Soalan 19
Jelaskan isi kandungan yang mesti ditulis dalam rancangan perniagaan. [15]
i. Ringkasan eksekutif
- nama syarikat, misi dan matlamat, ringkasan perniagaan, pasaran operasi, staf dan kewangan
- ia merupakan tanggapan yang positif secara keseluruhan terhadap perniagaan yang dilakukan
ii. Pengenalan
- sejarah perniagaan, kedudukan sekarang, kekuatan syarikat, prosedur kawalan, telefon, alamat
- maklumat asas perniagaan disertakan seperti nama syarikat, lokasi, jenis perniagaan serta produk yang dikeluarkan
iii. Tujuan
- matlamat jangka panjang dan pendek, membentuk misi dan hala tuju
- tujuan menjelaskan matlamat jangka pendek dan jangka panjang dan cara atau langkah untuk mencapai matlamat
iv. Latar belakang perniagaan
- inflasi, kadar pengangguran, pendapatan penduduk, jenis perniagaan, dll.
- menyatakan jenis milikan perniagaan serta menyenaraikan butir-butir latar belakang syarikat dan sejarah syarikat
v. Latar belakang pemilik
- nama pemilik atau rakan kongsi, biodata, dll
- biodata serta nama setiap rakan kongsi mesti ditulis dalam latar belakang
- lembaga pengarah dan pemegang saham majoriti juga perlu disenaraikan
vi. Struktur organisasi
- carta organisasi, tugas, gaji, latihan, dll
- struktur organisasi menunjukkan pihak pengurusan dan struktur organisasi yang mantap dan berkesan untuk mencapai matlamat
- ia menerangkan fungsi pengurusan pemasaran, pengeluaran, kewangan dan sumber manusia
- carta organisasi yang dipaparkan dapat menunjukkan penyelarasan antara bahagian, autoriti arahan dan tanggungjawab
vii. Latar belakang projek
- strategi produk, harga, promosi, pelanggan, dll
- latar belakang projek perlu menerangkan jenis, kos dan potensi di masa hadapan projek yang akan dijalankan
- analisis aliran nilai kini bersih, kadar faedah dan pulangan di masa akan datang perlu dibuat secara terperinci
viii.Rancangan pemasaran
- strategi pemasaran
- perbandingan keluaran syarikat dengan keluaran pesaing, sasaran pasaran, pembungkusan, penjenamaan dan pelabelan, pengiklanan dan promosi, strategi peletakan harga serta saluran pengedaran
- ramalan jualan – saiz pasaran dalam unit dan ringgit serta strategi peletakan harga
ix. Rancangan pengeluaran/operasi
- proses pengeluaran – menggaris dan memberikan komen terhadap tahap-tahap pembangunan dan pengeluaran produk atau perkhidmatan
- sumber-sumber diperlukan – menganalisis sumber digunakan dalam proses pengeluaran
- jaminan kualiti – membincangkan dimensi kualiti
- jumlah keluaran mengikut harian, bulanan dan tahunan perlu disenaraikan
x. Rancangan kewangan
- penyata kewangan – ringkasan prestasi lepas dengan mengira nisbah kewangan dan ramalan penyata kewangan untuk 5 tahun
- sumber kewangan – kos permulaan perniagaan
- strategi kewangan – sumber dan kegunaan dana serta kawalan dalaman dan sistem pengawasan
0 comments:
Post a Comment