XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP

XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP
SEM1&3 AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

KES MODULAR : TM Rewards rai pelanggan

Telekom Malaysia Bhd (TM) meraikan keahlian program kesetiaan TM Rewards yang kesejuta sejak pelancarannya Jun 2012 yang lalu. Menerusi program kesetiaan itu, ahlinya yang terdiri daripada pelanggan perkhidmatan TM, Unifi, Streamyx dan talian tetap diberi keistimewaan dalam bentuk mata ganjaran bagi setiap pembayaran bil. Program TM Rewards adalah salah satu inisiatif untuk menghargai pelanggan yang setia memberi sokongan selama ini.
Objektif akhir program TM Rewards ini untuk membina hubungan jangka panjang yang membolehkan TM mengenali dan mengetahui keperluan pelanggan. Ini secara tidak langsung membantu TM menghasilkan pakej yang lebih baik untuk  ditawarkan pada masa akan datang. Sehingga kini, lebih 1 bilion mata ganjaran telah terkumpul semua ahli TM. Pelbagai barangan boleh ditebus dan apa yang lebih penting ialah penjimatan bil telefon dan jalur lebar yang boleh dinikmati.

Selain mata ganjaran, pelbagai kelebihan lain turut ditawarkan antaranya himpunan rakan kongsi dan jemputan ke majlis eksklusif. Malah, anak ahli TM Rewards juga berpeluang menghadiri seminar pendidikan dan motivasi  menghadapi peperiksaan.

Untuk menebus mata, pelanggan hanya perlu daftar masuk ke portal TM Rewards atau berkunjung ke mana-mana cawangan TMpoint terdekat.

[sumber: sinarharian 28/10/2012]

Berdasarkan senario di atas;

a. Jelaskan strategi campuran promosi yang telah dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Bhd. [8]
b. Huraikan kelebihan apabila Telekom Malaysia Bhd melaksanakan strategi dalam (a). [8]
c. Terangkan jenis keluaran yang dihasilkan oleh Telekom Malaysia Bhd. [6]
d. Berikan perbezaan antara keluaran Telekom Malaysia Bhd dengan keluaran Proton. [6]
e. Huraikan strategi pempelbagaian yang telah dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Bhd.[4]

CADANGAN JAWAPAN:

 
a. Jelaskan strategi campuran promosi yang telah dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Bhd. [8]

DRAF PELAJAR:
MENGIKUT BUKU RUJUKAN/PEMBELAJARAN DI KELAS, CAMPURAN PROMOSI TERDIRI DRP :
1. PENGIKLANAN
2. PROMOSI JUALAN
3. PUBLISITI DAN PERHUBUNGAN AWAM
4. JUALAN SEMUKA

  Pelajar pelu mengenalpasti campuran promosi yang terlibat sahaja daripada 4 jenis yang wujud:

1. Pengiklanan..? definisi-
-wujud/tidak huraian PEMBUKTIAN  DALAM fakta kes-JIKA TIDAK NAMPAK SECARA TERSURAT, PELAJAR PERLU FIKIR SECARA TERSIRAT, IAITU SECARA...
-KBKK- bagaimana pelanggan mengetahui kewujudan TM reward? mestilah sebab wujudnya pengiklanan yang dilaksanakan oleh TM kan..
jadi: pelajar  boleh menajwab seperti ini:

1. Pengiklanan-
-definisi -
Pengiklanan didefinisikan sebagai sebarang bentuk persembahan atau komunikasi berbayar, bersifat tidak peribadi, yang ditujukan kepada kumpulan sasaran dengan tujuan untuk mempromosi, memperkenal dan meningkatkan atau melariskan jualan sesuatu produk , perkhidmatan ataupun idea oleh penaja yang dikenalpasti.
-fakta kes- TM telah memperkenalkan program TM Rewards untuk meraikan ahli yang setia melalui proses pengiklanan secara media massa ataupun media bercetak. Contohnya melalui TV, Radio serta iklan di dalam akhbar tempatan.

2. Promosi Jualan-
-definisi-
-Pembuktian dalam kes-

3. Publisiti dan perhubungan awam
-definisi-
-Pembuktian dalam kes-

4. Jualan semuka
-definisi-
-Pembuktian dalam kes-

** Jika pelajar tidak dapat membuktikan secara tersurat/tersirat berdasarkan fakta kes, Fakta utama yang diberikan walaupun betul, tidak diberikan markah.


b. Huraikan kelebihan apabila Telekom Malaysia Bhd melaksanakan strategi dalam (a). [8]
c. Terangkan jenis keluaran yang dihasilkan oleh Telekom Malaysia Bhd. [6]
d. Berikan perbezaan antara keluaran Telekom Malaysia Bhd dengan keluaran Proton. [6]
e. Huraikan strategi pempelbagaian yang telah dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Bhd.[4]

KES MODULAR : HONDA Sasar sejuta pemilik hibrid seluruh dunia

KINI lebih 10,000 kenderaan hibrid Honda berada di jalan raya, menjadi satu kejayaan bagi mencapai sasaran satu juta pemilik Honda Hibrid di seluruh dunia sejak pengenalan Insight generasi pertama pada bulan November 1999 di Jepun.

Sejak 2007, Honda telah menjual 6,339 unit Insight, 1,786 unit Jazz Hibrid, 2,109 unit CR-Z dan Civic 1,238 unit yang dicatatkan sehingga September 2012. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia Sdn Bhd, Yoichiro Ueno berkata, sebagai perintis teknologi hibrid dalam negara dengan pelancaran Civic Hybrid pada tahun 2007, Honda yakin kenderaan hibrid telah mendapat sambutan yang positif.

"Honda berbangga bahawa rakyat Malaysia adalah sebahagian daripada pergerakan global satu juta pemilik Honda Hibrid yang sedang menikmati kebebasan mobiliti sambil menyumbang ke arah bumi hijau," katanya. Menurutnya, Honda telah memperkenalkan empat model baru Insight, Jazz Hibrid, CR-Z dan Civic Hybrid dalam keluarga honda hibrid.

Dengan pelancaran Insight pada akhir 2010, Honda berjaya mencatat 54.4 peratus daripada bahagian pasaran hibrid pada 2011 dan meningkat 66 peratus pada Ogos 2012. Honda turut memberikan penghargaan kepada kerajaan Malaysia kerana memberi pengecualian penuh import dan duti eksais bagi model hibrid sehingga Disember 2013. Penerimaan baik kenderaan hibrid dalam negara menjadi pemangkin untuk Honda Malaysia menjadi pengeluar kereta pertama untuk memasang kenderaan hibrid tempatan.
 [sumber: http://www.sinarharian.com.my/bisnes/sasar-sejuta-pemilik-hibrid-seluruh-dunia-1.98802]

a. Jelaskan tanggungjawab sosial yang telah dilaksanakan oleh Honda. [4]
b. Huraikan persekitaran perniagaan yang telah mempengaruhi perkembangan perniagaan Honda di Malaysia. [10]
c. Terangkan strategi campuran produk bagi keluaran Honda. [6]
d. Huraikan ciri-ciri keusahawanan pemilik honda yang berjaya mengembangkan perniagaan Honda ke seluruh dunia. [8]

CADANGAN JAWAPAN

a. Jelaskan tanggungjawab sosial yang telah dilaksanakan oleh Honda. [4]

-Honda menekankan penjagaan alam sekitar- dengan perkenalkan konsep kereta Hibrid [tersurat]yang lebih kepada bumi hijau
-Honda memperkenalkan konsep teknologi  hibrid -yang boleh menjimatkan bahan api [tersirat] sekaligus menjimatkan penggunaan wang untuk minyak bagi pengguna
-Honda memberi peluang pekerjaan - kepada penduduk tempatan [tersirat] dengan pembukaan kilang pemasangan kereta hibrid di Malaysia.
 
b. Huraikan persekitaran perniagaan yang telah mempengaruhi perkembangan perniagaan Honda di Malaysia. [10]

1. Pelanggan-definisi-
-fakta kes-Penerimaan pelanggan yang memberi sambutan positif terhadap kereta hibrid Honda memacu kejayaan perniagaan Honda

2. Teknologi-definisi-
- fakta kes-Penggunaan Teknologi Hibrid yang berkonsepkan bumi hijau [tersurat] dan penjimatan [tersirat] berjaya menjadikan Honda sebagai pendahulu dalam industri kereta hibrid.

3. Kerajaan-definisi-
-  fakta kes-Kerajaan Malaysia memberi Honda pengecualian penuh import dan duti eksais bagi model hibrid sehingga Disember 2013 dan ia boleh memberi kesan positif terhadap keberuntungan Honda.

4. Antarabangsa-definisi-
- fakta kes-Penerimaan kereta Honda terutama model biasa dan model hibrid dalam pasaran antarabangsa membuktikan Honda berjaya mengusasi sebahagian pasaran kereta peringkat antarabangsa.

5. Politik & Perundangan-definisi-
- fakta kes-Aspek Perundangan-undang-undang cukai-pelepasan cukai import dan duti eksais.

6. Ekonomi-definisi
-Keadaan ekonomi yang baik telah meransang kuasa beli pengguna/masyarakat untuk membeli kereta keluaran dari luar negara terutamanya Honda.

c. Terangkan strategi campuran produk bagi keluaran Honda. [6]

1. Kelebaran
- definisi-
-kaitan kes- 
1. Honda memperkenalkan kenderaan pengguna sedan biasa bukan hibrid
2. Honda memperkenalkan kenderaan pengguna yang mengunakan teknologi hibrid
3. Honda memperkenalkan kenderaan pelbagai guna [MPV] -tersirat [pengetahuan]

2. kedalaman
-definisi-
-kaitan kes-
1. Kenderaan sedan biasa - Honda Civic, Honda Accord, Honda City, honda Jazz
2. Kenderaan Hibrid - Insight, Jazz Hibrid, CR-Z dan Civic Hybrid
3. Kenderaan MPV - Stream, Oddisey, Freed. 

3 Ketekalan
-definisi-
-kaitan kes-Honda mengeluarkan kenderaan untuk kegunaan pengguna sahaja.

 
d. Huraikan ciri-ciri keusahawanan pemilik honda yang berjaya mengembangkan perniagaan Honda ke seluruh dunia. [8]

1. Keyakinan- Pemilik honda yakin bahawa kenderaan hibrid boleh diterima oleh pengguna kenderaan seluruh dunia
2. Berani menangung risiko- berani mengeluarkan/memperkenalkan teknologi hibrid yang belum pasti diterima
3. Berwawasan-yakin bahawa Honda mampu mencapai 1 juta pemilik Honda Hibrid seluruh dunia.
4. Rebut peluang- Pemilik honda bijak merebut peluang untuk menjadikan teknologi Hibrid sebagai satu peluang untuk lebih kehadapan dalam dunia permotoran.
5. Bijak Mengembeleng faktor pengeluaran-Pemilik Honda bijak guna teknolgi, bina kilang, guna kepakaran, guna kekayaan yang ada untuk berjaya 
6. lain2 yang relevan,

SOALAN KES TRIAL PP PENGGAL 1 2012 : TERENGGANU



Bahagian B
[50 markah]

2(a)      Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd merupakan syarikat pengeluar barangan kecantikan serta kesihatan yang diasaskan oleh Puan Rozita Ibrahim. Selama sedekad beroperasi pelbagai dugaan dihadapi dan kini Sendayu Tinggi mempunyai 2000 pengedar, 14 butik, 25 rangkaian outlet dan 6 francaisi di seluruh negara. Pada mulanya, syarikat bergantung harap kepada para pengedar tetapi disebabkan tawaran margin lebih tinggi ditawarkan oleh pengeluar produk herba lain menyebabkan mereka mengenepikan produk Sendayu Tinggi. Maka dengan berani, pihak syarikat mengubah strategi meluaskan peluang perniagaan ini melalui sistem francais. Justeru, bagi memastikan farancaisi yang dipilih benar-benar berkualiti dan dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, pelbagai langkah diambil terutama menyediakan latihan selain mewujudkan peluang perniagaan kepada ahli.

Sendayu Tinggi memiliki lebih  1000 rangkaian produk berasaskan kesihatan,  penjagaan diri dan kosmetik. Antaranya set kosmetik seperti Fiber Mascara & Lipstik, Produk Slimming Set, Set Ibu Bersalin, Minuman Coklat Berkolagen, Nosygon untuk menyelesaikan masalah jerawat dan resdung dan Teh Uncang Jamu Wanita. Produk ini boleh dipesan oleh pelanggan secara online dan penghantaran dibuat melalui pos.

Sendayu Tinggi telah memperkenalkan kad keahlian istimewa kepada pengguna setia dengan bayaran hanya RM25 sekali seumur hidup. Melalui pemilikan kad ini, ahli-ahli layak mendapat diskaun sehingga 30% dan dapat mengumpul mata ganjaran yang boleh ditukarkan dengan hadiah-hadiah menarik. Pelanggan setia Sendayu Tinggi adalah pelbagai dan kebanyakannya adalah turun temurun daripada nenek hingga ke peringkat cucu. Walaupun menghadapi persaingan sengit yang sentiasa menggunakan perang harga, namun Sendayu Tinggi masih mampu bertahan kerana syarikat sentiasa menawarkan harga yang kompetitif dan sentiasa menekankan kualiti produk. Sendayu Tinggi juga  mempelbagaikan pilihan dengan setiap tahun  menghasilkan produk terbaru dengan kelainan dan keistimewaan tersendiri. Pada tahun 2012, satu rangkaian produk wangian khas telah diperkenalkan. Sendayu Tinggi juga sentiasa mengadakan promosi dan mendekatkan diri dengan pelanggan.

Pembukaan cawangan yang berfungsi sebagai butik juga memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan khidmat nasihat secara langsung daripada perunding terlatih.  Pelanggan juga boleh mendapat informasi terkini berkenaan produk secara khidmat pesanan ringkas(SMS). Malangnya pada 16 April 2012, dua produk pelangsingan badannya yang bernilai RM500 000 telah dirampas oleh penguatkuasa farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia kerana didakwa mengandungi sibutramin yang berbahaya  dan berita ini telah disiarkan dalam media massa. Ekoran itu, pihak syarikat telah memberi penjelasan dan memohon maaf.
(Sumber Sinar harian 14/5/2012,18/4/2012, Berita Harian Online 23/12/2011,15/7/12, mymetro 25/1/12 dan bisneswirausaha.blogspot.com

(i)            Terangkan strategi campuran pemasaran yang dilaksanakan oleh Sendayu Tinggi serta cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan strategi tersebut.                             [20]
(ii)        Huraikan keputusan campuran produk yang diamalkan oleh Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd.          [6]
(iii)         Bagaimanakah Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd menguruskan saluran agihannya.     [9]

HANGAT! SOALAN GEMPUR PP PENGGAL 1 2012 : BHGN A

1
(a)
Jelaskan tiga kesan globalisasi dalam perniagaan ke atas sosial dan budaya di Malaysia yang memberi kesan kepada perniagaan domestik.

1.        Pakaian/minuman[1]
·         Masyarakat/penduduk/pengguna/pelanggan lebih cenderung untuk memilih makanan barat/luar berbanding tempatan/domestik, [1]
·         dan kesannya industri pemakanan tempatan/domestik sukar berkembang.[1]
·         Contoh-Masyarakat lebih cenderung untuk memilih makanan segera seperti KFC/McDonald’s berbanding untuk memilih AYAMAS/Rasa Mas.[1]
[maksima 3m]
2.        Pakaian/baju/seluar[1]
·         Masyarakat lebih cenderung untuk memilih jenama pakaian dari luar berbanding pakaian jenama tempatan. [1]
·         Menyebabkan industri pakaian tempatan kurang berkembang[1]
·         Contoh-Ahli sukan tempatan lebih suka memilih pakaian sukan jenama ADIDAS/NIKE berbanding pakaian jenama tempatan/domestik.[1]
[maksima 3m]
3.        Hiburan/Muzik/Filem
·         Masyarakat lebih cenderong untuk memilih hiburan/muzik/filem dari luar yang menonjolkan budaya barat berbanding hiburan tempatan.
·         Menyebabkan industri hiburan/perfileman/muzik tempatan sukar mendapat pulangan yang baik/kurang keuntungan/sukar berkembang.
·         Contoh-Penonton pawagam/filem/tv di Malaysia lebih suka memilih tayangan filem Spiderman berbanding filem Hantu Seram tempatan.
[maksima 3m]
4.        Media/bahan bacaan/bercetak/elektronik
·         Masyarakat/pengguna/pelanggan tempatan lebih suka membeli bahan bacaan/bercetak/elektronik dari luar/barat berbanding bahan/media/terbitan dari dalam negara.
·         Menyebabkan indsutri penerbitan media cetak kurang mendapat sambutan.
·         Contoh-Golongan muda yang berpendidikan tinggi lebih gemar untuk memilih bahan bacaan/media dari luar seperti majalah CLEO/GALAXY berbanding majalah URTV/MEDIA
[maksima 3m]
5.        Rekreasi/hiburan keluarga
·         Golongan keluarga lebih suka memilih untuk berhibur cara barat/luar berbanding berhibur cara tempatan
·         Menyebabkan tempat-tempat hiburan/rekreasi di Malaysia sukar mendapat tempat.
·         Contoh-Golongan keluarga/belia lebih suka berhibur cara barat/luar seperti karaoke/disko/fun fair/video games berbanding berhibur cara tempatan seperti tempat rekreasi/air terjun/zoo/taman air/taman rekreasi/memancing.
[maksima 3m]
6.        Kenderaan keluarga
·         Golongan keluarga yang berkemampuan lebih suka memilih kenderaan keluarga dari luar negara/jepun/barat berbanding keluaran Malaysia.
·         Menyebabkan kenderaan yang dikeluarkan oleh industri kereta tempatan hanya menjadi pilihan golongan berpendapatan sederhana dan rendah sahaja.
·         Contoh-Golongan elit lebih suka menggunakan kenderaan MPV Toyota ESTIMA/WISH berbanding menggunakan/membeli kereta Proton EXORA.
[maksima 3m]

[mana-mana 2 kesan yang pertama x 3m=6m]
[Terima mana-mana kesan yang relevan]


[6]

(b)
Huraikan maksud perniagaan domestik dan sumbangannya kepada negara.                                                                                                                                                                      
Maksud:
(i)                   Perniagaan yang beroperasi dalam negara
(ii)                 Menggunakan sumber/input /kewangan yang terdapat dalam negara 
(iii)                Pasaran/pelanggan dalam negara

Peranannya/sumbangan kepada negara:
(i)                   Memberi pendapatan kepada negara  - melalui sebarang cukai perniagaan .
(ii)                 Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan  – mengurangkan kadar pengangguran/meningkatkan kadar gunatenaga negara .
(iii)                Membangunkan peluang perniagaan  - meningkatkan kegiatan perusahaan huluan / mewujudkan perusahaan lain yang menyokong perusahaan asas (pengangkutan, makanan, pembekalan).
(iv)                Menjimatkan pertukaran asing  – melalui penggunaan sumber tempatan  / mengurangkan pengaliran keluar mata wang negara .
(v)                  Membangunkan modal insan  – kemahiran asas kepada tenaga kerja tempatan.

[4]

(c)
Huraikan aktiviti dalam proses pengeluaran.

Proses Pengeluaran:
1.             Input [1]
                      Menyediakan faktor-faktor pengeluaran [tanah,buruh,modal, keusahawanan, teknologi [ ½ ]
                      Contoh: [ ½ ]
2.             Proses pengeluaran/Tranformasi
                      Melibatkan aktiviti pengeluaran-tukar input kepada barang separuh siap/barang siap melalui proses tambah nilai.
                      Contoh:
3.             Output
                      Produk yang dihasilkan untuk dipasarkan kepada pengguna industri/pengguna akhir.
                      Contoh:
[maksima=6m]
[6]

(d)
Jelaskan kebaikan dan keburukan pelan persampelan berbanding pemeriksaan menyeluruh.

Kebaikan dan keburukan persampelan berbanding pemeriksaan menyeluruh:
Kebaikan
·         Lebih jimat,
·         Kurang kerosakan pada barangan,
·         Kurang operator pemeriksaan,
·         Kerja pemeriksaan daripada “butir-demi-butir” kepada “lot-demi-lot” lebih mudah dan mencabar.
Keburukan
·         Risiko menerima barangan yang buruk dan risiko meolak barangan yang baik,
·         Memakan masa,
·         Maklumat tentang  barangan kurang.


[4]


(e)
Terangkan perbezaan antara pemasaran dan jualan.

Dimensi
Pemasaran
Jualan
Aktiviti
Melibatkan 4 aktiviti iaitu:
i. membangunkan produk
ii. Menetapkan harga
iii. menjalankan promosi
iv. mengedarkan produk
Melibatkan aktiviti jual beli. Menjalankan aktiviti
i. menyedarkan pelanggan          ( Awareness)
ii. menimbulkan minat( Interest )
iii. menimbulkan keinginan membeli ( Desire )
iv. melakukan pembelian/membuat keputusan membeli ( Action )
Objektif
- memastikan kehendak dan keperluan pengguna tercapai
- menjamin keuntungan pemasar untuk jangka panjang
Mencapai objektif keuntungan jangka pendek
Strategi/teknik
- menggunakan strategi campuran pemasaran
- menumpukan kpd keperluan dan kehendak pasaran
Menggunakan teknik-teknik jualan:
- diskaun dan potongan harga
- pemberian kupon
- pemberian barang contoh percuma
-rebat
-pertandingan
                                              
[4]


(f)
Berdasarkan perkhidmatan pengangkutan bas awam, huraikan tiga ciri keluaran bagi perkhidmatan tersebut.          

·    Produk Teras
-       meliputi semua faedah utama  yang ingin diperoleh daripada pembelian sesuatu produk.  Ianya merupakan sebab utama suatu pembelian dibuat.
-       Konsumer menggunakan pengangkutan bas awam kerana ingin mendapatkan kemudahan bergerak dari satu tempat ke tempat  lain seharian mereka.

                ·    Produk Ketara
-       juga dikenali sebagai produk sebenar/semua ciri atau sistem yang terdapat pada produk/perkhidmatan
-       yang dibeli oleh konsumer. Reka bentuk bas yang selesa dan selamat untuk memudahkan pengguna sampai ke destinasi yang ditujui tepat pada waktu.

                ·    Produk Sampingan
                      -     merupakan faedah tambahan  yang diingini oleh pengguna
                      - termasuk jenama (bas ekspres, bas eksekutif)/jaminan perkhidmatan (mengikut jadual, sampai tepat masa dan selamat)/pakej-pakej tertentu (hiburan, makanan dan layanan)/ kad diskaun.


[6]


(g)
Jelaskan tiga prinsip insurans.

·         Kepentingan boleh diinsuranskan:
-          ada kepentingan langsung.
-          Hanya boleh menginsuranskan harta/nyawa yang mempunyai kepentingan langsung untuk dirinya

·         Penuh kepercayaan :
-          melindungi maklumat yang diberikan
-          tidak mendedahkan maklumat.
·         Ganti rugi/ pampasan
-          tiada unsur keuntungan

·         Doktrin Punca Terdekat :
-          ganti rugi dibayar kepada punca secara langsung/punca yg diinsuranskan
-          contoh : jika stok barng diinsuranskan atas kebakaran, kerosakan stok yang diakibatkan oleh kebakaran sahaja akan dibayar ganti rugi.

[6]

(h)
Terangkan empat jenis insurans perniagaan.

Jenis insurans:
1.                    Insurans kebakaran[1]
·    Memberi perlindungan kepada sidiinsurans terhadap kerugian akibat kebakaran [½]
·    Tidak termasuk kebakaran akibat rusuhan, peperangan dll[½]

2.                    Insurans liabiliti awam[1]
·    Melindungi sidiinsuran daripada tuntutan orang awam [½]
·    Yang mengalami kemalangan di premis perniagaan sidiinsurans[½]
·    Yang disebabkan kecuaian sidiinsurans

3.                    Insurans pampasan pekerja
·    Melindungi majikan yang mencarum untuk pekerja
·    Bagi risiko kemalangan pekerja ketika menjalankan tugas
·    Diwajibkan oleh kerajaan keatas majikan bg mencarum pekerja berpendapatan kurang RM 1000.

4.                    Insurans kecurian
·    Melindungi sidiinsurans daripada kerugian akibat kecurian
·    Dapat melindungi harta benda berharga seperti stok, jentera dll

5.                    Insurans perkapalan
·    Memberi perlindungan kepada kapal & segala yg berada di dalamnya dari risiko yg mungkin berlaku ketika di laut
·    Seperti kemalangan, kebakaran, rompakan dll
·    Perlindungan termasuk rangka & jentera kapal, muatan, penumpang dll
[Mana-mana 4 Fakta]
[Fakta=1m, Huraian 2x ½ m]
[4]

(i)
Latihan dan pembangunan merupakan satu program yang penting di dalam  sesebuah organisasi. Jelaskan tiga faedah  latihan kepada tenaga pekerja di dalam organisasi.          

Faedah latihan kepada pekerja:
1.        Meningkatkan kemahiran
·         Wujud keberkesanan di dalam aktiviti
·         Menghasilkan produk yang berkualiti
·         Menghasilkan keluaran dengan lebih cekap

2.        Meningkatkan produktiviti
·         Daya pengeluaran akan meningkat
·         Jualan akan meningkat
·         Akan meningkatkan daya pengeluaran per unit

3.        Menjimatkan kos dan perbelanjaan
·         Dapat wujudkan kecekapan
·         Menambahkan pendapatan
·         Kerana kurangnya pembaziran wang dan masa

4.        Meninggikan dorongan
·         Motivasi pekerja dapat dikekalkan dan ditingkatkan
·         Pekerja akan merasai kepuasan yang tinggi
·         Semangat untuk bekerja kuat dapat dirangsang jika pekerja diberi  
·         Pendedahan tentang kerja


[6]

(j)
Jelaskan dua faktor penentu dalam pembayaran pampasan kepada pekerja.

1.        Kemampuan organisasi[1]
·         Kedudukan kewangan kukuh, ganjaran yang tinggi akan ditawarkan.[1]
2.        Jenis Tugas
·         Tugas yang rumit dan perlukan kemahiran yang tinggi akan mendapatkan ganjaran yang lebih berbanding dengan kerja rutin. 
3.        Undang-undang dan peraturan kerja
·         Pilihan kerja menentukan kadar ganjaran yang boleh diberi, ia adalah untuk melindungi hak pekerja dan mengelakkan eksploitasi.
4.        Ganjaran yang dibayar oleh pesaing
·         Beri ganjaran yang setara atau lebih tinggi daripada pesaing untuk mengelakkan pekerja dari berpindah.
5.        Permintaan dan Penawaran buruh        
·      Permintaan buruh tinggi dalam sektor tertentu menyebabkan kadar upah tinggi.

[Mana-mana 2 pertama x 2m=4m]
[4]

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com