XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP

XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP
SEM1&3 AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

TARGET ULANGAN PP PENGGAL 2 2013

LANGKAH 1:

HAFAL DAN TAHU NAK HURAI APA BAGI SETIAP LANGKAH BERIKUT:

PROSES & LANGKAH

Proses perancangan
1. Menentukan matlamat dan objektif,
2. Menganalisis persekitaran perniagaan,
3. Membentuk alternatif tindakan,
4. Menilai alternatif,
5. Memilih alternatif tindakan

Proses pengorganisasian
1. Penentuan objektif;
2. Pengenalpastian aktiviti;
3. Pengelasan aktiviti;
4. Pengelompokan aktiviti,
5. Pengagihan tugas, autoriti dan tanggungjawab

Proses Komunikasi
1. Penghantar,
2. Enkod,
3. Saluran,
4. Dekod,
5. Penerima,
6. Maklum balas

Proses Mendengar
1. Menerima,
2. Memahami,
3. Mengingati,
4. Menilai,
5. Memberi tindak balas

Proses pembuatan keputusan rasional [TARGET PANAS]
1. Mengenal pasti masalah,
2. Mengutip data,
3. Menganalisis data,
4. Menjana alternatif,
5. Menilai alternatif,
6. Memilih alternatif.
 
LANGKAH 2
 FOKUS BAB 1 [ULANGAN PENGGAL 2]

PASTIKAN ANDA TAHU..

1. KONSEP KEBERKESANAN DAN KECEKAPAN
2. 14 PRINSIP HENRY FAYOL
3. 5 prinsip sistem TEORI BIROKRASI yang diperkenalkan oleh Max Weber
4. TEORI X DAN Y OLEH DOUGLAS MCGREGOR DAN KAITANNYA DENGAN GAYA KEPIMPINAN
6. BOLEH KENAL PASTI PERINGKAT PENGURUSAN [SOALAN KES]
7. BOLEH KENAL PASTI 5 JENIS KEMAHIRAN PENGURUSAN [SOALAN KES/STRUKTUR]
8. KAITAN ANTARA JENIS PERANCANGAN DENGAN PERINGKAT PENGURUSAN
9. CIRI2 BAGI SETIAP JENIS RANCANGAN
10.BOLEH SENARAIKAN ALAT2 PERANCANGAN DAN KEGUNAANNYA..
11. BOLEH BEZAKAN ANTARA VISI-MISI-OBJEKTIF [VM0]
12. BOLEH MEMBEZAKAN ANTARA STRATEGI DA TAKTIK
13. BOLEH KENAL PASTI JENIS2 DNA BENTUK PENJABATAN [SOALAN KES]- FOKUS KPD PENJABATAN IKUT MATRIK/GEOGRAFI-LIHAT CIRI2NYA
14. BOLEH KAITKAN PROSES PENGORGANISASIAN [KES]
15. MEMAHAMI KONSEP FAIL MEJA DAN MANUAL PROSEDUR KERJA
16. BOLEH MENTAFSIRKAN KONSEP PENGORGANISIAN BERDASARKAN KES SPT AUTORITI/RANTAIAN AUTORITI/AKAUNTABILITI/EMPOWERMEN/PENUGASAN... SEPERTI PROJEK PBS
17. MEMAHAMI PERANAN PEMIMPIN SEBAGAI JURULATIH/PEMBIMBING/PENDORONG/KETUA/SAHABAT.
18. BOLEH MENGENALPASTI KUASA2 YG WUJUD DLM KES [KUASA SAH/KEPAKARAN/DESAKAN/RUJUKAN/GANJARAN]
19. BOLEH KENAL PASTI JENIS KEPIMPINAN TERTENTU BERDASARKAN KES [TRANSACTIONAL/TRANSFORMASTIONAL/KARISMATIK/BERWAWASAN]
20. MEMAHAMI CIRI2 BAGI SETIAP GAYA KEPIMPINAN YG WUJUD
21. BOLEH MEMBEZAKAN PEMIMPIN FORMAL DAN TIDAK FORMAL
22. MEMAHAMI KONSEP TEORI MOTIVASI MASLOW/HERZBEGR/MC GREGOR/ MC CLELLAND
23. BOLEH MENYENARAIKAN PUNCA2 STRES
24. BOLEH MENYENARAIKAN KESAN2 STRES
25. BOLEH MENJELASKAN KAEDAH PENGURUSAN STRES [INDVIDU/ORGANISASI]
26. BOLEH MENJELASKAN PRINSIP2 KAWALAN BERKESAN
27. BOLEH MENJELASKAN TUJUAN KAWALAN DALAM DAN KAWALAN LUARAN
28. BOLEH MENJELASKAN KEGUNAAN ALAT2 KAWALAN [PULANG MODAL/BAJET/CARTA GANTT/PERT-CPM
 
LANGKAH 3
 
FOKUS BAB 2 [LAW]

AKTA KONTRAK

1. BOLEH SENARAIKAN & HURAIKAN SETIAP ELEMEN2 KONTRAK
2. BOLEH MENYATAKAN SYARAT2 TAWARAN
3. BOLEH MEMBERIKAN SEBAB KENAPA SUATU TAWARAN BOLEH DITAMATKAN
4. BOLEH MENYATAKAN SYARAT2 PENERIMAAN
5. BOLEH MENJELASKAN BAGAIMANA SUATU PENERIMAAN BOLEH TERBATAL
6. BOLEH MENYATAKAN SYARAT2 BALASAN
7. BOLEH MENJELASKAN DAN MENTAFSIRKAN DGN TEPAT KES2 BERKAITAN KEUPAYAAN BERKONTRAK
8. BOLEH MENYATAKAN/MENGHURAIKAN SYARAT2 KONTRAK
9. BOLEH MEMBERIKAN SEBAB BAGAIMANA SATU KONTRAK TERBATAL
10. MENYETAKAN PERKARA2 YG MENYEBABKAN KONTRAK BOLEH BATAL
11. BOLEH MENYATAKAN/MENGHURAIKAN JENIS2 REMEDI

KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG

1. BOLEH MEMBERI DEFINISI KONTRAK JUALAN DAN JENIS2 NYA
2. BOLEH MEMBEZAKAN ANTARA SYARAT TERSURAT DAN TERSIRAT
3. BOLEH MENGHURAIKAN KONSEP JUALAN MELALUI PERIHALAN DAN JUALAN MELALUI SAMPEL
4. BOLEH MENJELASKAN KONSEP WARANTI TERSURAT DAN WARANTI TERSIRAT.
5. BOLEH MENJELASKAN MAKSUD BOLEH GUNA DALAM SYARAT KONTRAK JUALAN BARANGAN.
 
LANGKAH 4

FOKUS BAB 3 [KOMUNIKASI]-WAJIB -TAJUK MUDAH

1. INGAT PROSES KOMUNIKASI DAN BOLEH HURAIKANNYA
2. BOLEH KENAL PASTI 4 JENIS HALANGAN SEMASA KOMUNIKASI.. BOLEH TAFSIR DALAM KES
3. BOLH LUKIS RAJAH KOMUNIKASI MENEGAK, MELINTANG DAN MENDATAR
4. BOLEH MEMBERIKAN CONTOH KOMUNIKASI SECARA LISAN DAN BUKAN LISAN
5. MEMBEZAKAN KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISAN
6. MEMBERI KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISAN
7. MENGHURAIKAN JENIS MEDIA KOMUNIKASI -PERSENDIRAN/MASSA
8. PROSES MENDENGAR - INGAT STEP
9. BOLEH MENYENARAIKAN TAKTIK2 SEMASA PERUNDINGAN
10. KONSEP E-DAGANG DAN E-PEROLEHAN
 
LANGKAH 5
FOKUS BAB 4 : KEPUTUSAN

1. TAHU DAN INGAT PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN- BOLEH KAITAKAN DGN FAKTA KAJIAN KES
2. BOLEH MENGIRA MIN-MOD-MEDIAN-JULAT-SISIHAN PIAWAI DALAM STARTISTIK DESKRIPTIF
3. BOLEH MELUKIS RAJAH POKOK KEPUTUSAN DAN MENGIRA JANGKAAN NILAI KEWANGAN
4. BOLEH LUKIS RAJAH TULANG IKAN DAN NYATAKAN PUNCA BESAR-PUNCA KECIL-PUNCA SEBENAR-LANGKAH ATASI
5. PRINSIP SUMBANGSARAN
6. KELEBIHAN KUMPULAN NOMINAL DAN TEKNIK DELPHI
7. BOLEH KENAL PASTI SITUASI PEMBUATAN KEPUTUSAN- KAJIAN KES

LAST CALL : EXAM PP PENGGAL 1 2013...

FOKUS AKHIR SEBELUM PEPERIKSAAN
[7 SOALAN (44MARKAH) KELUAR BERDASARKAN TARGET INI]

BAB 1

WAJIB INGAT  FAHAM KONSEP:

1. PERSEKITARAN UMUM [INGAT ELEMEN]
2. PERSEKITARAN TUGAS [PIHAK BERKEPENTINGAN]
-TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN
-BAGAIMANA PIHAK INI MEMPENGARUHI PERNIAGAAN
-APA PIHAK INI DAPAT DARI PERNIAGAAN

3. TAHU DAN INGAT UNTUK MEMBEZAKAN: [PERLU ADA DIMENSI/ASPEK]

- MILIKAN TUNGGAL VS PERKONGSIAN
- PERKONGSIAN VS SDN BHD
- SYKT BHD VS KOPERASI

4. INGAT LANGKAH PENUBUHAN KOPERASI

5. INGAT KELEBIHAN MENJADI AHLI KOPERASI..

6. INGAT SEMUA PERANAN SEKTOR AWAM, SWASTA DNA BADAN BERKANUN

7. INGAT SEMUA JENIS AKTIVITI PERNIAGAAN TERMASUK PENGELUARAN DAN PERKHIDMATAN

8. TAHU CONTOH BAGI SETIAP TAHAP PERNIAGAAN PRIMER-SEKUNDER-TERTIER

9. BOLEH MEMBEZAKAN INDUSTRI HULUAN DAN HILIRAN

10. BOLEH MENJELASKAN KEPENTINGAN PERNIAGAAN DOMESTIK DAN ANTARABANGSA KPD EKONOMI NEGARA.


BAB 2:

WAJIB INGAT DAN FAHAM KONSEP:

1. HUBUNGAN JABATAN PENGELUARAN DGN JABATAN LAIN

2. LANGKAH2 DLM PROSES TRANSFORMASI

3. JENIS2 PENGELUARAN - SECARA MASSA/KELOMPOK/TEMPAHAN

4.  JENIS SUSUN ATUR PENGELUARAN - PROSES/PROSUK/SELULAR/TETAP

5. BEZA KAEDAH PEMERIKSAAN MENYELURUH DAN PELAN PERSAMPELAN

6.  JENIS KAWALAN INVENTORI - CIRI2 ABC DAN INGAT FORMULA EOQ/ROP

7. FAEDAH ISO 9000

8. PRINSIP TQM [S1(d) TAKRIFKAN TQM DAN BERIKAN 3 PRINSIP TQM-5M]

9. KEBAIKAN DAN KELEMAHAN AMALAN TQM

10. FAHAM KONSEP -MEREKAYASA/LUWES


BAB 3:

WAJIB INGAT DAN FAHAM KONSEP:

1. BOLEH TAFSIR CIRI PENDEKATAN2 PEMASARAN
[S1(e) HURAIKAN DUA PENDEKATAN PEMASARAN-4M]

2.  BOLEH KENALPASTI ANALISIS SWOT

3.  MODEL MELUKIS RAJAH KOTAK HITAM PENGGUNA

4. BOLEH MEMBERIKAN FAKTOR YG MEMPENGARUHI GELAGAT PENGGUNA

5. MENGHURAIKAN ASAS SEGMENTASI PASARAN

6. NYATAKAN STRATEGI SASARAN PSARAN
[S1(f) JELASKAN MAKSUD STRATEGI PEMASARAN TIDAK DIBEZAKAN DAN STRATEGI PEMASARAN TERTUMPU-6M]

7. MENYATAKAN TUJUAN PELETAKAN PASARAN

8. BOLEH MEMBERI KLASIFIKASI SETIAP PRODUK DAN CIRINYA

9. BOLEH MELUKIS DAN MENGHURIAKAN KITARAN HAYAT PRODUK

10.  BOLEH MENGENALPASTI SETIAP PENGANTARA SALURAN EDARAN

11. BOLEH MENHURAIKAN TINGKAHLAKI/KONFLIK DALAM SALURAN PENGEDARAN

12. BOLEH KENALPASTI STARTEGI PENGEDARAN -INTENSIF/SELEKTIF/EKSLUSIF

13.  BOLEH MENGHURAIKAN ELEMEN2 DALAM SISTEM LOGISTIK

14. BOLEH HURAIKAN FAKTOR LUARAN DAN DALAMAN YG PENGARUHI PENENTUAN HARGA

15. BOLEH MENJELASKAN PENENTUAN HARGA UMUM

16. BOLEH MENJELASKAN STRATEGI PELETAKAN HARGA PRODUK BARU

17. BOLEH MENGHURAIKAN ELEMEN DALAM CAMPURAN PROMOSI
[soalan kes S2(a)(ii) JELASKAN TIGA CAMPURAN PROMOSI YANG TELAH DIGUNAKAN BAGI MEMASARKAN BIHUN SUFI-15M]



BAB 4:

WAJIB INGAT DAN FAHAM KONSEP:


1. BOLEH MENYATAKAN PERANAN PENGURUS KEWANGAN

2. BOLEH MENJELASKAN HUBUNGAN/KEPENTINGAN JABATAN KEWANGAN KEPAD AJABATAN LAIN

3. BOLEH MENJELASKAN OBJEKTIF KEWANGAN SYKT IAITU MEMAKSIMUMKAN KEKAYAAN PEMEGANG SAHAM,

4.  BOLEH MENYATAKAN PIHAK2 YG MEMERLUKAN PENYATA KEWANGAN SYKT.
[S1(g) HURAIKAN 3 KEGUNAAN PENYATA KEWANGAN SESEBUAH SYARIKAT-6M]

5.  BOLEH MENGIRA NISBAH KECAIRAN DAN KECEKAPAN SYKT

6.  BOLEH INGAT FORMAT BAJET TUNAI
[S1(h) BERIKAN 4 ELEMEN BAJET TUNAI-4M]

7.  BOLEH HURAIKAN PRINSIP2 INSURANS

8 . MENJELASKAN PRINSIP KEPATUHAN KPD SYARIAH DALAM TAKAFUL



 
BAB 5:

WAJIB INGAT DAN FAHAM KONSEP:

 
 1. BOLEH MENGHURAIKAN CABARAN PENGURUS SUMBER MANUSIA

2. MENGHURAIKAN PROSES PERANCANGAN SUMBER MANUSIA
- ANALISIS KERJA-MENENTUKAN KEPERLUAN-MEMENUHI KEPERLUAN

3. BOLEH MENGHURAIKAN PROSES PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA
-MENARIK MINAT-PENILAIN-PENAWARAN KERJA-INDUKSI

4. BOLEH MEMBERI CONTOH KAEDAH MENARIK CALON LUAR ORGANISASI

5. BOLEH MENGHURAIKAN PROSES PEMILIHAN PEKERJA BARU
-BORANG PERMOHONAN-SEMAKAN RUJUKAN-TEMU DUGA-UJIAN PEMILIHAN

6.  BOLEH MENYATAKAN ISI KANDUNGAN SURAT TAWARAN KERJA..
-NAMA JAWATAN
-TARIKH MULA BEKERJA
-WAKTU BEKERJA
-GANJARAN DAN FAEDAH

7. BOLEH MENGHURAIKAN CIRI2 PENILAIN BERKESAN

8.  BOLEH MENJELASKAN MASALAH2 YG BERLAKU SEMASA PENILAIAN PRESTASI
[S1(j) HURAIKAN DUA MASALAH DALAM MELAKSANAKAN PENILAIAN PRESTASI PEKERJA-4M]

9. BOLEH MEMBERI CONTOH GANJARAN KEWANGAN DAN FAEDAH BUKAN KEWANGAN

10. BOLEH MEMBERIKAN FAKTOR PENENTU KPD SUATU GANJARAN

11. BOLEH MENGHURAIKAN PROSES TINDAKAN DISIPLIN
-AMARAN LISAN-AMARAN BERTULIS-SURAT TUNJUK SEBAB-INKUIRI-HUKUMAN

12. BOLEH MENJELASKAN APAKAH MASALAH YG BIASA BERLAKU SEMASA MENGAMBIL TINDAKAN DISIPLIN
-TIDAK ADIL
-TIDAK IKUT PROSEDUR
-TIADA LAPORAN LENGKAP SALAH LAKU
-TIADA BUKTI TUDUHAN
 

13. BOLEH MEMBERIKAN CONTOH2 TINDAKAN BERKAITAN DISIPLIN
-HILANG FAEDAH PEKERJAAN
-DITURUNKAN PANGKAT
-DIGANTUNG KERJA
-DIPOTONG GAJI/ELAUN
-DIBERHENTIKAN KERJA

14.  BOLEH MENERANGKAN KONSEP SKIM BERKAITAN KEMUDAHAN PENAMATAN PERKHIDMATAN
-PERSARAAN WAJIB
-MENAMATAN SECARA SUKARELA [VSS]
-MENGURANGKAN PEKERJA [RETRENCHMENT]

15. BOLEH MENJELASKAN PERANAN DAN FUNGSI KESATUAN SEKERJA
-MTUC
-CUEPACS


GOOD LUCK

CG AZLY DOAKAN KEJAYAAN SEMUA UNTUK PELAJAR PENGGAL 1..




 




PECUTAN AKHIR P3 2013 : SPOT TAJUK BAB 2 [RANCANGAN PERNIAGAAN]



FOKUS : BAB 2 - RANCANGAN PERNIAGAAN
 DEFINISI RP:
 
DOKUMEN BERTULIS SECARA TERPERINCI TENTANG PERNIAGAAN YANG AKAN DIJALANKAN. DOKUMEN INI MENGANDUNGI MAKLUMAT TENTANG ORGANISASI, KEWANGAN, RANCANGAN PEMASARAN, SUMBER MODAL, PRODUK DAN SEBAGINYA






FORMAT RP YANG TEPAT:
FORMAT YANG TEPAT:
(i) Rumusan Eksekutif
(ii) Pengenalan
(iii) Objektif
(iv) Latar Belakang Syarikat
(v) Latar Belakang Pemilik/Ahli Kongsi
(vi) Latar Belakang Projek
(vii) Rancangan Organisasi
(viii) Rancangan Pemasaran
(ix) Rancangan Pengeluaran/Operasi
(x) Rancangan Kewangan
(xi) Kesimpulan
(xii) Lampiran


SOALAN SPOT 1

NYATAKAN TUJUAN SESUATU RP DISEDIAKAN? UNTUK APA??
BIL
TUJUAN
HURAIAN RINGKAS

Garis panduan untuk menguruskan perniagaan
·        RP memberi panduan kepada pengurus bagi menjalankan perniagaan. Ia merupakan perancangan yang jelas tentang misi, matlamat, ramalan kewangan, perancangan pemasaran, pengeluaran dan sebaganya

Mengurangkan kesilapan
·        RP dapat mengurangkan kesilapan sama ada dilakukan oleh pihak pengurusan atau pekerja. Ini kerana RP akan memandu semua pihak untuk mencapai metlamat yang sama dan ini dapat meminimumkan kesilapan dan penyelewengan dapat dielak dari awal lagi

Kemudahan kawalan
·        Dengan adanya RP pihak pengurus melaksanakan apa yang telah dirancang. Ini memudahkan kawalan kerana sekiranya matlamat tidak dicapai maka penilaian akan dibuat untuk mencari puncanya.

Meyakinkan pihak-pihak berkentingan
·        RP yang baik dpat meyakinkan pihak-pihak berkepentingan seperti bank untuk memberi pinjaman, pembekal membekalkan bahan mentah secra kredit dan pelabur untuk melabur dalam perniagaan

Menilai prestasi dan kemajuan syarikat
·        Dengan adanya RP, penilaian boleh dibuat dari masa ke semasa untuk memastikan apa yang dirancang sama dengan apa yang dilaksanakan. Sekiranya syarikat tidak mencapai apa yang dirancang maka penilaian akan dibuat mencari puncanya.

Menggunakan sumber-sumber organisasi dan meningkatkan produktiviti
·        Dengan adanya RP sumber-sumber organisasi seperti bahan mentah, buruk, modal yang ada dapat digunakan dengan sepenuhnya dan ini dapat meningkatkan produktiviti dan mengelakkan pembaziran

Menuju sasaran yang sama
·        RP menjadi garis panduan kepada setiap pekerja daripada pihak atasan hingga bawahan tentang sasaran yang perlu dicapai dalam usaha mencapai matlamat yang sama.
SOALAN SPOT 2:

SIAPAKAH SASARAN ATAU KUMPULAN YG MEMERLUKAN RP??
BIL
PIHAK YG PERLUKAN RP
UNTUK APA?

Usahawan
·        Untuk memahami matlamat perniagaannya
·        Untuk membantu mengendalikan perniagaan dengan mengetahui hala tuju perniagaannya

Pembiaya
·        RP yang baik dapat menggambarkan maklumat kewangan perniagaan. Ini akan meyakinkan pembiaya seperti bank untuk memberi pinjaman. RP digunakan oleh bank untuk menilai sama ada usahawan mampu membayar balik pinjaman atau sebaliknya

Pembekal
·        RP yang baik dan berpotensi akan meyakinkan pembekal untuk membekalkan bahan mentah atau produk secara jualan kredit atau hutang

Pelanggan
·        Melalui RP pelanggan dapat mengetahui sama ada produk yang dikeluarkan memenuhi kehendaknya atau tidak. Pelanggan juga rasa lebih selamat dan selesa kerana yakin produk yang digunakan selamat dan bersih.

Rakan kongsi
·        RP yang baik dapat menarik rakan kongsi untuk melabur dalam perniagaan itu, ini kerana rakan kongsi dapat mengetahui kedudukannya atau prestasi syarikat itu sama ada  kukuh atau tidak

Pekerja
·        Pekerja dapat memahami tugasnya dengan jelas. Matlamat yang dikongsi bersama, tahu hala tujunya, harapan syarikat kepadanya dan apakah sumbangan yang perlu diberi bagi mencapai matlamat syarikat

Pelabur
·        Untuk mengetahui secara terperinci perniagaan dan menilai sama ada perniagaan itu boleh maju, bersaing atau tdak. Ini perlu untuk pelabur membuat keputusan melabur dalam perniagaan itu.

Kerajaan
·        Kerajaan dapat mengetahui sama ada perniagaan yang dijalankan sah atau tidak dan dapat mengukur pencapaian perniagaan dan menilai jumlah cukai yang perlu dibayar oleh perniagaan itu.

Pengurus
·        Pengurus dapat meneliti matlamat syarikat dan menjadikannya RP sebagai garis panduan aktiviti dan memantau aktiviti tersebut. Aktiviti yang tidak mengikut garis penduan yang ditetapkan akan dibetulkan.
SOALAN SPOT 3 :

APAKAH MAKSUD RUMUSAN EKSEKUTIF, DAN BERIKAN 6 ELEMEN YG PERLU DINYATAKAN DLM RUMUSAN EKSEKUTIF...
DEF RUMUSAN EKSEKUTIF
·        Merupakan ringkasan atau rumusan keseluruhan rancangan perniagaan.
·        Merupakan bahagian awal yang dibaca dan perlu disediakan sebaik mungkin bagi meyakinkan pihak-pihak yang berkepentingan.
·        Ia mengandungi maklumat seperti jenis perniagaan, latar belakang syarikat, jenis produk, modal, ramalan kewangan dan sebagainya.
BIL
ELEMEN RUMUSAN EKSEKUTIF

1.      Penerangan mengenai perniagaan – bentuk perniagaan, ringkasan syarikat, sejarah syarikat.
2.      Penerangan pasaran sasaran – pelanggan, jenis produk/keunikan, tujuan disediakan perkhidmatan/produk
3.      Persaingan – persaingan bakal dihadapi oleh syarikat
4.      Deskripsi ahli-ahli syarikat – menyatakan individu yang terlibat mengurus perniagaan tersebut
5.      Pelunjuran kewangan – maklumat ringkas tentang kos, jangkaan hasil (harian atau tahunan) dan keuntungan (untung bersih harian atau tahunan)
6.      Sumber pembiayaan – menyatakan sumber dana dan amaunnya berdasarkan maklumat modal yang diperlukan (seperti hutang, simpanan peribadi dan sebagainya)





SOALAN SPOT 4:

APAKAH ISI KANDUNGAN PENGENALAN BAGI SESEBUAH RP..
DEF PENGENALAN
·        Bahagian pengenalan memberi gambaran ringkas dan spesifik berkenaan aktiviti utama perniagaan dan mengandungi maklumat seperti jenis perniagaan, nama dan lokasi atau alamat perniagaan,jenis produk, modal, ramalan kewangan dan sebagainya.
BIL
ELEMEN PENGENALAN

1.      Secara ringkas akan menerangkan tentang latar belakang ataupun gambaran keseluruhan berkenaan RP
2.      Perkara utama yang diketengahkan: idea perniagaan – supaya pembaca RP dapat memahami apakah bentuk perniagaan atau projek yang dicadangkan
3.      Latar belakang cetusan idea juga boleh dinyatakan tetapi tidak menerangkan secara terperinci tentang perniagaan atau projek sepertimana yanng diterangkan dalam ringkasan eksekutif    
4.      Melibatkan beberapa perkara seperti:
               (i)          Perkara-perkara asas seperti yang menjawab 5W 1H (what, where, when, who, which dan how) – bagi memastikan tiada maklumat yang akan tercicir semasa menyediakan bahagian ini
             (ii)          Samada RP tersebut adalah RP yang pertama kali disediakan /  RP yang ditambah baik daripada RP yang lepas
           (iii)          Kajian-kajian yang dilakukan berkaitan perniagaan atau projek (jika ada) – dan dapatan perlu dinyatakan secara ringkas sebagai fakta tarikan yang menyokong isi kandungan RP
            (iv)          Strategi-strategi utama yang mampan dan berkesan
             (v)          Jika RP lebih menumpukan kepada aspek kewangan, pengenalan haruslah menyatakan fakta-fakta atau analisis kewangan yang terlibat.



SOALAN SPOT 5:

HURAIKAN MAKSUD OBJEKTIF BAGI SUATU RP YANG DISEDIAKAN DAN HURAIKAN 5 OBJEKTIF PENYEDIAAN RP...

DEF OBJEKTIF RP
Rancangan Perniagaan perlu menjelaskan matlamat jangka pendek dan jangka panjang dan bagaimana matlamat tersebut boleh dicapai. Sebagai contoh tujuan rancangan perniagaan ingin mendapat sumber kewangan seperti mendapat pinjaman kewangan daripada pihak bank atau mendapat sambutan pelabur untuk melaburkan modal mereka di dalam perniagaan tersebut
BIL
OBJEKTIF RP

Tujuan Penyediaan RP
Terdapat byk tujuan RP disediakan. Antaranya ialah:
        Mendapatkan pembiayaan kewangan yg meliputi perkara-perkara spt: tujuan kegunaan pembiayaan; jumlah keseluruhan yg diperlukan; kos-kos yg terlibat bg satu tempoh masa; dan anggaran/pengiraan bayaran balik pd asas bulanan dan tahunan
        Pelaksanaan projek baru yg mana ia melibatkan beberapa objektif yg lebih khusus, meliputi keseluruhan aspek SWOT  juga beberapa perkara lain spt:  tujuan projek/perniagaan secara jelas dan terperinci; pihak-pihak yg terlibat dan sokongan; dan fakta-fakta yg menyokong pelaksanaan projek
        Garis panduan menjalankan perniagaan yg bertujuan bg menjana strategi-strategi dan melaksanakannya dgn lebih berkesan; sumber rujukan bg mendapatkan maklumat atau fakta; kaedah bg mencapai koordinasi dikalangan para pekerja dan aktiviti sykt; dan sbg sbhgn drp elemen dlm sistem kawalan (ukuran pencapaian ataupun piawaian prestasi yg dpt dinilai secara lebih objektif)
        Pembentukan strategi sykt di mana RP yg baik boleh membantu sykt kenalpasti kedudukan di pasaran dan seterusnya menjana strategi jangka panjang atau jangka pendek dan juga memberi kekuatan kepada sykt utk menghadapi persaingan yg wujud dlm persekitaran
        Peruntukan dan penggunaan sumber-sumber yg dapat dibuat berdasarkan strategi-strategi yg dihasilkan oleh sykt berdasarkan kedudukan dan kapasiti yg sedia ada dan juga ramalan bg keperluan semasa dan akan datang




SOALAN SPOT 6:

APAKAH PERKARA YG PERLU DINYATAKAN DI DALAM LATAR BELAKANG SYARIKAT?

DEF LATAR BELAKANG SYARIKAT
·        Antara maklumat yang dimasukkan dalam bahagian ini ialah alamat, bentuk perniagaan, no. pendaftaran perniagaan, modal perniagaan dan sebagainya.
ELEMEN LATAR BELAKANG SYARIKAT/PERNIAGAAN
Latar Belakang Perniagaan
1.   Nama syarikat
2.   Nombor pendaftaran syarikat
3.   Alamat syarikat
4.   Alamat surat-menyurat (jika berlainan daripada alamat syarikat)
5.   Nombor telefon
6.   Alamat e-mel
7.   Alamat laman web
8.   Bentuk perniagaan
9.   Bentuk pemilikan syarikat
10.   Kegiatan utama
11.   Tarikh pendaftaran (jika perniagaan sudah dimulakan)
12.   Modal permulaan atau sumber pembiayaan
13.   Nama dan alamat pemegang saham
14.   Nama bank
15.   Jenis akaun perniagaan


SOALAN SPOT 7:
SENARAIKAN ELEMEN YG PERLU DINYATAKAN DI DALAM LATAR BELAKANG PEMILIK/AHLI KONGSI BAGI SESEBUAH RP YG DISEDIAKAN...

DEF LATAR BELAKANG PEMILIK
·        Bahagian ini mengandungi malkumat atau butir-butir peribadi pemilik perniagaan dan rakan kongsi jika ada, seperti nama penuh, kad pengenalan, tarikh lahir, umur, jantina, alamat, telefon, taraf perkahwinan, kelulusan akademik dan sebagainya.

ELEMEN LATAR BELAKANG PEMILIK/RAKAN KONGSI
Secara terperinci, ia mengandungi nama penuh, no. k/p, tarikh lahir, umur, jantina, alamat tetap, no. Telefon, taraf perkahwinan, latar belakang akademik, pengalaman kerja yg berkaitan, kemahiran atau kebolehan yg dimiliki, kursus yg pernah dihadiri, pekerjaan sekarang, dan perniagaan yg pernah diceburi

SOALAN SPOT 8:

APAKAH YG PERLU DIHURAIKAN OLEH USAHAWAN APABILA MENYEDIAKAN RP BAHAGIAN LATAR BELAKANG PROJEK....
DEF LATAR BELAKANG PROJEK
·        Latar belakang projek perlu menerangkan jenis, kos dan potensi di masa hadapan projek yang akan dijalankan
BIL
ELEMEN L/BELAKANG PROJEK

Pembangunan Produk
    1. Deskripsi Produk
    2. Polisi Produk
    3. Klasifikasi Produk
    4. Peletakan Produk
    5. Inovasi Produk



SOALAN SPOT 9:

RANCANGAN ORGANISASI MERUPAKAN ELEMEN YG PENTING YG PERLU DIMASUKKAN DI DALAM PENYEDIAAN SESEBUAH RP UTK MEMOHON PINJAMAN BANK. JELASKAN.

DEF RANCANGAN ORGANISASI
dilukis dan dijelaskan secara ringkas carta organisasi perniagaan yang dirancangkan.Maklumat seperti nama jawatan dan fungsi utama setiap jabatan diterangkan seperti Jabatan Pentadbiran, pemasaran, pengeluaran, kewangan dan sebagainya
BIL
ELEMEN RANCANGAN ORGANISASI

Strategi organisasi dan pengurusan – meliputi isi kandungan berikut:

1.      Matlamat dan strategi organisasi
  • Dinyatakan matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi dan strategi-strategi yang di bentuk untuk mencapai matlamat tersebut
2.      Sturktur organisasi
  • Sediakan satu cara organisasi yang sesuai berdasarkan matlumat dan strategiorganisasi
3.      Senarai kakitangan pengurusan
  • Senaraikan jawatan-jawatan pengurusan-bilangan kakitangan dan gaji
4.      Senarai butir-butir lengkap jawatan
  • Nyatakan nama jawatan, kelayakan akademik minimum dan kemahiran
5.      Imbuhan dan insentif
  • Sebutkan imbuhan dan skim insentif kepada tenaga kerja
6.      Perancangan keperluan dan susun atur pejabat
  • Senaraikan alat-alat kelengkapan yang diperlukan serta kos bagi setiap alat dan kelengkapan tersebut. Lakarkan pelan susun atur pejabat
7.      Belanjaan pentadbiran
  • Sediakan satu belanjawan pentadbiran yang melobatkan gaji dan upah, kos ubahsuai pejabat, bekalan pejabat, belanja pos, telefon, telegraf, keraian, peralatan dan kelengkapan-kelengkapan yang lain.



SOALAN SPOT 10:

RANCANGAN PEMASARAN DLM RP MENERANGKAN STRATEGI PEMASARAN YG AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENCAPAI MATLAMAT PEMASARAN PERNIAGAAN. JELASKAN.

DEF RANCANGAN PEMASARAN
·        Bahagian ini menerangkan strategi pemasaran yang akan digunakan untuk mencapai metlamat pemasaran perniagaan. Antara maklumat yang dimasukkan ialah produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
BIL
ELEMEN RANCANGAN PEMASARAN


1.                Sasaran pasaran
·        Siapakah pelanggan utama
·        Golongan remaja
·        Mahasiswa, pelajar sekolah, kanak-kanak dan lain-lain
·        Tahap pendapatan pelanggan
·        Tahap pendidikan pelanggan

2.                Persaingan
·        Senarai pesaing
·        Syarikat baru atau syarikat sedia ada
·        Peratusan sumbangan dalam pasaran di kawasan setempat
3.                Dan kaitkan kedua-duanya ke dalam 4 campuran pasaran (4p)
·        Produk (product)
·        Barangan atau perkhidmatan yang diberikan, nilai tambah produk
·        Ciri-ciri perkhidmatan yang unik berbanding dengan pesaing
·        Ciri-ciri lain yang mendapat kelebihan bersaing

4.                Harga (price)
·        Perlu realistik, berpatutan, kompetitif dan menjana keuntungan
·        Perlu juga diambil kira:
·        Selaras dengan kemudahan / perkhidmatan yang disediakan
·        Permintaan pengguna
·        Harga pesaing
·        Sensitiviti pengguna terhadap perubahan harga
·        Kos

5.                Promosi (promotion)
·        Pilihan media / publisiti yang ingin digunakan
·        Belanjawan
·        Keupayaan untuk promosi melalui ict – e-dagang

6.                Tempat (place)
·        Sesuai atau tidak dengan sasaran pasaran
·        Kelebihan lokasi
·        Berhampiran dengan kawasan tumpuan remaja – universiti, kilang, asrama
·        Masuk dalam kawasan msc sesuai dengan perniagaan yang dijalankan dari segi kemudahan dan prasarana
·        Di kawasan celik it – terdapat tahap pendidikan dan pendedahan terhadap it merupakan satu kelebihan




SOALAN SPOT 11:

HURAIKAN PERKARA YG PERLU DIGAMBARKAN OLEH USAHAWAN BAGI RANCANGAN PENGELUARAN/OPERASI BAGI RP YG DISEDIAKAN BAGI MEMPENGARUHI PIHAK PEMBIAYA UNTUK MEMBERI PINJAMAN.
DEF RANCANGAN PENGELUARAN/ OPERASI
-PERANCANGAN TENTANG PROSES PENGELUARAN

BIL
ELEMEN RANCANGAN PENGELUARAN

1.      Produk yang dikeluarkan – produk yang dikeluarkan, kuantiti keluaran sehari/sebulan dll
2.      Proses pengeluaran – cara proses pengeluaran dan kaedah pemprosesan . Tahap-tahap dalam pembangunan dan pengeluaran produk, masa dan wang yang diagihkan dalam setiap tahap, mesin dan peralatan  dan jumlah serta kemahiran pekerja yang terlibat.
3.      Kapasiti pengeluaran – keupayaan pengeluaran/jualan barang dan tawaran servis untuk sebulan. Nyatakan keupayaan mesin dan peralatan, pekerja, pasaran, kemampuan syarikat dll
4.      Rancangan pengeluaran – jumlah peneluaran yang dirancang sebulan/tahunan dan bagaimana ditentukan. Mengambil kira permintaan pelanggan, kapasiti maksimum kilang dll
5.      Mesin dan peralatan – senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan – jenis, spesifikasi, model, harga seunit, kegunaan, keupayaan dan pembekal mesin.
6.      Bahan mentah/ sumber – sumber pengeluaran – analisis setiap sumber yang digunakan dalam proses pengeluaran. Jumlah kuantiti, harga- kos seunit, pembekal, teknologi dll
7.      Tenaga kerja – senarai pekerja-pekerja yang terlibat dalam pengeluaran- jawatan, bilangan, kadar bayaran, gaji bulanan. Senarai jawatan, tanggungjawab, kemahiran, pengalaman dan huraian tugasan masing-masing. Pekerja tak langsung spt. Penjaga stor, pengangkut bahan mentah, pencuci dll





SOALAN SPOT 12:

BIASANYA USAHAWAN AKAN MEMBUAT RAMALAN TENTANG SASARAN KEBERUNTUNGAN BAGI OPERASI SYKT DI DALAM RANCANGAN KEWANGAN, HURAIKAN ELEMEN YG PERLU DIMASUKKAN DALAM RANCANGAN KEWANGAN SEBELUM RP DITUNJUKKAN KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN...
DEF RANCANGAN KEWANGAN
·        mengandungi perancangan untuk mencari sumber pembiayaan atau modal jangka pendek dan jangka panjang serta ramalan keuntungan.
·        Antara maklumat yang dimasukan ialah, kos perlaksanaan projek (mesin, tanah, buruh dan sebagainya)
BIL
ELEMEN RANCANGAN KEWANGAN

·        Elemen yang perlu dalam rancangan kewangan:
  1. Kos Perniagaan / Kos Perlaksanaan Projek
  2. Struktur Pembiayaan
  3. Tujuan Pembiayaan
  4. Penyediaan Unjuran Penyata-penyata Kewangan
  5. Kegunaan Unjuran Penyata-penyata Kewangan
  6. Penyata Perdagangan
  7. Penyata Pendapatan / Untung Rugi : Hasil dan Perbelanjaan
  8. Kunci Kira-kira: Aset, Liabiliti, dan ekuiti Pemilik
  9. Penyata Aliran Tunai: Perolehan dan Penggunaan Wang Tunai
  10. Analisis Prestasi Kewangan




Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com