KULIAH
1
Mata
Pelajaran
|
:
|
PENGAJIAN
PERNIAGAAN [PERNIAGAAN]
|
||||
Tajuk
|
:
|
1. Perniagaan dan
Persekitarannya
|
||||
Sub
Tajuk
|
:
|
1.1 Pengenalan
kepada perniagaan
|
||||
Hasil
Pengajaran dan Pembelajaran
|
||||||
Calon seharusnya
dapat:
|
||||||
(a) mentakrifkan
maksud perniagaan;
|
||||||
(b) membandingkan
organisasi yg bermotifkan untung dgn organisasi yg tidak bermotifkan untung;
|
||||||
(c) menjelaskan
kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan;
|
||||||
(d) membincangkan
peranan perniagaan terhadap pengguna, masyarakat, ekonomi, dan negara;
|
KONSEP ORGANISASI PERIAGAAN:
“Perniagaan boleh didefinisikan sebagai sebuah organisasi
yang melakukan aktiviti penyediaan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi dan
memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan.”
KONSEP ORGANISASI BUKAN PERNIAGAAN:
“Bukan perniagaan ialah organisasi yang dibentuk bagi menjaga
kepentingan dan mencapai tujuan masyarakat atau ahli mereka.”
ELEMEN ASAS DALAM PERNIAGAAN:
1. Barangan dan perkhidmatan
§ Barangan adalah produk fizikal seperti kenderaan, makanan, pakaian
dan sebagainya.
§ Perkhidmatan merupakan aktiviti yang membantu dan memberi faedah kepada
perniagaan seperti perkhidmatan pengangkutan, insurans, pelancongan dan
sebagainya.
§ Barangan dan
perkhimatan ini disediakan dan ditawarkan untuk memenuhi kehendak dan keperluan
manusia.
2. Memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan
§ Keperluan merujuk kepada barangan asas yang diperlukan untuk kehidupan
manusia seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dan sebagainya.
§ Kehendak merujuk kepada penggunaan barangan yang tidak terhad untuk
keselesaan hidup seperti hiburan, peralatan rumah dan sebagainya.
§ Untuk mencapai
keuntungan, perniagaan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat
memenuhi dan memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan.
3. Pertukaran nilai
§ Pertukaran nilai merujuk kepada perpindahan barangan dan perkhidmatan
daripada perniagaan kepada pelanggan.
§ Barangan dan
perkhidmatan akan dinilaikan dengan sejumlah nilai tertentu oleh peniaga
biasanya dalam nilai wang.
§ Proses ini melibatkan
persetujuan antara penjual dengan pembeli.
4. Keuntungan perniagaan
§ Keuntungan adalah matlamat utama semua perniagaan.
§ Keuntungan adalah
hasil bersih daripada jualan barangan atau perkhidmatan setelah ditolak kos-kos
pengeluaran, kos operasi, cukai dan kos-kos lain yang terlibat.
§ Keuntungan adalah kayu
pengukur kejayaan dan ganjaran bagi perniagaan yang mampu bersaing di pasaran.
Perbezaan
antara Perniagaan dan Bukan Perniagaan
Aspek
|
Organisasi
Perniagaan
|
Organisasi Bukan
Perniagaan
|
Tujuan dan
Matlamat Kewangan
|
Matlamat utama ialah
keuntungan maksimum untuk kepentingan organisasi
|
Matlamat utama ialah
meningkatkan kebajikan ahli/sosial/kepentingan bersama
|
Sumber Kewangan
|
Sumber kewangan dari modal
sendiri dan keuntungan perniagaan
|
Sumber kewangan dari yuran ahli dan sumbangan
masyarakat/tajaan/ derma/ swasta
|
Aktiviti
|
Aktiviti utama ialah
pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan
|
Aktiviti utama bercorak
kemasyarakatan seperti kempen, kursus/ceramah dan lain lain
|
Akta
|
Penubuhan tertakluk kepada undang-undang perniagaan (Akta
syarikat 1965, perkongsian 1974, Akta Koperasi 1948)
|
Penubuhan tertakluk kepada Akta Pertubuhan 1966
|
Pendaftaran
|
Pendaftar Syarikat, Pendaftar Perniagaan, Jabatan
Pembangunan Koperasi.
|
Pendaftar Pertubuhan
|
Bentuk
|
Syarikat, Perkongsian, Milikan Tunggal, Koperasi.
|
Badan Bukan kerajaan, parti politik, kelab dan persatuan.
|
KONSEP KEUNTUNGAN:
Keuntungan adalah bersamaan dengan Jumlah Hasil (TR) ditolak dengan Jumlah Kos (TC). Dalam bahagian teori permintaan, telah diterangkan firma dapat menentukan TR melalui hasil dharab harga (P) dan kuantiti permintaan (Q).
Kepentingan
Keuntungan kepada Perniagaan
1.
Keuntungan sebagai ganjaran
kepada pengusaha dan pemilik perniagaan kerana sebab sanggup menghadapi risiko dalam perniagaan.
2.
Keuntungan sebagai
sumber modal kepada perniagaan untuk pembesaran perniaagan, penerusan
perniagaan atau survival dalam perniagaan.
3.
Keuntungan juga adalah sebagai lambangkan imej dan kecemerlangan sesebuah syarikat.
4.
Keuntungan sebagai kayu
ukur kejayaan dan petunjuk prestasi kejayaan sesebuah syarikat di mana
keuntungan menunjukkan pencapaian matlamat dan hala tuju syarikat.
5.
Keuntungan sebagai dorongan
dan keyakinan kepada pelabur untuk
mula dan terus melabur ke dalam syarikat.
6.
Keuntungan akan meningkatkan motivasi pekerja dalam syarikat
segala pemberian bonus daripada keuntungan
akan dapat meningkatkan semangat pekerja.
Peranan Perniagaan Kepada Pengguna
SIAPA ITU PENGGUNA?
“Individu atau sesiapa yang menggunakan barang, perkhidmatan
atau sumber alam semula jadi untuk memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing"
Antara peranan
perniagaan kepada pengguna ialah:
1.
Perniagaan perlu
menghasilkan barangan dan perkhidmatan
untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
2.
Perniagaan perlu mengagihkan
dan mengedarkan barangan dan perkhidmatan untuk sampai ke tangan pengguna
pada harga dan kos berpatutan, kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna dan
tepat pada masa yang diperlukan.
3.
Perniagaan perlu menyediakan
barangan yang berkualiti, bernilai
tinggi dan selamat digunakan oleh pengguna.
4.
Perniagaan perlu memastikan barangan dan perkhidmatan yang
disediakan adalah sentiasa cukup
untuk menampung keperluan pengguna.
5.
Perniagaan perlu memastikan harga yang dikenakan atau dicaj atas barangan dan perkhidmatan
kepada pengguna adalah berpatutan
dan mampu dibayar oleh pengguna.
6.
Perniagaan perlu menyediakan barangan dan perkhidmatan yang pelbagai agar pengguna boleh membuat
pilihan yang bijak.
Peranan
Perniagaan Kepada Masyarakat
SIAPA ITU MASYARAKAT?
“Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan
aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil
merupakan anggota sesebuah masyarakat.”
Antara tanggungjawab dan peranan organisasi perniagaan kepada
masyarakat ialah:
1.
Kewujudan perniagaan
membuka peluang pekerjaan kepada
masyarakat.
2.
Perniagaan berperanan untuk memenuhi cita rasa serta kehendak dan keperluan masyarakat melalui
menyediaan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dan selamat digunakan.
3.
Perniagaan berperanan membiayai
projek pembangunan masyarakat seperti penyediaan kemudahan awam dan
lain-lain infrastruktur.
4.
Perniagaan berperanan menjalankan
tanggungjawab sosial seperti pemuliharaan alam, jamin persekitaran bersih,
derma, tajaan untuk aktiviti kemasyarakatan
5.
Perniagaan berperanan menawarkan
produk berkualiti dengan harga
berpatutan
6.
Perniagaan berperanan meningkatkan
taraf hidup masyarakat dengan memberi pendapatan yang stabil agar masyarakat
dapat menikmati kehidupan yang selesa.
Peranan
Perniagaan Kepada Ekonomi
APA ITU EKONOMI?
“Ekonomi adalah
satu bidang ilmu sains sosial yang mengkaji tentang individu dan masyarakat
dalam membuat pilihan yang cekap bagi menggunakan sumber ekonomi yang terhad
seperti bahan mentah, modal insan, modal dan keusahawanan dengan kehendak
manusia yang tidak terhad.”
Antara peranan dan
sumbangan sesebuah perniagaan kepada ekonomi sesebuah negara ialah:
1.
Perniagaan berperanan untuk meningkatkan pendapatan
negara melalui pembayaran cukai perniagaan.
2.
Kewujudan perniagaan mengurangkan
kadar pengangguran dengan membuka peluang
pekerjaan kepada penduduk.
3.
Perniagaan berperanan
mengurangkan inflasi dengan menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang
cukup.
4.
Perniagaan berperanan membangunkan industri
huluan dan hiliran serta industri sampingan
5.
Perniagaan mewujudkan penempatan
baru serta bandar-bandar baru di mana aktiviti perniagaan akan menarik
ramai penduduk menetap di sesuatu tempat.
6.
Perniagaan menstabilkan ekonomi
negara melalui melalui penghasilan barangan yang mencukupi dan dapat memenuhi
permintaan terhadap barangan dalam negara.
Peranan Perniagaan Kepada Negara
APA ITU NEGARA?
Istilah
"negara" atau state selalunya
dihubungkan dengan bangsa, masyarakat, dan kerajaan.”
Antara peranan
perniagaan kepada negara ialah:
1.
Aktiviti perniagaan mampu meningkatkan kegiatan pelaburan dalam negara.
2.
Kewujudan perniagaan mewujudkan
peluang pekerjaan.
3.
Perniagaan meningkatkan
aktiviti pengeluaran dan eksport.
4.
Perniagaan menyumbang kepada pendapatan negara melalui pembayaran cukai.
5.
Perniagaan mewujudkan perniagaan
sokongan dalam negara.
6.
Perniagaan membantu negara menyediakan infrastuktur seperti jalan raya dan sebagainya.
7.
Perniagaan menyediakan perkhidmatan
sokongan dan pembangunan modal insan.
MUTIARA KATA Cg aZLy KEPADA SEMUA PELAJAR PP PENGGAL 1 BATCH KE-2 2013:
"JANGAN MUDAH PUTUS ASA, KALAU ANDA FIKIRKAN NEGATIF TERHADAP SESUATU PERKARA, MAKA AURA NEGATIF AKAN MENGUASAI ANDA DARI KEPALA HINGGA KE KAKI ANDA... JADI BERMULA SEKARANG, ANDA HENDAKLAH SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF AGAR AURA POSITIF SENTIASA BERSAMA ANDA. BERFIKIR POSITIF TERHADAP SEMUA PERKARA AKAN MENCERIAKAN HIDUP ANDA..."
6 comments:
sarah ucek
Cikgu. .saya dari pulau pinang. .sya nak order buku lembaran p.perniagaan penggal 1. .
thanks cg , your blog is so helpful
i am doing my homework last minute and this is so helpful. Terima Kasihhhh cikguu
X bole
terima kasih. blog ini banyak membantu. semoga murah rezeki selalu :)
Post a Comment