JOM SERTAI Cg aZLy di
FACEBOOK PENGAJIAN PERNIAGAAN BAHARU [PELAJAR ] dan GROUP GURU PP 1 MALAYSIA untuk perkongsian Maklumat

CD PANDUAN KERJA KURSUS 2014

CD PANDUAN KERJA KURSUS 2014
SUDAH BOLEH DIMILIK..

BAB 1 PENGGAL 2 : PERANCANGAN



1.3.1    Jenis-jenis perancangan
(a)       mentakrifkan maksud perancangan dan menjelaskan kepentingannya;

PERANCANGAN

Maksud Perancangan:
1.     Proses menentukan visi, misi dan matlamat dan membentuk  tindakan yang diambil untuk mencapai matlamat tersebut.   
2.     Satu proses di mana pengurus menentukan matlamat yang hendak dicapai dan menentukan tindakan yang paling sesuai untuk diambil disemua peringkat organisasi.
3.     Proses di mana pengurus menentukan matlamat yang ingin dicapai dan menentukan tindakan yang paling sesuai untuk diambil di semua peringkat organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.
4.       “Aktiviti yang berorientasikan masa depan, iaitu apa yang hendak diperolehi pada masa hadapan dengan mula melaksanakan programnya sekarang.”
           
KEPENTINGAN PERANCANGAN IALAH:

1. Menyediakan hala tuju/menentukan matlamat/fokus
Organisasi perlu membuat analisis peluang, cabaran, ancaman, kekuatan, kelemahan untuk menentukan matlamat.
Membantu pengurus menentukan matlamat, kumpulan kerja dan membangunkan strategi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat.
Pengurus juga dapat mengagih dan mengguna sumber dengan lebih efektif dan efisien.
Membantu mengenalpasti operasi yang diperlukan serta bagaimana ia mempengaruhi organisasi.
Contoh: Perancangan 5 tahun – menyatakan visi, misi, objektif, rancangan operasi, keperluan kewangan, keperluan sumber manusia bagi mencapai matlamat organisasi.

2. Menyelaras sumber
Mengenalpasti, mengagih dan menggunakan sumber secara cekap dan berkesan antara jabatan/unit perniagaan – kurangkan pembaziran; mengadakan sumber berganda.

3. Ukuran prestasi /pencapaian
Dalam rancangan ada matlamat/objektif yang ingin dicapai. Objektif/matlamat ini akan menjadi garis penamat.
Perancangan membolehkan penetapan tanda aras yang hendak dicapai.
Tanda aras adalah satu proses mencari ciri-ciri produk, perkhidmatan atau proses yang terbaik berbanding pesaing sebagai satu standard atau piawai untuk meningkatkan prestasi organisasi.

4. Tindakan pembaikan
Hasil sebenar yang dicapai akan dibanding dengan gol. Kekurangan akan ditambah baik.

5. Panduan membuat keputusan
Dalam rancangan ada garispanduan tentang apa matlamat dan bagaimana mencapainya. Dan garispanduan ini akan menjadi panduan kepada membuat keputusan khususnya berkaitan pengagihan sumber.

6. Memahami persekitaran perniagaan
membentuk strategi perniagaan.
Pengurus dapat mengenalpasti peluang dan masalah/ancaman yang dihadapi oleh perniagaan pada masa sekarang dan masa depan
Penyesuaian boleh dilakukan dengan segera - memastikan operasi organisasi berjalan lancar – menjimatkan kos, mengurangkan pembaziran dan risiko.

7. Sebagai alat kawalan
Supaya penyelewengan/kesilapan dapat dielakkan
Dengan perancangan satu sistem kawalan dapat diwujudkan.
Pengurus dapat memastikan pencapaian organisasi selaras dengan perancangan.
Tindakan pembetulan dapat dilakukan dari semasa ke semasa.


(b)       menjelaskan jenis perancangan mengikut jangka masa, kegunaan, dan peringkatnya (strategik, taktikal, dan operasi);

JENIS-JENIS PERANCANGAN

1.     Perancangan Strategik (Jangka Panjang)
§  Satu rancangan umum yang komprehensif atau menyeluruh yang menerangkan rancangan menyeluruh untuk mencapai misi dan matlamat.
§  Perancangan menyeluruh bagi mencapai matlamat organisasi.
§  Melibatkan proses pembuatan keputusan berkenaan matlamat jangka panjang organisasi.
§  Tempoh masa melebihi tiga tahun.
§  Dilakukan oleh pengurus peringkat atasan.
§  Risiko yang tinggi kerana melibatkan perancangan keseluruhan.
§  Memerlukan kemahiran konseptual yang tinggi.

2.     Perancangan Taktikal (Jangka Sederhana)
§  Satu pelan operasi yang spesifik yang memperincikan bagaimana, bila dan di mana sesuatu strategi itu akan dilaksanakan
§  Perancangan yang direkabentuk bagi  melaksanakan perancangan strategik.
§  Perancangan taktikal dijalankan mengikut strategi yang dibentuk
§  Diterjemahkan daripada perancangan jangka panjang oleh pengurus peringkat pertengahan.
§  Tempoh lebih singkat berbanding perancangan strategik iaitu antara satu hingga tiga tahun.
§  Juga dikenali sebagai rancangan fungsian yang meliputi perancangan sesuatu jabatan seperti perancangan pemasaran, perancangan kewangan, perancangan sumber manusia dll.

3.     Perancangan (Operasian) Jangka Pendek)
§  Perancangan terperinci yang dilakukan oleh pengurus peringkat bawahan.
§  Jangka masa paling pendek kurang daripada satu tahun.
§  Penekanan pada tugas-tugas rutin.
§  Dilakukan secara berulang-ulang contohnya kerja harian, mingguan, bulanan.
§  Berkaitan aktiviti pengeluaran.




Kaitan Tingkat Pengurusan dengan Perancangan



1.     Pengurusan Atasan – Perancangan Strategik
·       Pengurusan atasan melakukan perancangan strategik (jangka panjang).
·       Merujuk kepada rancangan keseluruhan organisasi.
·       Kandungan : Visi, misi, gol.( halatuju dan sasaran)
·       Skop : Matlamat menyeluruh, organisasi/korperat
·       Kemahiran : konseptual- melihat faktor-faktor persekitaran luaran dan dalaman. Pengurus perlu mempunyai kemahiran konseptual yang tinggi berbanding pengurus peringkat lain.
·       Pengurus perlu memantau persekitaran dalaman dan luaran seperti ekonomi, teknologi, kebudayaan, pelanggan, pekerja, pesaing dan sebagainya.

2.     Pengurusan Pertengahan – Perancangan Taktikal
·       Pengurus pertengahan menyediakan perancangan taktikal (jangka sederhana).
·       Menyokong perancangan jangka panjang yang dibuat oleh pengurus atasan.
·       Kandungan : Langkah persaingan, respons kepada tindakan pesaing.
·       Skop : Matlamat bisnes, jabatan.
·       Kemahiran : Kemanusiaan– atasan dan bawahan organisasi.
·       Pengurus akan menentukan bagaimana syarikat akan menggunakan sumber-sumber yang ada bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

3.     Pengurusan Bawahan – Perancangan Operasian
·       Pengurus bawahan akan menyediakan perancangan operasian (jangka pendek)
·       Perancangan yang dibuat perlu selaras dengan perancangan yang dibuat oleh pengurus peringkat atasan dan pertengahan.
·       Kandungan : Unit pengeluaran, kaedah penyampaian
·       Mengawal operasi harian.
·       Kemahiran : Kemanusiaan – hubungan pelanggan, dan Teknikal-mengawal selia operasi harian.

0 comments:

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 010-929 0902
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com