JOM SERTAI Cg aZLy di
FACEBOOK PENGAJIAN PERNIAGAAN BAHARU [PELAJAR ] dan GROUP GURU PP 1 MALAYSIA untuk perkongsian Maklumat

CD MENUJU PUNCAK edisi 2014

CD MENUJU PUNCAK edisi 2014
SUDAH BOLEH DIMILIK..

STPM MODULAR : BAB 2 : STANDARD PENGELUARAN


STANDARD PENGELUARAN

Maksud International Organisation for Standardisation (ISO)
·         Standard bertulis yang menetap dan menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem kualiti sesebuah organisasi.

Siri ISO 9000 terdiri daripada:
1.       ISO 9000 – garis panduan yang m'p'kenalkan standard2 yang lain dalam siri ISO 9000. juga memberikan definisi istilah dan konsep berkaitan dengan kualiti.
2.       ISO 9001 – model kepastian kualiti reka bentuk, pembangunan, pengeluaran, pemasangan dan perkhidmatan.
3.       ISO 9002 – model kepastian kualiti untuk pengeluaran, instalasi dan perkhidmatan.
4.       ISO 9003 – model kepastian kualiti untuk pemeriksaan akhir dan pengujian.
5.       ISO 9004 – garis panduan bagi melaksanakan elemen sistem pengurusan kualiti.

Prinsip – prinsip ISO 9000 :
1.       Standard kpada sistem kualiti
2.       Dokumentasi proses kerja yang kritikal
3.       Pencegahan masalah
4.       Tumpuan pada pelanggan
5.       Standard umum untuk semua jenis organisasi

Siri baru ISO 9000
ISO 9000:2000 mempunyai 1 standard dan 2 dokumen sokongan penting :
1.       ISO 9000 – dokumen sokongan yang menyediakan terminologi dan definisi yang dierima pakai
2.       ISO 9001 – model pengurusan kualiti yang menyediakan keperluan-keperluan  minimum bg suatu sistem kualiti
3.       ISO 9004 – dokumen sokongan yang menyediakan garis panduan organisasi bagi                melebihi keperluan minimum menerusi proses penambahabaikan berterusan.

Cara-cara untuk mendapat ISO 9000
1.       Membina komitmen pengurusan atasan.
2.       Mengenalpasti proses utama yang terlibat dalam pelaksanaan ISO 9000.
3.       Memberi latihan kemahiran kepada pasukan pelaksana.
4.       Melakukan analisis varians.
5.       Menyediakan dokumen.
6.       Melatih pegawai dan staf untuk melaksanakan prosedur yang telah didokumentasikan.
7.       Melaksanakan ISO 9000.
8.       Pengiktirafan dan pensijilan.

PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH ( TOTAL QUALITY MANAGEMENT – TQM )

Definisi TQM
·         Proses  pengurusan kualiti yang berasaskan falsafah kualiti berorientasikan pelanggan, penambahabaikan secara berterusan,  penglibatan semua org, setiap bahagian dan proses dalam organisasi, serta penyelesaian masalah secara berpasukan.

Objektif TQM
·         Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem operasi
·         Meningkatkan kepuasan dan kehendak pelanggan

Latar belakang TQM
·         Bermula di Amerika Syarikat pada 1920-an
·         Bertujuan uk mengawal item2 cacat dalam proses pengeluaran di kilang
·         1924, W.A. Shewhart ( Bell Telephone Laboratories ) menbina carta kawalan statistik pertama.
·         Antara 1940-an dan awal 1980-an, dua konsep dibangunkan iaitu Konsep Kepastian Kualiti ( Quality Assurance ) dan Konsep Kawalan Kualiti Menyeluruh (Total Qualiti Control ).
·         Akhir 1980-an, konsep TQM diperkenalkan di AS.

Prinsip – prinsip TQM
1.       Tumpuan pada produk, proses dan aspek manusia
2.       satu proses berterusan
3.       Penglibatan seluruh organisasi
4.       Tumpuan pada pelanggan
5.       Pendekatan kerja berpasukan
6.       Pencegahan dan penambahbaikan berterusan

Kebaikan TQM
1.       dapat menikmati byk kebaikan
2.       dapat meningkatkan kecekapan operasi seluruh organisasi
Keburukan TQM
1.       kos yang tinggi
2.       kekurangan pekerja yang berkemahiran

0 comments:

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 010-929 0902
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com