PANDUAN KK PP 946/4 2017

PANDUAN  KK PP 946/4 2017
AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

PENGGAL 1 : KULIAH 1 BAB 1 : 1.1 Pengenalan kepada perniagaan

KULIAH 1

Mata Pelajaran
:
PENGAJIAN PERNIAGAAN  [PERNIAGAAN]

Tajuk 
:
1. Perniagaan dan Persekitarannya

Sub Tajuk
:
1.1 Pengenalan kepada perniagaan


Hasil Pengajaran dan Pembelajaran
Calon seharusnya dapat:
(a) mentakrifkan maksud perniagaan;  
(b) membandingkan organisasi yg bermotifkan untung dgn organisasi yg tidak bermotifkan untung;
(c) menjelaskan kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan;
(d) membincangkan peranan perniagaan terhadap pengguna, masyarakat, ekonomi, dan negara;

KONSEP ORGANISASI PERIAGAAN:

“Perniagaan boleh didefinisikan sebagai sebuah organisasi yang melakukan aktiviti penyediaan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi dan memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan.”


KONSEP ORGANISASI BUKAN PERNIAGAAN:

“Bukan perniagaan ialah organisasi yang dibentuk bagi menjaga kepentingan dan mencapai tujuan masyarakat atau ahli mereka.”


ELEMEN ASAS DALAM PERNIAGAAN:

1.    Barangan dan perkhidmatan
§  Barangan adalah produk fizikal seperti kenderaan, makanan, pakaian dan sebagainya.
§  Perkhidmatan merupakan aktiviti yang membantu dan memberi faedah kepada perniagaan seperti perkhidmatan pengangkutan, insurans, pelancongan dan sebagainya.
§  Barangan dan perkhimatan ini disediakan dan ditawarkan untuk memenuhi kehendak dan keperluan manusia.

2.    Memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan
§  Keperluan merujuk kepada barangan asas yang diperlukan untuk kehidupan manusia seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dan sebagainya.
§  Kehendak merujuk kepada penggunaan barangan yang tidak terhad untuk keselesaan hidup seperti hiburan, peralatan rumah dan sebagainya.
§  Untuk mencapai keuntungan, perniagaan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi dan memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan.

3.    Pertukaran nilai
§  Pertukaran nilai merujuk kepada perpindahan barangan dan perkhidmatan daripada perniagaan kepada pelanggan.
§  Barangan dan perkhidmatan akan dinilaikan dengan sejumlah nilai tertentu oleh peniaga biasanya dalam nilai wang.
§  Proses ini melibatkan persetujuan antara penjual dengan pembeli.

4.    Keuntungan perniagaan
§  Keuntungan adalah matlamat utama semua perniagaan.
§  Keuntungan adalah hasil bersih daripada jualan barangan atau perkhidmatan setelah ditolak kos-kos pengeluaran, kos operasi, cukai dan kos-kos lain yang terlibat.
§  Keuntungan adalah kayu pengukur kejayaan dan ganjaran bagi perniagaan yang mampu bersaing di pasaran.

Perbezaan antara Perniagaan dan Bukan Perniagaan

Aspek
Organisasi Perniagaan
Organisasi Bukan Perniagaan
Tujuan dan
Matlamat Kewangan
Matlamat utama ialah keuntungan maksimum untuk kepentingan organisasi
Matlamat utama ialah meningkatkan kebajikan ahli/sosial/kepentingan bersama
Sumber Kewangan

Sumber kewangan dari modal sendiri  dan keuntungan perniagaan
Sumber kewangan dari yuran ahli dan sumbangan masyarakat/tajaan/ derma/ swasta
Aktiviti

Aktiviti utama ialah pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan
Aktiviti utama bercorak kemasyarakatan seperti kempen, kursus/ceramah dan lain lain
Akta

Penubuhan tertakluk kepada undang-undang perniagaan (Akta syarikat 1965, perkongsian 1974, Akta Koperasi 1948)
Penubuhan tertakluk kepada Akta Pertubuhan 1966
Pendaftaran
Pendaftar Syarikat, Pendaftar Perniagaan, Jabatan Pembangunan Koperasi.
Pendaftar Pertubuhan
Bentuk
Syarikat, Perkongsian, Milikan Tunggal, Koperasi.
Badan Bukan kerajaan, parti politik, kelab dan persatuan.


KONSEP KEUNTUNGAN:

Keuntungan adalah bersamaan dengan Jumlah Hasil (TR) ditolak dengan Jumlah Kos (TC). Dalam bahagian teori permintaan, telah diterangkan firma dapat menentukan TR melalui hasil dharab harga (P) dan kuantiti permintaan (Q).


Kepentingan Keuntungan kepada Perniagaan

1.     Keuntungan sebagai ganjaran kepada pengusaha dan pemilik perniagaan kerana sebab sanggup menghadapi risiko dalam perniagaan.
2.     Keuntungan sebagai sumber modal kepada perniagaan untuk pembesaran perniaagan, penerusan perniagaan atau survival dalam perniagaan.
3.     Keuntungan juga adalah sebagai lambangkan imej dan kecemerlangan sesebuah syarikat.
4.     Keuntungan sebagai kayu ukur kejayaan dan petunjuk prestasi kejayaan sesebuah syarikat di mana keuntungan menunjukkan pencapaian matlamat dan hala tuju syarikat.
5.     Keuntungan sebagai dorongan dan keyakinan kepada pelabur  untuk mula dan terus melabur ke dalam syarikat.
6.     Keuntungan akan meningkatkan motivasi pekerja dalam syarikat  segala pemberian bonus daripada keuntungan akan dapat meningkatkan semangat pekerja.


Peranan Perniagaan Kepada Pengguna


SIAPA ITU PENGGUNA?

“Individu atau sesiapa yang menggunakan barang, perkhidmatan atau sumber alam semula jadi untuk memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing"

Antara peranan perniagaan kepada pengguna ialah:

1.      Perniagaan perlu menghasilkan barangan dan  perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
2.      Perniagaan perlu mengagihkan dan mengedarkan barangan dan perkhidmatan untuk sampai ke tangan pengguna pada harga dan kos berpatutan, kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna dan tepat pada masa yang diperlukan.
3.      Perniagaan perlu menyediakan barangan yang berkualiti, bernilai tinggi dan selamat digunakan oleh pengguna.
4.      Perniagaan perlu memastikan barangan dan perkhidmatan yang disediakan adalah sentiasa cukup untuk menampung keperluan pengguna.
5.      Perniagaan perlu memastikan harga yang dikenakan atau dicaj atas barangan dan perkhidmatan kepada pengguna adalah berpatutan dan mampu dibayar oleh pengguna.
6.      Perniagaan perlu menyediakan barangan dan perkhidmatan yang pelbagai agar pengguna boleh membuat pilihan yang bijak.


Peranan Perniagaan Kepada Masyarakat

SIAPA ITU MASYARAKAT?

“Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat.”

Antara tanggungjawab dan peranan organisasi perniagaan kepada masyarakat ialah:

1.     Kewujudan  perniagaan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat.
2.     Perniagaan berperanan untuk memenuhi cita rasa serta kehendak  dan keperluan masyarakat melalui menyediaan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dan selamat digunakan.
3.     Perniagaan berperanan membiayai projek pembangunan masyarakat seperti penyediaan kemudahan awam dan lain-lain infrastruktur.
4.     Perniagaan berperanan menjalankan tanggungjawab sosial seperti pemuliharaan alam, jamin persekitaran bersih, derma, tajaan untuk aktiviti kemasyarakatan
5.     Perniagaan berperanan menawarkan produk berkualiti dengan harga berpatutan
6.     Perniagaan berperanan meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan memberi pendapatan yang stabil agar masyarakat dapat menikmati kehidupan yang selesa.


Peranan Perniagaan Kepada Ekonomi

APA ITU EKONOMI?

“Ekonomi adalah satu bidang ilmu sains sosial yang mengkaji tentang individu dan masyarakat dalam membuat pilihan yang cekap bagi menggunakan sumber ekonomi yang terhad seperti bahan mentah, modal insan, modal dan keusahawanan dengan kehendak manusia yang tidak terhad.”

Antara peranan dan sumbangan sesebuah perniagaan kepada ekonomi sesebuah negara ialah:

1.     Perniagaan berperanan untuk meningkatkan pendapatan negara melalui pembayaran cukai perniagaan.
2.     Kewujudan perniagaan mengurangkan kadar pengangguran dengan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk.
3.     Perniagaan berperanan mengurangkan inflasi dengan menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang cukup.
4.     Perniagaan berperanan membangunkan industri huluan dan hiliran serta industri sampingan
5.     Perniagaan mewujudkan penempatan baru serta bandar-bandar baru di mana aktiviti perniagaan akan menarik ramai penduduk menetap di sesuatu tempat.
6.     Perniagaan menstabilkan ekonomi negara melalui melalui penghasilan barangan yang mencukupi dan dapat memenuhi permintaan terhadap barangan dalam negara.


Peranan Perniagaan Kepada Negara


APA ITU NEGARA?

Istilah "negara" atau state selalunya dihubungkan dengan bangsa, masyarakat, dan kerajaan.”


Antara peranan perniagaan kepada negara ialah:

1.     Aktiviti perniagaan mampu meningkatkan kegiatan pelaburan dalam negara.
2.     Kewujudan perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan.
3.     Perniagaan meningkatkan aktiviti pengeluaran dan eksport.
4.     Perniagaan menyumbang kepada pendapatan negara melalui pembayaran cukai.
5.     Perniagaan mewujudkan perniagaan sokongan dalam negara.
6.     Perniagaan membantu negara menyediakan infrastuktur seperti jalan raya dan sebagainya.
7.     Perniagaan menyediakan perkhidmatan sokongan dan pembangunan modal insan.


MUTIARA KATA Cg aZLy KEPADA SEMUA PELAJAR PP PENGGAL 1 BATCH KE-2 2013:


"JANGAN MUDAH PUTUS ASA, KALAU ANDA FIKIRKAN NEGATIF TERHADAP SESUATU PERKARA, MAKA AURA NEGATIF AKAN MENGUASAI ANDA DARI KEPALA HINGGA KE KAKI ANDA... JADI BERMULA SEKARANG, ANDA HENDAKLAH SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF AGAR AURA POSITIF SENTIASA BERSAMA ANDA. BERFIKIR  POSITIF TERHADAP SEMUA PERKARA AKAN MENCERIAKAN HIDUP ANDA..."





4 comments:

Anonymous July 2, 2013 at 3:37 PM  

sarah ucek

Anonymous July 11, 2013 at 4:35 PM  

Cikgu. .saya dari pulau pinang. .sya nak order buku lembaran p.perniagaan penggal 1. .

damandung _ November 16, 2016 at 7:50 PM  

thanks cg , your blog is so helpful

Unknown June 11, 2017 at 10:19 PM  

i am doing my homework last minute and this is so helpful. Terima Kasihhhh cikguu

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com