BAHAN KEBERSEDIAAN MENJAWAB PP2

BAHAN KEBERSEDIAAN MENJAWAB PP2
AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

PECUTAN AKHIR P1 2013 : INGAT FAKTA KHUSUS BAB 1 & FAHAMI KONSEP



BUAT PETA MINDA

BAHAGIAN A

ARAS 1 : MENGINGAT FAKTA KHUSUS

BAB 1: PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN


1. NYATAKAN ELEMEN ASAS DALAM PERNIAGAAN

2. BERIKAN ELEMEN DALAM FAKTOR PENGELUARAN

3. NYATAKAN LANGKAH YANG TERLIBAT DALAM PROSES PERNIAGAAN

4. NYATAKAN CABARAN PERNIAGAAN PADA MASA HADAPAN

5. SENARAIKAN ELEMEN PERSEKITARAN UMUM

6. SENARAIKAN ELEMEN PERSEKITARAN TUGAS

7. SENARAIKAN BUTIRAN YANG TERKANDUNG DALAM SUATU PERJANJIAN PERKONGSIAN

8. NYATAKAN JENIS AKTIVITI PERNIAGAAN BERASASKAN PENGELUARAN

9. NYATAKAN JENIS AKTIVITI PERNIAGAAN BERASASKAN PERKHIDMATAN



ARAS 2: MEMAHAMI KONSEP

CADANGAN DEFINISI DAN KATA KUNCI


BIL
ELEMEN
RINGKASAN DEFINISI
KATA KUNCI
Pengenalan kepada perniagaan

1
BARANGAN
Produk fizikal seperti kenderaan, makanan, pakaian dan sebagainya.
PRODUK FIZIKAL
2
PERKHIDMATAN
Produk tidak ketara iaitu aktiviti yang membantu dan memberi faedah kepada perniagaan seperti perkhidmatan pengangkutan, insurans, pelancongan dan sebagainya.

PRODUK TIDAK KETARA
3
KEPERLUAN
Merujuk kepada barangan asas yang diperlukan untuk kehidupan manusia seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dan sebagainya.

BARANGAN ASAS
4
KEHENDAK
Merujuk kepada penggunaan barangan yang tidak terhad untuk keselesaan hidup seperti hiburan, peralatan rumah dan sebagainya.

KESELESAAN HIDUP
5
PERTUKARAN NILAI
Merujuk kepada perpindahan barangan dan perkhidmatan daripada perniagaan kepada pelanggan.

PERPINDAHAN BARANGAN
6
KEUNTUNGAN PERNIAGAAN
Hasil bersih daripada jualan barangan atau perkhidmatan setelah ditolak kos-kos pengeluaran, kos operasi, cukai dan kos-kos lain yang terlibat.
HASIL-KOS
7
PENGGUNA
Individu atau sesiapa yang menggunakan barang, perkhidmatan atau sumber alam semula jadi untuk memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing
MENGGUNAKAN
PRODUK
8
BAHAN MENTAH
Bahan mentah merupakan sumber semula jadi seperti bijih timah, minyak, besi, emas, kayu kayan dan seribu satu jenis bahan sumber alam ini yang terdapat sama ada di dalam atau di atas tanah.
INPUT
SUMBER SEMULAJADI
9
MODAL
Modal adalah jumlah kewangan dan aset fizikal seperti peralatan, kelengkapan, jentera dan bangunan yang digunakan untuk pengeluaran barang dan perkhidmatan.

KEWANGAN & ASET FIZIKAL
10
MODAL INSAN
Modal insan merupakan semua sumber manusia yang terdiri daripada sumber tenaga fizikal dan sumber tenaga mental.
SUMBER MANUSIA
11
KEUSAHAWANAN
Keusahawanan merupakan kemahiran mengambil risiko dan kebolehan menggabungkan semua faktor pengeluaran dalam proses pengeluaran. Usahawan adalah merupakan kumpulan orang yang bertanggungjawab dalam menjalankan proses pengeluaran.

KEMAMPUAN AMBIL RISIKO
12
TEKNOLOGI
Teknologi ialah sebarang perubahan penggunaan sains yang membolehkan sesuatu yang baru dihasilkan dan prosedur kerja yang lebih baik dibentuk.
PERUBAHAN PENGGUNAAN SAINS
13
INPUT
Input merujuk kepada semua faktor pengeluaran yang digunakan untuk menjalankan proses pengeluaran sesuatu produk atau perkhidmatan.
FAKTOR PENGELUARAN
14
PROSES TAMBAH NILAI
Proses menambah nilai terhadap bahan mentah untuk menjadi barang siap melalui proses transformasi.
PROSES TRANSFORMASI
15
OUTPUT
Output adalah barang separuh siap dan barang siap yang dihasilkan melalui proses tambah nilai terhadap input.
BARANG SIAP DAN SEPARUH SIAP
16
PROSES PEMASARAN
Proses pemasaran terhadap output bagi memastikan ianya sampai kepada pengguna sasaran.
PROSES MENJUAL BARANGAN
17
GLOBALISASI
Globalisasi merujuk kepada konsep dunia tanpa sempadan di mana semua peniaga bebas menjalankan aktiviti perniagaan di dalam dan luar negara iaitu tahap antarabangsa tanpa sebarang sekatan.
DUNIA TANPA SEMPADAN
Persekitaran perniagaan

1
PERSEKITARAN EKONOMI
Persekitaran ekonomi merujuk kepada elemen keadaan ekonomi, sistem ekonomi yang diamalkan, dinamik pasaran, keadaan risiko dan  ketidakpastian dalam ekonomi dan pasaran, pendapatan pengguna, penawaran wang,  kuasa beli dan lain lain.
KEADAAN DAN SISTEM EKONOMI
2
PERSEKITARAN POLITIK DAN PERUNDANGAN
Persekitaran politik dan perundangan merujuk kepada keadaan politik semasa, sistem politik yang diamalkan, penguatkuasaan undang-undang dalam negara, kawalan dan galakan oleh kerajaan dan sebagainya.
KEADAAN DAN SISTEM POLITIK
3
PERSEKITARAN PERSAINGAN
Persekitaran persaingan merujuk kepada struktur atau jenis pasaran persaingan  seperti persaingan tulin [sempurna], monopoli, monopolistik dan oligopoli yang mempengaruhi strategi perniagaan dan pemasaran.
STRUKTUR & JENIS PASARAN
4
PERSEKITARAN JARINGAN PERNIAGAAN
Jaringan perniagaan pula merujuk kepada pakatan strategik atau hubungan perjanjian formal yang dibentuk oleh perniagaan dengan pembekal, pengilang atau pengedar untuk menghasilkan produk dan memasarkannya di pasaran.
PAKATAN STRATEGIK
5
PERSEKITARAN TEKNOLOGI
Persekitaran teknologi merujuk kepada segala  perubahan dalam kaedah yang digunakan dalam aktiviti perniagaan seperti aktiviti pengeluaran dan pemasaran, perubahan dalam aspek pengetahuan
PERUBAHAN DALAM KAEDAH
6
PERSEKITARAN PRASARANA
Persekitaran prasarana merujuk kepada keadaan kemudahan infrastruktur, alam sekitar dan lain lain yang mempengaruhi pertumbuhan perniagaan.
KEMUDAHAN FIZIKAL
7
PERSEKITARAN ANTARABANGSA
Persekitaran antarabangsa merujuk kepada dunia tanpa sempadan, perubahan dasar kerajaan terhadap perniagaan antarabangsa yang mempengaruhi aktiviti sesebuah perniagaan.
DUNIA TANPA SEMPADAN
8
PELANGGAN
Pelanggan ialah pembeli produk atau perkhidmatan  syarikat atau firma.
PEMBELI PRODUK
9
PEMBEKAL
Pembekal adalah pihak yang bertanggungjawab membekalkan bahan mentah, peralatan, barang siap, dan separuh siap sebagi input kepada sesebuah syarikat perniagaan.
MENYEDIAKAN BAHAN MENTAH DAN BARANG NIAGA
10
PESAING
Pesaing ialah firma perniagaan yang lain dalam industri sama dan keluarkan produk hampir sama.
FIRMA LAIN JUAL PRODUK SAMA
11
PEMBIAYA
Pembiaya merupakan pihak yang memberi pinjaman yang umumnya merujuk kepada bank, syarikat kewangan kepada syarikat untuk menjalankan aktviti perniagaan.
PEMBERI PINJAMAN
12
PEMODAL/PELABUR
Pemodal pula merupakan individu atau syarikat lain yang menjadi pemegang saham yang melabur modal berbentuk kewangan dan aset dalam syarikat.
MELABUR MODAL
13
PEKERJA
Pekerja ialah ialah individu yang memberikan sumbangan  tenaga fizikal dan  mental kepada organisasi untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
SUMBANGAN TENAGA FIZIKAL & MENTAL
14
KERAJAAN
Kerajaan ialah pihak yang menjadi penggubal dan dan penguatkuasa undang-undang juga memberi sokongan kepada  perniagaan.
PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG
15
MASYARAKAT
Masyarakat ialah pihak yang menggunakan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh firma atau organisasi perniagaan.
PENGGUNA PRODUK
Entiti dan aktiviti perniagaan

1
MILIKAN TUNGGAL
Perniagaan milikan tunggal adalah satu perniagaan yang ditubuhkan, dipunyai, dan dibiayai dari segi kewangannya dan pengurusannya dikendalikan oleh seorang individu yang mempunyai tanggungjawab peribadi terhadap hutang.
1 PEMILIK
2
PERKONGSIAN
Perhubungan yang wujud di antara 2 hingga 20 pemilik yang menjalankan perniagaan bersama bagi maksud mendapat Keuntungan
2-20 PEMILIK
3
SYARIKAT
Syarikat adalah suatu badan korporat yang diperbadankan mengikut Akta Syarikat 1965 atau mana-mana enakmen sebelumnya, syarikat wujud sebagai satu entiti yang berasingan dengan individu-individu yang menjadi ahli syarikat pada sesuatu ketika.
BADAN KORPORAT
4
KOPERASI
Koperasi ialah perniagaan yang dijalankan oleh sekumpulan individu secara sukarela untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya yang minima 100 orang.
UNTUK KEBAJIKAN AHLI MINIMA 100 ORANG
5
AKTIVITI PERNIAGAAN BERASASKAN PENGELUARAN
Perniagaan berasaskan pengeluaran ialah aktiviti yang melibatkan pengeluaran iaitu menggunakan tenaga buruh untuk  mengeluarkan bahan mentah dan memprosesnya kepada sesuatu barang lain.
PENGELUARAN GUNAKAN PEKERJA
6
AKTIVITI PERNIAGAAN BERASASKAN PERKHIDMATAN
Perniagaan berasaskan perkhidmatan merujuk kepada aktiviti penawaran produk tidak ketara kepada pengguna.
HASILKAN PRODUK TIDAK KETARA
7
EKSTRAKTIF
Aktiviti perniagaan ekstraktif meliputi penghasilan dan pemprosesan untuk mendapatkan sesuatu bahan mentah
KELUARKAN BAHAN MENTAH
8
BARANGAN KONSUMER
Melibatkan proses mengeluarkan barang-barang terus boleh digunakan oleh pelanggan
BARANGAN UNTUK PENGGUNA
9
BARANGAN INDUSTRI
Melibatkan pengeluaran barang-barang yang digunakan untuk proses pengeluaran seterusnya
BARANGAN UNTUK KILANG
10
PEMBUATAN
Aktiviti menggunakan bahan mentah untuk menghasilkan barang siap atau barang separuh siap.
TUKAR BAHAN MENTAH KEPADA BARANG SIAP
11
PEMASANGAN
Aktiviti memasang komponen-komponen untuk menghasilkan barang siap.
KOMPONEN MENJADI BARANG SIAP
12
PERKHIDMATAN PERUNCITAN
Aktiviti perniagaan runcit ialah perniagaan yang melibatkan penjualan barang secara langsung kepada pelanggan akhir untuk kegunaan peribadi.  
JUALAN KEPADA PELANGGAN AKHIR
13
PERKHISMATAN PEMBORONGAN
Aktiviti perniagaan borong melibatkan penjualan barang dan perkhidmatan kepada penjual untuk kegunaan perniagaan.
JUALAN KEPADA PENJUAL
14
PERKHIDMATAN PROFESIONAL
Perniagaan berasaskan perkhidmatan profesional menawarkan perkhidmatan yang khusus dan individu yang terlibat biasanya memiliki kemahiran dan kepakaran berkaitan bidang yang diceburi
PERKHIDMATAN KHUSUS
15
PERKHIDMATAN PERHOTELAN
Perkhidmatan perhotelan menawarkan perkhidmatan penginapan, makanan dan minuman serta perkhidmatan rekreasi atau istirehat kepada pelancong.
PENGINAPAN
16
PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
Perniagaan perkhidmatan pendidikan menawarkan perkhidmatan pendidikan untuk penuntut sepenuh masa atau sambilan.
PEMBELAJARAN
17
SEKTOR SWASTA
Sektor swasta merujuk kepada organisasi perniagaan yang dimiliki oleh individu atau organisasi tertentu secara persendirian.
MILIK INDIVIDU
18
SEKTOR AWAM
Sektor awam merujuk kepada organisasi-organisasi milik kerajaan yang menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan kepada rakyat seperti pendidikan, rawatan perubatan, perkhidmatan polis dan sebagainya.
MILIK PENUH KERAJAAN
19
BADAN BERKANUN
Badan berkanun merujuk suatu badan, walau dengan nama apa pun disebut, yang diperbadankan oleh undang-undang persekutuan bagi maksud Kerajaan Persekutuan, tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan.
PERBADANAN AWAM
20
TAHAP PERNIAGAAN PRIMER
Merangkumi aktiviti bagi mendapatkan atau mengeluarkan  sumber-sumber kepada aktiviti-aktiviti yang menggunakan  sumber tersebut dalam bentuk asalnya.
KELUARKAN BAHAN MENTAH
21
TAHAP PERNIAGAAN SEKUNDER
Pada tahap  sekunder, sumber-sumber semulajadi (tahap primer) atau  bahan mentah  diproses dan dikilangkan kepada barang siap. 
PROSES BAHAN MENTAH
22
TAHAP PERNIAGAAN TERTIER
Perniagaan tahap tertier melibatkan perniagaan yang menghasilkan produk yang tidak ketara seperti perkhidmatan.
PRODUK TIDAK KETARA
23
TAHAP INDUSTRI HULUAN
Perniagaan pada tahap huluan merujuk kepada perniagaan utama  teras yang diwujudkan oleh sesebuah organisasi yang melibatkan aktiviti yang berasaskan sumber semula  jadi seperti bahan galian, tanaman, ternakan dan lain-lain.
AKTIVITI KELUARKAN BAHAN MENTAH
24
TAHAP INDUSTRI HILIRAN
Perniagaan tahap ini meliputi aktiviti perniagaan yang diwujudkan daripada sesebuah perniagaan lain.
AKTIVITI WUJUD DARI TAHAP HULUAN
25
TAHAP PASARAN DOMESTIK
Perniagaan domestik ialah perniagaan  yang beroperasi di dalam sesebuah negara dan mengeluarkan hasil keluaran untuk pasaran tempatan atau domestikdi negara tersebut sahaja.
DALAM SEMPADAN NEGARA
26
TAHAP PASARAN ANTARABANGSA
Perniagaan antarabangsa sama ada kecil atau besar merujuk kepada perniagaan yang memasarkan produknya dalam dua atau lebih negara.
LEBIH DUA NEGARA












0 comments:

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 010-929 0902
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com