XPRESS RIVISION OVERVIEW MIND MAP P1P3 STPM

XPRESS RIVISION OVERVIEW MIND MAP P1P3 STPM
AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

PANDUAN PBS 2013 : KEHENDAK SOALAN DAN LANGKAH2 AWAL CALON





Soalan kerja kursus.

Calon diminta membuat kajian ke atas sebuah organisasi awam atau swasta. Calon boleh memilih organisasi yang terlibat dalam aktiviti berasaskan produk atau berasaskan perkhidmatan.

Calon  dikehendaki  mengumpul,  menyusun,   menganalisis,  menjelaskan,  dan  menuliskan laporan lengkap berkaitan perkara-perkara yang berikut:

(a)  Reka bentuk organisas
(b)  Proses pengorganisasia
(c Konsep pengorganisasian
(d)  Gaya kepimpinan pemimpin tertinggi organisasi tersebut

Nota: Laporan kajian mestilah berpandukan Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) STPM baharu.



9 Tanggungjawab calon


  1. Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan
  2. Calon  dikehendaki  merancang  dan  melaksanakan  kerja  kursus  dari  awal   penggal  3 sehingga tamat penggal tersebut
  3. Calon  hendaklah  mendapat  bimbingan  guru  dalam  pemilihan  tajuk  dan  pelaksanaan kajian
  4. Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi mencari dan mengumpul fakta
  5. Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah disediakan secara individu
  6. Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-sumber  rujukan  bagi  setiap  fakta  dan  juga  maklumat  yang  diambil  daripada mana-mana bahan atau tulisan
  7. Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint
  8. Bagi  calon  persendirian,   calon  bebas  untuk  memilih  mana-mana   pembimbing   atas tanggungan sendiri
  9. Untuk mendapat taklimat berkaitan dengan kerja kursus, calon persendirian hendaklah menyemak portal MPM untuk mendapat maklumat tentang tarikh, tempat, dan waktu

Format Penulisan


1. Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari maklumat tambahan

Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format berikut:

(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten


2. Panjang penulisan sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak melebihi  6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran

3. Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan.

4. Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti berikut: 

(a) Kulit hadapan kerja kursus calon (Lampiran 1)
(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
(d) Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)
(e) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan


5. Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid


Struktur Penulisan

Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan tetapi laporan kerja kursus hendaklah disediakan secara individu. Oleh itu, satu laporan kerja kursus yang lengkap perlu dibuat. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

(a) Pengenalan/Tajuk dan Abstrak
Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji. 


(b) Objektif kajian
Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah ditentukan.

(c) Latar belakang/Lokasi kajian
Huraian ringkas tentang keluasan, kedudukan, letakan serta ciri alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang ada di kawasan kajian yang dijalankan.

(d) Kaedah kajian
Huraian tentang cara kajian dilakukan, seperti pengukuran, pencerapan, soal-selidik, temu temubual, dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta.

(e) Dapatan kajian dan perbincangan
Pembentangan dan perbincangan tentang dapatan kajian yang telah dianalisis, merangkumi punca, proses, dan impak serta membandingkan, membezakan, dan menilai fakta dan maklumat. Hasil kajian hendaklah dalam bentuk penulisan kajian dan boleh disokong dalam bentuk jadual, rajah, dan graf.

(f) Penutup
Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan

(g) Senarai rujukan

(h) Lampiran





JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN




MASA
PERANCANGAN DAN
PERLAKSANAAN AKTIVITI

TINDAKAN PELAJAR/CALON

29 Mei hingga
9 Jun 2013

Tugasan kerja kursus diterima

·  Menerima arahan tugasan. Semak http://www.mpm.edu.my
·  Memahami skop tugasan kerja kursus
·  Merancang jadual kerja

10 Jun hingga
28 Jun 2013

Persiapan awal sebelum ke lapangan

Membuat persiapan awal:
·  Keperluan kewangan
·  Pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga
·  Perancangan kerja
·  Penyediaan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik
·  Mengenal pasti sumber rujukan, seperti sumber sekunder,sumber Internet, dan
sumber-sumber lain.

10 Jun hingga
28 Jun 2013

Pelaksanaan tugasan lapangan

·  Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual dan kaji selidik
·  Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder

1 Julai hingga
31 Julai 2013

Penyediaan dan penulisan laporan kerja kursus untuk sesi penilaian

·  Menyusun dapatan (data dan maklumat)
mengikut keutamaan dan struktur tugasan
·  Memproses, mentafsir, menganalisis, dan merumus data dan maklumat
·  Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk yang sesuai, seperti peta lokasi, jadual, graf, carta dan lain-lain
·  Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubung kait dengan prinsip dan teori yang dipelajari
·  Berlatih membuat pembentangan mengikut format yang sesuai

1 Ogos hingga
20 September
2013

Sesi pembentangan dan penilaian

·  Hantar laporan bertulis
·  Sesi pembentangan
(10 minit hingga 15 minit sahaja untuk
setiap calon)




PANDUAN PENYEDIAAN KERJA KURSUS 

Powered by Cg aZLy



LANGKAH PERTAMA CALON


  1. FAMAHAMI KEHENDAK SOALAN DAHULU IAITU SOALAN MEMINTA CALON MENCARI 1 ORGANISASI SAMA ADA BERBENTUK ORGANISASI AWAM ATAU SWASTA
** ORGANISASI SEKOLAH KERAJAAN ADALAH TIDAK TERMASUK DALAM ORGANISASI YANG DIBENARKAN OLEH PIHAK MPM. HARAP MAKLUM


CONTOH ORGANISASI AWAM



Senarai Organisasi Kerajaan, Persatuan Dan Badan Perniagaan/Usahawan


Berikut adalah senarai organisasi yang mempunyai peranan masing-masing dalam memenuhi keperluan para usahawan dan perniagaan.

  1. SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Perkhidmatan pendaftaran perniagaan dan syarikat. - www.ssm.com.my
  2. LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri). Mengurus hal ehwal cukai perniagaan. - www.hasil.gov.my
  3. PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) - www.perkeso.gov.my
  4. KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) - www.kwsp.gov.my
  5. PPZ (Pusat Pungutan Zakat) - www.zakat.com.my
  6. DPIM (Biro Usahawan Muda Dewan Perdagangan Islam Malaysia) – FB Page DPIM
  7. DUID (Dewan Usahawan Industri Desa Malaysia) – FB Page DUID
  8. SME Corp. (Small and Medium Enterprise Corporation Malaysia). Dahulunya dikenali sebagai SMIDEC, dan kemudian ditukar kepada SME Corp., iaitu menjadi pusat maklumat setempat untuk perniagaan dan usahawan Malaysia. - www.smecorp.gov.my
  9. DPMM Pusat (Dewan Perniagaan Melayu Malaysia) - www.malaychamber.com
  10. PUIM (Persatuan Usahawan Internet Malaysia). Satu-satunya persatuan yang aktif menganjurkan aktiviti berkaitan perniagaan online, serta saluran hal ehwal bidang perniagaan internet di Malaysia. - www.puim.my
  11. PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad). Menyediakan aktiviti seperti kursus, seminar dan peluang pinjaman kepada usahawan dan perniagaan. - www.punb.com.my
  12. MARA (Majlis Amanah Rakyat) - www.mara.gov.my
  13. SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia) - www.skm.gov.my
  14. INSKEN (Institut Keusahawanan Negara) – www.insken.gov.my
  15. Portal Rakyat Malaysia - www.malaysia.gov.my (Untuk pendaftaran perniagaan SSM secara Online, perlu melalui portal ini).
  16. TERAJU (Peneraju Bumiputera) – www.teraju.gov.my
  17. MKM (Maktab Koperasi Malaysia) - www.mkm.edu.my
  18. PNS (Perbadanan Nasional Berhad). Untuk bisnes francais. - www.pns.com.my
  19. MyIPO (Intellectual Property Corporation of Malaysia / Perbadanan Harta Intelek Malaysia) - www.myipo.gov.my
  20. KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) - www.kpdnkk.gov.my
  21. MDeC (Multimedia Development Corporation) - www.mdec.my
  22. SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) - www.skmm.gov.my
  23. MIDF (Malaysian Industrial Development Finance Berhad) - www.midf.com.my
  24. MATRADE (Malaysia External Trade Development Corporation / Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia). Untuk perniagaan eksport produk ke luar negara. - www.matrade.gov.my
  25. The RIGHTS. Ini adalah sebuah syarikat awam. Mereka banyak menganjurkan aktiviti dan program keusahawanan. – www.rights.com.my
  26. MPC (Malaysia Productivity Corporation) - www.mpc.gov.my
  27. SME-INFO. Pusat maklumat setempat mengenai perniagaan kecil dan sederhana. - www.smeinfo.com.my
  28. Halal Malaysia – Permohonan sijil halal. - www.halal.gov.my
  29. MOSTI (Ministry of Science, Technology and Innovation) - www.mosti.gov.my
  30. Penyedia nama domain dot my ( .my ) - www.domainregistry.my
  31. SIRIM Malaysia - www.sirim.my
  32. HDC Global (Halal Industry Development Corporation). Memajukan industri halal di Malaysia. - www.hdcglobal.com

Banyak juga organisasi yang memainkan peranan masing-masing. Semoga senarai di atas memberi kemudahan untuk para usahawan membuat pilihan pihak yang terlibat.



Senarai Badan Kerajaan

BIL
NAMA ORGANISASI
ALAMAT WEB
1
Agensi Anti Dadah Kebangsaan
2
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
3
Biro Bantuan Guaman
4
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia
5
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
6
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
7
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM)
8
Jabatan Peguam Negara
9
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
10
Jabatan Penjara Malaysia
11
Jabatan Perkhidmatan Awam
12
Jabatan Tenaga Malaysia
13
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji
14
Jabatan Agama Islam Selangor
15
Majlis Agama Islam Negeri Selangor
16
Jabatan Agama Islam Melaka
17
Majlis Agama Islam Melaka
18
Jabatan Agama Islam Wilayah
19
Jabatan Agama Islam Pulau Pinang
20
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
21
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
22
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan
23
Jabatan Hal Ehawal Agama Islam Negeri Kelantan
24
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
20
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
25
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
26
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
27
Jabatan Agama Islam Perak
28
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan
29
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
30
Jabatan Agama Islam Sarawak
31
Jabatan Agama Johor
32
Majlis Agama Islam Johor
33
Majlis Agama Islam Negeri Kedah
34
Jabatan Agama Negeri Sembilan
35
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
36
Jabatan Agama Islam Pahang
37
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang

*SEMUA HOSPITAL KERAJAAN
*SEMUA KLINIK KERAJAAN
*SEMUA PPD/JPN



Senarai Badan Berkanun [ORGANISASI AWAM]

1.       KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MALAYSIA
a.       AKADEMI SAINS MALAYSIA

2.       KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
c.       LEMBAGA PELABUHAN KLANG
d.      LEMBAGA PELABUHAN KEMAMAN

3.       KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
a.       MAJLIS SUKAN NEGARA
c.       KOMPLKES SUKAN NEGARA

4.       KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

5.       KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
a.       PERBADANAN PUTRAJAYA
b.      PERBADANAN LABUAN

6.       KEMENTERIAN PERUSAHAAN DAN PERLADANGAN KOMODITI
b.      LEMBAGA LADA MALAYSIA
c.       LEMBAGA KOKO MALAYSIA
e.      LEMBAGA GETAH NEGARA

7.       KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

8.       KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

9.       KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

10.   KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

11.   KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
f.        BANK RAKYAT

12.   KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
c.       PERBADANAN PERWIRA HARTA MALAYSIA (PPHM)

13.   KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR

14.   KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

15.   KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA

16.   KEMENTERIAN PERTANIAN DAM INDUSTRI ASAS TANI

17.   KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
c.       MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

18.   KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

19.   KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
a.       FELCRA
b.      RISDA
c.       MARA
d.      KEMAS
f.        KESEDAR
g.       KETENGAH

20.   KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN



CONTOH ORGANISASI SWASTA


Astro
Karangkraf Sdn Bhd
Petronas Gas Sdn Bhd
Kuala Lumpur Convention Centre
Hewlet Packard
Ritz Carlton KL
Malaysian Petronas Club
Sony Malaysia
Sunway Resort Hotel Malaysia
Glaxo Smith Kline
The Raintree of Kuala Lumpur
Texas Instrument Malaysia
Istana Budaya Malaysia
Allianz Life Insurance
Greast Eastern Life Insurance
Telekom Malaysia Berhad
Tenaga Nasional berhad
Murphy Sarawak Oil and Gas

Maxis
digi
celcom



LAIN2 ORGANISASI SWASTA

*SEMUA HOSPITAL SWASTA
*SEMUA SEKOLAH SWASTA
*SEMUA IPTS
*SEMUA SYARIKAT SDN BHD
*SEMUA SYARIKAT BHD
*SEMUA HOTEL SWASTA
*SEMUA BANK SWASTA
*SEMUA SYARIKAT INSURANS SWASTA
*SYARIKAT PERKHIDMATAN BAS AWAM/BAS EKSPRESS
*SYARIKAT COURIER/PENGHANTARAN BARANG
*SUPERMARKET2
*MYDIN
*GIANT
*TESCO
*JUSCO
*ISETAN
*PARKSON
*CARREFOUR
*AGENSI PELANCONGAN
*PANGGUNG2 WAYANG GCS, TGV CINEPLEX
*SYARIKAT KEDAI TAYAR 

2. CALON DIKEHENDAKI CUBA MENDAPATKAN MAKLUMAT/INFO BERKAITAN ORGANISASI YANG HENDAK DIKAJI, BOLEH CUBA DAPATKAN INDIVIDU YANG BOLEH DIHUBUNGI UNTUK MENDAPATKAN PERSEUJUAN LISAN DAHULU BAGI MENJADIKAN PENGURUSAN ORGANISASI TERSEBUT SEBAGAI SUBJEK YANG HENDAK DIKAJI



LANGKAH KE-2 CALON

BINA/JANA TAJUK YANG SESUAI

1. TAJUK MESTI MENGGAMBARKAN TENTANG PERKARA YANG HENDAK DIKAJI DAN MAKSUD TAJUK MERANGKUMI :

(a Reka bentuk organisas
(b Proses pengorganisasia
(c)   Konsep pengorganisasian
(d Gaya kepimpinan pemimpin tertinggi organisasi tersebut

2. CONTOH TAJUK :


"KAJIAN TENTANG PENGURUSAN ORGANISASI CELCOM CAWANGAN KUANTAN"


"JUSCO: KAJIAN TENTANG PENGORGANISASIAN DAN KEPIMPINAN TERTINGGI"


"PROSES PENJABATAN DAN GAYA KEPIMPINAN YANG DIAMALKAN OLEH Majlis Agama Islam Negeri Selangor"


"PROSES PENGORGANISASIAN, REKA BENTUK DAN GAYA KEPIMPINAN PENGURUSAN Agensi Anti Dadah Kebangsaan"


"KAJIAN TENTANG BENTUK PENJABATAN DAN PROSES PENJABATAN YANG DIAMALKAN SERTA GAYA KEPIMPINAN PEMIMPIN TERTINGGI RISDA CAWANGAN KOTA BHARU"


"GAYA KEPIMPINAN PENGURUSAN DAN PROSES PEMBENTUKAN CAWANGAN SYARIKAT TRANSNATIONAL CAWANGAN ALOR SETAR"


"KAJIAN GAYA KEPIMPINAN DAN PROSES REKA BENTUK JABATAN YANG DIAMALKAN OLEH KUALA TERENGGANU SPECIALIST CENTRE"



SELAMAT MELAKSANAKAN KERJA KURSUS


NEXT POSTING:
LANGKAH 3 : PENULISAN ABSTRAK DAN PENGENALAN

0 comments:

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com