MENULIS CITATION
SALAM MERDEKA & SALAM 1 MALAYSIA
PESAN Cg aZLy ...
KEPADA SEMUA CALON 946/4
PENGAJIAN PERNIAGAAN,
PASTIKAN SETIAP "DEFINISI KONSEP, MAKSUD SUATU ISTILAH DAN JUGA
PENGERTIAN SUATU PERKARA" PERLU DIBERI RUJUKAN/CITATION DI MANA CALON ITU
MENGAMBIL DEFINISI/MAKSUD TERSEBUT BAGI MENGELAKKAN CALON DIANGGAP PLAGIAT
CARA MENULIS CITATION
Tip 1:
CALON Boleh merge 2 atau lebih citation menjadi satu iaitu dari (Kasim
Selamat, 2013) (Othman Talib, 2013) menjadi (Kasim Selamat, 2013; Othman Talib,
2013) dengan highlight kedua-dua citation dan icon Mendeley akan bertukar
menjadi icon merge.... klik saja icon ni, kesemua citation anda merged !!
Perhatikan anak panah, icon merge menggantikan icon Mendeley
muncul selepas highlight kedua2 citation. Aku tak bagi contoh nama Mat Salleh
sebab Mendeley tiada masalah dengan nama yang ada surname. Klik sahaja icon
Merge Citations tersebut dan inilah hasilnya....
|
Tip 2:
Bagaimana nak tulis nama tanpa surnama supaya Othman Talib tidak menjadi
(Talib, 2013) tetapi mengikut gaya UKM (Othman Talib 2013) spt contoh di
atas......
Anda boleh dilakukan supaya nama yang tiada surname spt nama Melayu dan
India dgn menaip bahagian authors dengan nama "Othman Talib" dan klik
(Institution / Organisastion) seperti rajah berikut:
Inilah hasil yang akan anda perolehi:
Tip 3:
Timbul satu lagi masalah.... Gaya UKM menidakkan tanda koma ","
antara nama dan tahun. Maka anda boleh gunakan fungsi Find and Replace dengan
Find "," dan biarkan ruangan Replace tu kosong jer seperti berikut...
dan hasilnya semua "," dah hilang....
Tip 4:
Dibahagian rujukan pula akan terhasil seperti berikut. :
Dibahagian rujukan pula akan terhasil seperti berikut. :
Dengan menggunakan fungsi Find and Replace, anda boleh taip Find "(" dan kosongkan ruangan Replace. Pastikan anda letakkan cursur pada Biblography supaya hanya ruangan ini sahaja yang diproses. Gunakan juga fungsi "Find Next" supaya anda boleh membuang "(" secara selektif. Ulangi dengan ")" pula..... Inilah hasilnya...dah tiada ( ) lagi....
MENULIS RUJUKAN
CARA MENULIS RUJUKAN "GAYA UKM"
Apabila
menghasilkan penulisan berbentuk ilmiah seperti kertas kerja, laporan
penyelidikan, proposal dan sebagainya, tulisan berkenaan tidak lengkap tanpa
menulis rujukan. Berikut adalah cara menulis rujukan lengkap bagi bahan rujukan
berbentuk buku mengikut Gaya UKM.
CARA MENULIS RUJUKAN
YANG LENGKAP UNTUK BUKU
Caranya:
Nama pengarang diikuti noktah (semua nama pengarang hendaklah disenaraikan) Tahun penerbitan diikuti noktah. Judul buku (condong) diikuti noktah. Penyunting, penyusun, penterjemah (jika ada) diikuti noktah. Nama siri buku dan jilid atau bilangan dalam siri (jika ada) diikuti noktah. Edisi selain dari edisi pertama ditaip sebagi Ed. ke ... dan diikuti noktah. Bilangan jilid diikuti noktah. Tempat terbit (bandar) diikuti titik bertindih (jika terdapat lebih dari satu tempat terbit digunakan tempat yang pertama. Contoh: Kuala Lumpur, Shah Alam, Klang hendaklah ditulis Kuala Lumpur sahaja. Penerbit diikuti noktah.
Caranya:
Nama pengarang diikuti noktah (semua nama pengarang hendaklah disenaraikan) Tahun penerbitan diikuti noktah. Judul buku (condong) diikuti noktah. Penyunting, penyusun, penterjemah (jika ada) diikuti noktah. Nama siri buku dan jilid atau bilangan dalam siri (jika ada) diikuti noktah. Edisi selain dari edisi pertama ditaip sebagi Ed. ke ... dan diikuti noktah. Bilangan jilid diikuti noktah. Tempat terbit (bandar) diikuti titik bertindih (jika terdapat lebih dari satu tempat terbit digunakan tempat yang pertama. Contoh: Kuala Lumpur, Shah Alam, Klang hendaklah ditulis Kuala Lumpur sahaja. Penerbit diikuti noktah.
Baris
ke-2 bagi setiap rujukan dan seterusnya hendaklah ditulis satu langkau dengan
ensotan 12.5 mm. Walau bagaimanapun, ensotan berkenaan tidak dapat saya
paparkan dalam blog ini kerana masalah teknikal.
Contoh:
a. Pengarang tunggal (termasuk nama samaran)
Arena Wati. 1991. Memoir Arena Wati: enda gulingku. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Brown, R. 1988. Topology: a geometric account of general topology,
homotopy types and the fundamental groupoid. Chichester: Ellis Horwood
Limited.
Ibn Hazm, Abu Muhammad cAli ibn Ahmad ibn Sacid. 1403H/1983. Jamharat
ansab al carab. Beirut: Dar al Kutub al cIlmiyyah.
Miller, R.K. 1989. The informed argument. San Diego: Harcourt
Brace Javonich Publishers.
Nik Anuar Nik Mahmud. 2000. Konfrontasi Malaysia Indonesia. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
b. Pengarang bersama
Abdul Samad Hadi, Shaharudin Idrus, Ahmad Fariz
Mohamed & Abdul Hadi Harman Shah. 2006. Perubahan persekitaran dan
kemudahterancaman Lembangan Langat. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Ahmad Kamal Ariffin & Shahrir Abdullah. 2000. Pengiraan
berangka kejuruteraan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Corcoran, K. & Fischer, J. 1987. Measures for clinical practice: a source book. New York: The Free Press.
Smith, M., Beck, J., Cooper, C.L., Cow, C., Ottaway, D. & Talbot, R. 1982. Introducing organizational behaviour. London: MacMillan.
Edisi Baru Dan Cetak Ulang [Ed. = Edisi]
Buckley, C.B. 1965. An anecdotal history of old
times in Singapore. Cetak ulang. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.
Cohen, J. 1977. Statistical power analysis for
the behavioral sciences. Ed. semak. New York: Academic Press.
Shaharir Mohamad Zain. 1990. Beberapa masalah
permulaan dalam sains hayat dan perubatan. Ed. ke 2. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Karya Yang Dikenali Menurut Judul
Al Quran.
Cumulative bibliography of Asian studies, 1941 1945: subject bibliography. 1972. 4 jil. Boston: G.K. Hall.
The encyclopaedia of Islam. 1960. Ed. ke 2. Leiden: E.J. Brill.
Kamus Dewan. 1991. Ed. baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Oxford regional economic atlas: the Middle East and North Africa. 1960. London: Oxford University Press.
Rujukan Kepada Hadith Ditulis Menurut Pengumpul Hadith
al Tabrani, Sulayman ibn Ahmad. 1311H/1894. Al Mucjam al saghir. Delhi: Al Matbacah al Ansari.
Karya Susunan [pnys. = penyusun]
Farid M. Onn (pnys.). 1982. Dinamisme dalam
pengajaran, penyelidikan dan pentadbiran universiti. Kumpulan Kertas Kerja
2. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hamzah Hamdani (pnys.). 1980. Esei sastera
Baharuddin Zainal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhamad Hasan Tok Kerani Mohd Arshad. 1968. Al
tarikh salasilah negeri Kedah. Susunan semula Mohd Zahid Shah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Karya Suntingan [pnyt. = penyunting]
Jamaluddin Md. Jahi (pnyt.). 2000. Pengurusan persekitaran di
Malaysia: isu dan cabaran. Bangi, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Jamaluddin Md. Jahi, Kamaruzzaman Sopian, Mohd Jailani Mohd Nor &
Abdul Hadi Harman Shah (pnyt.). 2001. Environmental management 2000.
Bangi: Centre for Graduate Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Laily B. Din, Muhammad Yahya, A. Norhayati, M.S. Nizam, Waidi Sinun &
A. Latiff (pnyt.). 2005. Danum Valley conservation area: physical,
biological & social environments. Kota Kinabalu & Bangi: Yayasan
Sabah & Universiti Kebangsaan Malaysia.
Selenggaraan [pngr. = penyelenggara]
Othman Ismail (pngr.). 1990. Peristilahan dan penulisan sains.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sharifah Barlian Aidid (pngr.). 1990. Siri bacaan pelajar Utusan:
epidemik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.
Sulaiman Masri & Zainal Abidin Bakar (pngr.). 1989. Kertas kerja
seminar penggunaan istilah sains. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Berbilang Jilid [Jil. = Jilid yang dirujuk]
Abu Osman Md. Tap. 1987. Matematik pertama. Jil. 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abu Osman Md. Tap. 1988. Matematik pertama. Jil. 2 & 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Terjemahan [Terj. = Terjemahan]
Battle, J.A. & Shannon, R.L. 1978. Gagasan
baru ilmu pendidikan. Terj. Jakarta: Penerbit Mutiara.
Fraleigh, J.B. 1988. Kursus pertama aljabar
niskala. Terj. Abu Osman Md. Tap & Abdul Razak Salleh. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nama Samaran
Arena Wati. 1991. Memoir Arena Wati: enda gulingku. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Keris Mas. 1979. Tiga puluh tahun sekitar sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Monograf
Harriet Wong, Hazita Azman & Lee Siew Chin. 1990. English language
proficiency. Monograf 3, Pusat Bahasa, UKM. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Smail, J.R.W. 1964. Bandung in the early revolution 1945 1946: a study in
the social history of the revolution. Modern Indonesian Project Monograph
Series. Ithaca: Cornell University Press.
Bab Dalam Buku [Dlm. = Dalam]
Abdul Latiff Mohamad. 2000. Kesan pembangunan sosio-ekonomi ke atas
kepelbagaian biologi khususnya spesies tumbuhan endemik di Malaysia. Dlm.
Jamaluddin Md. Jahi (pnyt.). Pengurusan persekitaran di Malaysia: isu dan
cabaran, hlm. 72-103. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Fleishman, I.A. 1973. Twenty years of consideration and structure. Dlm.
Fleishman, I.A. & Hunt. J.G. (pnyt.). Current development in the study
of leadership: selected readings, hlm. 1 37. Carbondale: Southern Illinois
University Press.
Shamsuddin Suhor. 2004. Celik alam sekitar: pengurusan di peringkat isi
rumah. Dlm. Jamaluddin Md. Jahi, Mohd Jailani Mohd Nor, Kadir Arifin &
Azahan Awang (pnyt.). Alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat Malaysia,
hlm. 196-211. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zainal Abidin Abdul Wahid. 1964. Malaysia, South East Asia and world
politics. Dlm. Wang Gungwu (pnyt.). Malaysia: a survey, hlm. 356 374.
New York: Frederick A. Praeger.
Karya Tanpa Tarikh (t.th.)/Tanpa Tempat (t.tp.) /Tanpa Penerbit (t.pt.)
al Fakhiri, Muhammad ibn cUmar. t.th. Al akhbar
al-najdiyah. Suntingan cAbd Allah ibn Yusuf al Shibl. al Riyad: Matabic
Jamicat al Imam Muhammad ibn Sucud al Islamiyyah.
Ibn Qayyim al Jawziyyah, Abu Abd Allah Muhammad ibn
Bakr al Zarci al Dimisyqiyy. t.th. Aclam al Muwaqi cin rabb al calamin.
4 jil. Suntingan Muhammad Muhyi al Din cAbd al Hamid. Mesir: t.pt.
al Shafici, Muhammad ibn Idris. t.th. Al Umm.
7 jil. t.tp.: t.pt.
al Tabari, Abu Jacfar Muhammad ibn Jarir. t.th. Ikhtilaf
al fuqaha'. Beirut: Dar al Kutub al cIlmiyyah.
Tesis Atau
Latihan Ilmiah
Alfitra
Salam. 1999. Kerjasama dan potensi konflik dalam hubungan Indonesia-Malaysia
1966-1991. Tesis Dr. Falsafah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Howie, J.
1977. Topics in the theory of groupoids. Tesis Ph.D. University of London.
Kadir
Arifin. 2004. Integrasi sistem pengurusan kualiti (ISO 9001:2000), sistem
pengurusan persekitaran (ISO 14001:1996) dan sistem pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan (OHSAS 18001:1999): Ke arah pelaksanaan dan pembentukannya
di Malaysia. Tesis Dr. Falsafah, Program Pengurusan Persekitaran, Pusat
Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mann, A.E.
1968. The palaeodemography of Australopithecus. Disertasi Ph.D. University of
California, Berkeley.
Perhatian: Baris kedua dan seterusnya dalam rujukan perlu dianjak
sebanyak lima ketukan ke bahagian dalam tulisan.
Manuskrip
Asal
Hamzah
Fansuri. t.th. Sharab al c Ashiqin. MSS. Cod. Or. 7291(11), Perpustakaan
University Leiden.
Kertas Kerja, Abstrak Persidangan Dan Sebagainya
Kadaruddin
Aiyub & Kadir Arifin. 2001. Globalisasi, perniagaan dan alam sekitar:
cabaran untuk industri kecil dan sederhana di Malaysia. Kertas kerja
Persidangan Kebangsaan Pertama Keusahawanan dan Perniagaan Kecil. Anjuran
Sekolah Pengurusan, Institut Pembangunan Keusahawanan, Universiti Utara
Malaysia. Langkawi, 8-9 September.
Kadir
Arifin, Jamaluddin Md. Jahi, Ismail Bahari & Abd Rahim Md. Nor. 2004.
Sistem pengurusan bersepadu: ke arah kesedaran alam sekitar organisasi di
Malaysia. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar 2004.
Anjuran Program Geografi, Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan
Idris. Tanjong Malim, Perak, 3-4 Julai.
Laporan
Teknik
Che
Husna Azhari & Wan Mohtar Wan Yusoff. 1990. Penghidrogenan selanjar minyak
olein sawi mangkin emas dan platinum. Laporan akhir projek penyelidikan UKM
69/85.
Mohd.
Kidin Shaharan. 1991. Kegunaan submartingale dalam masalah storan. Laporan
Teknik 5. Pusat Pengajian Kuantitatif, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mesyuarat:
Kertas Kerja, Laporan Dan Minit Mesyuarat
Bahagian
Pendidikan Guru. 1989. Pendekatan baru tugas dan tanggungjawab pensyarah maktab
maktab perguruan Malaysia. Kertas kerja Mesyuarat Pengetua Pengetua Maktab
Perguruan Malaysia Kali Kedua. Lumut, Perak D.R., 7 9 Ogos.
Laporan
Unit Pengurusan dan Pentadbiran (URT). 1988. Mesyuarat Pengetua Pengetua Maktab
Perguruan Malaysia Kali Kedua. Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur, 15
16 September.
Minit
Mesyuarat Pengetua Pengetua Maktab Perguruan Malaysia Kali Kedua. 1989. Lumut,
Perak D.R., 7 9 Ogos.
Temu
Bual
Individu
yang ditemu bual hendaklah tokoh yang berwibawa dalam bidang berkenaan.
Contoh:
Abdullah
Hj. Mohd. Salleh. 1999. Sejarah penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala
Lumpur. Temu bual, 12 Mei.
Perhatian:
Baris kedua dan seterusnya dalam rujukan perlu dianjak sebanyak lima ketukan ke
bahagian dalam tulisan.
BAHAN
RUJUKAN ELEKTRONIK
Bahan
rujukan elektronik seperti CD-ROM, laman sesawang, pangkalan data sesawang,
jurnal-elektronik dan mel-elektronik hendaklah mempunyai maklumat berikut:
Nama
pengarang diikuti noktah
Tahun
diikuti noktah
Tajuk
makalah diikuti noktah
Nama jurnal/buku
(condong)
Nombor
jilid (tebal)
Nombor
keluaran (dalam tanda kurung)
Halaman
seluruh makalah diikuti noktah
Jenis media
(dalam tanda kurung)
Tapak
/jejak /fail/alamat sesawang (tanpa garis bawah)
Tarikh
capaian [dalam tanda kurung] diikuti noktah
Pengubahsuaian
boleh dilakukan mengikut keperluan tanpa menjejaskan kesahihan sumber bahan
yang dirujuk.
Contoh:
Clark, J.K.
1999. Humidity sensor. Journal of Physics 2(2): 9-13
http://www.cit.edu/phys/sensor.html [20 Julai 1999].
Crane, N.
1997. Electronic sources: MLA style of citation.
http://www.uvm.edu/~ncrane/estyle/mla.html [31 Julai 2000].
Kawasaki,
J.L. 1996. Computer administered surveys in extension. Journal of Extension
33(3): 204-210. http://www.apa.org/journals/webref.html [18 November 1999].
Medical
Information Group. 1998. Arsenic contamination of drinking water.
http://www.angelfire.com/ak/medinet/arsenic.html [4 Julai 2000].
Pritzer,
T.J. t.th. An early fragment from central Nepal.
http://www.ingres.com/~astanart/pritzker/pritzker.html [5 Jun 2000].
Howell, V.
& Carlton, B. 1993. Growing up tough: New generation fights for its life:
Inner city youths live by rule of vengeance. Birmingham News (CD-ROM) 1A. 1994
SIRS/SIRS 1993 Youth/Jil. 4/Makalah 56A [20 Julai 2000].
Clark, J.K.
1993. Complication in academia: sexual harassment and the law. Siecus Report
21(6): 6-10. (CD-ROM). 1994 SIRS/SIRS 1993 School/Jil. 4/ Makalah 93A [13 Jun
1995].
Sumber:
GOOD LUCK KEPADA SEMUA CALON, BUAT YANG TERBAIK UNTUK MENDAPATKAN MARKAH TERBAIK
TARIKH
AKHIR SEBELUM MARKAH DIMASUKKAN 20/9/2013
Cg aZLy
SELAMAT
HARI MERDEKA
1 comments:
Thanks for posting an article on this topic. and good information. I really enjoyed reading this article which explained everything in very easy manner
Sikerja
MantapMantap
SIKERJA.ID
Mantapmantap
www.sikerja.id
sikerja
Indo Sikerja
Indo MantapMantap
INDO SIKERJA.ID
Indo Mantapmantap
Indo www.sikerja.id
Indo sikerja
Indonesia Sikerja
Indonesia MantapMantap
INDONESIA SIKERJA.ID
Indonesia Mantapmantap
Indonesia www.sikerja.id
Indonesia sikerja
Indo cek Sikerja
Indo cek MantapMantap
INDO CEK SIKERJA.ID
Indo cek Mantapmantap
Indo cek www.sikerja.id
Indo cek sikerja
Indonesia cek Sikerja
Indonesia cek MantapMantap
INDONESIA CEK SIKERJA.ID
Indonesia cek Mantapmantap
Indonesia cek www.sikerja.id
Indonesia cek sikerja
Post a Comment