JOM SERTAI Cg aZLy di
FACEBOOK PENGAJIAN PERNIAGAAN BAHARU [PELAJAR ] dan GROUP GURU PP 1 MALAYSIA untuk perkongsian Maklumat

CD PANDUAN KERJA KURSUS 2014

CD PANDUAN KERJA KURSUS 2014
SUDAH BOLEH DIMILIK..

STPM MODULAR : BAB 2 : JENIS SUSUN ATUR PENGELUARAN


Susun atur proses pengeluaran
1.      Susun atur tetap (1m)


  1. Proses pengeluaran kekal di satu lokasi di mana semua input pengeluaranseperti bahan mentah/tenaga kerja/mesin/peralatan, dibawa ke lokasi tersebut.
  2. Proses pengeluaran kekal/tetap di satu lokasi sehingga produk tersebut siap.
  3. Susun atur seperti ini lazimnya bagi pengeluaran produk yang mempunyai ciri-ciri berikut: produk yang berat, besar, mudah pecah, digunakan di lokasi berkenaan
  4. Contoh: Pembinaan-pembinaan rumah, kapal laut, lebuh raya, jambatan, empangan, kapal terbang.

2.      Susun atur proses


  1. Penyusunan semua input pengeluaran seperti mesin, tenaga kerja, bahan mentah dan peralatan, disusun mengikut fungsi kerja.
  2. Penghasilan produk tidak seragam/berbeza mengikut kuantiti keluaran.
  3. Pengeluaran dalam kumpulan kecil.
  4. Pelanggan yang berbeza mengikut keperluan perkhidmatan yang diingini.
  5. Sumber-sumber digunakan secara bersama oleh pekerja yang berbeza iaitu melibatkan perkongsian sumber/
  6. Contoh: Bengkel membaiki kereta, perkhidmatan bank, bengkel perkayuan, kek tempahan, perkhidmatan hospital.

3.      Susun atur produk


  1. Semua input pengeluaran seperti tenaga kerja, mesin, bahan mentah, dan peralatan, disusun khusus mengikut urutan penghasilan sesuatu produk.
  2. Penghasilan produk yang seragam.
  3. Pengeluaran dalam kuantiti yang banyak (pengeluaran massa).
  4. Lini/barisan pemasangan (assembly line)
  5. Contoh: Pengeluaran-pengeluaran automobil, kasut, komputer, barangan elektrik, pemperosesan makanan, atau pakaian.

1.      Susun atur selular



    1. Susun atur selular adalah satu pendekatan yang membantu membina pelbagai produk dengan hanya menggunakan bahan dan alatan yang sedikit.
    2. Peralatan dan stesen kerja ini disusun dalam urutan yang melalui sesuatu proses yang menyokong aliran/susunan bahan mentah dan komponen secara lancar, tanpa berlaku kelewatan.
    3. Proses aliran yang menggabungkan operasi mesin dan secara manual yang sangat efisien untuk menghasilkan bahan/produk yang mempunyai nilai tambah yang tinggi tetapi mengurangkan kadar pembaziran.
    4. Menjimatkan ruang kerja, meningkatkan produktiviti, meningkatkan kecekapan pekerja dan menjimatka masa.

      1 comments:

      juenne July 4, 2014 at 9:43 PM  

      salam,cg..blh sy tauk knp susun atur produk blh disusun dlm bntk O,S,U,L??

      Post a Comment

      Cikgu aZLy

      Cikgu aZLy
      KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
      SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

      JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

      BIODATA LENGKAP Cg aZLy

      HP : 010-929 0902
      EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com