XPRESS RIVISION OVERVIEW MIND MAP P1P3 STPM

XPRESS RIVISION OVERVIEW MIND MAP P1P3 STPM
AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

PENAMBAHBAIKAN & PEMBETULAN DALAM BAB 1 BUKU PP PENGGAL 1


SALAM 1 MALAYSIA


BERIKUT ADALAH MAKLUMAT PENAMBAHBAIKAN & PEMBETULAN DALAM    BAB 1 BUKU LEMBARAN STPM PENGGAL PERTAMA PENGAJIAN PERNIAGAAN.

SEMUA TULISAN YANG BERWARNA MERAH 
ADALAH PENAMBAHBAIKAN @ PEMBETULAN. HARAP MAKLUM


BAB 1 :PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA

1.1       Pengenalan kepada perniagaan



DEFINISI
PERNIAGAAN
·         Sediakan-barang & perkhidmtan
·         Untuk-memuaskan kehendak & keperluan pelanggan
·         Melalui-pertukaran nilai
·         Untuk dapatkan-keuntungan
BEZA PERNIAGAAN DAN BUKAN PERNIAGAAN
ASPEK
ORGANISASI PERNIAGAAN
ORGANISASI BUKAN PERNIAGAAN
Tujuan/
Matlamat Kewangan
Matlamat utama ialah keuntungan maksimum untuk kepentingan organisasi
Matlamat ialah meningkatkan kebajikan ahli/sosial/kepentingan bersama
Sumber Kewangan

Sumber kewangan dari modal sendiri  dan keuntungan perniagaan
Dari yuran ahli & sumbangan masyarakat/tajaan/derma/swasta
Aktiviti

Aktiviti utama ialah pengeluaran & penjualan barang & perkhidmatan
Aktiviti utama bercorak kemasyarakatan seperti kempen, kursus/ceramah dll
Akta

Penubuhan tertakluk kepada undang-undang perniagaan (Akta syarikat 1965, perkongsian 1974, Akta Koperasi 1993)
Tertakluk kepada Akta Pertubuhan 1966
Pendaftaran
Pendaftar Syarikat, Pendaftar Perniagaan, Jabatan Pembangunan Koperasi.
Pendaftar Pertubuhan
Bentuk
Syarikat, Perkongsian, Milikan Tunggal, Koperasi.
Badan Bukan kerajaan, parti politik, kelab dan persatuan.
Contoh organisasi
Contoh: Telekom, TNB, MAS, HICOM
Pemadam, Persatuan Pengguna, UMNO, FOMCA, MARA dll.



KEPENTINGAN KEUNTUNGAN KPD PERNIAGAAN
1.       Ganjaran kpd pengusaha-sebab sanggup hadapi risiko
2.       Sebagai sumber modal-utk pembesaran/penerusan perniagaan(survival)
3.       Tahap Keuntungan Lambangkan imej/kecemerlangan sykt
4.       Sebagai kayu ukur kejayaan/Petunjuk Prestasi sykt- terhdp matlamat dan hala tuju
5.       Dorongan/keyakinan kpd pelabur- untuk mula/terus melabur
6.       Meningkatkan Motivasi pekerja- bonus keuntungan meningkatkan semangat pekerja
PERANAN PERNIAGAAN KEPADA PENGGUNA
1.       Menghasilkan barangan & perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
2.       Mengagihkan dan mengedarkan barangan dan perkhidmatan untuk sampai ke tangan pengguna pada harga dan kos berpatutan, kuantiti yang dikehendaki pengguna dan tepat masa.
3.       Menyediakan barangan yang berkualiti, bernilai tinggi dan selamat digunakan
4.       Memastikan barangan dan perkhidmatan yang disediakan adalah sentiasa cukup untuk menampung keperluan pengguna.
5.       Memastikan harga yang dikenakan atau dicaj atas barangan dan perkhidmatan kepada pengguna adalah berpatutan dan mampu dibayar oleh pengguna.
6.       Menyediakan barangan dan perkhidmatan yang pelbagai agar pengguna boleh membuat pilihan yang bijak.
KEPENTINGAN PERNIAGAAN KPD MASYARAKAT
1.       Peluang pekerjaan kpd mykt
2.       Penuhi kehendak  & keperluan mykt-brg dan perkhidmatan
3.       Biayai projek pembangunan mykt-kemudahan awam
4.       Menjalankan tanggungjawab sosial-pemuliharaan alam, jamin persekitaran bersih, derma, tajaan utk aktiviti kemasyarakatan
5.       Menawarkan produk berkualiti dgn harga berpatutan
6.       Meningkatkan taraf hidup masyarakat-memberi pendapatan yg stabil agar mykt dpt nikmati kehidupan yg selesa.
KEPENTINGAN PERNIAGAAN KEPADA EKONOMI NEGARA
1.       Tingkatkan pendapatan negara-cukai
2.       Mewujudkan peluang pekerjaan-kurangkan pengangguran
3.       Kurangkan inflasi-dgn hasilkan brg dan perkhidmatan yg cukup
4.       Membangunkan industri hiliran & huluan /industri sampingan
5.       Wujudkan penempatan baru/bandar-bandar baru-aktiviti perniagaan akan menarik ramai penduduk menetap di sesuatu tempat.
6.       Penggunaan sumber bahan mentah negara dengan berkesan/optima
7.       Menstabilkan ekonomi negara-
8.       Mengurangkan aliran wang keluar negara-pengurangan import barangan/produk dari luar negara
KEPENTINGAN PERNIAGAAN KEPADA NEGARA
1.       Membantu kerajaan/negara menyediakan kemudahan infrastruktur melalui sumbangan dalam bentuk pembinaan kemudahan perhentian bas, pembinaan jalan raya, kemudahan pengangkutan dan sebagainya.
2.       Membantu kerajaan/negara dalam membangunkan modal insan yang dapat memenuhi keperluan tenaga kerja pada masa hadapan melalui latihan industri, kursus peningkatan kecekapan dan kemahiran serta kursus-kursus di IPTS yang berkaitan dengan perniagaan.
3.       Aktiviti perniagaan mampu meningkatkan kegiatan pelaburan dalam negara
4.       Perniagaan meningkatkan aktiviti pengeluaran dan eksport.
5.       Perniagaan menyumbang kepada pendapatan negara melalui pembayaran cukai.
6.       Perniagaan mewujudkan perniagaan sokongan dalam negara.
FAKTOR PENGELUARAN
Tanah  Bahan Mentah
·         Sumber alam semulajadi-input bahan mentah spt hasil pertanian, hasil laut, petroleum, sumber hutan dsb
·         Lokasi  perniagaan-tempat menjalankan perniagaan
·         Merangkumi semua input atau bahan asas yang diperlukan semasa proses pengeluaran produk atau perkhidmatan.
BuruhModal Insan (Buruh)
·         Sumber manusia (fizikal/mental), mahir/tdk mahir
·         Utk tukar input kpd output
Modal
·         Apa sahaja bentuk input yang digunakan untuk proses ekonomi bagi menghasilkan keuntungan ekonomi dan daya pengeluaran .  Termasuk dalam modal ialah wang , peralatan, mesin dan lain-lain aset.
·         Sumber kekayaan utk hasilkan lebih kekayaan
·         Wang-utk beli aset, belanja operasi
Keusahawanan
·         Kebolehan/kemahiran gembleng faktor pengeluaran
·         Kreatif/inovatif hasilkan produk
·         Sanggup hadapi risiko perniagaan
Teknologi
·         Perubahan penggunaan sains yang membolehkan sesuatu yang baru dihasilkan dan prosedur kerja yang lebih baik dibentuk.
PROSES PERNIAGAAN
1.       Input – faktor pengeluaran (tanah Bahan mentah, modal, buruh, keusahawanan)
2.       Proses Transformasi/pengeluaran- Proses Tambah Nilai-tukar INPUT kpd brg ½ siap @ brg siap melalui PROSES TAMBAH NILAI Transformasi
3.       Output- brg siap (CTH) sedia utk dijual kpd-pengguna akhir/pengguna industri
4.       Pemasaran/Jualan-kpd pengguna sasaran, dipengaruhi oleh faktor persekitaran umum
5.       Keuntungan-diperolehi=jumlah hasil TOLAK belanja operasi(senaraikan)

CABARAN PERNIAGAAN AKAN DATANG
1.       Globalisasi/Dunia tanpa sempadan-persaingan harga/kualiti/modal/budaya/pekerja
2.       Peningkatan Kemajuan teknologi-perubahan produk/cepat/modal tinggi/kemahiran
3.       Peningkatan tanggungjawab sosial-batasan/desakan NGO/prihatin OKU/persekitaran
4.       Peningkatan sistem perniagaan Islam (perbankan Islam)-pematuhan syariah
5.       Kewujudan blok-blok perdagangan-pasaran tepu/sengit/batasan perdagangan
6.       Sumber semakin berkurangan-batasan pengeluaran/perlu inovasi/kreatif/lebih cekap
7.       Perubahan struktur demografi-pekerja wanita byk-perlu perubahan suasana

0 comments:

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com