BAHAN KEBERSEDIAAN MENJAWAB PP2

BAHAN KEBERSEDIAAN MENJAWAB PP2
AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

BAB 1 PENGGAL 2 : KEPIMPINAN



RUMUSAN MAKSUD KEPIMPINAN:
Maksud kepimpinan ialah :
·        Proses yang dilakukan oleh seorang pengurus                             
·        untuk mempengaruhi orang lain iaitu pekerjanya                       
·        agar mereka melaksanakan tugas yang diberikan                         
·        bagi mencapai matlamat/objektif kumpulan atau organisasi 

CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG EFEKTIF

1.      Bercita-cita, Keinginan Dan Semangat Untuk Memimpin
2.      Jujur Dan Integriti
3.      Keyakinan Diri
4.      Berpengetahuan, Kemahiran Dan Kebolehan Dalam Kerjaya
5.      Bertimbangrasa Dan Bertolak Ansur
6.      Sedia Menerima Teguran
7.      Mengakui Kesilapan Dan Memperbetulkan Kesilapan
8.      Tidak Mendahulukan Kepentingan Diri
9.      Tidak Memandang Rendah Orang Lain
10.   Tekun
11.   Sabar

PERANAN PEMIMPIN

1.      Jurulatih
Melatih pekerja yg kurang mahir dgn memberi latihan yg sewajarnya

2.      Pembimbing
Memberitahu apa yg patut & tdk patut dilakukan oleh pekerjanya

3.      Pendorong
Merangsang dan memberikan semangat kepada kepada subordinate untuk melaksanakan tugas dgn berkesan.

4.      Sahabat
Menjaga pertalian dan hubungan yang baik dan rapat dgn subordinatnya.

5.      Ketua
Mempunyai matlamat dan visi bagi kumpulan  subordinat yg dipimpinnya.(teladan)



JENIS DAN SUMBER KUASA

·        Kuasa ialah apa yang anda kawal yang membolehkan anda memanipulasi kelakuan orang lain. Terdapat beberapa jenis kuasa iaitu:
1.      Kuasa Desakan/Paksaan
2.      Kuasa Ganjaran
3.      Kuasa Pakar
4.      Kuasa Sah
5.      Kuasa Personal Atau Rujukan
6.      Kuasa Maklumat
7.      Kuasa Perhubungan

1.      Kuasa Sah
·        Ialah kuasa rasmi yang diperolehi daripada autoriti pihak atasan melalui penyerahan kuasa yang memberikan ia sesuatu kedudukan dalam organisasi.
·        Berasaskan autoriti / kedudukan
·        "Siti ialah pengurus kewangan di Syarikat Antah Berantah Sdn Bhd. Beliau mula mmegang jawqatan tersebut sejak 1990. Pada tahun 1995 beliau telah dinaikkan pangkat menjadi pengurus besar. Oleh itu kuasa sah yang ada pada Siti sebagai pengurus kewangan ialah dari tahun 1990 hingga 1995, dan kuasa sah sebagai pengurus besar pula bermula pada tahun 1995."
·        Contoh kuasa sah:
1.      Jurulatih bolasepak berhak memilih dan menggugurkan mana-mana pemain berdasarkan kedudukannya.
2.      Bendahari berhak keatas sumber kewangan persatuan kerana kedudukannya.

Menggunakan kuasa sah secara efektif
-        Arahan diberi perlu jelas (beri sebabnya jika perlu)
-        Ajukan arahan dengan tertib (elakkan dari menggunakan kata-kata
-        “saya tidak peduli”
-        Arahan diberi ikut saluran betul (elakkan penggunaan orang tengah)
-        Pastikan arahan dipatuhi.   Jika tidak, pengikut menganggap arahan yang diberi tidak perlu dipatuhi
-        Prihatin terhadap apa yang dipentingkan oleh pengikut

2.      Kuasa Ganjaran/Imbuhan
·        Pemimpin yang memberi ganjaran kepada sesiapa yang menurut perintah dengan insentif yang positif.
·        Berasaskan faedah dalam bentuk intrinsik dan ekstrinsik
·        "Puan Zamrita amat berpuas hati dengan pencapaian seorang penyelianya yang bernama Dayang. Beliau telah mencadangkan kepada pengurus besarnya agar Dayang diberikan kenaikan pangkat. Puan Zamrita menggunakan kuasa ganjaran dalam kepimpinan beliau."
·        Cth : menentukan ganjaran.
1.      Pemimpin yang menguasai sumber dalam organisasi
2.      Pemimpin yang diberi kuasa untuk memberikan ganjaran

Menggunakan kuasa ganjaran secara efektif

-        Perlu berasaskan kepada piawaian (spt penilaian prestasi)
-        Ganjarannya adalah menarik
-        Arahan diberi perlu beretika (jangan gunakan ganjaran alat pengaruh/memberi arahan)
-        Pemimpin perlu ingat bahawa memberi ganjaran adalah amanah dan perlu ditunaikan apabila dituntut oleh pengikut.

3.      Kuasa Desakan
·        Berasaskan kepada ugutan atau ancaman yang boleh menimbulkan ketakutan di hati pengikut. Ia juga merupakan paksaan terhadap keakuran pengikut dalam menuruti perintah.
·        "Encik Gedebe ialah pengurus Syarikat Paksarela Sdn Bhd. Beliau tidak popular dikalangan pekerjanya kerana beliau selalu menggunakan ugutan dan ancaman seperti menahan kenaikan pangkat, pemotongan elaun, pembatalan cuti tahunan dan sebagainya. Encik Gedebe berkuasa melalui kuasa paksaan."
·        Pemimpin berkesan akan cuba mengelakkan dari menggunakan kuasa ini kerana boleh menimbulkan perasaan tidak puas dikalangan pengikut.
·        Contoh-contoh:
1.      Polis menyaman pemandu kereta kerana tidak mematuhi had laju
2.      Pensyarah menggantung pengajian pelajar kerana melanggar disiplin.
3.      Majikan memecat pekerja yang malas
4.      Presiden parti memecat ahli yang menyokong calon lawan
5.      Peristiwa Pembunuhan beramai-ramai Kumpulan Jim Jones

Menggunakan kuasa paksaan secara efektif
-        Pengikut perlu dimaklumkan dahulu peraturan dan penaltinya
-        Gunakan secara konsisten – sama untuk semua staf
-        Beri tempoh amaran yang mencukupi
-        Dapatkan dan sahkan ketepatan maklumat sebelum menjatuhkan hukuman
-        Sentiasa tenang dan elakkan diri dari dilihat sebagai „hostile‟
-        (garang/tidak berperasaan)
-        Mengenakan hukuman yang sepadan dengan kesalahan
-        Beri amaran dan hukuman di tempat tertutup

4.      Kuasa Rujukan
·        Pemimpin memiliki daya penarik yang memaparkan keyakinan terhadap apa yang hendak dicapai. beliau mempunyai karisma, popular dan mendapat sanjungan ramai.
·        Berasaskan  perawakan  dan  ciri  luar  biasa  seseorang  pemimpin. Dikenali juga sebagai kuasa karisma.
·        Pengikut berasa sayang, setia dan kagum dengan kepimpinannya.
·        "Mat Senyum adalah pemimpin yang disukai ramai. Beliau pandai mengambil hati, berpelajaran dan selalu senyum di mana saja beliau pergi. Beliau juga berkemahiran dalam tugas kerjanya. Beliau selalu menjadi rujukan rakan-rakan sejawat dan orang-orang bawahan dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Beliau dikatakan mempunyai kuasa rujukan."
·        Cth  : 
1.      pengikut  kagum  dengan  cara  pemimpin  bekerja,  pemimpin dijadikan sebagai model peranan.
2.      Pensyarah yang lebih mesra dengan pelajar lebih berpengaruh dari pensyarah yang tidak disukai pelajar.
3.      Pemimpin yang dekat di hati rakyat akan dikenang jasanya sampai bila-bila.

Menggunakan kuasa rujukan secara efektif
-        Menjadikan diri sebagai model peranan.
-        Guna „personel appeal‟
-        Kata-kata berikut boleh mempengaruhi pengikut :
-        “saya sangat berbesar hati kalau anda dapat menolong…” “saya sangat bergantung harap dengan kerjasama anda untuk menjayakan…

5.      Kuasa Kepakaran
·        Pemimpin yang mengetahui dengan mendalam tentang sesuatu perkara di manakebolehannya tidak dapat ditandingi oleh orang lain. Berasaskan kepada kepakaran yang dimilikinya, pendapatnya didengar dan diikuti.
·        Berasaskan  kebolehan,  ilmu  pengetahuan,  kemahiran  yang  berkaitan  dengan tugasnya.
·        "Encik Awang ialah seorang pakar komputer di sebuah syarikat swasta di sini. Beliau adalah lulusan luarnegeri dalam bidang komputer dan mempunyai 10 tahun pengalaman. Kepakarannya selalu diperlukan oleh badan-badan korporat dan tidak ramai yang dapat menandingi beliau."
·        Cth :
1.      Pengikut meminta pendapat sebagai rujukan oleh pengikut.
2.      Doktor pakar lebih berpengaruh dari doktor biasa kerana kepakarannya.
3.      Pensyarah lulusan PHD lebih berpengaruh dari pensyarah lulusan sarjana kerana kepakarannya.




Menggunakan kuasa kepakaran secara efektif

-        Tunjukkan imej sebagai pakar
-        Pastikan  kelulusan  pendidikan  diketahui  oleh  pengikut    pamerkan  sijil,  anugerah  dll/ Beritahu pengikut pengalaman/ jawatan yang pernah dipegang/Laksanakan aktiviti/kerja dengan jayanya
-        Kekalkan kredibiliti (elakkan buat komen yang cuai)
-        Bertindak secara yakin dan tegas apabila berhadapan dengan krisis.
-        Pengaliran maklumat dibuat secara berterusan
-        Tingkatkan pengetahuan secara berterusan, khususnya dalam bidangnya, supaya mengetahui perubahannnya

6.      Kuasa Maklumat
·        Oleh kerana sesuatu maklumat itu penting, pemilik maklumat biasanya berkuasa. Pemimpin yang memiliki maklumat dapat mempengaruhi orang ramai.

7.      Kuasa Perhubungan
·        Pemimpin yang mempunyai kuasa ini biasanya terserlah bila organisasi mempunyai masalah di mana masalah tidak dapat diselesaikan dengan cara biasa. Kuasa perhubungan memungkinkan pemimpin tersebut menyelesaikan masalah tersebut.
·        "Persatuan Bolasepak Negeri Antah Berantah mengalami masalah yang amat sukar untuk diselesaikan. Dengan kebijaksanaan Haji Senik, masalah itu selesai setelah dia menggunakan perhubungan baiknya dengan Menteri Besar dalam mencari penyelesaian."

KAJIAN TENTANG KUASA

1.      Joseph S. Florelli
·        Kuasa pakar adalah asas kuasa utama yang digunakan untuk memberi kesan kepada persetujuan di dalam pembuatan keputusan yang dibuat oleh individu dan kumpulan.

2.      Gary N. Powell
·        Kuasa sah, ganjaran dan paksaan adlah lebih dimiliki oleh pemimpin yang menunjukkan gaya kepimpinan struktur daya usaha (iniating structure). Antara ketiga-tiganya, kuasa sah adalah paling dikaitkan dengan pemimpin ini. Manakala pemimpin be4rcorak pertimbagan, kuasa rujukan adalah kuasa utama yang dimiliki.

3.      Hersey, Blanchard And Meyer
·        Pada tingkat kematangan yang tinggi, kuasa pakar, maklumat dan rujukan paling sering digunakan manakal kuasa-kuasa paksaan, hubungan sering digunakan pada tingkat kematanaganyang rendah.


PENGGUNAAN KUASA

1.      Kuasa Paksaan
·        Menerangkan kepada ahli peraturan organisasi, bentuk perlanggaran peraturan dan hukuman keatas sebarang perlanggaran peraturan Disiplin dijalankan secara adil, konsisten dan tidak bertangguh Sebelum menghukum sahkan ketepatan maklumat Sebelum menghukum, berikan amaran yang mencukupi dan ikut prosedur iaitu mulakan dengan amaran lisan, amaran bertulis dan seterusnya tindakan. Utamakan "progressive disciplinary".

2.      Kuasa Ganjaran
·        Ganjaran diberi adalah munasabah dan menarik Pemimpin mesti mengotakan janji untuk memberi ganjaran Pemimpin perlu berhati-hati supaya ganjaran yang ditawarkan tidak dianggap sebagai "mempunyai udang di sebalik batu".

3.      Kuasa Kepakaran
·        Pemimpin menonjolkan imej diri sebagai seorang yang berwibawa dalam bidangnya. Pemimpin berusaha mengekalkan kewibawaannya dengan mengelakkan dari memberi komen terhadap perkara yang dia tidak berpengetahuan atau tidak mempunyai maklumat lengkap Bertindak dengan yakin dan tegas dalam menangani sesuatu krisis Berterusan memperlengkapkan diri dengan kepakarannya melalui kajian, pembacaan dan latihan.

4.      Kuasa Sah
·        Kerap menggunakan autoriti dalam memimpin Memberi arahan dengan tertib, jelas, tegas dan yakin. Memastikan arahan yang diberi adalah di dalam bidang kuasanya. Memastikan arahan dipatuhi

5.      Kuasa Rujukan
·        Sifat pemimpin yang menggunakan kuasa rujukan Pengikut mengidentifikasikan diri mereka dengan pemimpin Pemimpin mengajukan permintaan menggunakan "personal appeal" Pemimpin menjadikan diri mereka sebagai role model

6.      Kuasa Maklumat
·        Mengetahui organisasi yang dipimpinnya dengan mendalam Mengetahui maklumat diri setiap ahli secara mendalam Mengetahui persekitaran dimana organisasiny beroperasi Mengetahui organisasi dan individu yang ada hubungan dengan organisasi yang dipimpinnya

7.      Kuasa Perhubungan
·        Mempunyai imej mudah didekati Bersifat people-oriented dan mesra Mempunyai rangkaian perhubungan dengan individu-individu penting diluar organisasi.


0 comments:

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 010-929 0902
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com