XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP

XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP
SEM1&3 AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

PANDUAN ASAS PELAKSANAAN KAJIAN UNTUK GURU DAN PELAJAR TINGKATAN ENAM


Usaha pembudayaan penyelidikan di kalangan guru telah lama diperkenalkan di dalam bilik, sesuai dengan perkembangan untuk menjadikan guru sebagai pengamal reflektif. 

Penyelidikan dapat membantu mereka untuk memahami bidang ilmu pengetahuan yang mereka ceburi dan juga aspek-aspek pedagogi dalam menguruskan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan lebih mendalam dan meluas. 

Guru seharusnya sentiasa melakukan penyelidikan sepanjang menjalankan tugas masing-masing. 

Mereka perlu memahami kepelbagaian kaedah dan prosedur dalam melaksanakan penyelidikan, seperti pelaksanaan penyelidikan kualitatif, kuantitatif atau penyelidikan tindakan. 

Penyelidikan berskala kecil seperti penyelidikan tindakan tidaklah memerlukan masa dan kos yang begitu banyak untuk melaksanakannya. 

Yang penting adalah hasil dari proses penyelidikan tersebut akan dapat membantu guru menambah baik tugas masing-masing sebagai pendidik.

Garis panduan ini bertujuan untuk membantu guru-guru dan pelajar Tingkatan 6 menjalankan kajian di sekolah, di samping memberi kemahiran kepada guru-guru untuk membimbing dan menyelia pelajar Tingkatan 6 dalam pelaksanaan kajian. 

Ia juga dapat membantu penyelarasan dan penyeragaman kaedah pelaksanaan penyelidikan dari peringkat awal sehingga kepada penulisan laporan.

CARA PELAKSANAAN KAJIAN

Dijalankan secara individu atau berkumpulan tidak melebihi empat orang pelajar di bawah seliaan  seorang penyelia (guru). Setiap kumpulan wajib melaksanakan dan menyediakan laporan kajian. Kajian dilaksanakan dalam tempoh maksimum tiga semester. Proses kajian termasuk menghadiri kelas(bersemuka), penyediaan kertas cadangan kajian, pelaksanaan kajian, penulisan laporan kajian dan pembentangan kajian dalam satu kolokium.

Setiap laporan kajian dihantar pada minggu pertama semester ketiga dengan mengikut format:
·         15 hingga 25 muka surat
·         langkau satu setengah baris
·         font Arial 11


ISI KANDUNGAN DAN JADUAL PELAKSANAAN ASAS KAJIAN

  1. SEMESTER 1 :TINGKATAN 6 BAWAH (20 MINGGU)

A         KONSEP KAJIAN: (12 MINGGU) 

a)      Konsep kajian (1minggu/2 waktu)
i.        Definisi
ii.      Ciri-ciri
iii.    Tujuan

b)      Jenis-jenis Kajian (3 minggu/6 waktu)
i.        Tinjauan
ii.      Kajian Kes
iii.    Eksperimental
iv.     Ex-post facto
v.       Kajian tindakan

c)      Proses Kajian (3 minggu/6 waktu)
i.        Mengenal pasti isu/masalah
ii.      Merancang strategi
iii.    Melaksanakan kajian
iv.    Mengumpul dan menganalisis data
v.      Kesimpulan dan perbincangan

d)     Metodologi Kajian (5 minggu/10 waktu)
i.        Rekabentuk kajian
ii.      Persampelan
iii.    instrumen kajian
iv.    prosedur kajian
v.      kaedah analisis data

B.        PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN KAJIAN (8 MINGGU)

a.       Teknik penulisan ilmiah (2minggu/4 waktu)
                                                  i.      Format kertas cadangan kajian
                                                ii.      Teknik membuat rujukan/nukilan (citation)
                                              iii.      Format menulis bibliografi

b.      Penulisan Kertas Cadangan (6 minggu/12 waktu)
                                                  i.      Mengenal pasti isu/masalah
                                                ii.      Sorotan kajian
                                              iii.      Metodologi kajian
                                              iv.      Jadual pelaksanaan kajian

  1. SEMESTER 2 : TINGKATAN 6 ATAS (20 MINGGU)

C. PELAKSANAAN KAJIAN (10 MINGGU)

a)      Pembentangan kertas cadangan  
b)      Laporan kemajuan kajian mengikut jadual
c)      Perjumpaan berkala dengan penyelia

            D. PENYEDIAAN LAPORAN KAJIAN(10 MINGGU)

a.       Ciri-ciri laporan kajian yang baik
b.      Format laporan kajian
c.       Penulisan laporan kajian

  1. SEMESTER 3 : TINGKATAN 6 ATAS (20 MINGGU)

E. KOLOKIUM
a.       Pembentangan peringkat sekolah
b.      Pembentangan peringkat daerah
c.       Pembentangan peringkat negeri



1 comments:

CikguLizaPP January 12, 2012 at 4:55 PM  

Terima kasih atas panduan ini.

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com