancangan pemasaran. Faktor utama yang perlu ditekankan ialah: sasaran pasaran, persaingan, campuran pemasaran seperti produk, harga, promosi dan tempat.

1.         Sasaran Pasaran melibatkan faktor seperti
            -           siapakah pelanggan utama – remaja, mahasiswa, pelajar sekolah, kanak-kanak dll
            -           tahap pendapatan pelanggan
            -           tahap pendidikan pelangga
2.         Persaingan
            -           senarai pesaing,
            -           syarikat  baru/sedia ada,
            -           saiz pasaran/ peratus sumbangan dalam pasaran di kawasan setempat,
            -           kelemahan pesaing
3.         Produk / perkhidmatan
            -           senarai barang atau perkhidmatan yang diberikan, nilai tambah produk,
            -           ciri-ciri iperkhidamtan yang unik berbanding dengan pesaing
            -           cirri-ciri lain yang menjadikan terdapat kelebihan bersaing
            -           pembungkusan
4.         Strategi Harga
            -           perlu realistik, berpatutan, kompetitif dan menjana keuntungan
            -           perlu ambil kira:
                        -  selaras dengan kemudahan / perkhidmatan yang disediakan
                        -  mengikut permintaan pengguna
                        -  harga pesaing
                        -  sensitivity pengguna terhadap perubahan harga
                        -  kos terlibat
5.         Promosi
            -           pilihan media / publisiti yang ingin digunakan
            -           belanjawan
            -           keupayaan untuk promosi melalui ICT –e-dagang
6.         Tempat / Saluran Agihan / Pengedaran
            -           sesuai atau tidak dengan sasaran pasaran
            -           kelebihan lokasi
                        -  berhampiran dengan kawasan tumpuan remaja – universiti, kilang, asrama
                        -   masuk dalam kawasan MSC sesuai dengan perniagaan yang dijalankan dari segi kemudahan dan prasarana
                        -  di kawasan celik IT – terdapat tahap pendidikan dan pendedahan tehadap IT merupakan suatu kelebihan.



SOALAN RAMALAN 4 [BAB 1]

Puan Bedah, pemilik restoran di Seremban, mendapati perniagaan beliau semakin maju. beliau bercadang membuka satu lagi cawangan di Kuala Lumpur dengan mengambil alih sebuah restoran yang sedang beroperasi.

(a) Jelaskan lima faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum beliau mengambil alih restoran tersebut. [10]
(b) Jelaskan tiga jenis sumber pembiayaan modal untuk tujuan pengambilalihan tersebut. [6]
(c) Sekiranya beliau ingin menfrancaiskan perniagaannya, jelaskan kelebihan yang diperolehnya sebagai fasilitator. [9]

CADANGAN JAWAPAN



(a) Lima faktor yang perlu dipertimbangkan oleh Puan Bedah sebelum mengambil alih perniagaan di Kuala Lumpur:

              1.     Persaingan – Puan Bedah perlu melihat keamatan persaingan dan  lokasi perniagaan dengan lokasi pesaing.  Puan Bedah perlu menentukan sama ada perniagaan tersebut mampu atau tidak bersaing dengan pesaing-pesaing lain.

              2.     Keadaan pasaran / Potensi untuk berkembang – memastikan keadaan pasaran bagi perniagaan makanan, sama ada mencukupi untuk mempertahankan perniagaan tersebut.  Puan Bedah perlu menjalankan penyelidikan pasaran, kajian data banci, dan pemerhatian secara langsung ke atas perniagaan pesaing.

              3.     Pembangunan masyarakat pada masa hadapan – melihat prospek pembangunan penduduk setempat pada masa akan datang.  Beliau perlu melihat dari aspek pertambahan populasi penduduk, pembangunan infrastruktur, dan  perkembangan teknologi.

              4.     Komitmen undang-undang Puan Bedah perlu menyelidik liabiliti perniagaan yang belum dijelaskan seperti gaji pekerja, saman mahkamah, cukai, sewaan yang tidak dibayar , rekod terdahulu seperti hutang dan liabiliti.

              5.     Bangunan dan lain-lain aset – Puan Bedah perlu juga mengambil kira kualiti bangunan atau premis perniagaan yang hendak diambil alih.  Beliau perlu mengambil kira sistem dan penyelenggaraan alat-alat keselamatan, kemudahan fizikal atau peralatan

              6.     Kos pengambilalihan – harga yang ditawarkan atau modal
              7.     Lokasi


      (b)  
1.        Modal rakan kongsi yang disumbangkan dalam bentuk saham/ekuiti.
2.        Simpanan peribadi yang dijadikan modal perniagaan.
3.        Pendapatan tertahan iaitu keuntungan daripada perniagaan terdahulu yang tidak  digunakan tetapi dilaburkan semula untuk mendapatkan keuntungan.
4.        Pinjaman dari badan kerajaaan seperti Mara dan Bank Pembangunan.
5.        Pinjaman dari institusi kewangan seperti bank dan syarikat kewangan dan syarikat insurans seperti pinjaman modal kerja, overdraf, kredit berpusing dsb termasuk pinjaman Islamik.
6.        Pinjaman/modal yang diperoleh daripada rakan-rakan dan saudara-mara. 
7.        Pajakan dan sewa beli aset-aset tetap seperti bangunan dan peralatan.


(c)     1.      Meluaskan pasaran – francais ke merata tempat                                                              
              2.     Jaminan kualiti – kuantiti barangan dan perkhidmatan dipatuhi oleh francaisi.
3.   Pendapatan yang lebih tinggi hasil daripada pendapatan royalti/yuran yang diterima daripada francaisi.
4.        Tidak perlu mengeluarkan modal – francais dibiayai oleh francaisi.
5.        Kos diagihkan– kos promosi untuk semua.
6.   Kesan ekonomi bidangan daripada aspek pembelian/kos bahan mentah, kos latihan pekerja dan sebagainya.
7. Jenama/imej/nama baik perniagaan/produk boleh diperkenalkan ke serata tempat.                                                                                                                        

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com