XPRESS RIVISION OVERVIEW MIND MAP P1P3 STPM

XPRESS RIVISION OVERVIEW MIND MAP P1P3 STPM
AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

STPM MODULAR : BAB 3 : PROSES PEMASARAN


Takrif Pemasaran:

  1. Def 1:Sistem aktiviti perniagaan yang dibentuk untuk merancang dan melaksanakan konsepsi, penentuan harga, promosi dan pengedaran produk untuk menggalakkan pertukaran yang dapat memenuh keperluan pengguna dan mencapai objektif organisasi.
  2. Def 2:Pemasaran merupakan satu proses sosial dan pengurusan di mana individu dan kumpulan mendapatkan keperluan dan kehendak mereka melalui pembentukan dan pertukaran produk dengan pihak lain.
  3. Menurut Philip Kotler, pemasaran merupakan aktiviti manusia dalam memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui proses pertukaran.
·         Pemasaran bukan hanya berkisar tentang jualan, tetapi ia juga melibatkan urusan-urusan sebelum jualan seperti kajian, pembangunan produk, kualiti produk, perletakan harga, pengagihan produk, pembungkusan, urusan selepas jualan dan sebagainya.

Kepentingan pemasaran:
Kepada organisasi:
  1. Mempercepatkan proses pertukaran
  2. Memantapkan dan memanjangkan usia perniagaan
  3. Peluang perniagaan dalam industri berkaitan

Kepada individu:
  1. Secara pemenuhan utiliti mereka
  2. Kehidupan pengguna lebih baik
  3. Menyediakan pelbagai alternatif
  4. Peluang pekerjaan yang banyak dan lumayan


Pendekatan Pemasaran

1.      Pendekatan Pengeluaran
Konsep ini menganggap pengguna mempunyai kecenderungan untuk memilih keluaran-keluaran yang tersedia dan berharga murah.
Apa yang ditekankan ialah peningkatan dalam kecekapan pengeluaran dan agihan. Konsep ini bersesuaian apabila:
i) Permintaan untuk sesuatu keluaran melebihi penawaran.
ii) Kos pengeluaran yang tinggi dan peningkatan produktiviti adalah perlu
bagi menurunkan kos.

2.      Pendekatan Produk/ Keluaran

    Konsep ini menganggap bahawa pengguna lebih gemar kepada keluaran yang berkualiti tinggi, mempunyai pelbagai ciri dan berprestasi tinggi.
    Justeru itu, organisasi perlu menumpukan kepada pembetulan dan pembaikan keluaran secara berterusan.
    Contohnya industri telefon bimbit telah melakukan banyak perubahan ke atas pelbagai fungsi telefon bimbitnya, ini kerana mereka beranggapan bahawa pengguna gemarkan telefon bimbit yang mempunyai pelbagai fungsi.


    3.      Pendekatan Penjualan

    Teras utama di bawah konsep ini ialah pengguna tidak akan membeli atau memiliki sesuatu produk kecuali organisasi pengeluaran tersebut berusaha menjalankan promosi dan usaha jualan yang agresif.
    Bagi organisasi yang mengamalkan konsep ini, mereka memerlukan dana ataupun wang yang banyak untuk melakukan program-program promosi, termasuklah menggunakan teknik jualan keras.

    4.      Pendekatan Pemasaran
    Konsep ini beranggapan bahawa pencapaian matlamat sesebuah organisasi bergantung kepada penentuan keperluan dan kehendak pasaran sasaran dan penyampaian kepuasan dengan cekap dan berkesan berbanding pesaing.
    Ianya lebih menekankan kepada keperluan, citarasa dan kepuasan hati pembeli. Contohnya, sebelum syarikat Proton mengeluarkan kereta baru mereka iaitu WAJA, mereka terlebih dahulu mengkaji berkenaan keperluan dan kehendak pengguna, citarasa pengguna, pendapatan pengguna dan sebagainya.
     
    5.      Pendekatan Pemasaran Kemasyarakatan
    Konsep ini memerlukan pemasar untuk mengambil berat tentang hal-ehwal dan kebajikan pengguna dan masyarakat.
    Ia memerlukan organisasi untuk memahami dan memuaskan kehendak pengguna melalui cara yang terbaik bagi pengguna dan masyarakat dalam jangkamasa panjang.
    Apa yang jelas, eksekutif pemasaran mestilah bertindak dengan cara yang lebih berkesan dan bertanggungjawab terhadap masyarakat jika mereka mahu berjaya dan syarikat mereka terus hidup.
    Contoh biasiswa yang diberikan oleh syarikat Petronas kepada mereka yang berkelayakan merupakan salah satu sumbangan mereka di dalam menjaga kebajikan masyarakat.

    Proses pemasaran:

    1.      Menilai peluang-peluang pemasaran
    Analisis persekitaran pasaran
    Fokus utama pemasar-pengguna iaitu permintaan pengguna
    Analisis-faktor demografi, ekonomi pengguna, persekitaran teknologi
    2.      Memilih sasaran pasaran
    Aktiviti-pemetakan pasaran, sasaran pasaran dan peletakan pasaran.
    Membentuk strategi pemasaran berdasarkan-keperluan dan kehendak pengguna dan membahagikan pasaran kepada beberapa segmen yang terbaik.
    3.      Membina campuran pemasaran
    Membentuk strategi boleh ubah dalam 4 komponen utama iaitu produk, promosi, harga dna tempat.
    Campuran pemasaran ini perlu untuk membolehkan organisasi mendapat maklmuat penting daripada sasaran pasaran.
    4.      Mengurus usaha pemasaran
    Usaha pemasaran melibatkan aktiviti menganalisis, merancang, melaksana dna mengawal proses pemasaran.

    0 comments:

    Post a Comment

    Cikgu aZLy

    Cikgu aZLy
    KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
    SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

    JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

    BIODATA LENGKAP Cg aZLy

    HP : 013-9319131
    EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com