XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP

XPRESS REVISION SEM1&3 OVERVIEW MINDMAP
SEM1&3 AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

SIMULASI PP2: PROSES PENUBUHAN KOPERASI

TARIKH  : 10/8/2011
MASA      : 8.40-9.50 PAGI
KELAS     : 6 IBNU SINA (BAWAH), SMK MANIR
BILANGAN PELAJAR HADIR : 21 ORANG

TAJUK SIMULASI: 
PENDUDUK KAMPUNG MANIR INGIN MENUBUHKAN KOPERASI PENGGUNA YANG MENJUAL BARANG RUNCIT SECARA BERPATUTAN KEPADA AHLI.

PENGARAH DRAMA
PENGARAH JPK (SKM)

KETUA PENDAFTAR JPK

PEGAWAI JPK
IDEA PENUBUHAN KOPERASI PENGGUNA PENDUDUK KG MANIR BERMULA  SETELAH BEBERAPA ORANG PENDUDUK MERUNGUT TENTANG HARGA RUNCIT DI PASARAN SEMAKIN MENINGKAT DAN IA SANGAT MEMBEBANKAN PENDUDUK DARI SEGI KEWANGAN MEMANDANGKAN TARAF HIDUP MEREKA ADALAH SEDERHANA SAHAJA.

BEBERAPA SYARAT  PENUBUHAN KOPERASI YANG PERLU PENDUDUK KAMPUNG PATUHI SEBELUM MEMBUAT PROSES PERMOHONAN PENUBUHAN KOPERASI TERSEBUT.

i.      Bilangan Ahli – tidak kurang dari 100 orang 
ii.     Syarat Ahli:
a.      Warganegara 
b.  Berumur 18 tahun keatas bagi koperasi biasa dan 12 tahun ke atas bagi koperasi sekolah
c.     Bermastautin                    
iii.    Koperasi sedia ada biasanya tidak boleh sama jenis atau fungsi dengan koperasi   
     yang sedia ada dalam kawasan yang sama  


PROSES PENUBUHAN KOPERASI PENGGUNA PENDUDUK KG MANIR BERMULA APABILA:

PERMOHONAN UNTUK MENUBUHKAN KOPERASI

SEKUMPULAN PENDUDUK BERJUMPA PENGARAH JABATAN  PEMBANGUNAN KOPERASI  DI PEJABAT  JPK KUALA TERENGGANU UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN MENUBUHKAN KOPERASI PENGGUNA YANG MENJUAL BARANGAN RUNCIT DAN KEPERLUAN HARIAN PENDUDUK KAMPUNG YANG MENJADI AHLI KOPERASI TERSEBUT.

 MEMBENTUK JAWATANKUASA PENAJA


SELEPAS MENDAPAT KELULUSAN DARI PENGARAH JPK, 10 ORANG PENDUDUK KAMPUNG MENUBUHKAN JAWATANKUASA PENAJA DI KALANGAN MEREKA UNTUK MENJALANKAN TUGAS AWAL PROSES PENUBUHAN KOPERASI RUNCIT PENDUDUK KAMPUNG MANIR, KUALA TERENGGANU.

JAWATANKUASA PENAJA SERAMAI 10 ORANG SEDANG MEMBUAT TUGAS AWALAN PENUBUHAN


ANTARA TUGAS YANG DIJALANKAN OLEH JAWATANKUASA PENAJA INI IALAH:

  1. MENENTUKAN JENIS KOPERASI YANG AKAN DIJALANKAN, IAITU MEREKA BERSEPAKAT UNTUK MENUBUHKAN KOPERASI PENGGUNA YANG DI BERI NAMA KOPERASI RUNCIT KG MANIR.
  2. MENENTUKAN KEGIATAN DAN AKTIVITI KOPERASI, IAITU AKVITI MENJUAL BARANGAN KEPERLUAN HARIAN KEPADA PENDUDUK YANG MENJADI AHLI KEPADA KOPERASI RUNCIT INI DENGAN HARGA YANG LEBIH MURAH.
  3. MENGGUBAL UNDANG-UNDANG KECIL BAGI KOPERASI RUNCIT KG MANIR   DENGAN BERPANDUKAN UNDANG-UNDANG KECIL YANG SERAGAM YANG DISEDIAKAN OLEH JPK
  4. MENDAFTAR TIDAK KURANG DARI 100 ORANG BAKAL AHLI DALAM SATU DAFTAR DENGAN MEMASUKKAN SEMUA BUTIRAN AHLI.
  5. MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN.

MENGADAKAN MESYUARAT AGONG PERMULAAN


MESYUARAT AGONG PERMULAAN PENUBUHAN KOPERASI RUNCIT KG MANIR

SETELAH PIHAK JAWATANKUASA PENAJA TELAH SELESAI MELAKSANAKAN TUGAS AWAL PENUBUHAN, MEREKA TELAH MENETAPKAN SATU TARIKH DAN MASA UNTUK MENGADAKAN SATU MESYUARAT AGUNG PERMULAAN BAGI MENUBUHKAN KOPERASI RUNCIT KG MANIR.
MESYUARAT INI PERLU DIHADIRI OLEH  SEMUA AHLI YANG TELAH DIDAFTARKAN NAMA (TIDAK KURANG DARI 100 ORANG) TERMASUK JAWATANKUASA PENAJA.


PEGAWAI JPK SEDANG MENERANGKAN HAK DAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI AHLI KOPERASI
MESYUARAT AGONG PERMULAAN INI PERLU DIHADIRI OLEH PEGAWAI DARI JPK YANG AKAN MENERANGKAN HAK DAN TANGGUNGJAWAB AHLI KOPERASI  SERTA AKTIVITI KOPERASI SECARA AM KEPADA AHLI KOPERASI RUNCIT KG MANIR

AHLI MESYUARAT AGONG SEDANG MEMBINCANGKAN   UNTUK MELULUSKAN UNDANG-UNDANG  KECIL KOPERASI YANG TELAH DISEDIAKAN OLEH JK PENAJA

MESYUARAT AGONG PERMULAAN INI DIADAKAN UNTUK:
  1. MENDAPATKAN KETETAPAN DARIPADA BAKAL AHLI UNTUK MENUBUHKAN KOPERASI RUNCIT KG MANIR,
  2. MELULUSKAN UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI RUNCIT KG MANIR, DAN 
  3. MEMBUAT PEMILIHAN AHLI LEMBAGA PENGARAH KOPERASI.

PENYERAHAN DOKUMEN PENDAFTARAN


10 ORANG JAWATANKUASA MENURUNKAN TANDATANGAN DI ATAS BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN KOPERASI 

DOKUMEN PENDAFTARAN PERLU DISERAHKAN KEPADA KETUA PENDAFTAR JPK TIDAK LEWAT DARI 7 HARI SELEPAS MESYUARAT AGUNG PERMULAAN DIADAKAN.

PROSES PENYERAHAN DOKUMEN PENDAFTARAN KOPERASI KEPADA KETUA PENDAFTAR JPK DI PEJABAT JPK KUALA TERENGGANU
ANTARA DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN SEMASA PROSES PENYERAHAN DOKUMEN PENDAFTARAN IALAH:

  1. BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN YANG DITANDATANGANI 10 ORANG AHLI JAWATANKUASA PENAJA.
  2. 3 NASKAH UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI RUNCIT KG MANIR
  3. MINIT MESYUARAT AGUNG PERMULAAN YANG DITANDATANGANI OLEH SEKURANG-KURANGNYA 50 ORANG AHLI YANG HADIR.

TERIMA SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN KOPERASI


WAKIL KOPERASI RUNCIT KG MANIR MENERIMA SIJIL PERAKUAN  PENDAFTARAN KOPERASI DARI     KETUA PENDAFTAR JPK
KOPERASI HANYA BOLEH BEROPERASI SELEPAS MENERIMA SIJIL PERAKUAN YANG DIKELUARKAN OLEH JABATAN PEMBANGUNAN KOPERASI.

"SEMOGA SIMULASI YANG DIBUAT INI DAPAT MEMBANTU MEMBERI IDEA KEPADA SEMUA GURU PP UNTUK MELAKSANAKAN PROSES P&P DENGAN LEBIH BERKESAN, MENARIK DAN MENYERONOKKAN..."         Cg aZLy.




0 comments:

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 013-9319131
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com