PANDUAN KK PP 946/4 2017

PANDUAN  KK PP 946/4 2017
AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

KES MODULAR : LATIHAN & PEMBANGUNAN

Sekolah Rendah Ibnu Qayyum, sebuah sekolah rendah swasta yang terkenal di Terengganu. Bagi memastikan kecemerlangan berterusan dan permintaan tinggi dari  pelanggan, pihak pengurusan sekolah sentiasa memberi penekanan kepada kemahiran tenaga pengajarnya. Berbagai latihan khusus mengenai kaedah pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan dengan menjemput fasilitator berpengalaman. Puan Norma, seorang guru berpengalaman telah diminta memberi bimbingan kepada  Cik Salina, seorang guru yang baru dilantik dalam berbagai aspek tanggungjawab sebagai  tenaga pengajar. Setiap tahun pengurusan sekolah menganjurkan kursus motivasi kepada semua guru  manakala  guru-guru  senior dan cemerlang dihantar  mendapatkan latihan kepimpinan dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki.  Di samping itu, sepanjang perkhidmatan, setiap guru diberi tugas-tugas khas yang berbeza  selaku  ketua panitia mata pelajaran, setiausaha peperiksaan, guru koperasi dan sebagainya. Ini mematangkan setiap guru dan meningkatkan keyakinan mereka dalam menjalankan tugas seharian.

Berdasarkan kes di atas,
         i.            Huraikan 3 jenis latihan yang dilaksanakan pengurusan sekolah Ibnu Qayyum.[9]
       ii.            Bincangkan  perbezaan antara  latihan dan pembangunan yang dilaksanakan. [10]

CADANGAN JAWAPAN:
 

(i) 3 jenis latihan

1. Latihan sambil bekerja [1]
Belajar sambil bekerja [1]
Cth : Pihak sekolah membuat pusingan kerja dengan memberikan tugas-tugas khas yang berbeza kepada guru-gurunya. [1]


2. Latihan perantisan [1]
Pekerja baru akan bekerja di bawah pekerja mahir untuk melihat bagaimana mereka bekerja. [1]
Cik Salina telah diletakkan di bawah bimbingan guru yang lebih berpengalaman iaitu Puan Norma. [1]


3. Latihan di luar waktu kerja [1]
Pekerja menjalani latihan formal di luar waktu kerja [1]
Cth: Pihak sekolah sering mengadakan kursus khas seperti kaedah PDP/, motivasi / kursus kepimpinan kepada tenaga pengajarnya. [1] [F=1m, H=1m, Kaitan Kes=1m]


(ii)   Perbezaan latihan dan pembangunan

Aspek
Latihan [1m]
Pembangunan[1m]
Fokus
Kemahiran untuk kegunaan kerja
Sekarang/semasa
Untuk pekerjaan sekarang & masa hadapan
Skop
Peningkatan kemahiran Individu
Sekumpulan pekerja
Jangka masa
Memenuhi  keperluan j/pendek
Keperluan  j/panjang
Matlamat
Tingkatkan Kecekapan/Baiki
kelemahan/ubah sikap semasa
Persediaan Pengembangan kerjaya &
kemahiran untuk akan datang.
Cth
Latihan khusus PDP,
kursus motivasi,
Bimbingan guru berpengalaman iaitu puan Norma kepada Cik Salina
Latihan kepimpinan kepada guru senior dan cemerlang,
Pusingan kerja / tugasan berbeza

0 comments:

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com