BAHAN KEBERSEDIAAN MENJAWAB PP2

BAHAN KEBERSEDIAAN MENJAWAB PP2
AKAN DIEMAIL SEGERA : RM100.

STPM MODULAR : BAB 3 : PRODUK


STRATEGI PRODUK

1.       ATRIBUT(SIFAT) PRODUK
Atribut produk meliputi jenama, pembungkusan (packaging), label,  jaminan (warranty) dan produk tambahan (service).
Atribut dapat dilihat secara objektif (fizikal produk) seperti mutu, ciri, dan rekab bentuk produk atau pun secara subjektif (pandangan pengguna).

2.       PENJENAMAAN
Jenama juga boleh dikenali sebagai nama, istilah, tanda, simbol dan rekabentuk produk atau kombinasi kesemuanya yang bertujuan untuk membezakan sesuatu produk pengeluar dengan pesaing-pesaingnya di pasaran.
Terdapat beberapa definisi jenama yang berkaitan dengan konsep penjenamaan iaitu: Nama jenama ( brand name), Tanda jenama(brand mark) dan Tanda perdagangan ( trade mark)

Jenis-Jenis Jenama
Syarikat boleh mengklasifikasikan jenama berdasarkan jenis-jenis jenama yang dipilih iaitu:
  1. Jenama Pengeluar
  2. Jenama Individu.
  3. Jenama Keluarga
  4. Jenama Pengedar
  5. Jenama Generik
  6. Jenama Kombinasi
3.       PEMBUNGKUSAN
Pembungkusan melibatkan aktiviti merekabentuk dan mengeluarkan bekas atau pembungkus untuk sesuatu produk.
Fungsi-fungsi pembungkusan ialah untuk menyimpan dan melindungi produk, menarik minat pembeli untuk membeli, dan menambahkan kualiti produk.
Keputusan perlu dibuat mengenai elemen-elemen tertentu bagi pembungkusan seperti saiz, bentuk, bahan, warna, tekstur dan tanda perniagaan.
Pembungkusan merangkumi :
A.      Pembungkusan primer
B.      Pembungkusan sekunder
C.      Pembungkusan perkapalan

4.       PELABELAN
Pelabelan merupakan sebahagian daripada pembungkusan yang mengandungi maklumat bercetak atau bersama produk.
Label mungkin menghuraikan beberapa perkara mengenai sesuatu produk seperti siapa pengedar, di mana ia dibuat, kandungannya dan bagaimana menggunakannya dengan selamat. 
 
5.       KHIDMAT SOKONGAN
Khidmat sokongan termasuklah perkhidmatan pelanggan iaitu  jaminan.
Jaminan bertujuan memberi perlindungan kepada pembeli dan maklumat penting tentang sesuatu produk.
Jaminan mengesahkan tentang kualiti dan prestasi sesuatu produk.
 
ELEMEN DAN KEPUTUSAN TENTANG CAMPURAN PRODUK

1.       Campuran produk
Pelbagai lini atau barisan produk yang ditawarkan untuk jualan
2.       Item produk
Suatu model, jenama, atau saiz yang dijual oleh pemasar.
3.       Lini produk
Satu  kumpulan produk yang mempunyai ciri-ciri, kegunaan dan pengguna yang sama dan diedarkan melalui kedai yang sama.
4.       Kedalaman(kepanjangan) produk
Kepelbagaian atau bilangan  item produk dalam satu lini/barisan produk.
Contoh:pengeluaran pelbagai jenis rempah seperti rempah kari ikan, ayam, daging, kurma, sup, bbq dan lain-lain.
5.       Kelebaran produk
Bilangan barisan atau  lini produk yang ditawarkan kepada konsumer
Kilang mengeluarkan produk makanan seperti rempah, sos, minyak masak.
6.       Ketekalan produk
Kepelbagaian produk yang terhad
Syarikat hanya mengeluarkan produk makanan sahaja

3 comments:

Nurul Shafiqa September 11, 2015 at 9:23 PM  

salam cikgu.apa strategi produk individu ye?

King Yussof October 9, 2015 at 11:32 AM  

Kahwin dengan saya

King Yussof October 9, 2015 at 11:32 AM  

Kahwin dengan saya

Post a Comment

Cikgu aZLy

Cikgu aZLy
KLIK GAMBAR UNTUK DAPATKAN BIODATA Cg aZLy
SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM (946). SEGALA MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN MATA PELAJARAN PP BOLEH DIKONGSI DI SINI

JADILAH PEMINAT FACEBOOK "PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM"

BIODATA LENGKAP Cg aZLy

HP : 010-929 0902
EMAIL ADDRESS : cgazly@gmail.com