JOM SERTAI Cg aZLy di
FACEBOOK PENGAJIAN PERNIAGAAN BAHARU [PELAJAR ] dan GROUP GURU PP 1 MALAYSIA untuk perkongsian Maklumat

CD Q&A P2 KONSEP i-THiNk

CD Q&A P2 KONSEP i-THiNk
SUDAH BOLEH DIMILIK..

STPM MODULAR : BAB 3 : SEGMENTASI


Segmentasi pasaran

1.      Segmentasi Menggunakan Asas Geografi.
Membahagikan pasaran kepada unit-unit atau kumpulan geografi yang berbeza berdasarkan lokasi seperti mengikut wilayah, negeri, mukim, bandar, daerah ataupun taman perumahan. 
 
2.      Segmentasi Menggunakan Asas Demografi.
Asas demografi boleh membahagikan pasaran mengikut individu seperti, jantina, umur, saiz keluarga dan kitaran hayat keluarga, pendapatan, pendidikan, pekerjaan dan agama. 
 
3.      Segmentasi Menggunakan Asas Psikografi.
Membahagikan pasaran kepada kumpulan-kumpulan berdasarkan kelas sosial iaitu, kedudukan seseorang dalam masyarakat, gaya hidup dan ciri-ciri personaliti seseorang.
Terdapat beberapa pembolehubah yang boleh digunakan pemasar untuk mensegmenkan pasaran menggunakan asas psikografi, iaitu:
                                i.            Kelas sosial
                              ii.            Gaya atau Corak hidup
                            iii.            Personaliti

4.      Segmentasi Menggunakan Asas Gelagat.
Melalui asas gelagat ini ia boleh membahagikan pasaran kepada kumpulan berdasarkan pengetahuan, sikap, penggunaan dan tindakbalas pembeli terhadap sesuatu produk.
Pemasar selalunya menggunakan pembolehubah dalam asas ini seperti: situasi penggunaan, faedah yang dicari, kadar pengguna, status pengguna, kesetiaan, kesediaan membeli dan sikap  

Sasaran pasaran

1.      Pemasaran Tidak Dibezakan
·        Dalam penggunaan strategi pemasaran tidak dibezakan, firma mungkin membuat keputusan untuk mengabaikan perbezaan segmen pasaran dan mensasar keseluruhan pasaran dengan satu tawaran. 

2.      Pemasaran Dibezakan
·         Melalui strategi ini, firma menentukan untuk mensasar kepada beberapa segmen pasaran sahaja dan merekabentuk tawaran yang berasingan untuk setiap satunya. 

3.      Pemasaran Tertumpu
·         Strategi ini sesuai untuk syarikat yang mempunyai sumber-sumber terhad di mana mereka akan cuba mendapatkan syer yang besar dari satu atau beberapa subpasaran. 

4.      Pemasaran Mikro
·         Pemasaran mikro adalah satu amalan yang menyesuaikan produk dengan program pemasaran untuk memenuhi citarasa individu atau lokasi pengguna yang spesifik. 
·         Pemasaran mikro termasuklah:
A.    Pemasaran Tempatan
o   Pemasaran tempatan melibatkan jenama dan promosi untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan tempatan, contohnya bandaraya, kawasan perumahan dan kedai-kedai.
B.     Pemasaran Individu.
o   Ia juga dikenali dengan beberapa nama iaitu sebagai   pemasaran pasaran-untuk–satu,  pemasaran ikut tempahan dan pemasaran satu ke satu.


Proses Peletakan Pasaran

Peletakan pasaran bermula dengan produk dan produk ini merangkumi perkhidmatan, syarikat dan mungkin seorang insan.  

Peletakan pasaran dilakukan selepas aktiviti pemetakan pasaran dan sasaran pasaran 
Peletakan ialah apa yang syarikat  atau pemasar  beritahu dan sematkan dalam minda pengguna.
 
Antara cara yang pemasar boleh lakukan ialah dengan dan mengkomunikasikan ciri-ciri produk ke dalam pasaran iaitu:
  1. Mendefinisikan produk kepada pengguna
  2. menonjolkan ciri-ciri produk  sesuai dengan persepsi pengguna  
  3. Membantu pengguna mengingati produk dengan ciri-ciri yang relevan
  4. Produk dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.
  5. Pengguna dapat membezakan produk syarikat dengan pesaing lain.

Strategi peletakan pasaran
1.      Atribut Produk-
Sesuatu yang melengkapi manfaat utama produk sehingga mampu lebih memuaskan pengguna.
Atribut produk meliputi jenama, pembungkusan (packaging), label,  jaminan (warranty) dan produk tambahan (service). 
 
2.      Manfaat
Merujuk kepada kelebihan atau faedah yang bakal diperolehi apabila pengguna menggunakan produk
 
3.      Kekerapan Penggunaan
Tahap penggunaan oleh pengguna.
 
4.      Pengguna
Fokus peletakan kepada pengguna tertentu bagi seseuatu produk
 
5.      Klasifikasi Produk
Mengklasifikasi produk kepada kategori-kategori tertentu seperti produk istimewa dan sebagainya.


Perbezaan segmentasi, sasaran, peletakan pasaran

ASPEK
SEGMENTASI PASARAN
SASARAN PASARAN
PELETAKAN PASARAN
Maksud Konsep
·         Segmentasi pasaran merujuk kepada pembahagian pasaran yang besar kepada kumpulan-kumpuln pasaran yang lebih kecil dan homogenus

·         Sasaran pasaran pula merujuk kepada strategi untuk menembusi pasaran-pasaran kecil yang homogenus yang telah dikenalpasti dalam segmentasi pasaran.

·         Peletakan pasaran pula dilakukan selepas segmentasi pasaran dan strategi sasaran pasaran di mana pemasar akan cuba meletakkan produk pada satu kedudukan pasaran yang distintif dalam minda pengguna dan pengguna boleh mentakrifkan dan membezakan produk pemasar berbanding dengan produk pesaing.
Proses Pelaksanaan
1.       Mengenal pasti asas segmentasi
2.       Membangunkan setiap segmen pasaran yang dikenal pasti

1.       Mengenal pasti kumpulan pengguna yang mempunyai keperluan dan kehendak yang serupa,
2.       Mengenal pasti kumpulan pengguna yang mempunyai minat terhadap produk yang serupa
3.       Mengenal pasti pasaran yang ingin ditumpu perhatian oleh syarikat yang mengeluarkan sesuatu produk
1.       Menonjolkan ciri-ciri produk sesuai dengan persepsi/tanggapan pengguna terhadap kehendak dan keperluan mereka.
2.       Memastikan pengguna dapat membezakan produk syarikat dengan produk pesaing lain.

Asas & Strategi Pelaksanaan
Segmentasi berasaskan:
1.       Geografi
2.       Demografi
3.       Psikografi
4.       Gelagat[Manfaat]
Strategi sasaran berasakan:
1.       Pemsaran tidak dibezakan
2.       Pemasaran dibezakan
3.       Pemsaran tertumpu
4.       Pemsaran mikro
Strategi peletakan pasaran:
1.       Atribut produk
2.       Manfaat
3.       Kekerapan penggunaan
4.       Pengguna
5.       Klasifikasi produk
Kepentingan
1.       Membolehkan pemasar membentuk campuran pemasaran yang sesuai.
2.       Menumpukan kepada segmen/bahagian yang dikenalpasti.
3.       Merancang dan membaharui produk mengikut keperluan asas pemetakan
4.       Merancang strategi pemasaran yang sesuai.
5.       Mengenalpasti peluang pasaran bagi produk sedia ada

1.       Dapat memasarkan produk dan perkhidmatan dengan lebih efisyen.
2.       Menghadapi persaingan yang sedikit jika pesaing tidak memfokuskan kepada segmen tertentu sahaja.
3.       Firma yang memilih satu jenis pasaran dan pasaran sasaran biasanya mendapat lebih banyak peluang untuk  menjadi pakar dalam industri tersebut.

1.       Kedudukan sesebuah firma boleh difahami dengan melihat ciri-ciri industri dan perkhidmatannya.
2.       Mendefinisikan produk kpada pengguna
3.       Membantu pengguna mengingati produk
4.       Menyampaikan ciri-ciri produk yang relevan kpada pengguna
5.       Untuk mencapai tujuan tersebut, pengiklanan digunakan sebagai saluran komunikasi bagi membentuk & mengekalkan peletakan pasaran di minda pengguna

1 comments:

Nurul Hani Nabilah July 4, 2013 at 8:37 PM  

sangat membantu... terima kasih cikgu :)

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 010-929 0902
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com