PANDUAN KK PP 946/4 2017

PANDUAN  KK PP 946/4 2017
AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

PBS PP : MENULIS LAPORAN KAJIAN [TAJUK - KAEDAH KAJIAN]

1. TAJUK
APA YANG PERLU ADA DALAM TAJUK?

1.TENTANG APA (OBJEKTIF) YANG HENDAK DIKAJI
2.ORGANISASI APA?
3. DI MANA ORGANISASI TU, BUKAN ALAMAT TTP TEMPAT
 
2. ABSTRAK
SELEPAS TAJUK, PASTIKAN ADA ABSTRAK.
APAKAH ELEMEN YG PERLU ADA DALAM ABSTRAK YG BERTULISAN CONDONG/ITALIC TU?

ABSTRAK PERLU DISEDIAKAN PADA AKHIR KAJIAN, MEANS SATU SINOPSIS TERHADAP KAJIAN YANG TELAH DIBUAT.

GUNAKAN PERKATAAN 'PENGKAJI' UTK GANTI DIRI 'SAYA/PELAJAR/ORANG YG MEMBUAT KAJIAN'

Maklumat perlu ada DALAM ABSTRAK:
• Tajuk kajian
• Tujuan kajian dijalankan
• reka bentuk kajian
• pemboleh ubah dalam kajian
• sampel/responden kajian
• lokasi kajian
• dapatan kajian secara ringkas berdasarkan objektif
• cadangan di atas dapatan objektif yg difikirkan perlu untuk penambahbaikan

3. PENGENALAN
SELEPAS ABSTRAK, PERLU JUGA DIMASUKKAN PENGENALAN UNTUK:

MENYATAKAN:
1. tujuan kajian yang dibuat
2. Apakah soalah-soalan kajian.
3. Apakah kepentingan kajian
4. Apakah skop atau terhadap siapa kajian dibuat
5. Apakah batasan kajian kalau ada
6. Apakah definisi2 bagi istilah dalam tajuk yg diberikan.
 
4. OBJEKTIF
selepas PENGENALAN, CALON PERLU MASUKKAN ELEMEN OBJEKTIF KAJIAN YANG MEMBERIKAN 2 MARKAH:

Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk:
2.1 Mengenalpasti reka bentuk organisasi di SYARIKAT XXX DI XXXXX
2.2 Mengenalpasti proses pengorganisasian di SYARIKAT XXX DI XXXXX
2.3 Mengenalpasti konsep pengorganisasian di SYARIKAT XXX DI XXXXX
2.4 Mengenalpasti gaya kepimpinan pemimpin tertinggi di SYARIKAT XXX DI XXXXX

SIMPLE TTP WAJAR DAN DAPAT DIKAJI..
5. LATAR BELAKANG/LOKASI KAJIAN
SELEPAS OBJEKTFI DIBERIKAN:

CALON PERLU HURAIKAN SECARA RINGKAS TENTANG "LATAR BELAKANG ATAU LOKASI" SUBJEK KAJIAN AGAR DAPAT MEMBERI GAMBARAN TENTANG ORGANISASI YG DIKAJI SECARA OVERALL..

1. Sejarah organisasi
2. Alamat
3. Matlamat organisasi (misi visi)
4. Pemasaran (produk/servis, sasaran pasaran, segmentasi perniagaan, segmentasi pasaran)
5. Lokasi kajian / kedudukan organisasi (Peta)
6. Keluasan premis organisasi (plan premis)
7. Persekitaran fizikal ( bank, hospital, bomba, balai polis, trens, pasar, jalan raya, lapangan terbang, pelabuhan)
8. Alam sekitar manusia (jumlah penduduk, penempatan, suku kaum/bangsa, aktiviti ekonomi utama penduduk)

KALAU BOLEH ASINGKAN PENGHURAIAN MENGIKUT ELEMEN DI ATAS, MEMUDAHKAN PENILAI MEMBUAT PENILAIAN.

TAK BANYAK MARKAH, 6 MARKAH JE..
 
6. KAEDAH KAJIAN
SELEPAS LATAR BELAKANG DICERITAKAN, CALON PERLU MASUKKAN BAGAIMANA KAEDAH MENDAPATKAN MAKLUMAT BERKAITAN KAJIAN DIPEROLEH:

IANYA BOLEH DISUSUN SEPERTI BERIKUT:

4.0 KAEDAH KAJIAN
Definisi……menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif dalam mendapatkan data mentah drpd sasaran kajian


4.1 Data primer
Maksud…. kenapa guna data primer….melibatkan 3 instrumen iaitu BSS, TB, PM


4.1.1 Borang Soal selidik
-BERI MAKSUD APA ITU BORANG SOAL SELIDIK, [PERLU CITATION KALAU AMBIL DARI BUKU MANA2]
-BIASANYA UNTUK APA BORANG SOAL SELIDIK DIGUNAKAN

-BARU KAITKAN DGN KAJIAN-SIAPA RESPONDEN, DAN UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG APA DAN MAKLUMAT TERSEBUT MESTILAH WAJAR DAN RELEVAN DENGAN OBJEKTIF DAN KEHENDAK KAJIAN.


4.1.2 Temubual

-BERI MAKSUD TEMUBUAL [PERLU ADA CITATION KALAU AMBL DARI BAHAN RUJUKAN] DAN TUJUAN UMUM..
-BARU KAITKAN DENGAN KAJIAN-SIAPA RESPONDEN, ADAKAH PENGURUS? KALAU PENGURUS, PENGURUS TAHAP MANA, DAN SIAPA NAMA?
-TEMU BUAL UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT APA, DAN PASTIKAN


4.1.3 Pemerhatian

-BERIKAN APAKAH MAKSUD PEMERHATIAN MENURUT KAEDAH KAJIAN, PERLU ADA CITATION KALAU AMBIL DARI MANA2 RUJUKAN, KALAU TAK MASUK CITATION, AKAN MENJEJASKAN MARKAH.
- BERITAHU SECARA UMUM, APAKAH YG PENGKAJI BIASA PERHATIKAN?

-KAITKAN DENGAN KAJIAN, PENGKAJI MEMBUAT PEMERHATIAN TERHADAP APA UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TERTENTU DALAM KAJIAN.
-PASTIKAN MAKLUMAT YG DIPEROLEHI DALAM PEMERHATIAN ADALAH RELEVAN DAN DIGUNAKAN SEMASA MENULIS LAPORAN KAJIAN, SEKIRANYA MAKLUMAT PEMERHATIAN TIDAK RELEVAN DAN IA REKAAN SEMATA-MATA, AKAN MENJEJASKAN MARKAH.


4.2 Data sekunder

-BERI MAKSUD DATA SEKUNDER, MASUKKAN CITATION UNTUK BUKTI CALON MERUJUK MANA2 BAHAN RUJUKAN, APA??? TAK PAHAM APA ITU CITATION, TANYA GURU KAMU, MESTU GURU YANG MENGAJAR KENA TAHU
-BERITAHU KENAPA KAMU GUNA DATA SEKUNDER, TAK CUKUP KAH DATA PRIMER..?
-THEN KALAU BOLEH ASINGKAH ELEMEN2/KAEDAH YG KAMU GUNA DALAM MENGUTIP DATA SEKUNDER.
ANTARANYA:
1. Jurnal,
2. artikel,
3. buku ilmiah,
4. majalah,
5. internet,
6. laporan agensi


TETAPI JANGAN BUH SEMUANYA KALAU KAMU TAK GUNA PUN KAEDAH DI ATAS NI, NYATAKAN YG KAMU GUNA AJALAH, DAN BERIKAN UNTUK TUJUAN MENGUTIP DATA TENTANG APA BILA KAMU GUNA KAEDAH DI ATAS, DAN PASTIKAN IANYA RELEVAN DAN DIGUNAKAN SEMASA MENULIS LAPORAN KAJIAN KAMU.

BIASANYA DATA SEKUNDER NI KITA AKAN SEMAK DI BAHAGIAN RUJUKAN.
UNTUK DAPATAN...AKAN BERSAMBUNG..
 

0 comments:

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com