XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP

XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP
SEM1&3 AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

RENUNGAN RAMADHAN: DIALOG RM1 DENGAN RM50

SUATU PETANG DI BULAN RAMADHAN, KETIKA RAMAI ORANG YANG BERPUASA DAN JUGA YANG OLOK-OLOK BERPUASA SIBUK  MEMILIH DAN MEMBELI JUADAH BERBUKA BAGI MEREKA YANG BERPUASA DAN JUADAH MENGHILANGKAN LAPAR BAGI MEREKA YANG PUASANYA SEKADAR LAPAR DAN DAHAGA...MAKA BERLAKULAH PERTEMUAN ANTARA DUA 'MAKHLUK' TIDAK BERNYAWA INI DI DALAM BEKAS TIPPUWARE..

MAKA SI RM1 BERTANYA SI RM50:


RM1   : HAI RM50, LAMA AKU TAK JUMPA  HANG, HANG PERGI TANG MANA?





RM50 : AKU? AKU BIASA AAH, SEBELUM MASUK RAMADHAN NI, AKU SELALU PERGI TENGOK BOLA DI STADIUM, MASUK TENGOK AKADEMI FANTASIA, MASUK DISKO, MASUK BUTIK MEWAH, MASUK POKET PEGAWAI BESAR, MASUK SPA, MASUK RUMAH URUT, MASUK RESTORAN BESAR, MASUK KFC, NAIK AIR ASIA, BANYAKLA JUGAK TEMPAT MENARIK, KADANG TU AKU PERGI SHOPPING KAT LUAR NEGARA..









RM50: HABIS TU, HANG SELALU LEPAK MANA GENG? JARANG SANGAT AKU NAMPAK KAU..





RM1  : HUHU.. AKU MACAM BIASAA AHH, BALIK-BALIK TEMPAT SAMA JER AKU PERGI..KALAU TAK SURAUU, KE MASJIDD, KADANG TU MASUK TABUNG AMAL, TABUNG KEMATIAN, TABUNG ANAK YATIM.. TU AJA LAH TEMPAT AKU SELALU MASUK...



RM50: ALANGKAH BAGUSNYA KALAU AKU PUN DAPAT MASUK KE TEMPAT KAU SELALU MASUK TU, BOLEHLAH AKU BEKALKAN PAHALA BILA AKU DAH MENINGGAL NANTI YER.. ACTUALLY AKU DAH BOSAN MASUK KE TEMPAT YANG BERBAU ARAK, BERHAWA DINGIN, BERBUNYI BISING.. AKU NAK BEREHAT DENGAN AMAN MACAM HANG.. MEREKA BOLEH GUNA AKU UNTUK KEBAIKAN..


RM1 : BAGUSLAH KALAU HANG DAH SEDAR DAN TERBUKA HATI.. JADI MALAM NI MANA KITA NAK TERAWIH, HANG NAK IKUT AKU TAK? 





RM50: NAK, TAPI MALAM NI AKU KENA MENONTON BOLA LA KAT STADIUM ASTRO, AKU DAH BAYAR DAH PUN, RUGI OOO KALAU TAK TENGOK, CHELSEA LAWAN LIVERPOOL GENG..





RM1  : KALAU MALAM NI TAK BOLEH, MALAM ESOK BOLEHKAN..?






RM50 :ERMM KEJAP AKU TENGOK SCHEDULE AKU.... ISH TAK BOLEHLAH MINGGU NI, TIAP MALAM AKU KENA IKUT BOSS AKU UNTUK PROMOTE PRODUK KAMI DI SELURUH MALAYSIA..


PERBUALAN MEREKA TERHENTI APABILA SI RM1 TELAH DI BAWA PERGI BERSAMA BOSS BARU PULA.

RM1  : WEI..AKU PERGI DULU YER..JUMPA KAU DI MASJID NANTI..








RM50  : FUH SELAMAT AKU...HEHE






RENUNG2LAH....

[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain. 
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)







0 comments:

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com