BAHAN KEBERSEDIAAN MENJAWAB PP2

BAHAN KEBERSEDIAAN MENJAWAB PP2
AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

PANAZZ! SOALAN TARGET PP PENGGAL1 2012 : BAHAGIAN A


1
(a)
Dengan menggunakan contoh industri minyak sawit, jelaskan bagaimana proses tambah nilai berlaku.

-          input ( buah kelapa sawit ) diproses untuk dijadikan minyak kelapa sawit yang seterusnya menjadi output iaitu produk kelapa sawit.
-          Proses tambah nilai berlaku dengan aktiviti pembungkusan/penjanamaan/pelebelan/pewarnaan/pengawetan/pewangian .
-          Ini menyebabkan harga minyak sawit dinaikkan.


[4]

(b)
Huraikan tiga sumbangan sektor swasta kepada negara.                     

Tiga sumbangan sektor swasta kepada negara ialah :
·         Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dengan membuka kilang/perniagaan.
·         Meningkatkan hasil negara dari segi kutipan cukai keuntungan
·         Memberi kemahiran dan pengalaman untuk meningkatkan produktiviti/ pembangunan sumber manusia melalui latihan/ teknologi yang dibawa masuk.
·         Memberi sumbangan kepada negara seperti derma
·         Membangunkan infra struktur fizikal serti jalan raya dsg. Kepada masyarakat.
·         Memindahkan teknologi luar ke dalam negara ( R & D ).
( pilih tiga sahaja ).

[6]

(c)
Jelaskan tiga hubungan antara jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran

  Hubungan antara jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran :
     
1. Pemasaran mendapat tempahan produk dari pelanggan dan memaklumkan tempahan (maklumat) kepada Jabatan Pengeluaran.
2.  Jabatan Pengeluaran membuat produk mengikut spesifikasi yang dikenal pasti oleh Jabatan Pemasaran.
3. Jabatan Pengeluaran menghasilkan jumlah produk berasaskan rancangan jualan yang dibuat oleh Jabatan Pemasaran.
4. Jabatan Pengeluaran membuat perubahan atau penambahbaikan produk berdasarkan maklumat pelanggan yang diberi kepada Jabatan Pemasaran.
5. Jabatan Pengeluaran mengeluarkan produk – Jabatan Pemasaran memasarkan dan menjual produk tersebut.
6. Jabatan Pemasaran menjalankan penyelidikan pemasaran untuk mengetahui kehendak pelanggan dan menyalurkan maklumat untuk Jabatan Pengeluaran membina produk.
7. Jabatan Pengeluaran membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk disalurkan kepada Jabatan Pemasaran tentang penemuan baru produk syarikat.
[6]

(d)
Jelaskan ciri-ciri susun atur proses.

  1. Susun atur proses
i)     Penyusunan semua input pengeluaran seperti mesin, tenaga kerja, bahan mentah dan peralatan, disusun mengikut fungsi kerja .
ii)  Penghasilan produk tidak seragam/berbeza mengikut kuantiti keluaran.
iii)      Pengeluaran dalam kumpulan kecil .
iv)   Pelanggan yang berbeza mengikut keperluan perkhidmatan yang diingini.
v)    Sumber-sumber digunakan secara bersama oleh pekerja yang berbeza (perkongsian sumber)

Contoh: Bengkel membaiki kereta, perkhidmatan bank, bengkel perkayuan, kek tempahan, perkhidmatan hospital.

[4]

(e)
Jelaskan konsep pendekatan pemasaran produk.

Pendekatan Produk/ Keluaran
· Konsep ini menganggap bahawa pengguna lebih gemar kepada keluaran yang berkualiti tinggi, mempunyai pelbagai ciri dan berprestasi tinggi.
· Justeru itu, organisasi perlu menumpukan kepada pembetulan dan pembaikan keluaran secara berterusan.
· Contohnya industri telefon bimbit telah melakukan banyak perubahan ke atas pelbagai fungsi telefon bimbitnya, ini kerana mereka beranggapan bahawa pengguna gemarkan telefon bimbit yang mempunyai pelbagai fungsi.

[4]


(f)
Jelaskan faktor demgrafi dan psikografi yang mempengaruhi gelagat pengguna.

Faktor
Elemen/dimensi [2m]
Contoh [1m]
Demografi
- umur
- jantina
- pendidikan
- Bangsa
- Saiz keluarga

Umur: kanak-kanak menggunakan ubat gigi berperisa strawberi dan orang dewasa menggunakan ubat gigi ‘double mint’
Psikologi
- motivasi
- persepsi
- personaliti
- sikap
- pembelajaran
- pengalaman
Personaliti: orang yang pentingkan personaliti/imej akan membeli produk dapat menggambarkan imej berbanding orang yang tidak pentingkan imej akan beli produk biasa.

[6]


(g)
Huraikan tiga penyata utama dalam Penyata Kewangan sesebuah syarikat.

Tiga penyata utama :

i.                    Penyata pendapatan/Penyata Untung rugi : hasil, belanja, untung dan rugi.
penyata yang menunjukkan hasil, belanja, untung/rugi bersih  syarikat.
ii.                  Kunci Kira-kira/Lembaran Imbangan : aset, liabiliti, ekuiti
menunjukkan nilai aset, liabiliti dan ekuiti pemilik / pelaburan syarikat ke atas aset dan sumber kewangan yang digunakan.
iii.                Penyata Aliran Dana/Penyata Aliran Tunai : bagaimana dana diperolehi dan digunakan.
-punca dana dan penggunaan dana/ penyata aliran masuk dan keluar dana dalam perniagaan.
Penyata Aliran Tunai:
                - terimaan tunai / bayaran tunai.

[6]

(h)
Huraikan dua sumber dana jangka pendek.

Sumber Dana Jangka Pendek:

1.      Overdraf [1]
Kemudahan kpd pelanggan mengeluarkan wang lebih drpd baki akaun semasa.[1]

2.      Pinjaman berkala
Satu kemudahan di mana pelanggan/peminjam boleh membayar balik pinjaman dan faedah secara beransur dan jumlah bayarannya sama rata dalam tempoh ditetapkan

3.      Pemfaktoran/memfaktor akaun belum terima
Satu kemudahan di mana pelanggan mendiskaunkan (menjual) invois kepada bank/syarikat pemfaktoran

4.      Nota janji
Satu kemudahan jangka pendek di mana jumlah bayaran adalah sekali gus pada satu tarikh matang yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak peminjam dan pemberi pinjaman

5.      Kredit Dagangan
Kemudahan kredit yang diberikan oleh pihak penjual/pembekal kepada pembeli

6.      Kredit pusingan
Satu perjanjian antara pihak bank dengan pihak peniagaan di mana boleh meminjam wang bila-bila masa sahaja/peminjam boleh mengeluarkan pinjaman berulangan.

7.      Surat kredit
Kemudahan jangka pendek yang diberi kepada syarikat yang menjalankan urus niaga antarabangsa, merupakan jaminan bank bahawa  amaun terhutang akan dijelaskan.

8.      Penerimaan Jurubank
Draf (Bil Pertukaran) yang dikeluarkan oleh pelanggan mengikut perintah yang perlu dibayar pada tarikh tertentu pada masa hadapan dan diterima oleh institusi kewangan bagi tujuan pembiayaan perdagangan bona fide

9.      Trust Receipt
Satu kemudahan pembiayaan yang membolehkan pelanggan menerima hantaran pembelian tempatan atau luar negara sebelum pembayaran bil tampak dibuat.
Membolehkan pelanggan membayar penjual dengan serta-merta
Membolehkan pelanggan menerima hantaran barangan tanpa perlu membuat pembayaran serta-merta

10.  Pinjaman Berjangka
Pinjaman yang diberi untuk jangka masa yang dipratentukan (tempoh), dengan pembayaran balik secara ansuran.

[Mana-mana 2 pertama x 2m=4m]
[4]

(i)
Jelaskan sumber pengrekrutan.

i. Sumber dalaman :

Ø  pekerja yang sedang bekerja di dalam organisasi tersebut.
Ø  Bagi tujuan tersebut, pekerja perlu diberi latihan yang bersesuaian.
Ø  Bagi memeastikan sumber dalaman mencukupi, amalan guna tenaga semasa spt. Trend pengambilan pekerja, pemberhentian, perpindahan pekerja dan persaraan diteliti.

ii. Sumber luaran :     
               
Ø  terdiri daripada individu yang tidak bekerja dalam organisasi berkenaan
Ø  terdiri daripada :
Ø  pelajar IPTA/S,
Ø  pekerja dari organisasi lain,
Ø  penduduk kampung,
Ø  masyarakat sekitar,
Ø  individu yg berdaftar dgn. Agensi pekerjaan dll.

[4]

(j)
Jelaskan tiga tujuan penilaian prestasi.

Tujuan penilaian prestasi :
·                      
Ganjaran dan Pampasan :
-          bonus
-          kenaikan gaji
-          kenaikan pangkat
·                     
 Kawalan sumber manusia:
-          penambahan/pengurangan pekerja
-          penukaran
-          penentuan bidang kerja
-          penentuan tanggungjawab
·                     
 Latihan dan pembangunan:
-          mnentukan keperluan bidang latihan,
-          tujuan latihan,
-          tempoh latihan, tempoh percubaan bagi pekerja baru.
·                      
Memberi maklumat kepada pihak pengurusan :
-          kualiti sumber manusia yang ada untuk tujuan pertumbuhan dan pembesaran organisasi.

·                     
 Memberi  maklum balas kepada pihak pengurusan :
-          keberkesanan aktiviti pemilihan dan pengambilan
-          latihan dan pembangunan sumber manusia.

[6]

0 comments:

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 010-929 0902
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com