JOM SERTAI Cg aZLy di
FACEBOOK PENGAJIAN PERNIAGAAN BAHARU [PELAJAR ] dan GROUP GURU PP 1 MALAYSIA untuk perkongsian Maklumat

CD MENUJU PUNCAK edisi 2014

CD MENUJU PUNCAK edisi 2014
SUDAH BOLEH DIMILIK..

HOT! SOALAN RAMALAN PP PENGGAL 1 2012: BAHAGIAN A


1
(a)
Jelaskan tiga  peranan perniagaan kepada ekonomi sesebuah negara.

Peranan Perniagaan kepada Ekonomi
1.      Perniagaan berperanan untuk meningkatkan pendapatan negara melalui pembayaran cukai perniagaan.[1]
2.      Kewujudan perniagaan mengurangkan kadar pengangguran dengan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk.[1]
3.      Perniagaan berperanan mengurangkan inflasi dengan menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang cukup.
4.      Perniagaan berperanan membangunkan industri hiliran & huluan serta industri sampingan
5.      Perniagaan mewujudkan penempatan baru/bandar-bandar baru di mana aktiviti perniagaan akan menarik ramai penduduk menetap di sesuatu tempat.
6.      Kewujudan perniagaan membolehkan penggunaan sumber bahan mentah negara dengan berkesan dan optima.
7.      Perniagaan menstabilkan ekonomi negara.
 [Mana-mana 4 Peranan x1m=4m]

[6]

(b)
Jelaskan maksud perniagaan berasaskan pengeluaran barangan industri, dan berikan contoh.                                                                                  
Maksud perniagaan berasaskan barangan industri ialah :
-         perniagaan yang melibatkan pembuat menjual barangan/keluarannya kepada syarikat lain
-         barangan tersebut diproses seterusnya ( proses tambah nilai/tranformasi) untuk menghasilkan produk.
-         Contoh: Papan yang dihasilkan dibeli oleh kilang perabot untuk diproses mengahsilkan produk seperti perabot, pintu dan sebagainya.

[4]

(c)
Jelaskan ciri-ciri susun atur tetap.

Susun atur tetap
i)        Proses pengeluaran kekal di satu lokasi di mana semua input pengeluaran  seperti bahan mentah/tenaga kerja/mesin/peralatan, dibawa ke lokasi tersebut.
ii)   Proses pengeluaran kekal/tetap di satu lokasi sehingga produk tersebut siap.
iii)    Susun atur seperti ini lazimnya bagi pengeluaran produk yang mempunyai ciri-ciri berikut: produk yang berat, besar, mudah pecah, digunakan di lokasi berkenaan.

Contoh: Pembinaan-pembinaan rumah, kapal laut, lebuh raya, jambatan, empangan, kapal terbang.
[4]

(d)
Jelaskan kebaikan dan keburukan pelan persampelan berbanding pemeriksaan menyeluruh.

Kebaikan dan keburukan persampelan berbanding pemeriksaan menyeluruh:
Kebaikan
· Lebih jimat,
· Kurang kerosakan pada barangan,
· Kurang operator pemeriksaan,
· Kerja pemeriksaan daripada “butir-demi-butir” kepada “lot-demi-lot” lebih mudah dan mencabar.
Keburukan
·         Risiko menerima barangan yang buruk dan risiko meolak barangan yang baik,
·         Memakan masa,
·         Maklumat tentang barangan kurang.
[6]

(e)
Jelaskan konsep pendekatan pemasaran kemasyarakatan.

  1. Konsep ini memerlukan pemasar untuk mengambil berat tentang hal-ehwal dan kebajikan pengguna dan masyarakat.
  2. Isu kemasyarakatan yang menjadi fokus/ditiktikberatkan ialah-isu persekitaran, masalah sumber terhad, kemiskinan dll.
  3. Tanggungjawab pemasar-mengimbangan matlamat organisasi jangka pendek dengan kebajikan pengguna/masyarakat dalam jangka panjang.
  4. Ia memerlukan organisasi untuk memahami dan memuaskan kehendak pengguna melalui cara yang terbaik bagi pengguna dan masyarakat dalam jangkamasa panjang.
  5. Apa yang jelas, eksekutif pemasaran mestilah bertindak dengan cara yang lebih berkesan dan bertanggungjawab terhadap masyarakat jika mereka mahu berjaya dan syarikat mereka terus hidup.
·        Contoh biasiswa yang diberikan oleh syarikat Petronas kepada mereka yang berkelayakan merupakan salah satu sumbangan mereka di dalam menjaga kebajikan masyarakat.
 [maksima 4m]
[4]


(f)
Jelaskan tiga perbezaan antara produk ketara dengan produk tidak ketara.

ASPEK
PRODUK KETARA
PRODUK TIDAK KETARA
Bentuk
Berbentuk fizikal/barangan-boleh dilihat/disentuh/ ada rekabentuk[1]
Produk berbentuk bukan fizikal- /tidak boleh disentuh/tiada rekabantuk/tidak boleh dilihat.[1]
Contoh
Kereta, Bas, Bangunan hospital, makanan dll
Perkhidmatan bas, perkhidmatan perubatan hospital dll
Proses pengeluaran
Produk dikeluarkan di tempat perngeluaran, dan dijual secara berasingan kepada pengguna
Pengeluaran dan penjualan dilakukan serentak/aktiviti yang mendatangkan faedah
Hakcipta
Ada hak cipta dan paten
Tiada hak cipta dan boleh ditiru
Atribut/sifat
Ada label, tanda harga, ciri-ciri nyata
Tiada label, tiada ciri-ciri nyata
[6]


(g)
Huraikan tiga peranan seorang pengurus kewangan.                                    

 Peranan Pengurus Kewangan :
            i. Membuat analisis dan perancangan kewangan:
·    menganalisis data-data kewangan
·    menganalisis jangkaan tren aliran kewangan masa hadapan
·    membuat perancangan tindakan yang betul
·    membuat ramalan keuntungan masa hadapan
           
ii. Mengurus sumber dana secara berkesan.
·         menilai dan memilih sumber pembiayaan yang terbaik
·         menentukan kombinasi pembiayaan yang terbaik
·         menggunakan sumber dengan berkesan bagi memperolehi pulangan yang baik
·         kombinasi pelaburan yang terbaik : berisiko tinggi dan rendah



iii. Mengurus kecairan dan keberuntungan syarikat.
·         Menentukan nisbah kecairan yang sesuai
·         Keperluan membuat pelaburan jangka pendek dengan keperluan memegang tunai aset cair
·         Menentukan keuntungan yang diperlukan
Pelaburan risiko tinggi : untung tinggi; pelaburan risiko rendah; untung kecil

[6]

(h)
Huraikan dua pihak  yang berkepentingan terhadap penyata kewangan sesebuah perniagaan.

Pihak-pihak yang berkepentingan terhadap penyata kewangan:

  1. Pemilik/pemegang saham[1]- Penyata kewangan disediakan untuk pemilik / pemegang saham bagi memastikan pelaburan mereka digunakan sebaik mungkin. [1]
  2. Pelabur/bakal pelabur[1]-untuk mengetahui pencapaian syarikat, pelabur akan mengekalkan pegangan saham syarikat yang berprestasi baik manakala bakal pelabur akan cuba untuk mendapatkan saham syarikat berkenaan.[1]
  3. Pihak pengurusan-menilai prestasi pihak pengurusan, belanjawan digunakan sebagai asas perbandingan dalam sistem kawalan syarikat.
  4. Pemiutang/bank/pembekal-Merupakan komponen penting dalam analisis kredit
  5. Agensi kerajaan-asas pengiraan cukai
  6. Kesatuan sekerja-asas kepada tuntutan kesatuan sekerja untuk mendapatkan bonus, kenaikan gaji & sebagainya.
[Mana-mana 2 pihak yang pertama x 2m=4m]


[4]

(i)
Jelaskan cabaran globalisasi yang wujud dalam aktiviti pengurusan sumber manusia.

Cabaran Globalisasi:

ü  Mobiliti pekerja : pekerja mudah berpindah dari merentasi sempadan negara
ü  Perubahan teknologi juga menyemerlukan pihak pengurusan mengambil tindakan sewajarnya
ü  Perlu menyediakan peraturan dan undang-undang bagi mengatasi cabaran globalisasi.
ü  Ganjaran yang kompetatif bagi menarik dan mengekalkan tanaga kerja.


[4]

(j)
Jelaskan tiga kaedah pengrekrutan sumber dalaman:

·         Pameran kerja : mengumumkan kekosongan jawatan  kepada semua pekerja di dalam organisasi pada papan notis, buletin, e-mel dan majalah organisasi.
·         Pembidaan kerja : membenarkan pekerja memohon pada bila-bila masa jika terdapat kekosongan jawatan.
·         Rujukan pekerja : mengadakan perbincangan tidak rasmi di antara pengurus-pengurus jabatan.
·         Inventori kemahiran tenaga kerja: mendapatkan maklumat pekerja berkaitan dengan kemahiran, pengalaman, latihan yang disertai dan latar belakang daripada sistem maklumat staf.

[6]

0 comments:

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 010-929 0902
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com