PANDUAN KK PP 946/4 2017

PANDUAN  KK PP 946/4 2017
AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

BAB 1 PENGGAL 2 : KEMAHIRAN PENGURUSAN



(a) Menjelaskan tiga peringkat pengurusan iaitu peringkat bawahan, peringkat pertengahan, dan peringkat atasan;



1. Pengurus Atasan

Pengurus yang menduduki peringkat atasan ini terdiri daripada Ketua Eksekutif, Presiden atau Pengurus Besar yang menetapkan matlamat dan menentukan ia tercapai mengikut tujuan organisasi. Pengurus atasan ini juga meneliti perkembangan dan peluang yang berlaku di persekitaran luaran supaya organisasi itu dapat menyesuaikan diri kepada perubahan yang berlaku.

2. Pengurus Pertengahan

Tugas pengurus pada peringkat ini, termasuklah menyelaras dan menyatupadukan aktiviti bahagian untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak atasan. Mereka pada peringkat ini terdiri daripada Pengurus Kawasan, Dekan Pusat Pengajian di universiti, Pengurus Personel dan lain-lain.

3. Pengurus Bawahan

 Penyelia, Fomen, dan Ketua Kumpulan adalah antara mereka yang dimasukkan ke dalam kategori pengurus bawahan. Tugas mereka mengawasi pekerjaan harian di bahagian operasi seperti bahagian pengeluaran agar pengeluaran itu mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak


1.2.1. Jenis-jenis kemahiran pengurusan
  
(a) Menjelaskan berbagai-bagai jenis kemahiran pengurusan termasuklah konseptual, antara- perorangan/kemanusiaan, teknikal,  pengurusan masa, dan pembuatan keputusan;


1. Kemahiran Konseptual

Kemahiran konseptual ialah kebolehan mental atau minda untuk menganalisis dan mengdiagnosis setiap situasi dan masalah, malah berupaya untuk menyelaras dan menyepadukan keseluruhan aktiviti organisasi agar ia lebih sistematik dan efektif.
Setiap organisasi sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dan saingan yang memerlukan kepada penentuan polisi dan strategi organisasi yang lebih berdaya saing.
Kemahiran konseptual yang tinggi sanggat diperlukan untuk membolehkan seseorang pengurus memahami dengan sempurna dan rasional setiap peluang dan tindakan-tindakan yang lebih strategik dari semasa ke semasa.
Dengan yang demikian, organisasi akan dapat berfungsi dengan lebih efektif sesuai dengan situasi dan kehendak semasa.
Disamping itu, perlu dipahami bahawa proses untuk mencapai matlamt organisasi melibatkan jumlah aktiviti yang banyak dan pelbagai.
Kesemuanya perlu di organisasi sejara efektif supaya wujud kelancaran beroperasi demi untuk meminimumkan kos pengeluaran di samping akan dapat mencapai tahap produktiviti yang tinggi serta berkualiti.


2. Kemahiran Kemanusiaan/Interpersonal

Kemahiran kemanusiaan merujuk kepada kebolehan seseorang pengurus untuk bekerja dan memahami serta memotivasi para pekerja, sama ada secara individu mahupun secara kumpulan dan pasukan.
Sebahagian besar daripada urusan seharian para pengurus organisasi adalah bekerja bersama-sama dengan para pekerja mereka.
Malah, kejayaan seorang pengurus adalah bergantung kepada sejauh mana mereka dapat merealisasikan matlamat syarikat melalui kerja-kerja yang dijalankan oleh para pekerja mereka.
Berdasarkan kepada hakikat ini, kemahiran kemanusiaan amatlah kritikal kepada seorang pengurus. Antaranya, komunikasi, perundingan, motivasi dan kepimpinan.


3. Kemahiran Teknikal

Kemahiran teknikal merujuk kepada pengetahuan dan kebolehan seseorang pengurus mengaplikasi segala teori, kaedah, teknik, prosedur dan alat-alat yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu tugas yang spesifik.
Kemahiran teknikal ini amat mudah untuk diphami dalam dunia pekerjaan profesional yang bersifat teknikal, seperti kerja seorang jurutera dan seorang doktor.
Mereka mestilah mempunyai kemahiran teknikal dalam bidang masing-masing untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas-tugas seharian mengikut keperluan dan piawaian yang ditentukan.
Dalam bidang pengurusan pula, seorang pengurus personel hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknikal yang secukupnya dan terkini serta mahir dalam prosedur dan peralatan yang digunakan untuk proses pengrekrutan, penstafan, latihan, pembangunan staf, penilaian prestasi, pampasan dan sebagainya.



4. Kemahiran Pengurusan Masa

Kemahiran pengurusan masa merujuk kepada kemampuan pengurus untuk menjadualkan kerja mengikut keutamaan kerja.
Oleh kerana seseorang pengurus merupakan seorang yang sibuk dengan tugas berkaitan dengan pengurasan, maka beliau perlu pandai menguruskan kerja yang perlu dilaksanakan tidak terbengkalai. Kemampuan untuk menggunakan masa dalam melakukan aktiviti mengikut tempoh yang ditetapkan.


5. Kemahiran Pembuatan Keputusan

Kemahiran pembuatan keputusan merujuk keupayaan memilih alternatif terbaik yang dapat diterima & membawa kebaikan
Pengurus dapat membuat keputusan yang bijak dengan mengambilkira perubahan persekitaran dll
Sebagai contoh, seorang pengurus kewangan mempunyai pengalaman dan tahu menguruskan belanjawan pembelian bahan mentah untuk mengeluarkan sesuatu produk


 

1 comments:

Brenda Jean January 14, 2016 at 1:53 AM  

tq nota cigu :D

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com