XPRESS RIVISION OVERVIEW MIND MAP P1P3 STPM

XPRESS RIVISION OVERVIEW MIND MAP P1P3 STPM
AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

PECUTAN AKHIR P3 2013 : SPOT TAJUK BAB 4 [ETIKA & TANGGUNGJAWAB SOSIAL]



FOKUS : BAB 4 – ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL
SOALAN SPOT 1:

BERIKAN DEFINISI KONSEP BERIKUT:

ETIKA

·        Perkataan etika berasal daripada perkataan Greek ethos yang bermaksud sikap atau adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan.
·        Secara formal, etika ditakrifkan sebagai satu teori tentang perlakuan buruk baik manusia dan sejauh mana ia dapat ditentukan oleh akal.

MORAL

·        Moral ialah satu standard yang dimiliki oleh seseorang atau masyarakat tentang apa yang baik dan apa yang tidak baik.
·        Pertimbangan moral bergantung kepada suasana atau keadaan di mana seseorang itu dibesarkan, sistem sosial, kelas kehidupan dan agamanya.
·        Moral dianggap sebagai sebahagian daripada etika.
·        Jadi moral boleh diertikan sebagai satu disiplin yang menerangkan sistem yang dihayati oleh sesuatu kelompok manusia.

ETIKA PERNIAGAAN

·        Pengajian yang mengandungi betul atau salah, baik atau buruk tindakan manusia dalam konteks perniagaan.
·        Menekankan kepada standard moral yang digunakan dalam polisi perniagaan, institusi dan sikap peniaga.
·        Etika perniagaan adalah satu set nilai dan peraturan yang menerangkan betul atau salah perlakuan seseorang peniaga dalam menjalankan aktiviti perniagaan.

ETIKA KERJA

·        Satu set peraturan kerja yang menjelaskan tanggungjawab dan tingkah laku yang sepatutnya ada pada seseorang pekerja dalam bidang pekerjaannya.
·        Menekankan pembentukan tingkah laku individu ke arah yang konsisten dengan norma-norma kumpulan profesional tertentu.
·        Etika kerja adalah berkaitan dengan bidang pekerjaan sama ada pekerja itu bekerja dalam sektor awam, swasta atau profesion tertentu.
·        Contohnya, kod etika doktor, Tonggak Dua Belas, Kod Etika Pengarah dan sebagainya.



SOALAN SPOT 2
BERIKAN CONTOH PERLAKUAN YANG BERCANGGAH DENGAN KOD ETIKA KERJA

Contoh perlakuan yang bercanggah dengan kod etika kerja.
  1. Mengambil cuti sakit walaupun sihat
  2. Menggunakan masa bekerja untuk menjalankan urusan peribadi
  3. Tidak memberitahu majikan apabila tidak hadir bekerja
  4. Menerima atau memberi rasuah
  5. Sentiasa menentang arahan pihak atasan berkaitan polisi kerja yang telah  dipersetujui.
  6. Cuai dalam menjalankan tugas yang diamanahkan
  7. Melambatkan-lambatkan/ menangguhkan  urusan kerja tanpa sebab
  8. Menyerahkan tugas yang perlu diselesaikan kepada orang lain tanpa sebab



SOALAN SPOT 3

BERIKAN SEBAB-SEBAB BERLAKU AMALAN TIDAK BERETIKA

Sebab-sebab berlaku amalan tidak beretika:

a.   Kepentingan dan keuntungan peribadi
      -     untuk hidup mewah, kemasyhuran dll

b.   Tekanan untuk mendapat keuntungan
      -     persaingan yang hebat
      -     persekitaran ekonomi yang kurang baik
      -     perniagaan semakin merosot

c.   Matlamat perniagaan vs nilai peribadi
      -     matlamat perniagaan untuk memaksimakan keuntungan
      -     bercanggah dengan nilai moral

d.   Persaingan tidak sihat
      -     sorok barang untuk menaikkan harga
      -     menetapkan harga

e.   Pertentangan rentas budaya
      -     amalan etika perniagaan yang berbeza antara negara
      -     contohnya, Malaysia dan Thailand

f.    Kejahilan pihak pengguna
      -     kurang prihatin terhadap hak-hak pengguna


SOALAN SPOT 4

TERANGKAN PENDEKATAN TINDAKAN BERETIKA BERIKUT:

PENDEKATAN UTILITARIAN
Etika utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai.

PENDEKATAN INDIVIDUALISME
Individualisme merujuk kepada sikap individu ataupun kumpulan yang berorientasikan kepentingan diri sendiri atau kumpulan mereka dari aspek pemikiran dan tindakan.

PENDEKATAN HAK MORAL
Hak moral adalah hak yang melekat pada diri pencipta atau pelaku yang tidak dapat dihilangkan atau dihapus dengan alasan apapun, walaupun hak cipta atau hak terkait telah dialihkan.

PENDEKATAN KEADILAN
Pendekatan keadilan merujuk pada kesamarataan dan keadilan yang diperoleh oleh setiap individu dalam pelbagai aspek termasuklah dari segi sosial, ekonomi dan juga perundangan.





SOALAN SPOT 5

TERANGKAN MAKSUD JENAYAH KOLAR PUTIH [JENAYAH PERDAGANGAN]  DAN HURAIKAN PUNCA BERLAKUNYA JENAYAH KOLAR PUTIH DI KALANGAN PENGURUS ATASAN SESEBUAH ORGANISASI.

Definisi

Jenayah kolar putih ialah sebarang perbuatan salah yang dilakukan oleh golongan pertengahan atau atasan seperti pegawai profesional, pengurus, dan pengarah syarikat yang berkaitan dengan bidang tugas mereka.

Punca Berlakunya Jenayah Kolar Putih

Sebab-sebab yang memungkinkan berlakunya jenayah kolar putih boleh dilihat daripada tiga aspek iaitu pengurusan, individu dan persekitaran.

1.     Pengurusan – kurang kawalan dalaman
  • Kurang kepimpinan dan penyeliaan
  • Peraturan/prosedur/sistem yang longgar dan banyak birokrasi
  • Tindakan disiplin tidak dikuatkuasakan
  • Kurang ketelusan
  • Penurunan kuasa/pengagihan kerja yang tidak terkawal
  • Perkhidmatan yang diberikan tidak cekap
  • Pengurusan sumber manusia yang lemah – termasuk proses pengambilan pekerja yang kurang teliti, kurang latihan seperti program motivasi atau bina insan serta sistem penilaian prestasi dan kenaikan pangkat yang lemah dan tidak adil.

2.     Individu – kurang nilai diri
  1. Tamak ingin cepat kaya dab suka hidup mewah
  2. Kurang didikan agama
  3. Undang-undang atau tindakan disiplin tidak ketat, hukuman yang dikenakan ringan
  4. Sikap ingin bermegah kepada masyarakat
  5. Amalan memberi hadiah
  6. Perkhidmatan tidak cekap dan kerenah birokrasi
  7. Tindakan peribadi atau pekerjaan

3.     Persekitaran – dorongan daripada sistem hidup dan masyarakat sekeliling
  • Amalan/budaya memberi token/hadiah
  • Persaingan daripada kawan-kawan yang hidup mewah
  • Amalan nepotisme – pilih kasih dan mengutamakan keluarga sendiri dalam urusan rasmi
  • Dorongan mengejar kemewahan hidup yang tidak seimbang dengan dorongan mengejar kemurnian dan kemuliaan diri

SOALAN SPOT 6

JELASKAN JENIS-JENIS JENAYAH KOLAR PUTIH BERIKUT DAN TERANGKAN PUNCA SERTA HUKUMAN BAGI SETIAP JENIS JENAYAH YANG DINYATAKAN TERSEBUT.

RASUAH
DEF: • Menerima atau memberi apa-apa suapan sebagai dorongan, upah, atau galakan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu atau tidak melakukan sesuatu yang ada hubungan dengan prinsipalnya                                                                                                                                    


CONTOH RASUAH:
Contoh- seksyen 11 (a) Meminta/menerima rasuah
              seksyen 11(b) Menawar/memberi rasuah
              seksyen 11 © Membuat tuntutan palsu
              seksyen 11 (d) Menyalahguna jawatan/kedudukan

PUNCA BERLAKU RASUAH:

1.      Kelemahan individu
i.       kurang iman / didikan agama - kurang berpegang kepada ajaran agama / tidak amanah.
ii.     Tamak - sentiasa tidak berpuashati dengan apa yang diperolehi
iii.    Ingin cepat kaya - mendapatkan kekayaan dalam masa singkat dan senang
iv.    Suka kemewahan - suka membeli barang jenama / berprestij
v.      Boros - berbelanja melebihi pendapatan
vi.    Suka berhutang - sikap suka membeli barang secara kredit
vii.  Sikap suka berpoya-poya - Suka berjudi / minum arak / disko

2.      Kelemahan kepimpinan dan pentadbiran
-        kurang penyeliaan, pengawasan
-        sistem dan prosedur yang lemah
-        mudahkan pekerja lakukan rasuah

3.      Faktor sosial dan kebudayaan
-        setiap kaum mempunyai budaya dan amalan hidup yang berbeza berhubung pemberian hadiah
-        Silapnya ,pemberian ini dibuat pada masa yang tidak sesuai
-        Proses memberi dan menerima hadiah mungkin mewujudkan apa yang dipanggil “termakan budi” dan merebak menjadi rasuah

4.      Faktor pembangunan sosioekonomi  dan modenisasi
-        Rancangan dan projek pembangunan  yang dijalankan menambahkan pengaliran wang.
-        Orang-orang yang terlibat dengan projek mungkin mengambil keuntungan untuk diri sendiri
-        Juga mengambil kesempatan memberi sogokan kepada pegawai berkaitan agar sesuatu urusan cepat dipertimbangkan

5.      Faktor nepotisme
-     Perbuatan pilih kasih serta salah guna kuasa untuk faedah diri sendiri keluarga atau sahabat handai

KESAN RASUAH:

Kesan Negatif Daripada Amalan Rasuah :

1.      Keluaran tidak berkualiti
·        Dikeluarkan oleh firma yang tidak berkemampuan
·        Keluaran dihasilkan tidak menepati standard dan spesifikasi
·        Kesan buruk kepada pengguna.

2.      Melambatkan tugas
·        Sengaja melambatkan kerja
·        Menunggu sogokan daripada pihak yang berurusan
·        Layanan istemewa bagi yang memberi rasuah.


3.      Kos pengeluaran sesuatu projek meningkat
·        Pemberian rasuah dikira sebagai belanja projek
·        Kos projek menjadi tinggi daripada yang kos yang sebenar
·        Pengguna dikenakan caj tinggi

4.      Ketidakadilan di dalam pembahagian kekayaan Negara
·        Golongan kaya akan terus mendapat kekayaan sebab berupaya memberi rasuah
·        Golongan ini akan diberi keistimewaan setiap projek dikeluarkan
·        Golongan miskin terus tertinggal

Kesan rasuah kepada  pelabur asing di sesebuah negara
1.      Meningkatkan kos perniagaan kerana sebahagian daripada keuntungan syarikat terpaksa digunakan untuk memberi wang sogokan.
2.      Karenah birokrasi bagi sesuatu permohonan
3.      Ketidak cekapan organisasi
4.      Kehilangan daya saing
5.      Imej syarikat terjejas
6.      Penghasilan produk akhir tidak berkualiti
7.      Mengurangkan bilangan kemasukan pelabur asing.

LANGKAH MENCEGAH AMALAN RASUAH:

Langkah mencegah rasuah

1.     Tindakan undang-undang yang lebih ketat
·       Orang berani melakukan rasuah kerana hukuman ringan
·       Keuntungan melalui rasuah lebih lumayan berbanding hukuman
·       Perlu hukuman yang lebih berat dan serius sebagai pengajaran
·       kuatkuasakan undang-undang sedia ada
·       mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah rasuah

2.     Usaha pihak pentadbiran
·       Kenalpasti kelemahan-kelemahan  yang ada
·       Tentukan ciri-ciri kawalan dalaman untuk mencegah rasuah
·       perkemaskan sistem / prosedur  penting dalam jabatan
·       tingkatkan kawalan dalaman / penyeliaan / pemantauan / sediakan kod etika jabatan / peraturan dalaman
·       kurangkan penggunaan budi bicara / sediakan garis panduan / polisi dalam membuat keputusan.
·       tindakan / hukuman tegas kepada pekerja yang terlibat / kawalan disiplin

3.     Kepimpinan melalui teladan
·       Pemimpin patut menjadi contoh  dan teladan kepada pekerja
·       Sikap buruk pemimpin akan menjadi budaya serta norma organisasi
·       Pengurusan menunjukkan teladan / contoh yang baik.
·       Menjadi norma / budaya organisasi
·       Menjadi amalan harian pekerja

4.     Usaha-usaha menerusi pendidikan
·       Panduan berdasarkan penerapan nilai-nilai Islam perlu  diteladani dan dilaksanakan dengan serius dan berterusan
·       penerapan nilai-nilai murni diinstitusi pendidikan
·       penerapan ajaran agama kalangan pekerja
·       mengadakan ceramah/seminar/ peringatan bahaya rasuah oleh majikan kepada  pekerja.

5.     Didikan agama dan moral
·       Orang yang beragama lebih jujur dan amanah
·       Tidak mudah dipengaruhi nafsu tamak dan haloba
·       Didikan moral mengajar kita menjadi manusia yang beriman dan berhemah tinggi
·       Pekerja yang ada pegangan agama dan moral yang tinggi tidak akan menerima rasuah

HUKUMAN RASUAH:

  1. Hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih daripada 20 tahun
  2. dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan  atau  RM10 000 mana lebih tinggi.          








PENYELEWENGAN
DEF:
salahguna harta dengan curang iaitu barang siapa dengan curangnya menyalahgunakan atau menjadikan bagi kegunaannya sendiri, atau menyebabkan mana-mana orang melupuskan apa-apa.

CONTOH PENYELEWENGAN:

1.      Menggelapkan harta
2.      Memberikan harta pada bukan haknya
3.      Mengumpul harta yang bukan haknya
4.      Menipu atau sebarang yang perbuatan yang boleh mendatangkan kerugian kepada pihak yang mendapat tanggungjawab

HUKUMAN PENYELEWENGAN:

Penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih daripada lima tahun dan dengan sebatan, serta denda.



PECAH AMANAH
DEF:
Pihak yang diamanahkan dengan harta telah dengan curangnya menyalahgunakan harta itu untuk kegunaan sendiri seperti menggunakan harta pejabat untuk kegunaan sendiri.

CONTOH PECAH AMANAH

1.      Penyalahgunaan wang syarikat
2.      Menyalahgunakan harta yang telah diamanahkan hak penjagaannya kepada individu terbabit . Individu terbabit dikatakan telah menyalahgunakan harta tersebut untuk kegunaan sendiri .
3.      Merancang agar firma miliknya sendiri mendapat projek di mana dia bekerja di syarikat itu.
4.      Meliputi penggunaan kepakaran atau maklumat yang dimiliki untuk membeli saham/aset (untuk diri sendiri) & menjual saham/aset tersebut kepada syarikat di mana ia bertugas untuk mengaut keuntungan peribadi.
5.      Pengurus menipu atau meniru tandatangan mana-mana pegawai
6.      Tidak menjaga sesuatu senarai hasil, penyata, buku akaun, anggaran, daftar, resit catatan mensyuarat atau senarai pendermaan atau mengeluarkan sesuatu surat atau sijil
7.      Enggan atau dengan sengajanya lalai atau mungkir menjalankannya dengan satu cara yang tidak sah
8.      Penyalahgunaan duit/ harta/ wang  syarikat untuk diri sendiri
9.      Menggunakan kepakaran atau maklumat yang dimiliki untuk membeli saham atau aset untuk diri sendiri

HUKUMAN PECAH AMANAH:

1.      Mengikut Seksyen 406 Kanun keseksaan , seseorang yang didapati bersalah melakukan pecah amanah boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun serta sebatan rotan.
2.      Bagi kesalahan pecah amanah yang dilakukan oleh penjawat awam, jurubank, saudagar dan ejen, hukuman penjara yang dijatuhkan tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun, sebatan rotan serta denda.








KONFLIK KEPENTINGAN
DEF:
·        Satu bentuk jenayah kolar putih yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kuasa dan autoriti tertentu dalam organisasi
·        Tindakannya menunjukkan tanda- tanda percanggahan antara kepentingan peribadi dengan kepentingan tugasnya terhadap organisasi perniagaan tersebut.

CONTOH KONFLIK KEPENTINGAN:

1.     Seseorang pengarah syarikat A, di masa yang sana pengarah syarikat B, dan syarikat ini bersaing antara satu sama lain
2.     Membuat keputusan yang menguntungkan diri sendiri.

HUKUMAN KONFLIK KEPENTINGAN:

·        Menurut Seksyen 131(5) Akta Syarikat 1965, seseorang pengarah syarikat yang memegang apa-apa jawatan, atau memiliki apa-apa harta, atau mempunyai kepentingan tertentu yang mungkin bercanggah dengan tugas atau kepentingannya sebagai pengarah, sekiranya didapati gagal membuat pendedahan terhadap jenis dan had percanggahan tersebut di mesyuarat pengarah syarikat boleh dipenjara selama 7 tahun, atau boleh didenda RM150 000, atau kedua-duanya.

PENYALAHGUNAAN KUASA
DEF:
·        Menyalahgunakan kuasa yang ada padanya untuk kepentingan diri sendiri dan peribadi
·        Berlaku apabila seseorang yang diberi kuasa untuk menjalankan tanggungjawab tertentu berdasarkan bidang kuasa yang diamanahkan kepadanya mengambil tindakan untuk melanggar peraturan yang ditetapkan.



CONTOH PENYALAHGUNAAN KUASA:
·        meluluskan tender untuk kepentingan syarikat sendiri dan kelulusan kemasukan barangan dari luar negara untuk perniagaan yang diusahakan dalam negara.

HUKUMAN PENYALAHGUNAAN KUASA:

        Mengikut Seksyen 132(2) Akta Syarikat 1965, seseorang pengarah didapati menyalahgunakan harta syarikat, menggunakan kedudukannya sebagai pengarah untuk memperoleh maklumat serta peluang dalam syarikat, atau melibatkan diri dalam urus niaga yang bersaing dengan syarikat demi memperoleh manfaat bagi dirinya, atau orang lain, atau menyebabkan kerugian kepada syarikat dikehendaki untuk memulangkan keuntungan yang diperoleh kepada syarikat atas apa-apa kerugian yang dialami oleh syarikat itu, dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama 5 tahun, atau boleh didenda RM30 000.







SOALAN SPOT 7:

TERANGKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL ORGANISASI KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN UTAMA [PRIMER] 
Pihak-pihak berkepentingan
Tanggungjawab sosial
Pekerja
·        Tiada diskriminasi dalam pengambilan pekerja
·        Menyediakan tempat kerja selesa dan selamat
·        Gaji dan upah yang berpatutan
·        Menjaga kebajikan pekerja dan jaminan kepada pekerja. Contoh: insurans, kemudahan
Pemegang saham
·        Memberi maklumat kewangan yang tepat
·        Memberi dividen
·        Berusaha untuk mengembangkan syarikat
Pembiaya
·        Bayar balik pinjaman
·        Membayar ikut jadual
·        Tidak sembunyikan maklumat syarikat
Pembekal
·        Mematuhi syarat kredit yang telah dipersetujui.
·        Mematuhi syarat kontrak yang ditandatangani.
Pelanggan
·        Tidak mengaut keuntungan besar
·        Tidak menyimpan stok atau barang
·        Menyesuaikan barang dengan peredaran masa
·        Mengeluarkan barangan berkualiti
·        Mengeluarkan barangan yang selamat digunakan
Peruncit
·        Pihak perniagaan membekalkan barang yang kepada peruncit apabila diperlukan.
·        Memberi maklumat yang cukup dan tepat kepada peruncit tentang barangan yang dibekalkan.
Pemborong
·        Perniagaan perlu membayar kepada pemborong mengikut syarat yang ditetapkan apabila pemborong menjadi pembekal kepada perniagaan.
·        Perniagaan perlu memberi harga yang berpatutan dan memberi maklumat yang tepat berkaitan barangan apabila pemborong menjadi pelanggan kepada perniagaan.

SOALAN SPOT 8

TERANGKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL ORGANISASI KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN SEKUNDER 

Kerajaan
·        Mematuhi undang-undang
·        Menjalankan perniagaan yang sah
·        membayar cukai yang ditetapkan
·        Perlu menjalankan tanggungjawab sosial
·        Menggunakan sumber-sumber negara dengan sebaik mungkin
Media
·        Perniagaan tidak boleh menggunakan media untuk memburukkan pesaing.
·        Memberi layanan yang adil kepada media.
·        Memberi maklumat yang tepat dan cukup kepada media.
Masyarakat
·        Menjaga alam sekitar
·        Mengubahsuai produk mengikut kemudahan, keperluan masyarakat
·        Menjaga, mengambil kira kepentingan masyarakat
·        Menggunakan sumber-sumber dan baik
Kumpulan Pendesak
·        Memberikan maklumat yang sewajarnya kepada kumpulan pendesak.
·        Memberi kerjasama kepada kumpulan pendesak.


SOALAN SPOT 9

BINCANGKAN KEBAIKAN DAN KELEMAHAN TERHADAP ORGANISASI YANG MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Kebaikan dan faedah yang diperolehi oleh organisasi yang menjalankan tanggungjawab sosial

  1. Memperbaiki komuniti di mana ia beroperasi demi kepentingan organisasi dalam jangka masa panjang
  2. Memperbaiki imej awam organisasi
  3. Meningkatkan sistem daya maju (viability) perniagaan. Perniagaan wujud kerana ia dapat memberi faedah kepada masyarakat. Ia merupakan undang-undang tanggungjawab yang tegas
  4. Ia adalah munasabah untuk mengelakkan peraturan-peraturan kerajaan
  5. Norma-norma sosio-budaya mengkehendakinya
  6. Undang-undang tidak boleh diluluskan untuk mengendalikan semua jenis keadaan. Oleh itu, perniagaan perlu mengambil alih tanggungjawab demi memelihara sebuah masyarakat yang teratur
  7. Ia dibuat demi kepentingan pemegang saham iaitu harga saham akan meningkat dalam jangka masa panjang kerana pasaran saham menganggap syarikat ini kurang berisiko dan terdedah kepada kritikan awam. Oleh itu, ia akan memperoleh nisbah harga perolehan yang lebih tinggi.
  8. Masyarakat sepatutnya memberi peluang kepada sektor perniagaan untuk menyelesaikan masalah sosial yang gagal dilakukan kerajaan
  9. Perniagaan dianggap sebagai sebuah institusi untuk menyelesaikan masalah sosial kerana ia melibatkan sumber kewangan dan manusia
  10. Masalah mungkin boleh menguntungkan jika firma melibatkan diri menyelesaikannya
  11. Pencegahan masalah lebih baik daripada menyelesaikannya. Jadi, biarlah perniagaan menyelesaikan masalah sebelum ia menjadi terlalu besar untuk ditangani

Kelemahan dan keburukan terhadap organisasi yang menjalankan tanggungjawab sosial

  1. Mencabuli hak perniagaan untuk mendapatkan keuntungan maksimum
  2. Kos tanggungjawab amat tinggi dan akan menaikkan harga barang dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna
  3. Perniagaan tidak mempunyai kemahiran sosial yang mencukupi untuk menyelesaikan masalah sosial
  4. Melemahkan matlamat utama perniagaan iaitu mengaut keuntungan maksimum
  5. Perniagaan mempunyai keupayaan yang besar untuk mempengaruhi keadaan persekitaran dan penglibatan perniagaan dalam bidang sosial hanya akan meningkatkan pengaruh perniagaan dan menjadikannya terlalu kuat dan berkuasa
  6. Perniagaan kurang memegang akauntabiliti terhadap masyarakat awam. Oleh itu masyarakat awam tidak mempunyai kawalan terhadap tahap penglibatan perniagaan dalam bidang sosial
  7. Tanggungjawab sosial sepatutnya disediakan oleh kerajaan
  8. Penglibatan perniagaan dalam bidang sosial tidak mendapat sokongan masyarakat.



SOALAN SPOT 10

JELASKAN MAKSUD WARGA KORPORAT DAN HURAIKAN PERANAN WARGA KORPORAT BERIKUT:
Gelagat beretika dalam perniagaan
Komited terhadap pihak berkepentingan
Komited terhadap persekitaran dalam jangka masa panjang


WARGA KORPORAT:
  • Warga korporat terdiri daripada individu-individu yang mewujudkan perniagaan itu sendiri. Ia merangkumi pemegang-pemegang saham, lembaga pengarah, pengurus dan sebagainya. Iaitu individu yang memegang jawatan penting dalam organisasi itu.
  • Orang yang terlibat dalam pembentukan sesebuah syarikat,iaitu pemegang saham syarikat, lembaga, pengarah syarikat dan pihak pengurusan syarikat.

Warga korporat terdiri daripada:

1.      Pemegang Saham
2.      Lembaga Pengarah
3.      Pihak Pengurusan Syarikat

          (i)   Gelagat beretika dalam perniagaan.
Gelagat beretika dalam perniagaan
1.      Menbantu golongan miskin dengan memberikan bantuan seperti derma, biasiswa, barangan keperluan dan sebagainya.
2.      Bergiat dalam aktiviti sosial seperti bergotong-royong
3.      Memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada masyarakat
4.      Menjaga alam sekitar iaitu menjalankan aktiviti perniagaan dengan tidak mencemarkan alam sekitar
5.      Menawarkan pelbagai barangan dan harga berpatutan kepada masyarakat

         (ii)   Komited terhadap pihak berkepentingan termasuk masyarakat, pelanggan, pekerja, pelabur, dan pembekal.
Komited terhadap pihak berkepentingan

1.      Warga korporat perlu memastikan segala aktiviti perniagaan yang dijalankan tidak akan menjejaskan masyarakat seperti mencemarkan persekitaran tempat tinggal penduduk, dan sentiasa memastikan keperluan dan kehendak masyarakat dijaga dan dipenuhi.
2.      Warga korporat perlu memastikan hasil keluaran syarikat sentiasa cukup, berkualiti dan selamat digunakan oleh pelanggan yang memberli produk mereka.
3.      Warga korporat perlu komited untuk memastikan segala kebajikan pekerja syarikat sentiasa dijaga, diberi upah dan gaji yang sewajarnya dan diberi perlindungan serta keselamatan yang baik semasa bekerja.
4.      Warga korporat perlu komited untuk memastikan syarikat akan terus memberikan pulangan dalam bentuk keuntungan ke atas modal yang dilaburkan oleh para pelabur dan sentiasa menjaga hubungan baik antara syariat dengan pelabur.
5.      Warga korporat perlu komited dalam menjaga hubungan antara pihak syarikat dengan para pembekal di mana mereka perlu memastikan segala bayaran dibuat dalam masa yang telah ditetapkan.

        (iii)   Komited terhadap persekitaran dalam jangka masa panjang.

Komited terhadap persekitaran dalam jangka masa panjang

Warga korporat perlu komited terhadap persekitaran termasuklah persekitaran luaran dan juga pemilik taruh dalam jangka masa panjang. Antaranya ialah:
1.      Memastikan segala aktiviti perniagaan yang dijalankan tidak memberi kesan kepada alam sekitar seperti air, udara dan juga tanah dalam jangka masa panjang seperti pencemaran, pembuangan sisa toksid dan pengeluaran asap.
2.      Memastikan penggunaan bahan mentah secara optimum bagi memastikan tiada pembaziran sumber untuk kegunaan jangka masa panjang.
3.      Memastikan segala aktiviti perniagaan yang dijalankan tidak akan menjejaskan sistem ekonomi negara dalam jangka masa panjang.
4.      Memastikan organisasi sentiasa menyokong segala usaha kerajaan untuk membangunkan modal insan dalam jangka masa panjang serta memaksimakan penggunaan teknologi dalam pengeluaran untuk kecekapan dalam pengeluaran.
5.      Memastikan organisasi perniagaan sentiasa mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan bagi menjamin kesejahteraan semua dalam jangka masa panjang.
6.      Memastikan segala aktiviti perniagaan tidak akan menjejaskan persekitaran sosiobudaya dengan perkara-perkara negatif yang akan memberi kesan buruk kepada sosial dan budaya dalam jangka masa panjang.











SOALAN SPOT 11

BERIKAN MAKSUD KEPENGGUNAAN DAN HURAIKAN HAK-HAK PENGGUNA.

Definisi kepenggunaan
·       Pertubuhan yang tersusun secara kolektif yang ahlinya terdiri daripada pembeli atau pengguna barangan dan perkhidmatan dan mereka berusaha untuk memelihara kepentingan pengguna.

HAK-HAK PENGGUNA

Hak-hak pengguna
Huraian
Mendapat keperluan asas
Hak untuk mandapat keperluan asas untuk terus hidup seperti makanan yang mencukupi, tempat tinggal, perkhidmatan, pendidikan dan sebagainya
Mendapat keselamatan
Hak untuk dilindungi daripada produk dan proses pengeluaran produk yang membahayakan atau mengancam kesihatan manusia.
Mendapat maklumat barangan
Hak untuk diberi maklumat yang lengkap tentang sesuatu produk seperti isi kandungan, tarikh luput, harga, tanda halal dan sebagainya
Memilih barangan/ perkhidmatan
Hak untuk diberi peluang memilih pelbagai barangan atau perkhidmatan pada harga berpatutan
Mendengar dan menyuarakan pendapat
Hak untuk menyuarakan pendapat mengenai produk yang diingini penggunaan dan perkara-perkara berkaitan dengan kepentingan pengguna
Mandapat gantirugi
Hak untuk mendapat ganti rugi atau pampasan terhadap barang rosak, tidak berkualiti atau perkhidmatan yang tidak memuaskan
Menikmati persekitaran sihat
Hak untuk hidup dalam persekitaran yang bersih daripada pencemaran udara, air, darat dan bumi.
Mendapat pendidikan pengguna
Hak untuk mendapat pendidikan pengguna bagi menjadi pengguna yang bijaksana.




SOALAN SPOT 12

HURAIKAN KEPENTINGAN WUJUDNYA UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN PENGGUNA

Isi
Huraian
Melindungi daripada inflasi
Berlaku kenaikan harga barang dan penurunan nilai wang yang akan menyebabkan kuasa membeli berkurangan
Mengelakkan berlaku kekurangan barangan
Terutamanya barang keperluan harian akibat disorok oleh peniaga
Melindungi daripada amalan curang peniaga
Menaikan harga jualan barang yang tidak berkualiti, menjual barang tiruan, tiada tanda harga dan sebagainya
Melindungi alam sekitar
Daripada pencemaran seperti pembebasan asap kilang, pembuangan sisa toksik, bunyi bising dan sebagainya.
Mengelakkan pemupusan sumber alam
Seperti penebangan hutan tanpa kawalan, penggunaan pukat tunda (pemupusan ikan)
Mengelakkan pembaziran
Terdapat pengeluaran atau pengilang merancang menghadkan tempoh penggunaan sesuatu produk atau barang. Contoh: komputer hanya boleh digunakan untuk dua tahun, kereta. Sesuatu model kereta hanya boleh diguna untuk lima tahun. Ini menyebabkan pembaziran ditanggung oleh pengguna
Melindungi daripada iklan yang kurang tepat
Terdapat penipuan iklan seperti jualan murah tetapi tidak murah, indah khabar dari rupa seperti iklan kosmetik.
Mendapatkan maklumat barang
Terdapat barang maklumat seperti isi kandungan, tarikh luput dan sebagainya.
Undang-undang dan penguatkuasaan lemah
Undang-undang dan penguatkuasaan sedia ada lemah, ada unsur rasuah, kekurangan penguatkuasa dan denda tidak setimpal
Melindungi daripada perkhidmatan tinggi
Terdapat perkhidmatan dikenakan caj, perkhidmatan tinggi seperti perkhidmatan peguam, pengangkutan awam seperti bas, teksi dan perkhidmatan doktor swasta.

SOALAN SPOT 13

JELASKAN PERANAN AGENSI BERIKUT

Badan/agensi

Peranan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
1.      Mengeluarkan surat kuasa.
      Contoh: Barang kawalan dan jualan murah
2.      Mengeluarkan sijil pendaftaran syarikat
3.      Mengeluarkan sijil pendaftaran perniagaan
4.      Mengeluarkan sijil paten
5.      Mengeluarkan lesen atau memberi kebenaran.
      Contoh: permohonan lesen dan barang kawalan
6.      Mengeluarkan surat kelulusan nama syarikat atau perniagaan
7.      Perkhidmatan lain seperti penguatkuasaan undang-undang. Contoh: melakukan serbuan dan penyiasatan, memastikan barang keperluan pengguna cukup dan tidak naik harga semasa musim perayaan
8.      Menyebarkan maklumat kepenggunaan melalui risalah dan buletin pengguna
9.      Memberi perlindungan mengenai hal-hal kepenggunaan.
10.   Membenteras penyelewengan dalam perdagangan yang akan memberi kesan kepada pengguna.
11.   Mengawal dan menyelia perdagangan dalam negeri – harga, pemantauan, dan penguatkuasaan,mengeluarkan lesen.
12.   Membuat pemantauan dan pengawalan bekalan barang-barang
13.   Memantau dan mengawal hak-hak dalam harta intelek – pencegahan cetak rompak, mendaftar cap dagang dan paten
14.   Mencegah amalan perniagaan tidak sihat – melaksanakan sistem metrik dalam timbangan dan sukatan
15.   Memberi pendidikan dan maklumat kepenggunaan

Persatuan pengguna
1.      Menerima dan menyiasat aduan yang dibuat oleh pengguna
2.      Memberikan pendidikan kepenggunaan kepada pengguna
3.      Memberi bantuan undang-undang dan menyedarkan hak pengguna
4.      Menyiarkan maklumat kepenggunaan
5.      Mewakili pengguna dalam menyatakan ketidakpuashatian terhadap sesuatu perkara yang berkaitan dengan kepenggunaan.
6.      Membuat kajian dan penyelidikan tentang isu kepenggunaan dan produk

Better Business Bureau (BBB)
1.       Membekalkan maklumat tentang sesebuah syarikat yang pengguna ingin berurusan atau berniaga dengannya
2.       Membantu menyelesaikan sesuatu aduan yang dibuat oleh pengguna terhadap sesebuah syarikat
3.       Membekalkan maklumat kepenggunaan pengguna melalui TV, bahan bercetak dan lain-lain
4.       Membantu amalan pengiklan agar iklan itu adalah benar
5.       Membantu menyelesaikan pertikaian antara pengguna dan peniaga
6.       Membantu memupuk aktiviti pengiklanan dan amalan jualan yang beretika
7.      Membekalkan maklumat syarikat kepada pengguna
8.      Membekalkan maklumat kepenggunaan kepada pengguna supaya pengguna boleh membuat keputusan pembelian yang tepat
9.      Membekalkan maklumat kepenggunaan kepada media massa
10.   Memaklumkan kepada pengguna supaya berjaga-jaga tentang amalan perniagaan dan pengiklanan yang tidak sihat
11.   Membantu menyelesaikan sesuatu aduan pengguna tanpa bayaran dan khidrnat timbang tara.
12.   Menyiasat tempat perniagaan-  aktiviti tidak beretika

FOMCA (Gabungan persatuan-persatuan pengguna, semua negeri kecuali Pulau Pinang )
1.      Menyelesaikan isu-isu berkaitan kepenggunaan dan memperjuangkan hak-hak pengguna
2.      Bertindak sebagai badan penyelaras dan penasihat untuk semua persatuan pengguna di Malaysia
3.      Memberi bimbingan dan nasihat kepada pengguna
4.      Lain-lain peranan sama seperti persatuan pengguna

1 comments:

Muhammad Termizi October 28, 2015 at 8:39 PM  

Terima Kasih
Sangat membantu!

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com